SharpShooter |
- PR anjur "Pelajar Emas", umporno anjur "Mat Rempit Emas"
- Penyakit Pak Lah dah berjangkit kepada Najib
- Anwar ke Kedah dan P.Pinang esok
PR anjur "Pelajar Emas", umporno anjur "Mat Rempit Emas" Posted: 02 Nov 2011 01:23 AM PDT Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendakwa demonstrasi kira-kira 200 penunggang motosikal di negeri itu semalam didalangi parti pembangkang negeri itu namun tidak dinyatakan secara khusus pihak yang terlibat. Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) terlibat dengan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu namun dinafikan wakil rakyatnya. Pada sidang media pagi tadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata demonstrasi itu seolah-olah "dirancang" parti pembangkang dengan menggunakan penunggang motosikal atau "mat rempit" sehingga menyebabkan kesesakan di negeri itu. "Pelik juga sebab yang pertama kita nampak ia terlalu tersusun dan kita dimaklumkan pemuda dari Balik Pulau dan pelajar kolej pengajian dan bukan mat rempit betul yang terlibat dalam kes ini. "Yang kedua adalah tuntutan untuk litar lumba motor, kalau nak litar lumba mereka tak perlu buat demonstrasi macam ini dan yang lebih penting lagi sebab yang dimohon bukan litar lumba motor tapi turut dilambangkan di baju yang mereka pakai sebab itu saya kata ia dirancang," katanya. Jelas beliau, persoalan lain turut timbul berhubung tuntutan itu kerana baju T yang dipakai peserta demonstrasi turut tertera perkataan "Lim Guan Eng Rasis." "Ada lambang LGE (Lim Guan Eng) rasis, kalau nak mohon tempat lumba motor tak perlu kaitkan dengan rasis, racing (lumba) dan rasis lain...ejaan lain, maknanya pun lain," katanya. Tambah Mansor, tindakan penunggang motosikal itu sangat berbahaya dan boleh mengundang kebencian dan kemarahan rakyat terutamanya orang bukan Melayu. "Dalam ini yang lebih penting, ini menunjukkan ketidakmatangan politik dan jika ia melibatkan pembangkan di Pulau Pinang ia adalah ketidakwarasan dan ketidakwajaran pembangkang gunakan isu rasis dan ini cukup membahayakan. "Ini politik yang cukup bahaya, kalau mainkan isu rasis jika libatkan pembangkang ia akan timbulkan kebencian dan kemarahan orang bukan Melayu," katanya. Sementara itu exco kerajaan negeri Abdul Malik Kassim berkata keberanian penunggang motosikal mengadakan demonstrasi ini menunjukkan mereka disokong parti pembangkang. "Yang sangat membimbangkan kerana bagi pengetahuan kita pihak remaja, belia dan golongan mat rempit mana ada dirancang...mereka bukan ada persatuan tapi kali ini dirancang. "Ini menunjukkan orang dibelakang adalah parti-parti pembangkang yang cuba memporakperandakan Pulau Pinang," katanya. Semalam polis menahan lima individu kerana menyertai demonstrasi di Pulau Pinang bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim. Seramai 200 penunggang motosikal memulakan demonstrasi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motorsikal serta memakai baju T yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis." Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Penyakit Pak Lah dah berjangkit kepada Najib Posted: 01 Nov 2011 11:19 PM PDT Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth Australia minggu lalu. Laporan AntaraNews.com bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan. Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri. Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas. Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan". Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Anwar ke Kedah dan P.Pinang esok Posted: 01 Nov 2011 07:27 PM PDT Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kedah dan Pulau Pinang 3 November 2011 (Khamis) Program 1) Kedah 7.30 – 10.00 malam – Rumah Terbuka Deepavali Negeri Kedah Lokasi: Perkarangan Tapak Karnival, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Tetamu: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak 3. YB S Manikumar 4. Exco-exco Kerajaan Kedah 5. Pimpinan Pakatan Rakyat Program 2) Pulau Pinang 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu, Penanti Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Mansor Othman 3. YB Datuk Johari Abdul 4. YBhg Ustaz Shahril Long Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan