shalehudin |
- Video: Jawab Shahrizat, jawab... kahkahkah...
- Sedap betoi kupasan nih... hihi...
- Mahathir cuba nak putihkan kulit... kahkahkah...
- Alat sulit Umno terbongkar... kahkahkah...
- Gamak ka Najib nak jentik Isa Samad... kahkahkah...
- Sapa dia bewak hidup tuh... kahkahkah...
- Alaahai, Hassan Ali ooiii... kahkahkah...
- Ni la bahana jadi BARUA...
- Berat betoi dakwaan nih...
- Besaq sangat la 100 ringgit hampa tuh...
- Umno buat2 lupa umoq sendiri... kahkahkah...
Video: Jawab Shahrizat, jawab... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 08:00 AM PST |
Sedap betoi kupasan nih... hihi... Posted: 30 Nov 2011 07:25 AM PST UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN). Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya. Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus. Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajalela mereka lagi. Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka di tawan oleh nafsu nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun di tulis dalam blog ini. Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih. Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang di gubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan. Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang di gubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah di lupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing. Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu di wujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan 'equity participation' sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan dari kerajaan sendiri. Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu. Sekarang ini wujud pula apa yang di kenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak di audit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya. Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk di rasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat. Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh di keluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar. Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka di saluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan di sambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa. Dalam perhimpunan agong itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, 'walhasil balik asal'. Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agong kali ini ialah perhimpunan kali yang ke 60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke 60? Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun.Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu. Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke 22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya. PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu. Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun. |
Mahathir cuba nak putihkan kulit... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 03:00 AM PST LIHAT INI ! Mahathir mula bimbang ! Oleh: sangkancil Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat. "Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak. "Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya. "Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran." Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib. "Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja. "Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan. Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk" ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat. "Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung," katanya sinis. Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan. Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008". "Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota UMNO mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan UMNO" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang "berjangkit" akibat globalisasi. "Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia. "Malahan, jika kita kaji apa yang belaku di seluruh dunia dan mengandaikan apa yang berlaku di seluruh dunia juga akan berlaku di negara kita dan kita lihat bagaimana masalah itu ditangani, dengan itu kita boleh lakukan perubahan yang sama di negara kita untuk membendung sebarang pemberontakan," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemulihan yang serupa mungkin tidak sesuai untuk setiap negara dalam menangani krisis global berikutan persekitaran berbeza. "Anda perlu sesuaikan diri anda dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda. "Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya. sumber: malaysiakini.com |
Alat sulit Umno terbongkar... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 01:30 AM PST Buku Sulit Umno Dedah Arahan Rasmi Sebar Fitnah Umno akan ambil semula pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat " DENGAN APA CARA SEKALIPUN!" "Tetapi kita berdepan cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang." Begitulah kata Najib Razak baru-baru ini yang menegaskan adalah "amat penting" bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang. Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan "apa- cara sekalipun". Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit. Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang 'Sulit' telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita. Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu. Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya. Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karektor Anwar Ibrahim dan melagakan antara parti-parti Pakatan Rakyat. Umno silap… Rakyat bijak menilai…. - blog reformisanakmuda |
Gamak ka Najib nak jentik Isa Samad... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2011 11:30 PM PST Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa HARI ini beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang. Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara. Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad. Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya. Felda tidak menjelaskan kepada peneroka menyebabkan ada menganggap penyenaraian itu dilakukan dalam gelap dan untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan ke atas Felda. Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Desakan oleh badan rasmi ini pertama kali dan memperlihatkan Felda berada dalam kemelut. Desakan supaya Mohd Isa berundur adalah satu-satu langkah yang mampu dibuat oleh para peneroka. Tetapi pada pandangan saya ia tidak mudah untuk dilakukan oleh Ha Najib. Mungkin untuk memecat beberapa nama lain yang disebut boleh tetapi tidak dengan Najib. Kenapa saya berkata begitu kerana, kedudukan Mohd Isa itu dilantik oleh Najib sendiri. Ia bukan atas pilihan peneroka. Najib adalah perdana menteri. Perkara yang kena faham dengan perlantikan Isa ialah berhubung dengan balasan jasa dan budi Mohd Isa oleh Najib. Mohd Isa seharusnya tidak kembali ke dalam parti apa lagi memegang sebuah institusi seperti Felda lagi apabila mengenangkan kepada apa yang berlaku kepada dirinya. Bukankah Isa digantung menjadi ahli Umno dan dipecat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah melakukan rasuah semasa pemilihan pemimpin Umno 10 tahun lepas. Orang seprti Mohd Isa sepatutnya tidak dipandang lagi kerana dari segi moral dan integritinya ia lebih buruk dari anjing buruk kepala. Namun tidak begitu di dalam Umno. Dalam Umno mereka yang bersih, jujur, cerdik dan mempunyai personaliti baik tidak akan naik. Mereka hanya layak menjadi ekor sahaja. Boleh diperhatikan kepada individu yang menjadi pemimpin Umno hari ini, bermula dari Najib sendiri membawa kepada ketua cawangan semuanya terpalit dengan dosa dan dikaitkan dengan berbagai skandal. Ada menteri yang melanggan pelancur lebih hebat dari apa yang dituduh kepada Anwar Ibrahim. Anwar kalau bawa pelacur berlindung juga tetapi ada pemimpin Umno terang-terang gendung wanita Siam atau pun 'main' dengan bini orang. Isu rasuah usah cerita yang songlap duit rakyat makan projek banyak dan berlambak. Sebut menteri mana yang tidak terlibat dengan komisyen. Menerima komisyen dan rasuah semacam sudah mendarah daging dalam kepimpinan Umno. Itu cerita komisyen pembelian kapal selam walaupun dinafi beratus kali tetapi ia tidak dapat menutup persepsi orang terhadap rasuah dan penyelwengan Umno. Mungkin cerita jahat dan khinat ini tidak ke pengetahuan rakyat tetapi mereka yang terlibat dari opis boy sampai ke Ketua Setiausaha semua tahu akan fiil pemimpin Umno sendiri. Kerana begitu meluas menyebabkan ada juga KSU, Pengarah Jabatan dan sebagai ikut sama menerima dan melakukan rasuah. Kaau rasuah tidak menjadi bara tidaklah pula digubalkan Badan Pencegah Rasuah ditukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau begitu lagak dan watak serta perangai pemimpin Umno jadi tidak hairanlah kalau orang seperti Mohd Isa yang tidak disenangi peneroka diambil menjadi pengerusi Felda menggantikan Yusuf Noor ternyata lebih wara' dari Mohd Isa. Saya sudah sebut sebelum ini mengenai Mohd Isa. Kenapa beliau dipilih menjadi Adun Bagan Pinang semasa pilihan raya kecil dan kenapa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda. Sebenarnya Najib tidak ada pilihan lain untuk membalss budi Mohd Isa kepadanya. Mohd Isa ada jasa besar kepada Najib yang berupa rahsia. Tidak mustahil kalau Najib membiarkan Mohd Isa, bekas MB Negeri Sembilan itu akan meledakkan segala-gala tentang Najib yang ada dalam poketnya. Kelebihan kepada Mohd Isa iaah kerana dia mengetahui sesuatu tentang Najib. Jadi berbalik kepada hasrat peneroka supaya Mohd Isa dipecat ia seperti mencurah garam ke laut sahaja. Kerja itu sia-sia saja. Yang terbaik peneroka perlu kekalkan dan biarlah Mohd Isa. Guna dan ajarlah Mohd Isa, Najib dan Umno sekali dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga kalau pendedahan hari ini bertujuan untuk mendapat perhatian Perhimpunan Agung Umno ia akan menjadi sia-sia saja. Tengku Razaleigh Hamzah sudah kata apa-apa keputusan dan perbincangan dalam perhimpunan agung Umno ianya satu endorcement sahaja. Saya percaya tidak akan ada mana-mana perwakilan G7 yang berani untuk menimbulkan isu berkenaan. Apa lagi kalau mereka yang pernah merasai lemak dan manisnya wang Mohd Isa. Sudah sampai masanya rakyat bawahan dan marhain seperti peneroka bukan setakat melepas kata-kata tetapi mereka harus mengotakan. Kritikan teguran tidak akan membawa makna sama sekali apa yang pentingnya jatuhkan UBN barulah transformasi ke atas Felda dan juga institusi lain akan berlaku. Kepada saya tindakan membuat kenyataan berupa ugutan membuang masa dan tenaga sahaja. |
Sapa dia bewak hidup tuh... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2011 09:30 PM PST Felda bergelora: Najib nak terus bela 'biawak hidup'? Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA. Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti. Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010. Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut. Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan. Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF. Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal 'menelan' telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya? Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan. Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman. Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang. Mereka mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF. Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda. Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul ' biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 29 November 2011 |
Alaahai, Hassan Ali ooiii... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2011 08:00 PM PST Hassan Ali sedang impikan jawatan MB Selangor? Written by Moaz Nair Hasan Ali, Exco negeri Selangor dan juga bekas pengarah BTN, telah menghina kepintaran orang Melayu dan kesucian agama Islam dengan mendakwa bahawa orang Kristian mempunyai motif utama untuk memurtadkan orang Melayu. Isu ini telah mencetuskan kemarahan para pemimpin Kristian dan Islam sederhana. Adalah tidak waras untuk Hasan berfikir bahawa seorang Islam boleh memeluk agama Kristian dengan hanya membaca atau mendengar bacaan Injil. Adakah orang bukan Islam memeluk Islam beramai-ramai selepas mendengar Azan setiap hari di masjid dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca di televisyen? Jika Hasan mendakwa bahawa dirinya ilmuan Islam, bolehkah beliau mengambil bahagian dalam perdebatan perbandingan agama apabila dia takut pada Injil? Pada hari ini, pelajar universiti - orang Islam dan bukan Islam - terdedah kepada Kitab Suci semua agama. Haruskah universiti berhenti menawarkan kursus Perbandingan Agama- untuk para pelajar semata-mata kerana kesempitan fikiran Hasan Ali dan hipotesis beliau yang samar-samar mengenai isu murtad? Atau adakah asas agama Hasan sendiri begitu goyah sehingga beliau takut pada Injil? Fahami kandungan Injil dan Kitab-kitab agama lain Hasan adalah seorang Muslim yang cetek fikiran dan ada baiknya beliau mengambil tunjuk ajar daripada Allahyarham Ahmed Hussein Deedat (1918 - 2005), seorang ulama, yang menkaji kedua-dua Al-Quran dan Injil. Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan iman Islam jika seseorang itu mengatakan bahawa apabila seorang Muslim mendengar bacaan Injil, dia akhirnya akan masuk Kristian. Seorang Muslim, jika boleh, hendaklah membaca dan memahami kandungan Injil dan kitab semua agama dan bandingkan dengan kandungan Al-Quran untuk mengukuhkan fahaman mereka terhadap Islam. Usaha ini tidak akan dalam apa-apa cara sekalipun mengurangkan keimanan seorang Muslim. Masalah dengan kebanyakan orang Islam di negara ini adalah mereka membaca al-Quran tetapi tidak mampu untuk memahami makna ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa Arab. Kejahilan ini telah membuat ramai orang Islam takut pada kitab agama-agama lain kerana kitab-kitab ini kebanyakannya ditulis dalam bahasa mereka dapat baca dan fahami. Hassan sebaliknya harus menyeru orang-orang Islam untuk membaca Al-Quran dan belajar untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran demi mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap Islam. Ini akan membantu umat Islam mengukuhkan keimanan mereka apabila terdedah kepada buku atau kitab suci agama-agama lain. Rakyat Malaysia secara amnya tidak perlu terpengaruh dengan fanatik agama yang bermotifkan politik untuk melagakan orang Melayu terhadap Kristian. Media pro-kerajaan tidak akan melakukan keadilan walau untuk Islam. Mereka mampu menggunakan agama untuk memutarkan dan menonjolkan cerita-cerita dongeng bagi menipu penduduk Melayu luar bandar untuk berfikir bahawa orang Kristian semua mahu memurtadkan orang Melayu. UMNO hanya mahu undi daripada penduduk luar bandar dan mengksploitasi mereka dan ini tidak ada kena-mengena dengan Islam atau Kristian. Mereka menyebarkan penipuan untuk memenangi undi orang Melayu yang kurang berpelajaran. UMNO sedang cuba untuk melemahkan kerajaan negeri Selangor dan pembangkang di peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun, tidak semua orang percayakan cerita-cerita dongeng mereka. Ramai yang sedar bahawa bangsa, agama dan raja digunakan oleh UMNO untuk menyebarkan budaya takut pada rakyat supaya mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat tidaklah sebodoh itu kali ini. Kesunyian rakyat terhadap dakwaan palsu ini dan maklumat yang salah tidak menggembirakan UMNO. UMNO menjangka beberapa bentuk huru-hara dalam masyarakat untuk menjustifikasikan perbuatan buruk mereka, tetapi mereka kecewa kerana ini tidak berlaku. Menggalakkan satu agenda politik jahat Menghentam Kristian telah menjadi satu cara hidup untuk beberapa tokoh agama dan politik cerdik yang percaya dengan berbuat demikian akan menyatukan orang Melayu. Menghentam Kristian turut berlaku di negeri Selangor hanya kerana negeri ini adalah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, mereka tidak menang. Kelakuan gila mereka telah gagal untuk menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia. Terdapat beberapa fanatik politik dan agama yang berniat untuk membuat kekecohan dalam masyarakat untuk mempromosikan agenda politik jahat mereka bagi pihak Barisan Nasional dan UMNO. Ini tidak pernah berjaya kerana mereka tidak mendapat reaksi daripada rakyat Malaysia yang sudah semakin matang. Eksterimis politik ini akan cuba dengan sedaya upaya untuk mewujudkan keganasan dalam masyarakat. Menggunakan kepala lembu dalam demonstrasi, mengebom gereja-gereja, membuang bangkai babi ke dalam kawasan masjid - semua ini tidak berjaya. Mereka menjangka beberapa insiden hodoh, kekecohan atau reaksi marah daripada rakyat yang mengikuti mereka episode mereka. Malangnya, ia tidak berlaku, kerana majoriti rakyat Malaysia tidak begitu bodoh untuk jatuh ke dalam perangkap UMNO. Pada tahun 2006, Mufti Perak, Harussani Zakaria, menyebarkan khabar angin bahawa sebuah gereja di Jalan Silibin, Ipoh telah menjalankan upacara pembaptisan bagi umat Islam. Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di gereja untuk membantah 'kegiatan murtad' dan memaksa pihak polis menyuraikannya. Insiden ini bagaimanapun tidak membawa kepada apa-apa pertelingkahan agama. Mereka telah menyedari kebodohan itu. Ia adalah angkara mufti yang menyebarkan racun tanpa apa-apa bukti. Bagaimanapun, oleh kerana beliau seorang yang bodoh, rakyat bersedia untuk memaafkannya. Mufti yang sama mendakwa bahawa antara 100,000 dan 250,000 orang Islam yang telah meninggalkan Islam. Dia sebenarnya menjadi alat politik kepada beberapa pihak yang berminat untuk menyebabkan kekecohan dalam masyarakat. Majoriti orang Melayu yan g bijak hanya mengabaikan dakwaan ini. Ironinya, tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang menyebarkan maklumat palsu. Perkara yang kebanyakan orang lebih suka untuk tidak endahkan Pelbagai khabar angin bodoh telah dicipta yang mencadangkan ada satu konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Hanya baru-baru ini, Hasan - yang mempunyai ijazah doktor falsafah - mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjumpai alat audio yang telah digunakan untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Hasan mendakwa bahawa alat audio solar Injil itu telah ditemui oleh JAIS semasa dalam penyiasatan kegiatan memurtadkan umat Islam di Selangor. Kononnya, alat tangan Injil itu juga digunakan untuk mengajar dan kalimah Allah juga telah digunakan dalam versi Bahasa Malaysia Injil. "Penyelidikan" ini seolah-olah menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam dengan menubuhkan kumpulan kebajikan, memberi bantuan kewangan dan lain-lain bentuk bantuan kepada ibu tunggal, golongan miskin dan warga tua. Isu-isu ini telah menjadi sesuatu yang kebanyakan rakyat lebih suka untuk tidak endahkan. JAIS bekerja dalam kadar luar biasa lebih keras hari ini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Mereka bertindak agak pasif kepada pesalah umat Islam di negeri ini semasa kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN). JAIS sering di selar oleh rakyat Selangor yang sedar motif jahat mereka. Dari segi politik, rakyat akan tanpa ragu-ragu masih mengundi Pakatan Rakyat di negeri ini pada pilihan raya umum yang akan datang. Terima kasih kepada JAIS kerana memainkan peranan untuk merealisasikan perkara ini. Hasan telah gagal dalam tesisnya Dalam kebanyakan kes, Hasan tidak dapat memberikan apa-apa bukti terhadap dakwaan yg direncanakan ini, tetapi masih dengan niat mementingkan diri sendiri dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Beliau menyimpulkan tesisnya dengan mengenal pasti bilangan orang Melayu yang menjadi Kristian melalui pembolehubah yang beliau sendiri cadangkan untuk memurtadkan orang Islam. Dalam erti kata lain, apa yang dipanggil beliau sebagai "penyelidikan" adalah sebenarnya satu khayalan. Ia tiada bukti empiric maka adalah sangat tidak patut untuk seorang ulama yang memegang PhD. Ini adalah satu penghinaan kepada mana-mana pemegang PhD dari mana-mana universiti. Apa yang beliau maksudkan dengan "penyelidikan" ternyata hanyalah satu trend atau desas-desus. Dari sudut pandangan Islam, ini adalah fitnah - kerana ia tidak ada bukti dan tidak disahkan secara empirik dalam kajian kes. Hasan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti fizikal yang ketara atau signifikan dalam kegiatan memurtadkan umat Islam. Ia juga cacat dari segi akademik dan tidak ubah seperti fitnah lain di mata Islam. Terdapat undang-undang di negara ini untuk menghukum mereka yang cuba untuk memurtadkan orang Islam. Jika ada bukti, maka pesalah-pesalah yang cuba untuk menukar agama orang Islam haruslah didakwa. Tetapi setakat ini kita tidak mendengar kes sebegini Hasan sebenarnya telah gagal dalam tesisnya. Ini adalah cukup jelas bahawa sesetengah orang boleh "berpendidikan tinggi" tetapi pada masa yang sama ketaksuban boleh menjahilkan mereka. Melayu berpendidikan pada hari ini tidak lagi menerima iman yang berdasarkan indoktrinasi buta tetapi berdasarkan fakta dan pertimbangan. Rakyat moden termasuk orang Melayu, akan belajar dan mencari bukti untuk menyokong kepercayaan mereka. Hasan, dalam kes ini telah gagal. Terdapat agenda tersembunyi untuk semua isu palsu ini oleh beberapa tokoh "agama" dan politik. Beberapa fanatik agama ini adalah sebenarnya ahli-ahli politik yang menggunakan Islam untuk faedah politik. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan ahli-ahli politik menyembah syaitan dan bukan Allah. Atas sebab ini, umat Islam sejati tidak harus jatuh dalam perangkap ini. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berkhidmat untuk kepentingan mereka sendiri dan berusaha mendapatkan sokongan atau kuasa walaupun ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap Islam. Hentikan Keangkuhan Orang-orang ekstrimis agama yang menggunakan agama untuk faedah politik sebenarnya memperkecilkan Islam dan ini adalah satu keaiban kepada semua umat Islam yang waras. Orang-orang Kristian sememangnya membantu kumpulan terpinggir seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya. Pertubuhan-pertubuhan Kristian akan sentiasa menjadi yang pertama untuk menghulurkan bantuan tanpa syarat kepada apa-apa bencana yang berlaku di semua negara Islam atau bukan Islam, termasuk Malaysia. Kami tidak pernah mendengar satu pun kes seorang Melayu yang memeluk agama Kristian di negara ini kerana bantuan tersebut. JAIS dan Hasan perlu mencontohi perbuatan baik orang-orang Kristian dalam membantu orang Melayu yang miskin dan terpinggir, orang Islam dan bukan Islam dan bukan memburukkan mereka. Mereka harus mencontohi perbuatan baik semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan berhenti menyinggung perasaan orang lain dan bersikap sombong. Beribu-ribu orang Melayu telah belajar di sekolah-sekolah Kristian, mereka sembahyang dengan orang-orang Kristian, mereka dihantar ke negara-negara Kristian untuk belajar akan tetapi tiada bukti empirikal bahawa seorang pun orang Melayu telah memeluk agama Kristian kerana pendakwah Kristian. Anak-anak Melayu di negara ini semuda berusia empat tahun dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh orang Kristian yang berdedikasi tanpa firasat dalam fikiran ibu bapa mereka bahawa anak-anak mereka akan dimurtadkan. Iman umat Islam agak kukuh dan mereka tidak begitu mudah terpengaruh. Satu-satunya bukti empirik adalah orang Melayu dan umat Islam yang terdedah kepada pendidikan di negara-negara Kristian secara amnya telah menjadi Muslim yang baik dan toleransi tinggi terhadap kaum dan agama lain. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk orang-orang yang tidak melalui pendidikan sekular. Hasan patut sedar bahawa dengan kemudaha akses kepada Internet oleh hampir semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama, pengguna dapat mengakses hampir semua maklumat mengenai mana-mana agama di dunia ini. Seseorang tidak memerlukan peranti tangan solar untuk belajar tentang agama Kristian. Seseorang itu boleh memuat turun atau akses kepada apa-apa maklumat tentang agama dari internet - termasuk Injil atau Al-Quran. Tuduhan melulu terhadap orang Kristian Jika JAIS dan Hasan takut bahawa umat Islam boleh dimurtadkan oleh orang Kristian dengan menggunakan alat-alat berteknologi tinggi, maka penggunaan komputer dan Internet akan diharamkan ke atas umat Islam. Adakah masyarakat Islam ini jenis yang JAIS dan Hasan mahukan? Rupa-rupanya, kedua-dua JAIS dan Hasan kurangan pengetahuan tentang apa yang membuatkan seseorang itu berpegang kepada iman. Hujah mereka dogmatik kepada kegiatan murtad dan menghina minda orang Melayu serta umat Islam. Hasan harus dibiarkan bersendirian, dipulaukan dan terdampar di pulau yang tidak berpenghuni. Kemungkinan besar Hasan tidak akan dipilih lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Dia tidak akan mendapat sokongan orang bukan Islam dan orang Melayu yang waras. Kenyataan beliau bahawa orang Kristian menggunakan Injil audio untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam tidak akan memberikan petanda yang baik kepada orang bukan Islam. Tabiat berterusan menakut-nakutkan orang Islam bahawa iman mereka berada dalam bahaya daripada orang Kristian juga tidak akan berjaya untuk mempengaruhi orang Melayu. Tuduhan Hassan ke atas orang-orang Kristian tidak akan menjejaskan keharmonian agama di negara ini. Pendirian Hasan mengenai isu ini tidak penting dan JAIS hanyalah memainkan lagu politik UMNO, dan Hasan pula bimbang dia sedang bersendirian sekarang. Bawa perkara hina ke pejabat Jika iman seorang Muslim itu kukuh, tidak ada Injil, Taurat atau 700 ayat Kitab suci Bhagavad Gita atau mana-mana buku atau Kitab Suci yang lain boleh mendorong beliau untuk menukar agamanya. Apa yang sedang dilakukan oleh JAIS dan Hasan dengan niat mencetuskan kebimbangan, permusuhan dan kebencian terhadap orang-orang Kristian dan kepercayaan mereka adalah semata-mata untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia. JAIS dan Hasan sedang bermain dengan politik tetapi mereka telah gagal untuk mempengaruhi minda rakyat. Rakyat Selangor cukup bijak untuk membaca fikiran mereka. Mereka menyedari hakikat bahawa Hasan menggunakan agama untuk menyemai rasa takut dan kebencian di kalangan kaum Melayu dengan mendakwa bahawa agama mereka adalah di bawah ancaman. Ini secara tidak langsung mempengaruhi Sultan Selangor dan menyebarkan kebenciannya dan melemahkan Menteri BesarKhalid Ibrahim. Media pro-UMNO, di sudut yang lain, hanya menggunakan analisis dangkal Hasan dalam hal-hal agama untuk mengalihkan perhatian negara dari semua kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam kerajaan BN. JAIS dan Hasan perlu menghentikan wacana kotor mereka memandangkan mereka membawa perkara hina ke pejabat mereka dan hilangan kesopanan mereka serta tidak boleh dilihat sebagai badan agama atau pemimpin yang dihormati. Mahu menjadi MB Selain itu, secara tidak langsung, Hasan mempunyai niat yang untuk memprovokasi kerajaan negeri Selangor dan PAS. Pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lebih matang untuk bertindak balas terhadap semua gimik politik ini. Mujurlah, terdapat orang yang lebih rendah diri dalam Pakatan Rakyat , lebih pintar dan lebih banyak pengetahuan mengenai Islam dan agama-agama lain. Mereka tidak perlu bertindak balas terhadap teori dangkal Hassan. Dengan menegur Hassan, ini akan menjadi kemenangan buat Umno. Mungkin inilah yang diharapkan Umno. Cukuplah untuk rakyat Selangor menyedari bahawa Hasan tidak didorong oleh iman tetapi politik dalam isu ini. Matlamat lain JAIS adalah untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan menarik pengundi untuk mengundi UMNO menggunakan taktik menakut-nakutkan mereka. JAIS dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang masih setia kepada UMNO. Ramai yang berfikir bahawa Hasan adalah satu ancaman kepada PAS. Lagipun, Hasan bersungguh-sungguh mahu menjadi MB Selangor pada tahun 2008 apabila Pakatan menang di negeri itu. Dia didakwa bekerjasama dengan UMNO dan bekas MB Selangor untuk menjadikan beliau MB sekiranya dia dan lain-lain ahli PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran. Hasan kini merupakan seorang lelaki yang terdesak dalam belenggu politik yang direkanya sendiri. Walaubagaimanapun, beliau masih mempunyai harapan kuat untuk menjadi MB Selangor suatu hari nanti. Tetapi sebelum ini boleh berlaku, pengundi pasti mahu menyingkirkan beliau dalam pilihan raya umum akan datang. Malaysia Chronicle |
Posted: 29 Nov 2011 07:00 PM PST Kena 28 orang ....belum serik-serik lagi? Serangan pesawat NATO ke atas tentera Pakistan yang membunuh 28 tentera Pakistan mencetuskan satu polemik baru hubungan Pakistan-Afghanistan - Amerika Syarikat. Inilah angka korban terbesar bagi tentera Pakistan sejak perang perebutan Kashmir antara Pakistan-India tahun 1971. Korban kali ini agak tragik. Ini kerana ianya bukan akibat perang dengan India. Juga bukan serangan Taliban. Ini serangan daripada NATO yang di ketuai oleh Amerika sekutu Pakistan sendiri. Sejak peristiwa 11 September, Pakistan begitu mendambakan dirinya menjadi barua dan orang suruhan Amerika. Pakistan membekalkan segala logistik, kemudahan bahkan menyediakan pengkalan buat Amerika menempatkan tenteranya menyerang Mujahidin Afghan. Segala arahan Amerika di"amin"kan oleh Pakistan samada dibawah pimpinan tentera seperti Perez Musharaf maupun oleh kerajaan awam mereka. Kini, pembunuhan ke atas 28 tenteranya membuatkan Pakistan berang dan amat marah. Amerika cuba cuci tangan dengan menudingkan jari ke atas Afghanistan pula. Seperti biasa Amerika akan mengalihkan pembunuhan 28 tentera Pakistan dengan "mencipta" peperangan baru antara Pakistan dengan Afghanistan pula. Kita bakal melihat bagaimana Amerika akan lagakan antara kedua negara Islam itu agar berperang sambil industri senjata Amerika bertambah untung seperti mana di Iraq. Semoga peristiwa pembunuhan 28 askarnya oleh Nato memberi pengajaran kepada Pakistan. Itulah harga sebuah "sembahan" Pakistan kepada Amerika. Pakistan perlu bebaskan diri daripada penjajahan moden Amerika. Islamabad perlu menjarakkan diri dari Amerika dan mendekatkan diri dengan Turki kuasa baru bagi umat Islam menebus maruah. Cukuplah Amerika menjadikan Pakistan umpama bidak-bidak politik bagi kepentingan Zionis. Umat Islam tidak boleh disengat dua kali. |
Posted: 29 Nov 2011 06:00 PM PST Buku Sulit Umno Dedah Arahan Rasmi Sebar Fitnah Umno akan ambil semula pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat " DENGAN APA CARA SEKALIPUN!" "Tetapi kita berdepan cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang." Begitulah kata Najib Razak baru-baru ini yang menegaskan adalah "amat penting" bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang. Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan "apa- cara sekalipun". Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit. Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang 'Sulit' telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita. Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu. Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya. Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karektor Anwar Ibrahim dan melagakan antara parti-parti Pakatan Rakyat. Umno silap… Rakyat bijak menilai…. - blog reformisanakmuda |
Besaq sangat la 100 ringgit hampa tuh... Posted: 29 Nov 2011 04:00 PM PST Bantuan One-Off : Sebelum Terima Ibubapa Dipaksa Dengan Tazkirah Umno SEBELUM saya menyambung catatan dan cerita politik negeri penyu saya ingin sentuh dulu fasal pemberian bantuan one-off sebanyak RM100 kepada murid-muird sekolah di Kelantan khususnya dalam kawasan Bachok di mana kawasan ini ketuanya ialah bakal MB Kelantan yang tidak menjadi Awang Adek Hussein. Awang Adek kalah "dua gol" dalam pilihan raya 2008, kalah di kerusi Perupok dan kalah di Parlimen Bachok. Pemberian bantuan one-off kepada murid sekolah menjadi riuh dan percakapan di kebanyakan sekolah di Kelantan. Rakyat marhain akan berbesar hati kalau mendapat beberapa ringgit, mereka akan membualkannya tetapi jarang yang sedar wang negara digulung berjuta ringgit oleh pemimpin parti mereka. Biasalah, pemberian kecil oleh kerajaan diwar-warkan kehilangan atau penyamuan oleh koler biru disepikan. Kebetulan pula musim ini musim bajir jadi molek benarlah wang itu diberikan. Ibu bapa yang miskin boleh gunakan wang RM100 itu untuk beli garam, gula dan ikan budu buat dimakan dengan pucuk ubi kayu rebus dalam musim banjir ini. Saya yakin wang itu tidak sampai separuh digunakan untuk membeli peralatan sekolah; baju, buku, beg dan lain-lain. Lagipun RM100 kata orang kaya raya buat lekat celah gigi sahaja. Kalau bagi Awang Adek Hussein sebanyak itu untuk beli sekerat sigal (coruk) pun tak dapat. Saya juga hairan kenapa kerajaan tidak bagi RM500 untuk seorang murid atau satu keluarga yang ada anak sekolah. Kalau hendak bagi dalam bentuk tunai biarlah banyak, kalau tidak bagi saja peralatan sekolah, misalnya beg ia akan kekal sekurang-kurang setengah tahun. Copkan daging dibeg itu seperti mana guni baja dicopkan gambar dacing di zaman Sanusi Junis jadi menteri pertanian dulu. Namun bagi ibubapa yang miskin, bersorak sakan mendapat wang sebanyak itu. Mereka boleh tidak tidur malam kerana menunggu harian penyampaian wang itu. Maka berjujutan mereka beratur di sekolah untuk menerima wang berkenaan. Kadang-kadang kesian saya melihat nasib rakyat negara ini macam rakyat Uganda dan Somalia beratur untuk menerima bungkusan magee dari Ngo atau PBB. Saya tidak memperkecilkan kepada ibubapa... RM100 pun duit jadi mereka pergi ambil juga terpaksa tinggal ayam itik dan lembu kerbau kerana hendak ambil wang RM100. Kerana pemberian itu dalam musim bajir saya percaya ada yang tinggal rumah dalam keadaan kediaman dinaiki air semata-mata untuk mendapat RM100. Sepulang dari majlis pemberian wang itu rumah mereka sudah ditenggelami air. Untung secupak guni segantang. Bayangkan yang terlalu miskin kena naik bas atau kereta privet sapu untuk mengambil wang berkenaan. Berapa mereka kena habis untuk tambang bas. Pergi balik adalah RM10 maka tinggal lagi RM90... itu belum singgah di pasar beli bawang, ikan, sayur dan taugeh... habis RM20 tinggal lagi RM70. Kebetulan tertenguk kioks jula prepaid beli pula RM8 tinggal lagi RM62. Sekolah masih lambat lagi dibuka. Hujan terus turun pokok getah tidak boleh 'disenguk'. Maka emak ayah 'pinjam' RM50 untuk keperluan membayar bil elertik (air tidak payah sebab di Kelantan air kuning), bayar bil astro dan lain-lain khalas. Walhasil wang RM100 tidak pun sempat untuk beli sebatang pencil atau sepasang stoking untuk anak-anak. Itu perincian rambang macam mana wang itu digunakan. Sebab itu saya kata kalau hendak beri bagi RM500 untuk satu keluarga. Kalau untuk projek lembu gemuk boleh bagi RM250 juta, ada bekas menteri telan wang PPRT RM40 juta apalah sangat untuk bantuan rakyat sebanyak RM500, saya kira tidak sampai RM100 juta. Untuk dapat RM100 juta senang saja. Minta dengan menteri, timbalan menteri, pemodal besar dalam syarikat GLC dan perdana menteri dan isteri bagi RM1 juta seorang. Anak Mahathir, adik Najib, Vicent Tan dan Ananda Krisnan saja boleh bagi RM1 juta seorang. Tetapi adakah kesedaran dan keinsafan itu. Jawabnya tidak ada maka semua yang kaya terus jadi lembu gemuk dan rakyat akan terus kurus melidi dan menjilat jari di bumi gersang. Berbalik kepada cerita pemberian bantuan one-off di Bachok tadi sudahlah wangnya hanya RM100 tetapi penerimanya kena pajang dek broker politik UBN. Ibubapa yang diminta ke sekolah bukan terus diberi dan melenggang pulang tetapi sebelum terima wang RM100 kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno dulu. Kena dengar dan ikut selawat dan puji-pujian dan tanda syukur diberikan kepada Perdana Menteri Ha Najib Razak dan juga kerajaan Umno. Kena meratib ramai-ramai yang Najib PM yang peka dan mendahului rayat. Selepas itu baru majlis penyampaian diberikan. Pulak itu, penyampaian bukan seratus peratus. Di sebuah sekolah cikgu hanya bagi RM50 sahaja dulu sementara yang selebihnya kena pergi minta dengan Pegawai Penyelia Mukim (PPM) pulak. PPM ini adalah Penghulu di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang menjadi mata telinga kepada Umno. Inilah yang tidak menyenangkan ibubapa. Dakwa setengahnya menurut seorang muslimat Pas ia tidak berbaloi. Tunggu dua tiga jam hanya dapat RM50 sahaja manakala yang baki RM50 belum tentu lagi bila akan diberikan. Setengahnya kata mana-mana ibubapa yang bukan dari parti asal Kapal Layar kena isi borang Umno dulu baru wang selebih itu diberi. Aduhai Umno ubahlah sedikit perangai. Kalau hendak berpolitik pun jangan sampai ke tahap yang merendahkan akal budi politik Umno. Malulah sedikit Umno adalah parti terulung dan menjadi kerajaan di negara ini. Kalau perangai dan fiil Umno seteruk itu bagaimana Umno akan muncu sebagai parti profesional. Saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Umno dalam memberi one-off ini hasil dari transformasi yang dilaung-laungkan Ha Najib. Kesimpulan apa yang dapat saya kutip di sini keadaan Umno termasuk di Bachok itu sangat teruk sekali. Mereka sudah tidak ada upaya lagi untuk memanggi orang untuk mendengar propaganda politik mereka perangkap dengan wang RM100. Apakah dengan umpan sebanyak mereka akan terfikir rakyat (ibubapa) yang terlibat akan telan umpan dengan tembaga (jorannya) sekali? Barang kali kalau bukan kerana wang Umno sudah tidak dapat berjumpa dengan rakyat lagi. Di sini menjelaskan bahawa air liur, kata-kata dan janji Umno sudah tidak diyakini rakyat. Kenapa, jawabnya kerana sudah terlalu lama Umno 'berlawak' dan mempersendakan rakyat. Begitulah kalau belawak (bohong) sudah berkarat rakyat tidak akan mendekati lagi, dan kalau mereka memakan umpan (terima wang RM100) mereka tidak mudah menelan jorannya kerana mereka sudah mangli dengan tektik dan teknik itu politik ala ala Abu Jahal itu. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Umno buat2 lupa umoq sendiri... kahkahkah... Posted: 29 Nov 2011 02:30 PM PST UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN). Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya. Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus. Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajalela mereka lagi. Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka di tawan oleh nafsu nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun di tulis dalam blog ini. Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih. Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang di gubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan. Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang di gubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah di lupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing. Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu di wujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan 'equity participation' sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan dari kerajaan sendiri. Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu. Sekarang ini wujud pula apa yang di kenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak di audit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya. Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk di rasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat. Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh di keluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar. Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka di saluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan di sambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa. Dalam perhimpunan agong itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, 'walhasil balik asal'. Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agong kali ini ialah perhimpunan kali yang ke 60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke 60? Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun.Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu. Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke 22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya. PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu. Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan