Rabu, 30 November 2011

Addin

Addin


Panas!! Sekretariat UMNO Tengking Media

Posted: 30 Nov 2011 08:33 AM PST

"Tak faham orang lebih banyak nak tolong dia dari diri sendiri," itu saja yang boleh kami katakan kepada perhimpunan parti bangsa Melayu terbesar negara apabila kami gagal meneruskan liputan mengenainya tahun ini.Panas hati, kecewa dan bengang teramat sangat, begitulah perasaan kami ketika meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas dua hari berturut-turut membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Kami dimarah dan dileter sesuka hati oleh pihak urus setia yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal media di perhimpunan tersebut, iaitu UMNO Online yang juga memiliki portal berita yang hidup segan mampus tak mahu.

"Dah la mohon lambat, nak pula pas media cepat-cepat, mana boleh! Banyak lagi media yang kami kena layan, banyak lagi kementerian lain yang kami kena layan, bukan korang saja!," tengking seorang petugas UMNO Online.

Kami juga diherdik kerana lewat memohon pas media khas untuk membuat liputan walaupun memberikan alasan bahawa kami masih baru dan tidak tahu saluran untuk membuat permohonan tersebut. "Kalau tak terima surat jemputan pun, telefon la kitorang! Ni dah mohon lambat, pas dah habis, kena tunggu la, ikut la prosedur!," katanya.

Pertamanya, ingin kami beritahu di sini bahawa memang silap kami kerana lewat memohon pas media, itu pun disebabkan kami tidak tahu saluran mana atau siapa yang patut dihubungi untuk mendapatkan pas tersebut.

Tidak ada pula kami terima jemputan melalui emel, surat, pekeliling, hebahan melalui poster, radio atau televisyen yang memberitahu bahawa soal pas media dikendalikan oleh UMNO Online sebulan lalu.

Ia sangat berbeza dengan urus setia media Muktamar Tahunan PAS ke-52 yang berlangsung di Taman Melewar pada April lalu di mana kami dihubungi dan dimaklumkan melalui faks untuk hadir membuat liputan ketika perhimpunan parti itu.

Perkara ini, UMNO Online yang diamanahkan tugas tersebut perlu belajar dari PAS bagaimana menjalin hubungan baik dengan pengamal media.

Keduanya, kelewatan atau kesilapan kami itu bukanlah satu tiket untuk staf-staf UMNO Online mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada kami dan sewajarnya mereka menjelaskan keadaan dengan nada yang lebih baik.

Kalau tak nak bagi pun, cakaplah elok-elok sikit. Kami pun faham la. Tak perlu la nak herdik macam bagus sangat. Kecoh lebih apahal. Apakah wajar dua orang staf wanita yang mewakili suara UMNO berinteraksi dengan buruk terhadap media sedangkan mereka mengharapkan agar lebih banyak media membuat liputan perhimpunan parti mereka itu?

Dalam hal ini, pengalaman kami ketika membuat liputan Muktamar PAS tahun ini lebih baik. Ketika Muktamar PAS tempohari, seorang wartawan Mynewshub.my lewat memohon pass media (pada hari ketiga muktamar), namun petugas PAS dengan senyuman bersungguh-sungguh membantu mendapatkan pass tersebut dan ia diperoleh selepas hanya sejam menunggu sahaja.

Nampaknya, kebobrokan beberapa staf UMNO Online terhadap birokrasi itu mampu memburukkan imej UMNO di mata media dan rakyat yang mempunyai nilai undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ketiganya, sekiranya staf-staf UMNO Online itu benar-benar merasakan diri mereka hebat sangat diberikan tugas bagaikan 'raja media', mereka perlu betulkan tanggapan tersebut kerana semangat UMNO tidak pernah sebegitu.

UMNO yang kami kenali sentiasa mesra media, tanyalah pada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau pasti setuju dengan pendapat kami mengenai parti itu. Keempat, tolonglah jaga sikit mulut staf-staf UMNO Online itu kerana ia mampu menjejaskan nama baik UMNO, khususnya kami telah mendapat tahu ada dikalangan rakan media yang sudah merungut mengenai layanan yang diterima meskipun perhimpunan baru sehari bermula.

Menghina, terlalu tegas dan bersikap bagai 'akulah raja' terhadap media akan membuat media alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider akan melaporkan perkara-perkara yang negatif di sekitar perhimpunan tersebut. Kelima, apalah yang susah sangat untuk memproses pas media yang hanya bermodalkan sekeping kertas dan hanya mengambil masa kurang sejam.

Jika urus setia PAS mampu membantu memberikan pas media kepada Mynewshub.my dalam masa sejam, kami percaya pihak UMNO yang lebih sofistikated dan 'advance' mampu memberikan pass tersebut lebih awal dari tempoh tersebut! Pokoknya, mahu atau tak mahu bagi sahaja, kan?

Maaflah sekiranya UMNO Online tersinggung dengan kami kali ini, kami tak pedulik sebenarnya….dan ketahuilah bahawa salah kami hanya satu, namun kesalahan dan kesilapan pihak urus setia hal ehwal media ini lebih dari satu!

Tak tahulah sama ada kami akan membuat liputan media Perhimpunan Agung UMNO pada tahun depan atau tidak memandangkan kami malas mahu mengadap muka-muka berlagak tak bawak ke mana urus setianya.

Mynewshub

(Video) Iklan Nando's Kutuk Robert Mugabe

Posted: 30 Nov 2011 12:43 AM PST

Sebuah restoran di Afrika Selatan memiliki cara kreatif untuk berpromosi. Dia menggunakan isu politik internasional untuk mengiklankan hidangan cepat sajinya. Dalam iklan yang dirilis pekan lalu itu, restoran Nando's menggambarkan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe harus menghabiskan liburan dalam kesendirian karena diktator-diktator lainnya sudah tidak ada lagi.

Sambil menata meja makan, Mugabe, yang tentu saja diperankan aktor, mengenang masa-masa indah dan menyenangkan bersama Perdana Menteri Afrika Selatan PW Botha, Saddam Hussein, Moammar Khadafy, dan mantan Presiden Uganda, Idi Amin. Video itu diakhiri dengan Mugabe duduk di ujung meja makan yang kosong. Dia tampak kesepian.

Iklan Nando's itu ditutup dengan produk yang sedang mereka tawarkan. Paket makan berisi enam potong ayam goreng dan pelengkapnya. Narator menutup iklan itu dengan ucapan, "This time of the year, no one should eat alone./kompas


Bukti CIMB Bank Berurusan Dengan Zionis Israel?

Posted: 30 Nov 2011 12:23 AM PST

sumber : bernama

Ok semalam gua terserempak dengan berita bernama atas ni. tahniah la sebab cimb dapat anugerah bank internet terbaik walaupun pada gua cimbclicks tu takde la power sangat. online transaction gua pun kadang kadang sangkut lagi. tapi peduli apa. benda anugerah dekat malaysia ni memang gua tak percaya sangat. alangkan merong mahawangsa yang entah apa apa pun boleh dapat anugerah filem terbaik. kah kah kah!

berbalik pada cerita bank. gua cuba google siapa yang power sangat handle sistem sekuriti cimb sampai dapat anugerah bank terbaik ni? last last jumpa, jawapannya NICE SYSTEMS LTD. seperti dalam berita di bawah, NICE ni handle sistem sekuriti CIMB secara 'remote'. senang cerita memang power la. lagi power berita ni disiarkan di globes - Israel business news.
sumber : globes - israel's business arena

Disebabkan naik nama israel dalam berita atas ni, gua pergi melawat wikipedia. dan gua dapati CIMB merupakan antara pelanggan 'terbesar' kepada NICE SYSTEMS LTD yang beribu pejabat di mana? ya, di Ra'anana, Israel. ni bukan gua tuduh ni. ni wikipedia yang bagitau. sila rujuk gambar segiempat dibawah.


sumber : nice wikipedia

Dan untuk kepastian lanjut, gua lawat pula website nice.com dan dapat alamat penuh dia. rujuk petak merah di bawah. no talipon pun ada. gambar bawah tu pulak gua dapat dari reuters finance. siapa yang minat benda benda saham ni boleh la pergi pantau NICE SYSTEMS LTD (NICE.TA) di Tel Aviv Stock Exchange sana.

sumber : nice.com

sumber : reuters finance

Ok itu pendedahan pasal NICE SYSTEMS LTD. apa pula kaitannya dengan mossad? sebenarnya gua saja gatal tangan google 'nice systems mossad' dan dapat la 2 petikan artikel untuk dikongsi dengan semua seperti di bawah ni. tak kenal mossad? sila google sendiri.

masalahnya bila CIMB 'menyerah kuasa' kepada kompeni yang beribu pejabat di Israel untuk menghandle sistem sekuriti bank tersebut, adakah anda yakin segala maklumat kewangan dan data peribadi anda selamat di tangan mereka? yang mana juga diuruskan oleh bekas pegawai risikan mossad Israel?

sumber : mossadassassins
sumber : haaretz.com

Tensen juga tulis benda benda macam ni. dalam tv, bukan main lagi pemimpin umno ni benci israel. mahathir siap ada video tunjuk dia power debat dengan yahudi. padahal, pada zaman dia la banyak urusan perdagangan malaysia dengan israel (rujuk : Perdagangan Malaysia - menurut IsraelAsiaCenter.Org) dan sekarang, terima kasih kepada CIMB, akaun gaji gua tiap tiap bulan pulak di handle zionis.

Semut Malaysia

Gempar!! UMNO Guna Masjid Dan Sekolah Buat Simulasi Pilihanraya

Posted: 29 Nov 2011 09:10 PM PST


Simulasi pilihanraya yang dilakukakan oleh Umno/BN pada hari ini telah menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat kegiatan parti mereka. 
 
Tinjauan di Dun Hulu Besut pada sebelah pagi tadi mendapati pihak umno telah memaksa pihak pengurusan sekolah supaya membenarkan premis tersebut diganakan sebagai tempat mengundi olok-olok. Di Kampung Belao Hulu Besut, Umno bukan sahaja menggunakan sekolah Kebangsaan Keruak sebagai tempat menggundi tetapi sanggup menggunakan Masjid sebagai barong atau tempat semakan pendaftaran pemilih.

Mereka selalu melaung-laungkan supaya masjid tidak dipolitikkan tetapi apa yang jelas pada hari ini tanpa segan silu mereka menggunakan masjid sebagai tempat urusan simulasi pilihanraya.

Lebih dahsyat lagi Umno telah mengarahkan anggota rela untuk bertugas dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Di SK Keruak dan beberapa sekolah sekitar kelihatan anggota rela telah dikerah untuk bertugas di muka pintu sekolah tempat mengundi tersebut. Sudah tentu elaun dibayar kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan.

Inilah contoh bagaimana Umno sanggup menggunakan apa saja kaedah atau cara yang tidak bermoral untuk meraih undi daripada rakyat.Sehari sebelum itu belia-belia telah dikumpul untuk dibahagikan baucer bagi mengambil wang sebanyak RM200. Wang tunai tersebut kemudiannya diberi sebaik saja selesai mengundi BN dalam pilihanraya olok-olok tersebut.

Kita bagi pihak Pas mendesak supaya Umno menghentikan kerja-kerja tidak bermoral seperti menyalahgunakan tempat awam dan peruntukan kerajaan untuk meraih undi rakyat.

Kita juga dimaklumkan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno mengugut para belia supaya mengundi dacing sebagai syarat untuk mendapat wang sebanyak RM200 tersebut. Kita tidak kisah jika itu adalah duit Umno. Tetapi yang digunakan untuk berkempen adalah wang peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberi kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Dalam pilihanraya umum 13 nanti kita berharap anak – anak muda bangkit membuat perubahan dengan menolak kepimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Ini adalah masa ternaik bagi kita membuat perubahan untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara ini./buletinonline

Gaji Kakitangan Awam Naik 40 Peratus

Posted: 29 Nov 2011 07:17 PM PST

Kakitangan kerajaan bakal naik gaji sehingga 40%? Kalau betul berita gaji kakitangan awam 2012 naik kakitangan naik gaji ini, Alhamdulillah... Tapi lawan tetap lawan. Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu.

Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: "Exit Policy"

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Baca di sini.


Facebook Akan Masuk Bursa Saham Dengan Nilai 100 Juta Dollar AS

Posted: 29 Nov 2011 06:56 PM PST

Berapa nilai Facebook apabila masuk bursa? Konon, Facebook akan masuk dengan taksiran harga 100 miliar dollar AS alias sekitar Rp 920 triliun. Menurut sumber-sumber Wall Street Journal, Facebook berencana masuk bursa atau melakukan initial public offering (IPO) antara April dan Juni 2012. Saat masuk bursa itulah, Facebook akan dihargai 100 miliar dollar AS.

Meski sudah mulai ada bocoran-bocoran tersebut, dikatakan juga bahwa Mark Zuckerberg selaku pendiri dan CEO Facebook masih belum memutuskan apakah hendak IPO atau tidak. Targetnya, Facebook bisa meraup dana hingga 10 miliar dollar AS pada saat IPO tersebut. Jika demikian, maka nilai total Facebook akan mencapai 100 miliar dollar AS.

Sebagai perbandingan, pada perdagangan 28 November 2011, Intel memiliki nilai 115,6 miliar dollar AS, Cisco 93,5 miliar dollar AS, dan Hewlett-Packard 51,2 miliar dollar AS. Saat ini Facebook tidak mau terburu-buru go public karena beberapa faktor, termasuk pasar saham yang masih tidak stabil di AS dan situasi ekonomi global yang mengkhawatirkan./kompas

Ini Dia Kumpulan Nasyid Scorpene

Posted: 29 Nov 2011 06:26 PM PST


Inilah penyanyi-penyayi kumpulan Scorpene yang bergambar berlatarbelakangkan Kapal Selam yang baru dibeli oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk dibuat MUZIUM KAPAL SALAM.. Adakah Muzium ini juga akan menjadi satu lagi projek Gajah Putih????

Mutaligat


Tiada ulasan: