Jumaat, 18 November 2011

shalehudin

shalehudin


Ramalan Anwar, rambut Rosmah takkan kembang lagi... kahkahkah...

Posted: 18 Nov 2011 07:18 AM PST

Ramal Pakatan ganti BN PRU-13

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Anwar Ibrahim menjangkakan satu "kebangkitan Malaysia" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan BN.

"Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan," kata beliau dalam satu temubual dipetik agensi berita itu 3 Nov lalu.


Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.

Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan. Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.

Susulan perhimpunan itu, kerajaan Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.

Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain.

Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang "sudah pun pasti".

Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad, katanya, akan berakhir dalam PRU-13.

Anwar memberitahu Bloomberg, Pakatan akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini)," kata Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan.

Bloomberg membangkitkan bahawa tiada sebarang peristiwa yang pemimpin Asia Tenggara digulingkan daripada kuasa sedangkan gerakan sivil semakin kuat di rantau ini.

Anwar menjawab: "Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu.

"Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang," tegas Anwar.

"Harap-harap, kami akan melakukan (giliran) kami menerusi proses demoktratik yang aman," katanya lagi.

Kudung kepala kita ngan berita nih...

Posted: 18 Nov 2011 01:30 AM PST

Berita yang amat memalukan warga PDRM, bukti hilang

Oleh: amkns

Pada bulan September 2011, 3 orang pegawai SPRM telah ditahan berkaitan kes rompakan hampir RM1 juta di Lapangan Terbang KLIA. Kini bukti penting, sebahagian dari wang rompakan tersebut yang disimpan di Ibu Pejabat Polis Selangor pula didapati hilang, walaupun bilik simpanan bahan bukti ini dikawal ketat.

Nampaknya Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri sudah hilang kawalan terhadap anggota mereka sendiri. Kes yang amat memalukan bukan sahaja PDRM, tetapi rakyat Malaysia.

Cerita berkaitan rompakan hampir RM1 juta yang dikaitkan dengan pegawai SPRM di sini

Part of robbery loot goes missing

17 November 2011

Evidence of KLIA heist stolen from state police headquarters Part of the loot in the RM930,000 robbery at the Kuala Lumpur International Airport on Sept 15 has gone missing from police custody. The crucial evidence, said to be RM11,000, was kept in the investigating officer's room at the Selangor police headquarters in Shah Alam.

The money was discovered missing last week and investigators believed it was an inside job as all visitors to the police headquarters are strictly vetted. It is learnt that although there are closed-circuit television cameras (CCTV) installed at various points in the building, there are no CCTVs at the investigating officers' rooms.

The missing money was part of the loot which comprised foreign currencies which was robbed from a group of moneychangers at KLIA.

The three MACC officers -- S. Vijayarao, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad and Aziz Jaafar -- were slapped with nine charges on Oct 7 at the Sepang Sessions Court. It was reported that five men, including the three MACC officers, allegedly robbed the moneychangers of the cash at the airport's satellite building.

Ni la pasai kita nak tukaq kerajaan...

Posted: 18 Nov 2011 12:00 AM PST

Petanda BN akan gulung tikar... kahkahkah...

Posted: 17 Nov 2011 10:00 PM PST

Terkini!! Parti Gerakan Bubar

Oleh: siasahkini

Disebabkan ramai ahli telah cabut lari, Parti Gerakan Padang Serai Terpaksa Dibubarkan.


Kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, naib pengerusi Parti Gerakan cawangan Padang Serai, Kok Ee Foh mengumumkan pembubaran parti itu setelah kebanyakan ahli mengambil keputusan meninggalkan parti itu.

Menurut Ee Foh, sebelum ini Bekas Pengerusi parti Tan Hiang Lye mengambil tindakan yang sama setelah kecewa dengan pucuk presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dianggap cakap tak serupa bikin. Ee Foh berkata dengan keputusan dibuat parti gerakan yang ditubuhkan sudah tidak wujud dan ini akan melemahkan Gerakan di Kedah.

Nik Aziz tibai Berahim, luku Mahathir... kahkahkah...

Posted: 17 Nov 2011 08:00 PM PST

'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan 'mengangkat keris' dan melaungkan 'Melayu' adalah perjuangan sempit.

Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

"Pada saat pihak lain 'mengangkat keris' dan melaungkan-laungkan 'hidup bangsa' dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat 'persamaan darah' dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum," ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

"Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan 'khazanah' di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu," jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

Majlis merupakan 'projek perintis' Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum.

Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.

"Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

"Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga," katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam 'berada di tampuk pemerintahan'.

"Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya," katanya.

Najib terus kena tibai... kahkahkah...

Posted: 17 Nov 2011 06:00 PM PST

Najib Terus Dibelasah Ahli Parti

Oleh MSO

SELEPAS menghasil dan menerbitkan buku berjudul "Najib PM Terakhir" bekas wartawan Shahbuddin Husein mucul pula dengan buku kedua berjudul Kesilapan2 Najib. Saya kira buku ini berangkaian dan merupakan sambungan kepada buku yang pertama.

Kalau dalam buku pertama Shahbudin banyak mengkritik Najib dan memberi kata dua sekiranya Umno tidak dipulihkan kemungkinan Najib adalah PM terakhir dari Umno. Selepas ini mungkin orang Umno tidak berpeluang lagi menjadi perdana menteri.

Dalam buku pertama Shahbudin masih berselindung apakah matlamat dan tujuan beliau menulis. Tampak beliau ikhlas dan mahu melihat partinya itu berada di dalam landasan sebenarnya. Shahbudin masih berkompromi dan sayang kepada Umno. Walaupun sudah ada bunga-bunga kemarahan dan kekecewaan beliau kepada Umno yang diluahkan dalam buku itu tetapi beliau masih bersikap kompromi, dan memberi jalan keluar kepada Umno amnya dan Najib khsusunya.

Shahbudin semacam memberi peluang untuk Najib terus membaiki Umno dan mengembalikan parti itu sebagai sebuah parti yang membela bangsa Melayu.

Tetapi buku kedua ini sudah jelas Shahbudin tidak dapat menyembunyikan isi hatinya kepada Umno. Apabila beliau menyenaraikan kesalahan-kesalahan Najib baik dari segi sikapnya sebagai pemimpin polisi dan dasar diperkenalkan makin terserlah bahawa Shahbudin secara peribadi sudah tidak percayakan kepada Umno lagi. Sebagai ahli parti sepatutnya Shahbudin tidak bertindak demikian kerana ia boleh dianggap sebagai melanggar disiplin parti. Namun kebimbangan itu seperti tidak dipedulikan oleh ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

Malahan buku ini paling kejam apabila beliau meminta Najib berundur demi keselamatan Umno. Memahami apa yang dituntut Shahbudin ini menunjukkan Najib berada dalam keadaan yang parah dan tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk kebaikan Umno.

Pandangan Shahbudin mungkin lebih jelas permasalahan dalaman Umno kerana beliau adalah ahli parti. Jadi kalau seorang ahli sudah berpandangan demikian sudah pasti Najib mempunyai masalah besar sehingga dia diminta berundur secara terhormat demi masa depan Umno.

Shahbuddin nampak begitu yakin kalau Najib tidak akan mengorbankan diri, berundur ia akan membawa maut kepada parti berusia lebih 60 tahun.

Bagi Shahbudin, Najib menjadi liabiliti kepada Umno dan gagal untuk membaiki pulih dengan projek transformasinya.

Apa yang menambahkan keparahan Najib menurut buku yang mengandungi 267 muka surat itu ialah disebabkan lagak dan perangai Rosmah Mansor. Tampaknya momokan pembangkang terhadap Rosmah Mansor yang dikatakan menjadi perosak kepada Najib ikut sama diaminkan oleh ahli Umno sendiri.

Saya tidak mahu memperkatakan lebih dari apa yang saya perolehi dari pembacaan buku berkenaan. Elok kalau ianya dibaca dan dinilai sendiri oleh penjenguk sekalian. Apakah Kesilapan-kesilapan Najib itu. Cari dan fikirlah sendiri apakah ia benar atau pun hanya satu ilusi penulis sahaja yang mahu memburukkan Najib.

Kepada anda yang ingin memiliki buku ini sila klik iklan di side bar di sebelah kiri, dan berhubunglah dengan email yang diberikan. Atau kalau sulit hubungi di nombor telefon 019 2026388. Yang berminat perlu cepat kerana buku yang dibekalkan hanya 50 naskah sahaja.

Video: Salahuddin tibai Giat Mara pulak...

Posted: 17 Nov 2011 04:00 PM PST

Mahal: Salahuddin mahu SPRM siasat Giat Mara

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Giat Mara membeli beberapa peralatan tanpa prosedur yang betul.

Mendakwa ia satu penyelewengan, Salahuddin mahu SPRM menyiasat perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas beliau membangkitkannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Suatu siasatan mesti diadakan dan SPRM mesti bertangungjawab menyiasat dan saya sebagai salah seorang panel khas SPRM di bawah Parlimen akan serah laporan ini kepada SPRM Isnin depan," kata beliau pada sidang media di lobi Prlimen hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain tidak meminta sebut harga daripada pihak pembekal sebelum membuat tempahan, peralatan juga dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.

Laporan tersebut juga langsung tidak menafikan perkara itu.

Apa yang dikesalkan, selepas ditegur Ketua Audit Negara, pihak Giat Mara hanya bertindak menghantar surat kepada pihak pembekal meminta wang lebihan dikembalikan.

Antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

"Jawapan yang saya terima daripada pegawai kementerian, saya anggap tidak munasabah.
"Mereka sudah bayar duit kepada pembekal tapi bila audit tegur baru minta syarikat bayar balik harga lebihan.

"Betapa tidak telusnya dan tidak cermatnya agensi dalam membeli barang-barang sehingga ditegur audit," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat

Posted: 17 Nov 2011 02:30 PM PST

Dari Tariq ibn Shihab,

" Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda " Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya " Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah.

Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala " berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata " aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga."

(HR Imam Ahmad)

Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Menarik bukan.

Saya ingin kaitkan hadis ini dengan situasi masyarakat sekarang yang masih taksub dengan bomoh. Bomoh yang membakar kemenyan dan meminta pengeras sebagai korban untuk mencapai hajat apa yang diingini. Bukankah situasi ini sama dengan kisah di dalam hadis tersebut.

Pengeras

Pengamal perubatan tradisional yang juga dikenali sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan yang mereka berikan. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupun jin belaan bomoh tersebut. Bayaran Pengeras tidak sama antara bomoh dan jenis penyakit. Dari puluhan ringgit hinggalah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Pengeras yang agak tinggi biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupun tinggal sehelai sepinggan disebabkan desakan penyakit yang di alami. Cuba kita fikirkan, adakah jin memerlukan duit? Jin tidak perlu menghulurkan duit pun untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.

Selain meminta pengeras dalam bentuk duit, ada juga yang meminta yang bukan-bukan seperti darah ayam, telur ayam kampung, pulut kuning. Barang-barang yang diminta oleh jin ataupun syaitan ini berlainan mengikut keadaan geografi (negara). Kenapa? Sebenarnya syaitan tidak memerlukan barangan tersebut. Tetapi mereka gembira kita dapat mengikut kemahuan mereka. Tujuan mereka cuma satu, untuk sesatkan manusia dan mendiami neraka bersama mereka.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Berserah kepada Allah swt. Jangan biarkan diri diperdaya oleh Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata.

Tiada ulasan: