Addin |
- Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad, Umat Nabi Hud A.S
- Murtad : Diperangkap Atau Sengaja Masuk Perangkap?
- Transnasional Bhd. Mula Gulung Tikar
- Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai
Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad, Umat Nabi Hud A.S Posted: 18 Nov 2011 04:00 PM PST Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco. Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu? Penemuan Arkeologi di Kota Iram Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik. Selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas. Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) NizarBlog |
Murtad : Diperangkap Atau Sengaja Masuk Perangkap? Posted: 18 Nov 2011 08:12 AM PST Penulis sebenarnya terkejut dengan jawapan YB Datuk Dr. Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Selangor di Dewan Undangan Negeri semalam, seperti yang disiar Malaysian Insider. Jawapan balas beliau ke atas soalan ADUN Sg Burong dari UMNO berhubung gejala murtad yang didakwa berleluasa di Selangor, mencetuskan polemik baru apabila Dr. Hassan Ali 'mengesahkan' bahawa kegiatan murtad itu memang berlaku. Ibarat menambah cuka kepada luka yang menanah, tidak cukup dengan 'pengesahan' itu, Dr Hassan Ali turut mendedahkan risikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan penggunaan alat alat canggih termasuk bible elektronik yang berkuasa solar. Seolahnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal memastikan keharmonian hubungan antara agama di Selangor. Gambaran ini tidak begitu baik dalam perjalanan kita menguasai Putrajaya. Nampaknya Dr. Hassan termasuk (atau sengaja masuk) dalam perangkap yang dipasang oleh ADUN dari UMNO itu yang memang sengaja mahu meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan yang sangat sukar. Walaupun isu ini sudah berjaya dibendung dengan baik sebelum ini tapi persepsi masyarakat Islam di Selangor ialah kerajaan Pakatan Selangor melindungi pihak gereja DUMC. Penulis sedikit tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan 'gag order' (larangan bercakap) Menteri Besar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan isu cubaan murtad ini? Tidakkah 'gag order' ini sepatutnya terpakai juga dalam menjawab soalan balas di DUN juga? Walaupun Dr. Hassan terikat dengan peraturan dewan untuk menjawab soalan lisan pihak pembangkang, tapi perlu ada kebijakan dalam menjawab soalan yang diketahui menjadi perangkap. Orang muda kata 'gunalah otak sikit', paling tidak pun janganlah menambah parahkan keadaan. Maaflah kalau ayat penulis sedikit keras tapi memikirkan apa tindak balas penyokong BN selepas ini, kekerasan itu memang perlu. Lagipun bukan rahsia Dr. Hassan Ali kerap berselisih pendapat dengan rakan-rakan Exco lain dalam kabinet kerajaan negeri Selangor. Penulis bukan nak menghasut tapi rasanya kajian semula barisan Exco sedia ada di Selangor perlu dilakukan. Dalam persediaan kita menghadapi pilihanraya umum yang bakal diumum bila-bila masa dari sekarang, kita tidak ada masa untuk bertelingkah sesama sendiri akibat dari kenyataan kurang bijak beberapa kerat orang seperti Dr. Hassan Ali. Sejak isu DUMC ini bermula, PAS sudah memandang 'potensi' tidak menyenangkan dari Dr. Hassan Ali dan bertindak memecatnya dari jawatan Pesuruh jaya PAS Selangor dan menggantikan dengan YB Dr. Rani. Bukankah tindakan PAS ini petanda yang cukup kuat untuk menyingkirkan Hassan Ali dari barisan Exco sedia ada juga? Kita ada ramai pemimpin lain dari PAS yang boleh mengisi kekosongan tersebut, paling tidak Dr. Rani sendiri yang dilantik. Dr. Hassan dulu pun dilantik menjadi Exco atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Apapun penulis serahkan kepada kebijakan YAB Menteri Besar untuk menentukan perkara ini. Penulis yakin, apa pun yang dibuat, ada alasan baik disebaliknya. Cuma yang penulis risaukan ialah semakin lama dibiarkan, semakin banyak pula kerosakannya. Perlu diingat, Pakatan Rakyat bukanlah satu pertubuhan berdaftar lagi seperti mana BN (atas masalah yang ditimbulkan RoS), dengan itu rakyat sering sangsi akan kesatuan kita. Dalam keadaan ini, penting menjaga kesatuan dan perpaduan kita supaya rakyat akan bertambah yakin dengan kita kerana kita masih lagi perlu bertanding atas lambang parti masing-masing. Kalau macam BN itu senang, apa pun yang kita cakap mengenai kecelaruan dalam parti komponen atau pemimpin mereka, paling tidak mereka masih bertanding atas lambang yang sama. Pilihanraya umum ke 13 adalah medan sebenar perjuangan Pakatan Rakyat dalam penentuan kerajaan yang bakal memerintah Malaysia. Sebelum PRU 2008, Pakatan Rakyat belum wujud, yang ada hanya persefahaman sesama kita yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim demi membentuk kerajaan di Selangor dan Perak. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, pilihanraya umum mendatang ini adalah penentu hidup dan mati Pakatan Rakyat. Jadi penting untuk anasir-anasir tidak perlu disingkirkan sebelum ia menjadi tidak terkawal. Harap dapat perhatian dan tindakan lanjut dari pucuk pimpinan./suaraPR |
Transnasional Bhd. Mula Gulung Tikar Posted: 18 Nov 2011 07:21 AM PST Selepas 10 tahun menanggung kerugian, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) juga terpaksa menggulung tikar di beberapa kawasan tanah besar. KTB telah memberikan notis 10 hari kepada kerajaan negeri bahawa bas Cityliner akan berhenti beroperasi bermula 21 November ini."Antara sebab-sebab yang diberikan ialah kebanyakan laluan tidak menguntungkan berpunca daripada persaingan daripada pengusaha lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Khamis. "Syarikat itu juga menjangkakan kerugian sebanyak RM4 juta dari operasi di tanah besar semata-mata," katanya. Chow berkata KTB telah mencadangkan syarikat itu dilantik sebagai sub-kontraktor untuk Rapid Penang dan dibayar berdasarkan jumlah tetap per kilometer sebagai pertukaran untuk semua tambang yang dikutip dan kemudiannya dikemukakan kepada Rapid Penang. "Pengurusan KTB juga mencadangkan bahawa kerajaan negeri mengambil alih laluan dan kontrak dikembalikan kepada mereka, juga terhadap jumlah tetap satu kilometer." Di Alor Setar, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Tan Joo Long @ Tan Chow Kang berkata beliau telah menerima surat daripada syarikat bas tersebut yang menyatakan hasratnya untuk menghentikan operasi. "Saya sedang berada di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan masih belum mengkaji kandungan surat itu. Saya hanya akan mengeluarkan kenyataan minggu depan selepas membuat penelitian, " katanya. Di Ipoh, Kerajaan Negeri Perak merancang untuk memberi subsidi kepada lebih banyak pengusaha bas di pelbagai daerah untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada perkhidmatan bas. Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri akan mengadakan dialog dengan pengusaha bas di Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar untuk mengetahui bagaimana ia boleh membantu operator. "Saya faham industri pengangkutan awam sedang mengalami kerugian setiap hari. "Ia adalah masalah lama yang dihadapi oleh syarikat pengendali dan kami cuba yang terbaik untuk membantu mereka," Dr Mah kepada The Star, Khamis. Beliau mendedahkan, kerajaan negeri pada masa ini memberikan subsidi kira-kira RM72, 000 sebulan untuk mengekalkan operasi bas di Manjung. Addin : Inilah transformasi Najib.. daripada ada jadi takde..kah..kah..kah.. |
Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai Posted: 17 Nov 2011 11:14 PM PST JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011). Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu. Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang. Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan