shalehudin |
- Wajib baca: Beruk nak jaga lembu
- Depa ni nak pi mana sebenaqnya... haha...
- Memang Polis ada niat nak pekena Anwar laa...
- SPRM ketaq lutut pasai lembu Shahrizat ada taring kot...
- Guan Eng guna 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' dah Umno tak reti pakai... kahkahkah...
- Pak Lah pi tambah luka Shahrizat la pulak... kahkahkah...
- Buang saja Umno ke laut, bukan mintak depa berubah...
- Jet peribadi Menteri Pertahanan
- Rahim Thamby Chik dah mula gempaq Najib... kahkahkah...
- Laaa... dah tahap ke bawah tanah dah ka KJ nih... kahkahkah...
- Pak Bakaq bersembang pasai demokratik pulak dahh... haha...
- Jom Balaih Duit Rakyat
- Kisah Jason Perez memeluk agama Islam
Wajib baca: Beruk nak jaga lembu Posted: 16 Nov 2011 09:30 AM PST MESTI BACA : Apabila Beruk mahu jaga Lembu Di Malaysia yang permai ini ada dua orang insan yang begitu "selok"(teruja) untuk melompat-lompat bagi menonjolkan dirinya agar diberi perhatian maupun untuk menunjukkan bahawa diri mereka berdua masih ada nyawa lagi. Mereka adalah Dr Mahathir dan Khairy Jamaluddin(KJ). Walaupun mempunyai watak dan perangai yang sama seperti diatas, tetapi mereka berdua tidak boleh berjumpa. Si Tua amat memurkai Si Muda sejak mentua Si Muda jadi PM lagi. Keduanya "cerdik". Tapi guna kecerdikan untuk fahaman sekular. Dulunya mereka berdua pernah berada di puncak politik. Mahathir menjadi PM selama 22 tahun manakala KJ pula pernah menjadi "penasihat" Pak Lah(macam Rosmah terhadap PMNajib) semasa Pak Lah jadi PM. Tapi kini, segalanya jadi kenangan semata-mata. Mahathir semakin dilupai manakala KJ walaupun menang Ketua Pemuda kempunan untuk menjadi ahli Kabinet PMNajib. Bagi menyatakan mereka masih "hidup", terpaksalah mereka berdua "menjerit-jerit". Bagi Mahathir, jeritannya bagaikan menjilat kahak hijaunya sendiri manakala bagi KJ jeritannya bagaikan budak lulusan KEMAS bukan Oxford. Cumanya cerdik sedikit daripada JKKK. Sejak kes fitnah anak KM Lim Guan Eng, KJ sepi sejenak. Tiba-tiba sekonyong-konyong KJ bersuara tentang National Feedlot Centre. KJ begitu beria-ia membela skandal NFC. NFC umpama "tahi lembu" yang ditinggalkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Jaga Kerbau dan Lembu(meminjam kata-kata arwah Ustaz Fadhil Noor). Ketika Noh Omar selaku Menterinya sekarang terkapai-kapai menjawab di Parlimen maka KJ melompat bagai kera kena belancan membela skandal NFC. Yang untungnya adalah Menteri Shahrizat Jalil. Sepi menyepi diam membisa. Bagai ular sawa kekenyangan setelah membaham mangsanya. Shahrizat dan keluarganya juga barangkali macam ular sawa. Yang peliknya, mengapa kekonyong-konyong KJ bangkit membela Shahrizat? Di New Zealand, biasanya anjing akan menjaga lembu ternakan di ladang-ladang. Di Malaysia pula, "beruk" yang beria-ia membela dan menjaga " lembu ". Pelik kan ?" |
Depa ni nak pi mana sebenaqnya... haha... Posted: 16 Nov 2011 06:42 AM PST Kedai Rakyat 1Malaysia nak kemana? Oleh Muhammad Zir 15 NOVEMBER – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan bahawa susu segar 1Malaysia telah dicemari dengan virus E.Coli dan Coliform. Ia adalah hasil usaha Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua yang telah mendapat laporan ujian makmal ke atas produk tersebut. Kini, bukan sahaja kualiti produk jenama 1Malaysia ini semakin dipersoalkan tetapi juga kemungkin produk-produk lain membahayakan kesihatan rakyat. Apakah kesan dan tindakan pihak berkuasa? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Langkah politik atau keperluan ekonomi Melihat kepada usaha pihak kerajaan yang mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), ia adalah satu langkah politik, bukan untuk meningkatkan ekonomi negara atau meringankan beban ekonomi rakyat. Ya, kesan pada ekonomi itu memang wujud, tetapi yang kita maksudkan sebagai langkah politik ini adalah manifestasi kepada simbol dan imej yang ditonjolkan terlalu berlebihan, melebihi dari rasional dalam hal perniagaan dan ekonomi. Dengan kata lain, logo 1Malaysia ini dilihat terlalu menonjol seolah-olah inilah saja cara terbaik untuk menarik pembeli dalam mencapai objektif kedai ini iaitu meringankan beban rakyat. Teorinya agak mudah, iaitu kerajaan UMNO-BN mencipta KR1M dengan hujah bahawa ia punya signifikan dengan slogan Najib Tun Razak iaitu 'rakyat didahulukan'. Makna konsep kedai rakyat 1Malaysia ini mementingkan kemampuan pengguna, iaitu rakyat untuk membeli barangan tersebut. Harga produk-produk ini didakwa sebagai antara yang paling murah. Ia bersesuaian dengan kemampuan rakyat yang majoritinya kelas bawahan yang tinggal dibandar besar. Selain daripada harga, secara zahirnya produk dari kedai rakyat 1Malaysia ini dapat dikenal dengan mudah menerusi label atau pembungkusannya (packaging) yang menggunakan logo 1Malaysia. Logo 1Malaysia bererti produk daripada UMNO-BN tetapi wang yang digunakan adalah milik rakyat kerana pembiayaannya adalah oleh kerajaan persekutuan yang hidup dan wujud semata-mata atas cukai rakyat dan sumber hasil negara. Penjenamaan semula Jenama asal produk-produk ini tidak begitu jelas sumbernya, tetapi yang nyata bahawa semua produk ini telah dibungkus semula dengan saiz dan berat yang berbeza-beza dari produk asal. Inilah yang paling menonjol pada apa yang dikatakan produk kedai rakyat 1Malaysia. Kesinambungan idea Tun Mahathir Mohamad (yang memgambil barangan orang lain dan dibungkus semula menjadi produk Malaysia seperti kenderaan keluaran negara) masih 'dibeli' oleh Datuk Seri Najib Razak. Cuma kali ini dengan 'packaging' dan label yang berlainan. Jika kita dapat lihat laman web kedai rakyat 1Malaysia ini, tertera dengan jelas pautan ke laman 1Malaysia – laman web peribadi Najib dan laman web pejabat Perdana Menteri. Adalah jelas, ilham Perdana Menteri ini adalah semata-mata langkah politik bagi menggilap imej beliau dan pentadbirannya bagi meyakinkan rakyat dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Persaingan atau persengkokolan? Jadi, bagaimana pula teori yang menunjukkan bahawa idea kedai rakyat 1Malaysia ini bukan berlandaskan keperluan pertumbuhan ekonomi? Kita juga sudah sedia maklum bahawa syarikat Mydin merupakan satu-satunya pengusaha yang dilantik untuk membekal kesemua barangan kedai rakyat 1Malaysia. Kehairanan ini timbul kerana kita mengetahui bahawa dalam industri IKS, bukan hanya Mydin sahaja yang wujud, malah berpuluh-puluh lagi syarikat anak tempatan yang mempunyai kemampuan untuk membekal barangan tersebut. Dalam aspek ini kita tidak nampak keinginan kerajaan untuk membuka peluang dan persaingan yang sihat dalam memberi pilihan dan meningkatkan kualiti produk kedai rakyat 1Malaysia. Bukankah namanya kedai rakyat dan objektifnya juga untuk rakyat, jadi mengapa hanya Mydin sahaja yang menjadi pembekalnya? Adakah kerajaan Najib ingin mencipta taikun baru semata-mata untuk bersaing dengan Tesco, Giant atau Carrefour? Jika benarlah begitu maka ini bukan untuk rakyat, sebaliknya untuk kroninya. Jika benar idea kedai rakyat 1Malaysia ini punya keperluan ekonomi yang mendesak atau benar-benar ingin membantu rakyat, mengapa pengusaha tempatan yang lain tidak diberi peluang untuk terlibat bersama secara terus? Adalah lebih baik jika idea ini diambil kesempatan untuk membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang lain agar mereka dapat memperkenalkan produk mereka. Dalam isu kedai rakyat 1Malaysia ini, kita tidak nampak faktor ekonomi itu lebih penting dari langkah politik Najib. Apabila sudah jelas bahawa idea kedai rakyat 1Malaysia ini adalah langkah politik beliau, maka tidaklah menghairankan kita jika kualiti produk-produk tersebut terus dipertikaikan oleh rakyat. Hukum nilai itu sudah jelas, tidak ada barang berkualiti dapat dimiliki pada harga yang murah. Jadi janganlah kita menipu diri sendiri. Apa yang rakyat inginkan ialah, kewajaran dari segi kualiti, pilihan yang banyak, peluang yang sama rata dan imbuhan yang sewajarnya. Jika ini gagal difahami oleh kerajaan, KR1M tidak akan kemana-mana, sebaliknya hanya menjadi jaguh kampung. Yang rugi tetap orang kampong, sejak dulu, kini dan mungkin selamanya jika UMNO-BN dibiarkan berleluasa. – Roketkini.com |
Memang Polis ada niat nak pekena Anwar laa... Posted: 16 Nov 2011 04:52 AM PST Video seks: Polis mahu saya sibuk, kata Anwar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk. Anwar, yang sedang menghadapi perbicaraan pertuduhan liwat, berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan baru oleh polis itu bagi menghadapi kemungkinan beliau dibebaskan oleh mahkamah. "Bebas atau tidak, mereka akan terus siasat saya, hanya untuk pastikan saya sentiasa sibuk. "Saya juga tidak akan terkejut jika mereka tampil dengan pertuduhan baru," kata Anwar yang juga adalah ketua umum PKR. Siasatan ke atas Anwar dibuka selepas pegawai penyiasat kes 'Datuk T', DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis bahawa Anwar telah secara disedarinya memberikannya maklumat palsu, suatu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah. Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah. Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu. |
SPRM ketaq lutut pasai lembu Shahrizat ada taring kot... Posted: 16 Nov 2011 02:30 AM PST Lembu Khalid disiasat, Lembu Sharizat SPRM senyap sepi Oleh: mohdnoorawang Kisah LEMBU DAN CERITA LEMBU ada yang lucu dan ada yang menipu, Ada lembu jantan dan ada yang lembu betina. Dulu lembu jantan yang dikorban pada hari haji dijadikan isu besar, kerana tuan lembu dikatakan oleh media bodoh UMNO ADA UNSUR RASUAH. Maka dengan segera media bodoh TV dan media cetak dan ngos bodoh membuat bising macam dunia sudah kiamat. SPRM pun bangkit macam singa lapar menyiasat MB Selangor Tan Sri Khalid, akhirnya tiada rasuah yang berlaku. Tamat isu lembu MB Selangor. Kenapa tak bising ngos dan media PM Najib Razak korbankan lembu seramai 400 ekor lembu dengan kos hampir RM2 juta?. Namun yang lucunya lembu betina pemilik menteri wanita dan ketua wanita umno Shahrizat Jalil dan anak anaknya menjadi lebih menarik, bukan lembunya cantik macam Shahrizat yang berkincu merah. yang anihnya kerajaan BN/UMNO dan menteri perdana dan timbalan menteri perdan dan kebinet Najib mempertahankan kesucian lembu lembu jantan dan lembu betina Shahrizat Jalil. Namun yang paling jijik sekali pahak SPRM atau badan jaga rasuah Malaysia TIDAK BERTINDAK MENYIASAT TERHADAP MENTERI UMNO ,SHAHRIZAT JALAIL, ANAK ANAK DAN SUAMINYA DALAM PEMBABITAN BELA LEMBU DENGAN MENGGUNAKAN WANG KERAJAAN RM250 JUTA DAN PROJEK TERSEBUT GAGAL DAN MENGGUNAKAN DANA TERSEBUT MEMBELI KONDO MEWAH RM9.8 JUTA. Jelas SPRM ikut arahan dan telunjuk pemimpin BN/UMNO dan PM Najib Razak. SPRM akan siasat dan bertindak segera jika ada kepentingan untuk UMNO. Untuk rekod Najib Razak sendiri terlibat dengan rasuah puluhan juta dalam kes atau skandal kapal selam dan kelangkapan tentera semasa Razak menjadi menteri pertahanan Malaysia. SPRM tidak mnenyiasat. Pemimpin UMNO dam media tv dan cetak pengkhianat bangas , SAOLAH-ALAH MENGANGAP YANG KITA SEMUA yang dibawah ini semuanya LEMBU yang tidak tahu mengira dan membaca. OH TIDAK KAMI SEMUANYA CERDIK DAN PINTAR TIDAK SEPERTI KAMU WAHAI NAJIB, MUHYIDDIN, NOH OMAR, KHAIRI DAN SHAHRIZAT JALIL. KAMULAH YANG SEBENARNYA BENAR LEMBU BERWAJAHKAN ORANG. |
Guan Eng guna 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' dah Umno tak reti pakai... kahkahkah... Posted: 16 Nov 2011 01:30 AM PST |
Pak Lah pi tambah luka Shahrizat la pulak... kahkahkah... Posted: 16 Nov 2011 12:00 AM PST NFC: Pak Lah minta Pakatan jangan heret Shahrizat, tapi tanya suami dia Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 15 Nov — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak wajar meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dilaporkan gagal, memandangkan anggota Kabinet itu tidak terlibat dalam projek tersebut. Sebaliknya, bekas perdana menteri ini berkata individu yang perlu menjawab segala persoalan berkaitan adalah suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail. Abdullah (gambar)menambah Shahrizat tidak perlu melayan desakan supaya meletakkan jawatan. "Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia. "Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini. The Malaysian Insider difahamkan NFC mula beroperasi pada 2008 semasa pentadbiran Abdullah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ditanya mengenai NFC, Abdullah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dengan alasan ia perkara lama. Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu. Susulan pendedahan laporan itu, pada Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC). Ekoran skandal itu, banyak pihak terutamanya dari PKR menggesa supaya Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno meletakkan jawatan yang disandang dan bertanggungjawab atas perkara itu. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC. Menurut Abdullah, Salleh adalah individu yang paling tepat untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. "Saya cadangkan supaya Ahli Parlimen kita jemput Dr Salleh beri taklimat dan terangkan mengapa isu ini timbul. "Berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan... tanya mereka yang tahu, jangan terlalu cepat keluarkan pandangan dan selepas itu nak buat kesimpulan. Apa yang penting tanya orang yang berkenaan," katanya. |
Buang saja Umno ke laut, bukan mintak depa berubah... Posted: 15 Nov 2011 10:00 PM PST 'Asal bukan Umno' untuk tuntut Umno berubah Harakahdaily KUALA LUMPUR, 15 Nov: Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda 'tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung'. Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. "Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah. "Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Namun, apa yang penting ialah 'Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?" tanya beliau. Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah? Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990? Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu? Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno? Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno? Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam? Untuk Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam. "Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?" tegas beliau. Tuan Ibrahim turut menyifatkan parti komponen BN masih mengamalkan pemikiran sempit dari era sebelum merdeka. "Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC," kata beliau. Kini, kata Tuan Ibrahim rakyat negara dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Beliau turut mengingatkan hakikat bahawa kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. "Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya," terang beliau sambil bertanya, "Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?" Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. "Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain. "Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa," tegas beliau lagi. |
Jet peribadi Menteri Pertahanan Posted: 15 Nov 2011 08:30 PM PST By Touch Down Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah. Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak? Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana. Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya. Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini? Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan? Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga. Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian. |
Rahim Thamby Chik dah mula gempaq Najib... kahkahkah... Posted: 15 Nov 2011 07:00 PM PST PRU-13: Rahim Thamby Chik dakwa ada usaha mahu jadikan Ku Li PM KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa beliau ada maklumat pihak-pihak tertentu telah mempelawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50:50 pada pilihan raya umum ke-13. Katanya, bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mencari sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh, memiliki reputasi tinggi dan intelek untuk dicalonkan bertanding di kawasan majoriti kaum itu yang ditandingi semua komponen Barisan Nasional (BN) kecuali Umno. "Mereka sedang mengenai pasti tokoh seperti ini di seluruh negara dan jika berjaya mendapat orang ini dan berasaskan bakal wujud keadaan 50:50 antara BN dan pembangkang, mereka dikatakan mampu menjadi penentu siapa bakal menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum ke-13," katanya lagi. Dakwaan sedemikan sebenarnya bukan baru kerana ada tanggapan sedemikian sejak selepas pilihan raya umum 2008. Rahim (gambar) berkata demikian pada program penerangan isu-isu semasa anjuran Biro Penerangan Umno Alor Gajah di Alor Gajah kelmarin. Turut menyampaikan ceramah ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Rahim dan Shazryl merupakan antara trio Datuk T yang mempertontonkan video seks pada Mac lalu, yang si lelaki didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dipetik Berita Harian, Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata pendedahannya itu adalah sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa usaha tersebut tidak boleh diterima di negara ini terutama BN. "Perancangan berkompromi seperti ini boleh menggugat kestabilan politik dan menjadikan pemerintahan negara ke tahap lemah pada masa depan. "Saya pulangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno membincangkan perkara ini supaya BN menang dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 tanpa boleh dikompromi," kata bekas ketua Pemuda Umno ini. Pada minggu lalu, Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), yang dilancarkan Julai lalu, kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno. Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu. Tengku Razaleigh berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan bulan lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.- TMI |
Laaa... dah tahap ke bawah tanah dah ka KJ nih... kahkahkah... Posted: 15 Nov 2011 06:00 PM PST Khairy Jamaluddin: Dari tingkat 4 ke bawah tanah Oleh Mathias Gomes Tidak kira berapa banyak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhujah dan mengemukakan fakta-fakta di blognya (Saya rasa mungkin tidak dikunjungi langsung) atau suratkhabar atas talian untuk memberitahu apa yang berlaku di NFC- versi Umno, ia tetap tidak masuk akal kepada manusia normal. Setiap hari rakyat Malaysia ingin makan daging lembu sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mereka mampu, sekiranya tidak, satu lagi sumber protein untuk mereka makan adalah ayam yang dianggap masih mampu dibeli. Ikan terutamanya dari laut hampir tidak dapat dibeli disebabkan harga melonjak kepada paras tertinggi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Harga ikan kembong kegemaran rakyat (scomber) adalah kira-kira sebelas ringgit sekilo! Dengan ini di dalam minda kita, jika NFC boleh menjual daging lembu dengan harga murah untuk orang biasa, ini akan lebih masuk akal. Khairy kemudiannya bolehlah berhujah sehingga semua lembu pulang balik ke kandang dan tiada siapa akan kisah. Pada masa ini, adalah lebih baik baginya untuk menutup mulutnya, dan menjauhkan diri daripada kejatuhan NFC. Sebelum cerita lembu, ada cerita AP Skandal NFC sudah semestinya merosakkan imej Sharizat dan juga Najib. Adalah mustahil beliau akan diletakkan untuk bertanding di kawasan yang beliau pernah kalah iaitu lembah pantai atau diberi mana-mana kerusi untuk ditandingi. Ini akan membuat musuh tradisinya Rafidah Aziz gembira kerana beliau sememangnya menunggu-nunggu saat ini. Bagi Sharizat pula, ini adalah penghujung untuk karier politik beliau yang telah pun dihidupkan kembali. Tapi sekurang-kurangnya, beliau mendapat bonus daripada Umno dalam bentuk kondo mewah dan lembu-lembu. Pakaian pintar, kelihatan pintar, berjalan pintar tetapi ... Berbalik semula kepada bekas wira di tingkat 4 ini, dia berpakaian seperti orang pintar, kelihatan bijak, berjalan pun macam orang pintar tetapi serupa dungu apabila dia membuka mulutnya. Jika dia mahu kekal dalam politik terutamanya Umno, dia perlu mempunyai strategi untuk mengukuhkan asasnya. Dia mungkin mempunyai kelayakan kukuh dalam kertas, tetapi untuk tempat beliau sekarang iaitu ruangan bawah tanah, itu adalah lemah. Dia perlu untuk memperbetulkannya dengan pantas. Kini, beliau mempunyai kerusi di Rembau dan ia relevan kepada Umno dan kepada kerjaya politik beliau sendiri. Jika dia tidak menjadi MP dia akan mati, jadi dia mesti memastikan dia masih dipertandingkan pada pemilihan akan datang. Untuk ini, beliau harus bekerja keras atau meletakkan semua wang di mulutnya untuk menang dalam pilihan raya dan kekal relevan dalam politik. Sekiranya beliau tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang dan ini mustahil memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda Umno, maknanya beliau harus membuat pilihan. Tinggalkan Umno untuk terus hidupkan kerjaya politik peribadi beliau supaya jika pada 40 dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri, maka sekurang-kurangnya pada usia 55 tahun, dia masih berpeluang. Ini bermakna, beliau akan mengambil tempat dalam giliran selepas Mukhriz Mahathir (Insan terpilih) atau Nurul Izzah (Pilihan Rakyat) mengambil giliran mereka. De-facto PM untuk orang yang tidak berguna Khairy yang kini berusia 35 tahun, dan pernah menerajui para ahli strategi muda yang diupah oleh bapa mertua beliau, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh 2004 hingga 2008 pasti merindui pejabat tingkat 4 beliau yang enak di Putrajaya. Dari de-facto PM, Khairy kini berada di bawah tanah politik Umno. Walaupun dengan portfolio yang kuat sebagai Ketua Pemuda , beliau tidak diberikan jawatan menteri dan ini agak memalukan. Dan yang lebih memalukan, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, walaupun ini mungkin hanya melalui campur tangan Maha Kuasa (bapanya dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad). Adakah Dr M pernah memaafkan Khairy Sekarang semua orang tahu Mahathir membenci Khairy, mereka tidak bergaul dengan baik.Untuk Khairy bangun, dia harus menghadapi musuhnya, Mahathir yang hebat,dan beliau juga harus melawan rasa takutnya pada bekas PM itu. Jika Mahathir mengampunkan Khairy, maka semua akan baik baginya dalam Umno. Khairy tidak boleh berpaling kepada Najib kerana PM itu pun sedang melawan dajal-dajal kecilnya dari dalam dan luar Umno, dan sama ada Najib mampu untuk mengekalkan kuasa ditangannya sendiri itu adalah sesuatu yang belum pasti. Oleh itu, Khairy tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bertempur sendirian tanpa bapa mentuanya disisi. Pilihan lain untuk beliau adalah berhibernasi untuk beberapa tahun dalam dunia perniagaan atau meninggalkan Umno dan menyertai parti politik lain. Apa pun yang dia pilih, dia harus melakukannya dengan pantas keranan masa tidak menyebelahi beliau dengan semua tekanan yang diterima Umno daripada parti pembangkang berikutan skandal-skandal besar mereka. Sememangnya Umno sedang kehilangan pengaruh mereka dengan begitu cepat sekali kepada pembangkang dan peluang Umno membentukkerajaan seterusnya lenyap. Malah, ruang bawah tanah mungkin juga akan lenyap untuk Khairy jika dia tidak bertindak cepat sekarang. Malaysia Chronicle |
Pak Bakaq bersembang pasai demokratik pulak dahh... haha... Posted: 15 Nov 2011 05:00 PM PST Puja sultan Kelantan hak demokratik hampa, nak termuntah hak demokratik aku Apabila saya membaca komen-komen di bawah posting sebelum ini "Nak termuntah aku tengok blog Kelantan puja sultan depa!", saya semakin taksub kepada kepada hak demokratik saya nak termuntah. Hello, saya tak larang siapa pun nak puja raja depa. Saya hanya nak termuntah. Nak puja adalah hak demokratik hampa. Nak termuntah dan rasa jijik sangat adalah hak demokratik saya. Hampa gomoi puas-puas hak demokratik hampa. Aku hanya nak guna hak demokratik aku. Hak demokratik saya juga ialah dengan tulus ikhlasnya saya mengulangi rasa terima kasih tidak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tindakan terpujinya menerajui pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja. Sepatutnya beliau buat lebih dari itu. Hak demokratik saya juga ialah mengisytiharkan dengan bangganya bahawa saya adalah penyokong tegar kepada kata-kata Dr Mahathir yang saya petik di bawah ini. Maksud saya yang pengertian zahir sahaja kerana saya tahu maksud tersirat ialah kepentingan Umno yang saya benci: Orang Melayu ni begitulah, dia dengar sangat Hang Tuah. Hang Tuah kata Melayu tidak akan menderhaka kepada raja. Jadi raja buat apa, bunuh orang pun tak apa. Inilah nasib orang Melayu kalau kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu. Allah Maha Menyaksikan bahawa saya memang tak suka malah meluat sangat pada kelaku Datuk Ibrahim Ali. Tetapi saya tak malu sedikit pun untuk menyatakan saya adalah penyokong tegar kepada kata-kata beliau di bawah. Sama, maksud saya yang pengertian zahir sahaja kerana saya tahu maksud tersirat ialah kepentingan Umno yang saya benci: Bila rakyat sudah tidak berdaya mengurus raja, mereka tidak lagi menghabiskan masa meminda perlembagaan. Sebaliknya, seluruh sistem itu dilemparkan di dalam bungkusan sejarah. Ada besok pasti ada suria Aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani Sekian lama kita mati dalam setia Kali ini kita hidup dalam durhaka Berikut ialah sikit cerita mengenai raja: 1. Lagi derhaka, lagi gemilang (sila klik link atau pautan tersebut) 2. Perjanjian Pangkor yang membuka laluan awal kepada penjajahan British telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 oleh raja Melayu dan wakil Inggeris, celaka yang bernama Andrew Clarke la'natuLlah. Yang menandatangani bagi pihak negeri Perak (negeri asal saya) ialah Raja Abdullah. Raja Melayu tu! 3. Dalam keputusan mengenai Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dinyatakan bahawa Kesultanan Johor yang mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 telah menyerahkan hak itu kepada kerajaan British Singapura pada 1953 melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor. Raja Melayu jugak tu! 4. Saya pernah dengar ada orang 'alim kata sembah raja macam askar angkat tabik. Saya menggunakan hak demokratik saya untuk mengatakan itu qias ma'al fariq (qias dengan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwa). Suka hati dia ja nak kias-kias ikut sedap mulut dia. Hello, tabik tanda hormat ketua - itu bab disiplin. Sembah pula adalah tanda pengabdian dan perhambaan si anak anjing (patik maksudnya anak anjing) - itu dah masuk bab sesat dan khurafat. |
Posted: 15 Nov 2011 04:00 PM PST Oleh reformisanakmuda "Adakah anda sudah bersedia.... Dalam tempoh 14 hari, JOM kita pergi ambik wang hasil titik peluh Rakyat sebanyak RM100 bagi setiap anak yang bersekolah. Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang (duit kita jugak…) yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari. Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari. Wang berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri, sekolah persendirian serta MRSM dan Kolej Tentera. Jadi, buat para ibu bapa tak perlulah tergesa-gesa mendapatkannya di sekolah. Bolehlah mengikut giliran apabila di beritahu oleh pihak sekolah bilakah masa yang sesuai untuk datang ke sekolah mengambil wang Rakyat ini. NOTA : Dah dengar dari puak gerombolan Umngok yg tolol bahlul kata org Pakatan Rakyat klu tak sokong kerajaan tak payah la ambik duit tu…. Kalau ye pun tolol bahlul jangan la tunjuk sangat… diam2 aje la… tak banyak mana pun dapat… banyak lagi yang dah kena songlap oleh kerajaan BeEnd… Ye la… kan orang Umngok anggap duit ni macam tuhan korang… sanggup membelakangkan agama dan Allah sebab duit… Rileks la bro…. |
Kisah Jason Perez memeluk agama Islam Posted: 15 Nov 2011 02:30 PM PST Oleh: blalang Tayangan dokumentari yang bertajuk The New Muslim Cool menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat.Dokumentari tersebut adalah mengandungi pengalaman rohani salah satu rapper negeri itu, Jason Perez – namanya bertukar menjadi Hamza Perez setelah masuk Islam dan pandangannya tentang agama. Berikut adalah wawancara antara islamicbulletin.com dengan Jason: Islamicbulletin: Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda? Jason: Saya lahir di Brooklyn, NY. Saya dibesarkan di sebuah perumahan di seberang jalan masjid. Ibu saya membesarkan saya di sana. Setelah saya besar, kami pindah ke Puerto Rico, dan setelah itu kami pindah ulang-balik antara Massachusetts dan Puerto Rico. Islamicbulletin: Dapatkah anda menceritakan sedikit tentang pendidikan agama anda? Jason: Ya, ibu saya Katolik. Tapi, nenek saya di Puerto Rico adalah Pembaptis. Selama sekolah, saya selalu di sekolah Katholik. Islamicbulletin: Bagaimana anda boleh bertukar menjadi seorang Muslim? Jason: Saya ada seorang rakan yang bernama Louie Ekuador. Kami membesar bersama, dan kemudian kami terlibat dalam penjualan dadah bersama-sama. Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan. Meskipun kami berjaya mengumpulkan wang, tidak memberi kami perasaan atau kepuasan kebahagiaan. Satu hari, dia berjalan-jalan ke masjid, dan dia duduk di tangga. Seorang Muslim mendekatinya dan bertanya apa yang dia lakukan di sana dan mula berbicara kepadanya tentang Islam. Dan dia akhirnya menjadi seorang Muslim. Kami tahu masjid ini kerana kami dibesarkan di jalan, tetapi kami tidak pernah tahu tentang Muslim dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang kami tahu tentang mereka adalah bahawa mereka membunuh kambing. Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat dimana kambing dibunuh. Jadi kita akrab dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Louise berakhir menjadi Muslim dan menghilang diri selama 40 hari. Dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam. Namanya pun berubah, menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syekh bernama Iqbal. Kami sedang bermain dadu, minum, dan merokok saat itu. Tiba-tiba aku melihat sisi berbeza yang lahir darinya. Dia kelihatan lebih bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. Saya fikir, sesuatu yang serius telah terjadi dalam hidupnya. Jadi, saya meninggalkan orang lain yang minum dan merokok dan berjalan ke arah mereka. Di sana, syekh bertanya apakah aku percaya bahawa hanya ada satu Allah. Aku berkata, "Ya." Dan kemudian dia bertanya apakah saya percaya pada Nabi Muhammad. Terus terang, saya tidak pernah tahu tentang Muhammad SAW, tapi saya melihat cahaya dalam karakter dan wajah Luqman teman saya, jadi saya percaya. Semasa itu juga saya minta diajar mengucapkan syahadat, di tepi jalan. Adik saya yang menyaksikan, ikut pula bersyahadat. Islamicbulletin: Bagaimana reaksi keluarga anda yang memeluk agama Islam? Jason: Pada mulanya keluarga saya berasa sedih. Tetapi setelah mendapat tahu kami bebas dari dadah dan jauh dari kegiatan berbahaya lainnya, mereka menyukainya. Ibu saya sangat menyokong. Dia berfikir itu sangat positif. Saya pun menjadi lebih ambil berat kepadanya; Saya membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apapun yang dimintanya. Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah kepadanya. Perubahan dalam diri saya membuat kakak saya menjadi Muslim juga. Kemudian salah satu rakan saya menjadi Muslim. Lebih dari 55 orang yang kami kenali menjadi Muslim. Kami kembali ke tempat yang sama kita gunakan untuk menjual dadah dan memasang papan tanda yang mengatakan, "HEROIN MEMBUNUH KAMU DAN ALLAH MENYELAMATKAN ANDA!" Jadi, anda tahu, ramai dari mereka dipengaruhi oleh Lokman. Termasuk saya. T: Apakah anda pernah mendapat masalah dengan penerimaan Islam anda? Jason: Pada awalnya, kerana saya baru menjadi Muslim, saya fikir saya harus mendengarkan setiap apa yang dikatakan seorang Muslim. Saya benar-benar tidak ada arah . Beberapa orang mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka. Sampai kemudian di satu titik: mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Aku mulai kehilangan rasa manis yang saya alami ketika saya pertama kali menjadi Muslim. Kemudian saya melewati sebuah transformasi besar; HANYA MELIHAT KESALAHAN DIRI BUKAN KESALAHAN ORANG. Islamicbulletin: Apakah anda melihat persamaan antara Islam dan agama-agama lain? Jason: Ya, tentu saja. Ini semua berkair. Saya tahu siapa Jesus, saya melihat gambar yang dikaitkan dengannya, tapi saya tidak benar-benar tahu tentang Jesus selain Natal, dan ayat-ayat yang kita baca diarahkan kepada kita oleh para imam dan pendita. Kadang-kadang saya merasa kini saya menjadi pengikut Kristian dengan cara yang lebih baik setelah saya menjadi Muslim. Isa adalah NabiNya, bukan Tuhan. T: Apa kesan yang Islam pada kehidupan anda? Jason: Islam telah membuka mata saya untuk kesalahan saya sendiri. Sebelumnya, saya mempunyai satu perkara yang disebut nafsu. Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam membuat saya sedar bahawa, di jalanan, anda selalu mencari musuh. Dan Islam mengajarkan saya bahawa, dalam perancangan untuk menemui musuh saya, saya harus melihat di cermin. Musuh saya adalah diri saya sendiri; NAFSU SAYA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan