Rabu, 16 November 2011

Addin

Addin


Rahim Thamby Chik Buat Onar Lagi

Posted: 16 Nov 2011 08:00 AM PST

Siapa tidak kenal dengan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur. Dia yang kemudian dilepaskan mahkamah atas campur tangan politik, kini cuba mencari nama dengan mencipta sensasi baru pula - kononnya ada usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya.

Sketsa terbaru dicipta Rahim ini adalah yang kedua selepas usaha menyebarkan video seks yang konon membabitkan Datuk Seri Anwar dengan pelacur China gagal untuk meyakinkan rakyat beliau punya masalah moral. Lagu yang sama juga pernah didendangkan pembelot Bayan Baru, Zahrain Mohamed pada Julai, rujuk sini.

Hanya kerana Kuli kelihatan aktif memperjuangkan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, itu bukan alasan terkukuh untuk mengatakan Kuli sudah layak memimpin Pakatan Rakyat apatah lagi menjadi Perdana Menteri jika berjaya memerintah negara nanti.

Untuk memimpin Pakatan Rakyat perlukan lebih dari sekadar kelihatan popular dalam isu-isu tertentu, untuk memimpin Pakatan Rakyat perlu tahu bagaimana menyatukan kepelbagaian idealogi yang terdapat pada komponen-komponen utama yang membentuk Pakatan Rakyat hari ini.

Kuli semasa memimpin Semangat 46 (S46) pernah cuba mewujudkan 2 gagasan parti politik iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dianggotai S46, PAS, Berjasa, HAMIM dan KIMMA serta Gagasan Rakyat (S46, DAP, PBS & PRM) untuk bersaing dengan BN dalam kempen pilihanraya 1995.

Kewujudan 2 entiti politik pembangkang berlainan yang masing-masing diketuai S46 itu sendiri adalah bukti kegagalan Kuli untuk menyatukan pelbagai parti politik di Malaysia seperti mana yang dilakukan Anwar hari ini melalui pembentukan Pakatan Rakyat.

Kegagalan pembangkang mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 1990 dalam pilihanraya umum 1995 adalah bukti kepada kenyataan itu. S46 itu sendiri dibubarkan pada 1996 dengan Kuli menjilat ludahnya kembali untuk menyertai UMNO.

Justeru mana mungkin Kuli boleh mengatasi Anwar dalam hal memimpin Pakatan Rakyat dan negara jika kita berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan lagi bila Kuli sudah menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada UMNO walaupun terasa diketepikan pucuk pimpinan apabila pandangannya tidak diterima.

Jadi tak usahlah Rahim Tamby Chik cuba menimbulkan keregangan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan curiga pula. Walau apa pun terjadi, Anwar adalah bakal Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat. Tiada siapa pun, apatah lagi Rahim Tamby Chik yang boleh menafikan kenyataan itu.

Adun DAP Di Tendang!!

Posted: 16 Nov 2011 05:00 AM PST

AYER KEROH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dihalang memasuki dewan untuk Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dun Melaka Ke-12, di Seri Negeri, dekat sini semalam. Ketiga-tiga wakil rakyat dari DAP itu tidak dibenarkan masuk selepas sidang dewan Julai lalu memutuskan kesemua mereka digantung enam bulan bagi menghadiri dewan selepas melanggar peraturan dewan apabila mencetuskan kekecohan.

Bagaimanapun, semalam, dua Adun berkenaan tetap menghadirkan diri untuk menyertai sidang dewan, bagaimanapun terpaksa pulang hampa selepas dihalang petugas dewan sebagai menurut arahan Speaker Dun, Datuk Othman Mohamad sebelum ini.

Khoo Poay Tiong (DAP - Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (DAP - Banda Hilir) tiba di dewan kira-kira 9.30 pagi dan tetap berharap supaya dibenarkan masuk walaupun sebagai pemerhati, namun tidak dibenarkan petugas dewan. Sementara, seorang lagi Adun, Goh Leong San (DAP - Kesidang) tidak kelihatan.

Kedua-dua mereka kemudian pergi ke satu lagi pintu masuk dewan, bagaimanapun tetap tidak dibenarkan masuk menyebabkan kedua-dua Adun itu mengambil keputu­-san untuk pulang saja. Berikutan itu, sidang dewan semalam yang dijadualkan berlangsung sehingga Khamis ini hanya dihadiri wakil rakyat di kalangan Barisan Nasional (BN).

Poay Tiong ketika ditemui media selepas itu berkata, tindakan penggantungan itu menyebabkan beliau tidak dapat membawa suara rakyat untuk dibahaskan pada persidangan. "Saya tidak dapat menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat kerana tidak boleh berada di dalam dewan.

"Saya juga perlu memberitahu rakyat bagaimana bajet ini dibentangkan tetapi kecewa tidak boleh berbuat demikian. "Rasanya tidak adil dan tidak demokrasi," katanya ketika ditemui di perkarangan Seri Negeri, di sini semalam.

Julai lalu, tindakan penggantungan dikenakan ke atas kesemua wakil rakyat pembangkang itu selepas berlaku kekecohan semasa dewan menyambung persidangan. Ia bermula apabila Othman mengumumkan hanya usul tergempar BN mengenai perhimpunan haram di ibu negara akan dibahaskan, tetapi usul DAP berhubung perjudian bukan bagi kaum Cina ditolak./sh

Addin :

Adun DAP di tendang keluar sidang DUN.. jangan marah-marah.. gurau je..


Gempar!! 10 Aktivis PAS Di Tahan ISA

Posted: 15 Nov 2011 10:16 PM PST

Masyarakat seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang 'draconian' (mengerikan) itu menjelma kembali.
Notis tangkapan ini diserahkan kepada keluarga mangsa.
Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap 'bengis' kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka. PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat./sabahkini

Kebenaran Al-Quran, Gunung Berjalan Seperti Jalannya Awan

Posted: 15 Nov 2011 07:54 PM PST

Dalam satu ayat al-Quran, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang nampak, akan tetapi terus-menerus bergerak. "Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Qur'an, 27:88).

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.


Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut: Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil.

Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30). Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah "continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur'an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur'an./tulahan

10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata

Posted: 15 Nov 2011 07:36 PM PST

Gambar Hiasan
Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar. 

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan." - Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami' Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan.

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta'ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari 'aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya./tulahan

Tiada ulasan: