Selasa, 15 November 2011

shalehudin

shalehudin


Bukan susah sangat, susah sikit jaa... haha...

Posted: 15 Nov 2011 08:30 AM PST

Sapa yang nak jawab nih... kahkahkah...

Posted: 15 Nov 2011 07:30 AM PST

Ni la padah bila bagi penyamun jaga negara...
Takkan bangsa Umno dok tak sedaq-sedaq lagi...
Inilah kes paling lembu yang telah berjaya meng'lembu'kan rakyat...
Terutama sekali para penyokong bangsa Umno...

Penyamun betoi laa...

Posted: 15 Nov 2011 05:49 AM PST

Ada Menteri Tolak Projek PKFZ - Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Nov 2011 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan ramai anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2002.

Nazri yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi ke-20 pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik berkata beliau sendiri ada membangkitkan keraguan dan berpandangan projek menelan belanja melebihi RM1 bilion itu berkemungkinan gagal.

Beliau masih ingat ramai menteri yang tidak bersetuju tetapi akhirnya menyetujuinya kerana bimbang menjadi isu besar.

"Dalam mesyuarat, bila perkara ini (projek PKFZ) berbangkit, ramai kata projek ini berkemungkinan tidak akan berjaya. Pada ketika itu kita tidak mahu masuk campur dalam perkara ini kerana harga tanah itu tinggi. Pada masa itu (2002), RM1 bilion itu besar.

"Ketika itu juga ada perasaan projek itu kemungkinan tidak berjaya, ramai juga rakan-rakan saya yang caution dan setuju perkara ini dilihat (diteliti), ia isu besar.

"Ramai yang tahu tanah itu dijual pada RM25 sekaki persegi (skp), sesiapapun jual akan mendapat untung besar," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling.

Nazri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan berkata ketika 2002, ada antara jemaah menteri merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek PKFZ.

Ketika ditanya Wong adakah beliau membangkitkan atau membantah keputusan jemaah menteri pada 6 Nov 2002 untuk membeli tanah di Pulau Indah untuk melaksanakan projek tersebut, Nazri berkata: "Ada bangkit tetapi tidak membantah keputusan untuk membeli."

Di awal prosiding Nazri berkata pada pemahamannya kos projek PKFZ adalah sebanyak RM1.088 bilion termasuk faedah.

Tambahnya, kabinet bersetuju memberi pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada 2007 bertujuan menyelamatkan projek PKFZ dan mengelak kesan negatif kepada kerajaan.

"Lima tahun sebelum itu (pada 2002 sebelum pnjaman diberi pada 2007), kita (jemaah menteri) tidak mahu supaya wang kerajaan terlibat kerana mereka (LPK) berjanji menggunakan wang dalaman, tetapi pada 2007 apabila kita diberi alasan yang LPK tidak boleh tanggung, keadaan menjadi begitu sulit dan kita tidak boleh biarkan," katanya.

Beliau berkata sekiranya mengetahui projek itu melibatkan wang kerajaan pada 2002, beliau tentunya tidak bersetuju ia dilaksanakan.- KLpos

Sapa yang permainkan Agama mengkalu lagu nih...

Posted: 15 Nov 2011 04:00 AM PST


Bukankah Islam itu mudah?

Bercakap pasal Mufti Negeri Perlis Dr Juanda Jaya terkejut dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang berkata dia sudah selesai tunai ibadah haji setelah selesai tawaf ,saie dan bercukur sedangkan melontar tiga jamrah belum dikerjakan lagi itu, ramai yang tanya penulis macam mana itu.

Apa yang hendak dihairankan dengan tindakan pemimpin umno. Memang mereka sejak dari dulu lagi bersikap demikian.Undang undang Islam diambilnya separuh. Jadi pasal haji juga diambilnya separuh. Mudahkan. Bila lagi hendak ambil peluang dari Islam itu mudah.

Bercakap pasal mudah dan ambil mudah, solat pun boleh ditinggalkan dengan sengaja. Malahan 80 peratus orang yang mengaku Islam "aku Islam" tak solat lima waktu sehari semalam.

Usah pasal haji yang wajib hanya kepada yang mampu saja. Lagi mudah dikerjakan, macam perdana menteri kata, saya sudah selesai tunaik haji.

Lebih lebih lagi PM Malaysia memang banyak duit dan segala galanya mudah, kerana kerajaan yang tanggung. Kalau permasalahan Dam PM boleh bayar kerana apabila tak bermalam di Mina, hatta satu juta ringgit sekalipun.

Apatah lagi melontar jamrah.PM juga boleh upah orang melontar ketiga tiga jamrah atas alasan pening kepala ke (uzur).

Atas sebab itulah beliau berkata yang dia sudah selesai menunaikan haji miskipun belum melontar ketiga tiga jamrah di Mina.

Lebih lebih lagi Islam itu mudah, maka dipermudahkanlah semudah mudahnya. Ada faham.?

Zaman Tun Mahathir Mohamad mula mula naik jadi perdana menteri lagi mudah. Kalau nak maju tinggal dulu Islam ini buat semantara waktu, baru boleh jadi maju.

Antara Datuk Seri Mohd najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad dua kali lima saja. Tun Mahathir mempersenda sendakan islam, manakala Najib tak mahu hudud dilaksanakan di Malaysia. Macam Juga Tun Huseein Onn.

Apa yang dilakukan itu tak mengejutkan rakyat yang benar benar faham Islam, Cuma Mufti Perlis saja yang terkejut. Mungkin beliau belum kenal pasti PM Malaysia.

Nama dah naik untuk disembelih... kahkahkah...

Posted: 15 Nov 2011 02:30 AM PST

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

Kow Gah Chie
Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

Shahrizat ketaq dagu tunggu hukuman Rosmah... haha...

Posted: 15 Nov 2011 01:30 AM PST

Najib dipaksa berhenti awal?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini.

Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat".

Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat.

Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu?

Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya.

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC".

Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab."

Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat.

Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu.

Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya.

Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an.

Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak.

Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini.

Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu.

Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau).

Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan.

Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim!

Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib.

Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah:

* Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM
* Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
* Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet
* Kabinet lemah dan ramainya menteri senator
* Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi
* Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan
* Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah
* Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet
* Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui
* Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop
* Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
* Merestui budaya politik jijik dan lucah
* Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu
* Terlalu ghairah mengejar populariti

Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah.

Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat.

Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno.

Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM.

Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil...

Kacak jugak anak Najib ni yerk... kahkahkah...

Posted: 15 Nov 2011 12:00 AM PST

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak!

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak

Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

Harga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

Sejak itu, harga saham melepasi RM1 dan kekal dalam senarai jumlah tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28, anak kedua Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu berpisah pada 1987 dan Najib kemudiannya mengahwini Rosmah Mansor.

Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu. Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.

Patut laju, Gani Patail ada share rupanya...

Posted: 14 Nov 2011 10:30 PM PST

Video Fitnah: Sah ada campurtangan Gani Patail- Surendran

KUALA LUMPUR 14 Nov: KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.

"Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Minggu lalu, KEADILAN dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat berhubung dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.

Surendran berkata, siasatan terbaru itu bermotifkan politik dan dilakukan sejak 1998 oleh pimpinan Umno, peguam negara dan pimpinan teratas polis.

Katanya, terdapat tuduhan serius pembabitan Gani kerana mereka bukti dan keterangan dalam kes mata lebam Anwar pada 1998/99. Malah katanya, sikap Gani yang memusuhi pembangkang dan menyebelahi kerajaan BN juga merupakan perara yang diketahui umum.

Ia katanya menyebabkan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II.

"Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.

"Tindakan tanpa belas dan memalukan, gangguan dan ugutan terhadap Anwar Ibrahim mesti dihentikan. Kerajaan BN harus sedar bahawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia memerhatikan dan menghakimi tindakan mereka," kata Surendran.- KD

Adun UMNO terkena lagi... kahkahkah...

Posted: 14 Nov 2011 09:30 PM PST

Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk " Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK" .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul

Dari kepala hotak Mat Sabu...

Posted: 14 Nov 2011 08:00 PM PST

Bahaya 'ekstremis kanan' pertahan kerajaan?

Oleh MOHAMAD SABU

SELEPAS berlakunya muafakat antara parti-parti politik PAS, DAP dan KeADILan dan situasi pertandingan satu lawan satu semasa menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada Mac 2008, kita melihat di atas muafakat itu maka BN sudah kecundang di Semenanjung.

Undi popular diperolehi Pakatan Rakyat lebih kurang 52 peratus dan BN pula sejumlah 46 peratus, sementara dua peratus undi rosak.

Pergantungan BN untuk memerintah adalah undi di Sabah dan Sarawak. Untuk mengekalkan kuasa Umno-BN, pergantungan utama mereka sekarang ini adalah kepada empat sumber yang utama iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra, undi pos dan undi Bumiputera miskin di Sabah Sarawak. Mengapa empat sumber ini?

Penduduk bandar walaupun Melayu sudah majoriti menolak Umno-BN seperti di lembah Klang, kawasan berhampiran bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu dan Ipoh. Oleh itu garis pertahanan Umno-BN ialah hanya kepada empat faktor ini sahaja iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra di mana ia suatu kelompok penduduk yang dikawal dan dikongkong oleh Umno-BN, undi pos yang boleh dimanipulasi serta undi Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dalam kemiskinan yang mana bumiputera ini mudah disogokkan dengan janji pembangunan.

Saya menjangkakan berdasarkan keputusan pilihan raya lalu (2008), bandar-bandar seperti Kuching Sibu dan Miri dan selainnya tidak lagi menyokong BN. Begitu juga di Sabah.

Oleh itu, kebergantungan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin menyebabkan Umno-BN boleh eksploitasi janji pembangunan untuk mendapatkan undi golongan ini.

Oleh itu, menjelang PRU13 untuk meningkatkan undi luar bandar dan undi pos serta bekas tentera dan polis, semuanya orang Melayu; maka isu perkauman dan Raja-Raja Melayu dan agama (Islam) dimainkan isu ini terutamanya sekali di Pulau Pinang, Perak, Selangor.

Perak telah ditawan melalui rampasan kuasa 2009 sebelum itu mereka memainkan perkauman yang hebat kononnya MB Perak telah gadai tanah kepada orang Cina iaitu berikan geran kepada tapak tempat orang-orang Cina duduk sejak zaman darurat.

Kemudian di Pulau Pinang isu ini juga dimainkan iaitu dengan menuduh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng anti-Islam cuba meminta alim ulama mendoakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ketika berdoa.

Di Selangor sedemkian rupa juga dengan isu pengharaman azan, kuil Hindu dan murtad dimainkan oleh Umno-BN secara besar-besaran untuk menarik sokongan Melayu dengan mereka menyedari bahawa undi bukan Melayu sudah pasti tidak memihak kepada mereka terutamanya di kalangan kaum Cina dan India. Hanya tinggal undi Melayu sahaja.

Itupun tidak berjaya dimainkan oleh mereka dan rakyat agak kurang terpengaruh dengan isu-isu itu. Kemudian oleh kerana bekas tentera dan polis di luar bandar amat benci dengan komunis atas peranan komunis sebelum dan selepas Tanah Melayu merdeka, mereka (komunis) meneruskan tindakan komunisme terhadap kerajaan Tanah Melayu dan Malaysia hingga perdamaian pada tahun 1989 menyebabkan kebencian Melayu terhadap komunis tinggi.

Memutarbelitkan Oleh itu, Umno khasnya telah mengambil kesempatan memutarbelitkan ucapan saya terhadap sejarah kemerdekaan terutama cuba meletakkan pejuang kemerdekaan termasuklah Mat Indera dalam Sejarah Pengukir Nama Johor keluaran Warisan Johor dan ditandatangani oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan disemak oleh Prof Dato' Ramlah Adam dan Prof Abu Bakar Hamid menyebabkan isu itu dimanipulasi Umno besarbesaran untuk tarik sokongan orang Melayu bekas polis tentera dan Melayu luar bandar kepada Umno-BN.

Isu inipun kurang memberi kesan menarik orang Melayu menyokong Umno. Mereka kini cuba memainkan pula isu Raja-raja Melayu dengan isu kadar jenayah yang tinggi yang disebut Guan Eng dalam majlis sembang-sembang di Singapura bukan rasmi diputarbelit hingga menyebabkan Sultan Johor terguris.

Ini perbuatan untuk menimbulkan rasa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Begitu juga isu terhadap yang dihadapi Prof Abdul Aziz Bari seorang pakar undang-undang khususnya perlembagaan dan memang ahli akademik mengiktiraf Aziz ini memiliki keupayaan dan pakar dalam hal perlembagaan.

Pandangan Sultan Selangor dan mana-mana sultan yang membuat pandangan boleh diolah dan diberi pandangan oleh pihak lain tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Umno- BN sehingga berlakunya tindakan penggantungan ke atas Azizi Bari dan penentangan daripada pelajar yang adakan himpunan aman bantah kerajaan gantung Aziz Bari dan kemudian ditarik balik.

Apa yang saya mahu tekankan dalam penulisan saya kali ini ialah bukan soal pertarungan memberikan hujah, pertarungan menghujahkan minda tetapi mungkinnya tindakan di luar garisan demokrasi seolah-olah direstu oleh kerajaan. Ini amat berbahaya berlaku dalam trend politik Malaysia sekarang ini.

Misalnya perbezaan pendapat yang diputar belit Utusan Malaysia terhadap sejarah kemerdekaan Tanah Melayu hingga saya dapat ancaman daripada pelbagai pihak yang mencadangkan kerakyatan saya ditarik; ada yang mencadang saya dibuang ke Laut China Selatan; juga ada ugutan untuk melenyapkan saya daripada muka bumi Malaysia; ada juga yang mengugut saya dan keluarga untuk menyimbah asid dan kemuncaknya tindakan cubaan bakar pintu pagar rumah saya bulan lalu.

Soalnya mengapa pertarungan pertentangan fikiran dan hujah ini seolah-olah diizinkan tindakan fizikal terhadap orang yang beri pandangan berbeza? Kerajaan harus serius dalam hal ini kerana tindakan fizikal ini amat berbahaya kepada masa depan negara dan suasana politik negara jika kerap berlaku pada masa akan datang.

Begitulah juga apa yang berlaku ke atas Aziz Bari sepatutnya hujah beliau terhadap titah Sultan ini dijawab oleh pakar perlembagaan atau profesor secara hujah, dan memberi pandangan berlainan.

Namun trendnya Aziz Bari digantung khidmat (walaupun telah ditarik semula) dan lebih malang lagi hingga ada yang kririm peluru mengancam Aziz Bari dan ancam nyawanya.

Inilah trend politik di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat. Sekarang ini saya melihat muncul golongan ekstremis kanan. Kita nampak seolah-olah kerajaan tidak membendung kebangkitan ekstremis ini yang boleh memberi ancaman nyawa keselamatan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti bertindak segera supaya memainkan peranan untuk meredakan keadaan daripada ancaman fikizal ini. Biarlah digalakkan pertarungan politik atau hujah dengan hujah bukannya kekerasan.

Jauh lagi la BN nak rampaih P Pinang kalau lagu ni...

Posted: 14 Nov 2011 07:00 PM PST

Pengiktirafan tertinggi P Pinang

PULAU PINANG adalah antara negeri yang cukup mencuri tumpuan mutakhir ini oleh Umno-BN selain PAS di Kelantan kerana ia ditadbir Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pelbagai fitnah dilontarkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Guan Eng yang kononnya mentadbir dengan mendiskriminasi kaum Melayu, walhal Pulau Pinang adalah negeri yang mengiktiraf peranan Huffaz (ahli tahfiz Al-Quran) dengan membayar elaun golongan ini sejumlah RM500.

Kemelut isu perkauman yang didakyah BN di negeri Pulau Mutiara ini gagal sama sekali mengubah sokongan rakyat kepada pentadbiran Guan Eng.

Guan Eng mampu mentadbir negeri dengan baik hinggakan dapat mengurangkan kadar hutang yang dahulunya dikumpul oleh Gerakan-BN sebelum pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewangannya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009.

Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010.

Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009.

Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan kumpulan Wang Disatukan mengalami peningkatan berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada RM1,131.17 juta berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.

Pada pendapat audit, penyata kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini

Pada keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2010 adalah bertambah baik berbanding tahun 2009.

Pada tahun 2010, Kumpulan wang Disatukan mengalami peningkatan berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada RM1,131.17 juta berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.

Baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2010 telah bertambah sejumlah RM33.54 juta atau 6.2 peratus menjadikannya berjumlah RM572.49 juta berbanding sejumlah RM538.95 juta pada tahun 2009.

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sejumlah RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 iaitu daripada sejumlah RM376.51 juta menjadi RM410.70 juta.

"Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pula telah meningkat sejumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus menjadi RM1.13 bilion pada tahun 2010 berbanding RM1.10 bilion pada tahun 2009," kata Laporan yang disediakan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara turut mengesyorkan kerajaan pimpinan Guan Eng memastikan hasil yang dikutip diakaunkan ke akaun yang betul dan terus berusaha untuk menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya bertambah baik.

"Kerajaan negeri juga disarankan membuat analisis pelaburan dengan lebih baik bagi meningkatkan pulangan dividen terhadap pelaburan. Di samping itu, Kerajaan negeri disyor meneruskan usaha untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM78.78 juta pada akhir tahun 2010 terdiri daripada cukai tanah, bayaran balik pinjaman penuntut, ansuran atau sewa rumah dan kedai serta hasil-hasil lain," katanya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya. Semua pinjaman yang diterima pada tahun 2010 untuk projek tertentu telah dipindahkan ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan sebelum diagihkan.

Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM687.79 juta berbanding sejumlah RM683.75 juta pada tahun 2009, iaitu meningkat sejumlah RM4.04 juta atau 0.6 peratus.

Peningkatan hutang ini adalah disebabkan pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek bekalan air yang berjumlah RM4.24 juta untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang dan projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Archade and Seafood Centre di Batu Kawan berjumlah RM1.56 juta.

Pada tahun 2010, jumlah bayaran balik pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah yang dibuat oleh kerajaan negeri ialah RM2.95 juta (pokok dan faedah).

Analisis Audit mendapati Kerajaan Negeri telah menangguhkan bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air berjumlah RM160.14 juta kerana menunggu penyelesaian isu pengambilalihan pengurusan perkhidmatan air di semua negeri oleh Kerajaan Persekutuan melalui penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

'Trend' baki hutang bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan hutang Kerajaan Negeri dari Kerajaan Persekutuan terus meningkat disebabkan ada pinjaman baru diterima pada tahun-tahun tersebut.

Kedudukan baki pinjaman projek majlis perbandaran untuk pembetungan najis sejumlah RM1.33 juta tidak berubah sejak tahun 2004 kerana Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan bayaran balik pinjaman bagi projek tersebut berikutan dengan pengambilalihan oleh Indah Water Konsortium.

Pajakan Empangan Teluk Bahang adalah terdiri daripada pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Empangan Teluk Bahang dan kerja-kerja berkaitan penyaluran air mentah ke empangan tersebut.

Pembinaan Empangan Teluk Bahang melibatkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri.

Justeru, bagi memastikan fungsi empangan dapat dilaksanakan dengan efisien, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.

(PBAPP) perlu membayar balik pinjaman berdasarkan kepada perjanjian pajakan yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan PBAPP.

Pada tahun 2010, PBAPP menangguhkan pembayaran pajakan berjumlah RM6.10 juta kerana ia adalah sebahagian daripada proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), SPAN dan PBAPP.

Berdasarkan kepada perjanjian dan persetujuan proses migrasi tersebut, PAAB akan menyelaras baki pinjaman Projek Bekalan Air Kerajaan Negeri yang berjumlah RM655.25 juta bersama pajakan aset-aset air Negeri yang mempunyai nilai setara.

PBAPP akan membuat bayaran balik pinjaman kepada PAAB dalam tempoh 45 tahun, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan serta memperbaiki aliran tunai PBAPP. Sehingga 31 Mac 2011, kerajaan negeri masih menunggu keputusan migrasi ini yang akan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pelaburan adalah pegangan ekuiti dalam badan berkanun, saham dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan saham dalam syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat lain.

Ini termasuk modal pelaburan melalui Pengurus Dana yang dilantik oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010, pelaburan kerajaan kegeri berjumlah RM238.67 juta berbanding RM237.67 juta pada tahun 2009 iaitu meningkat sejumlah RM1 juta atau 0.4 peratus.

Pelaburan ini terdiri daripada RM40.59 juta pelaburan saham melalui pengurus portfolio, pelaburan saham Maxis Berhad berjumlah RM25.25 juta dan pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri dalam PBA Holdings Berhad berjumlah RM172.83 juta.

Bagi pelaburan melalui pengurus portfolio, nilai pasaran pelaburan adalah berjumlah RM44.13 juta iaitu RM3.54 juta atau 8.7 peratus lebih tinggi dari nilai kos pelaburan yang berjumlah RM40.59 juta.

Trend pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan peningkatan sejumlah RM7.20 juta atau 3.1 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Takkan Polis berpakat nak pekena Anwar kot... kahkahkah...

Posted: 14 Nov 2011 06:00 PM PST


PKR dedah penipuan baru polis terhadap Anwar

Pada arahan dari Umno, ketua-ketua polis telah mula menyatakan penipuan baru terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan beliau menjelang pilihan raya umum mengejut secara meluas dijangka akan diadakan dalam tempoh 2 bulan akan datang, pemimpin-pemimpin PKR berkata pada hari Jumaat.

"Ini adalah satu percubaan baru dan terdesak untuk mendakwa dan memenjarakan, untuk menghentikan pergerakan reformasi politik dan ekonomi negara dan untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat .

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengatakan bahawa UMNO dan BN merupakan dalang bagi penganiayaan politik terkini ini. Mereka telah berbuat demikian terhadap Anwar pada tahun 1998, sekali lagi pada tahun 2008 dan sekarang."

Pihak polis sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar

Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, mendedahkan bahawa Anwar telah diminta untuk membuat kenyataan kepada pihak polis minggu ini tetapi beliau meminta supaya ia ditunda ke Rabu depan.

Walaupun pihak polis tidak menyatakan mengapa mereka mahu mengambil kenyataan beliau, MP PKR tersebut percaya ia berkaitan dengan pita seks Datuk T. Setakat ini, pihak polis hanya memberitahu Anwar bahawa mereka telah memulakan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan "maklumat palsu untuk mencederakan orang lain".

"Orang yang sama yang mengambil laporan Anwar berkenaan video seks, DSP S Shanmugamoorthy, membuat laporan terhadap pemimpin pembangkang dua bulan lalu," kata Siva,yang juga berada di sidang akhbar tersebut.

"Kami menjangka Umno-BN akan melibatkan diri dalam politik peringkat rendah untuk terus menghina Anwar kerana pilihanraya bakal menjelang."

Bukan beliau

Anwar telah membuat laporan polis terhadap pita seks 'Datuk T' selepas ia dipersembahkan kepada sekumpulan wartawan kanan secara senyap di Hotel Carcosa Seri Negara oleh sekumpulan pelaku tanpa nama yang akhirnya ternyata merupakan ahli Umno- Shazry Eskay Abdullah, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim.

Ketiga-tiga lelaki tersebut kemudiannya didenda kerana menyiarkan bahan lucah kepada khalayak awam. Walau bagaimanapun, mereka berkeras lelaki di dalam pita itu adalah Anwar dan sebab atas tindakan mereka adalah kerana mereka mahu mendedahkan perlakuan Anwar yang tidak bermoral. Mereka juga menuntut Anwar dan isterinya, Presiden PKR Wan Azizah, untuk meninggalkan dunia politik dalam tempoh seminggu jika tidak pita tersebut akan disiarkan kepada khalayak ramai.

Sepanjang siasatan polis yang pertama, Ketua Polis Negara Ismail Omar mendedahkan bahawa pakar-pakar audio-visual dari AS mendapati bahawa lelaki dalam pita tersebut adalah 99% Anwar. Walau bagaimanapun, reputasi pakar-pakar ini tidak disahkan dan tiada salinan telah diberikan kepada peguam Anwar.

Mereka yang telah melihat pita tersebut, yang telah disebarluas di sebalik pengharaman ke atas pornografi di Malaysia, berkata ia pasti bukan Ketua Pembangkang yang lebih gelap warna kulit dan mempunyai bentuk badan yang lebih kecil.

Selepas dua bulan sahaja, doktor Anwar dari Jerman, seorang pakar tulang yang terkenal, mengesahkan bahawa beliau mempunyai pergerakan dan kekuatan yang terhad pada bahagaian bawah badannya. Namun, lelaki dalam pita tersebut lincah dan bertenaga kuat dengan pelacur di dalam hotel.

Perhimpunan Umno

Tetapi di sebalik kehilangan kredibiliti, Umno perlu memesongkan perhatian dari masalah sendiri.

"Langkah terbaru ini adalah untuk mengalihkan perhatian daripada segala salah laku – pendedahan 'National Feedlot Corporation', bersama-sama dengan tuduhan-tuduhan lain berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang turut hadir.

Memandangkan bahawa perhimpunan Umno dijadualkan minggu pertama bulan Disember, pemimpin PKR menjangkakan media arus perdana yang dikawal oleh BN untuk memainkan isu tersebut untuk membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekutu beliau untuk mewajarkan tindakan mereka terhadap Anwar ke peringkat akar umbi parti.

Dalam Umno adalah beberapa puak dan Najib sendiri adalah berisiko disingkirkan oleh panglima perang. Sebuah buku yang bertajuk Kesilapan Najib, telah menyenaraikan beberapa kesilapan terbesar Perdana Menteri sejak memegang jawatan tersebut.Ini termasuk Liwat II dan pita seks Datuk T, kedua-duanya telah menjijikkan pemerhati tempatan dan global. Buku ini juga memanggil Najib untuk meletak jawatan sebelum pilihanraya di Malaysia.

"Sudah pasti, Najib dan kroni perlu untuk mewajarkan tindakan mereka dan berpura-pura mereka betul selama ini tetapi ia adalah pedang bermata dua," kata Rafizi.

Malaysia Chronicle

Lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu...

Posted: 14 Nov 2011 05:00 PM PST

Depa memang pembohong besaq... kahkahkah...

Posted: 14 Nov 2011 04:00 PM PST

BN telah berbohong

Saya ingin membuat kenyataan media bagi menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila PM Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang semalam adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total

Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, dimana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi Negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan PM Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 12 November 2011

Wajib baca: Fakta menarik masyarakat Okinawa

Posted: 14 Nov 2011 02:30 PM PST

Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui

Oleh: zulmnster

Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.

Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Ini bermakna, kita akan dapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng.

Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.

Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.

Makanan Yang Hampir Kepada Vegetarian

Jika anda pengamal makanan yang tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya. Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.

Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.

Kurang Makan

Motto paling popular mereka adalah "Hari Haci Bu" iaitu "Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang". Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.

Nenek berusia 102 tahun 

Banyakkan Minum Air dan Teh

Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.

Kehidupan Yang Bebas Dari Stress

Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.

Tanah di Okinawa

Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft's Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.

Sedang bercucuk tanam

Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun.

Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa 'pemuda' yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun.

Tiada ulasan: