Selasa, 15 November 2011

Addin

Addin


Shafie Afdal Penyebab 1,000 Jurutera Menganggur?

Posted: 15 Nov 2011 02:00 PM PST

Saya salah seorang daripada 1,000 Jurutera Awam (pelbagai bidang) keluaran Universiti tempatan dan luar negara di Sabah yang menganggur sejak 2004 kerana tidak berpeluang untuk berkhidmat di Jabatan Kerjaraya atau Jabata Pengairan dan Saliran sejak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengambil alih tugas pembangunan Sabah.

Lebih buruk lagi apabila Menteri KKLW, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah melantik FELCRA dan Juruperunding Swasta sebagai penyelia projek KKLW di Sabah sehingga peluang kami untuk berkhidmat dengan kerajaan hancur lebur.

Dalam temuduga baru-baru ini, hanya 18 orang daripada lebih 1,000 jurutera bertauliah yang mendapat peluang bekerja dengan Jabatan Kerjaraya dan saya termasuk dalam kumpulan individu yang gagal mendapat tempat.

Sehubungan itu, kami merayu Kerajaan Negeri Sabah mendesak Kerajaan Persekutuan agar menyerahkan semua Projek Pembangunan Persekutuan di Sabah kepada Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran; Jabatan Air dan Pejabat Pembangunan Negeri agar khidmat kami dapat digunakan untuk membangunkan negeri yang kami cintai ini.

Dalam keadaan yang amat payah menjalani kehidupan, kami bukan sahaja terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN, malah tidak dapat menebus tanah yang digadaikan ibubapa kami untuk membolehkan kami memperoleh ijazah di luar negara; sedangkan KKLW terus membazirkan wang awam melalui projek 'Top-Up' yang boleh menggaji lebih 2,000 jurutera di seluruh Malaysia.

Persoalannya, kenapa kami menerima nasib malang, lebih malang daripada peminta sedekah dan penjaja haram yang sering diburu oleh pihak berkuasa sedangkan ramai di antara kami telah mendaftar sebagai pemilih sejak tahun lalu.

Ke manakah undi kami akan diberikan jika kerajaan yang kami harap dapat membantu meringankan beban hidup kami, terutama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, telah mengkhianati kami dengan menyekat peluang kami untuk berbakti kepada Negara tercinta./sabahkini

Wajib Lihat!! Najib Syok BerSMS Di Sidang APEC, Hawaii

Posted: 15 Nov 2011 07:57 AM PST


Najib dengan selamba je berSMS semasa sidang APEC di Hawaii. Najib 'khusyuk' berSMS, Presiden Korea Selatan 'khusyuk' dengar ucapan. Addin rasa kalau Presiden Korea buat macam ni.. balik ke Korea sudah tentu kena letak jawatan. 

Memalukan negara.. adakah Malaysia sanggup buat macam tu? Apa yang pasti kita tunggu jawapan-jawapan pengampu dan pencacai sepertimana kes 'haji selesai awal'.

Gambar : ManjungMari

Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu

Posted: 15 Nov 2011 12:15 AM PST

Gambar Hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Pengiktibaran berkenaan cerita ini ialah apa yang nak dibanggkan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.

Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.

Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.

"Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo."


~ Hadis riwayat Muslim

Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudaratkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan...wallahualam./tulahan

Tiada ulasan: