shalehudin |
- Bangang ni memang dicipta untuk bangsa UMNO...
- Bangang sangat la sapa yang kata ni bukan politik...
- Mai baca ni kalau nak belajaq Islam cara UMNO...
- Woii... lembu-lembu sekelian... kahkahkah...
- Takkan Polis berpakat nak pekena Anwar kot... kahkahkah...
- UMNO... United Malays No Otak... kahkahkah...
- Nik Aziz ni berletiaq apa pulak...
- Bergambar: Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia
- Rosmah Akan Lari!!
- Nabi SAW tak buat HIMPUN pun...
- Cikgu cikgi kena undi PR...
- Patut buat dah kat Umno lagu ni... kahkahkah...
- Perlu baca pasai apa pakar bedah ni peluk Islam...
Bangang ni memang dicipta untuk bangsa UMNO... Posted: 14 Nov 2011 09:30 AM PST |
Bangang sangat la sapa yang kata ni bukan politik... Posted: 14 Nov 2011 07:30 AM PST Video seks: AG sudah diserah kertas siasatan libatkan Anwar Hishammuddin berkata terpulang kepada Peguam Negara sama ada pendakwaan akan dibuat. — Foto fail KUALA LUMPUR, 14 Nov — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks, yang dipertontonkan oleh "Datuk T" Mac lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara. Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui kes itu secara terperinci termasuk beberapa kes lain yang melibatkan Anwar dengan pihak polis. Beliau menambah, polis hanya menjalankan tugas dalam konteks siasatan dan Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu membuat pendakwaan atau tidak. "Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini. Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar, yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya. Video itu dipertontonkan kepad media pada April oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Ditanya mengenai perkembangan terbaru siasatan polis terhadap program Seksualiti Merdeka 2011, Hishammuddin berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas selesai siasatan. "Kita ambil kenyataan puluhan individu yang terlibat, seperti biasa selepas kenyataan diambil kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk buat keputusan sama ada mahu buat pendakwaan atau tidak," katanya. Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program berkenaan. Pada 3 November lepas, polis mengharamkan Seksualiti Merdeka 2011, program yang antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks dan transgender.- TMI |
Mai baca ni kalau nak belajaq Islam cara UMNO... Posted: 14 Nov 2011 06:38 AM PST Bukankah Islam itu mudah? Bercakap pasal Mufti Negeri Perlis Dr Juanda Jaya terkejut dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang berkata dia sudah selesai tunai ibadah haji setelah selesai tawaf ,saie dan bercukur sedangkan melontar tiga jamrah belum dikerjakan lagi itu, ramai yang tanya penulis macam mana itu. Apa yang hendak dihairankan dengan tindakan pemimpin umno. Memang mereka sejak dari dulu lagi bersikap demikian.Undang undang Islam diambilnya separuh. Jadi pasal haji juga diambilnya separuh.Mudahkan. Bila lagi hendak ambil peluang dari Islam itu mudah. Bercakap pasal mudah dan ambil mudah, solat pun boleh ditinggalkan dengan sengaja. Malahan 80 peratus orang yang mengaku Islam "aku Islam" tak solat lima waktu sehari semalam. Usah pasal haji yang wajib hanya kepada yang mampu saja. Lagi mudah dikerjakan, macam perdana menteri kata, saya sudah selesai tunaik haji. Lebih lebih lagi PM Malaysia memang banyak duit dan segala galanya mudah, kerana kerajaan yang tanggung. Kalau permasalahan Dam PM boleh bayar kerana apabila tak bermalam di Mina, hatta satu juta ringgit sekalipun. Apatah lagi melontar jamrah.PM juga boleh upah orang melontar ketiga tiga jamrah atas alasan pening kepala ke (uzur). Atas sebab itulah beliau berkata yang dia sudah selesai menunaikan haji miskipun belum melontar ketiga tiga jamrah di Mina. Lebih lebih lagi Islam itu mudah, maka dipermudahkanlah semudah mudahnya. Ada faham.? Zaman Tun Mahathir Mohamad mula mula naik jadi perdana menteri lagi mudah. Kalau nak maju tinggal dulu Islam ini buat semantara waktu, baru boleh jadi maju. Antara Datuk Seri Mohd najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad dua kali lima saja. Tun Mahathir mempersenda sendakan islam, manakala Najib tak mahu hudud dilaksanakan di Malaysia. Macam Juga Tun Huseein Onn. Apa yang dilakukan itu tak mengejutkan rakyat yang benar benar faham Islam, Cuma Mufti Perlis saja yang terkejut. Mungkin beliau belum kenal pasti PM Malaysia. |
Woii... lembu-lembu sekelian... kahkahkah... Posted: 14 Nov 2011 05:43 AM PST Dendam Sang Lembu Oleh Ahmad Zawawi Sesungguhnya manusia dicipta dengan banyak kelebihan. Boleh berfikir, boleh melakukan berbagai inovasi dan diantaranya lebih berkuasa. Bagi Lembu (sejenis mammal juga) ia berasmara, melahirkan dan makan minum untuk menyambung nyawa seperti human beings juga. Mereka memileki otak tetapi tidak berkemampuan untuk berfikir. Setiap apa yang diperlakukan oleh manusia terhadap mereka - masyarakat lembu hanya mampu menzahirkan body language biasa iaitu membantah jika mahu dibawa pergi, mengalirkan airmata memohon simpati dan mengamuk bertujuan memberi ingatan kepada rakan-rakan disekelilingnya. Bagi orang-orang politik mereka tidak punya masa memikirkan perkara tersebut. Mereka hanya memikirkan tentang survival sahaja sekalipun mereka terpaksa memperlembukan lembu. Saya mempunyai asas berkata begitu. Suka saya imbas kembali bagaimana musuh politik Pakatan Rakyat mempolitikkan "Lembu Korban" bagi menjatuhkan Kerajaan pimpinan PKR diNegeri selangor. Walaupun telah diperjelaskan sejelas-jelasnya oleh pihak Menteri Besar Selangor pihak Pemuda UMNO selangor tetap mendesak Tan Sri Khalid bercuti untuk tidak menganggu siasatan. Seterusnya masyarakat Lembu diaibkan lagi. Kepala lembu diarak dan ditinggalkan dihadapan Pejabat Menteri Besar diiringi dengan message-message yang membantah Penempatan Kuil Hindu keSeksyen 33 Shah Alam. Sang Lembu adalah makhluk (created being) juga. Dengan cara tersendiri mereka juga boleh menyatakan dendam yang membara terhadap manusia kepada Maha Pencipta. Dan dari pengamatan saya dendam mereka akan terlerai sedikit masa lagi. Projek National Feedlot Corporation bernilai RM250 Juta yang diperuntukan kepada Kroni inilah yang akan menjadi penyebab Barisan Nasional menyembah bumi pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Disini suka saya sarankan kepada pihak yang mendesak Tan Sri Khalid bercuti tempoh hari untuk melakukan perkara yang sama kepada pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dengan projek tersebut supaya menyenangkan pihak berwajib melakukan siasatan. Tujuan saya menulis ini sebenarnya mahu memberi ingatan kepada mereka yang mempersenda lembu seperti mengheret kepala lembu kesuatu tempat bagi memenuhi politik sempit. Kita juga patut sedar bagi penganut Ugama Hindu lembu itu suci dan disebut sebagai Sacred Cow. Akhir sekali, meminjam tagline siri sukaramai di TV suatu ketika dulu " It takes a cow to catch a thief ". http://ahmadzawawi.wordpress.com |
Takkan Polis berpakat nak pekena Anwar kot... kahkahkah... Posted: 14 Nov 2011 04:26 AM PST PKR dedah penipuan baru polis terhadap Anwar Pada arahan dari Umno, ketua-ketua polis telah mula menyatakan penipuan baru terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan beliau menjelang pilihan raya umum mengejut secara meluas dijangka akan diadakan dalam tempoh 2 bulan akan datang, pemimpin-pemimpin PKR berkata pada hari Jumaat. "Ini adalah satu percubaan baru dan terdesak untuk mendakwa dan memenjarakan, untuk menghentikan pergerakan reformasi politik dan ekonomi negara dan untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat . "Kami tidak akan teragak-agak untuk mengatakan bahawa UMNO dan BN merupakan dalang bagi penganiayaan politik terkini ini. Mereka telah berbuat demikian terhadap Anwar pada tahun 1998, sekali lagi pada tahun 2008 dan sekarang." Pihak polis sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, mendedahkan bahawa Anwar telah diminta untuk membuat kenyataan kepada pihak polis minggu ini tetapi beliau meminta supaya ia ditunda ke Rabu depan. Walaupun pihak polis tidak menyatakan mengapa mereka mahu mengambil kenyataan beliau, MP PKR tersebut percaya ia berkaitan dengan pita seks Datuk T. Setakat ini, pihak polis hanya memberitahu Anwar bahawa mereka telah memulakan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan "maklumat palsu untuk mencederakan orang lain". "Orang yang sama yang mengambil laporan Anwar berkenaan video seks, DSP S Shanmugamoorthy, membuat laporan terhadap pemimpin pembangkang dua bulan lalu," kata Siva,yang juga berada di sidang akhbar tersebut. "Kami menjangka Umno-BN akan melibatkan diri dalam politik peringkat rendah untuk terus menghina Anwar kerana pilihanraya bakal menjelang." Bukan beliau Anwar telah membuat laporan polis terhadap pita seks 'Datuk T' selepas ia dipersembahkan kepada sekumpulan wartawan kanan secara senyap di Hotel Carcosa Seri Negara oleh sekumpulan pelaku tanpa nama yang akhirnya ternyata merupakan ahli Umno- Shazry Eskay Abdullah, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim. Ketiga-tiga lelaki tersebut kemudiannya didenda kerana menyiarkan bahan lucah kepada khalayak awam. Walau bagaimanapun, mereka berkeras lelaki di dalam pita itu adalah Anwar dan sebab atas tindakan mereka adalah kerana mereka mahu mendedahkan perlakuan Anwar yang tidak bermoral. Mereka juga menuntut Anwar dan isterinya, Presiden PKR Wan Azizah, untuk meninggalkan dunia politik dalam tempoh seminggu jika tidak pita tersebut akan disiarkan kepada khalayak ramai. Sepanjang siasatan polis yang pertama, Ketua Polis Negara Ismail Omar mendedahkan bahawa pakar-pakar audio-visual dari AS mendapati bahawa lelaki dalam pita tersebut adalah 99% Anwar. Walau bagaimanapun, reputasi pakar-pakar ini tidak disahkan dan tiada salinan telah diberikan kepada peguam Anwar. Mereka yang telah melihat pita tersebut, yang telah disebarluas di sebalik pengharaman ke atas pornografi di Malaysia, berkata ia pasti bukan Ketua Pembangkang yang lebih gelap warna kulit dan mempunyai bentuk badan yang lebih kecil. Selepas dua bulan sahaja, doktor Anwar dari Jerman, seorang pakar tulang yang terkenal, mengesahkan bahawa beliau mempunyai pergerakan dan kekuatan yang terhad pada bahagaian bawah badannya. Namun, lelaki dalam pita tersebut lincah dan bertenaga kuat dengan pelacur di dalam hotel. Perhimpunan Umno Tetapi di sebalik kehilangan kredibiliti, Umno perlu memesongkan perhatian dari masalah sendiri. "Langkah terbaru ini adalah untuk mengalihkan perhatian daripada segala salah laku – pendedahan 'National Feedlot Corporation', bersama-sama dengan tuduhan-tuduhan lain berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang turut hadir. Memandangkan bahawa perhimpunan Umno dijadualkan minggu pertama bulan Disember, pemimpin PKR menjangkakan media arus perdana yang dikawal oleh BN untuk memainkan isu tersebut untuk membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekutu beliau untuk mewajarkan tindakan mereka terhadap Anwar ke peringkat akar umbi parti. Dalam Umno adalah beberapa puak dan Najib sendiri adalah berisiko disingkirkan oleh panglima perang. Sebuah buku yang bertajuk Kesilapan Najib, telah menyenaraikan beberapa kesilapan terbesar Perdana Menteri sejak memegang jawatan tersebut.Ini termasuk Liwat II dan pita seks Datuk T, kedua-duanya telah menjijikkan pemerhati tempatan dan global. Buku ini juga memanggil Najib untuk meletak jawatan sebelum pilihanraya di Malaysia. "Sudah pasti, Najib dan kroni perlu untuk mewajarkan tindakan mereka dan berpura-pura mereka betul selama ini tetapi ia adalah pedang bermata dua," kata Rafizi. Malaysia Chronicle |
UMNO... United Malays No Otak... kahkahkah... Posted: 14 Nov 2011 01:55 AM PST Siannyer perkasam...otak dah masam.... Blog Sharpshooter GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar. Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca. "Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang setengah gila di perkarangan Komtar, di sini. Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu". Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu. Budak-budak yang dipergunakan mereka. Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib. Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada Kerajaan Negeri. "Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja. "Kerajaan Negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar. Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini. Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009. Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas. Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja. Buletin Mutiara PERTUBUHAN super rasist yang diketuai oleh "bapak katak" ni memang suka buat benda-benda pelik. Suka buat isu bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tak ada isu, mereka akan cuba cari isu asalkan dapat menunjukkan mereka seolah-olah sebagai pejuang Bangsa Melayu yang hebat. Budak-budak yang masih mentah dibasuh otaknya dengan sentimen perkauman supaya menjadi "super Melayu". Tujuannya mudah, supaya Umno terus berkuasa, supaya mereka bersatu di dalam United Malays No Otak. Terbaru, lantaran dah tak tahu isu apa nak dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah "pejuang Melayu sejati", mereka berdemo beramai-ramai (ramai ke?) untukmembantah perkhidmatan bas percuma di Pulau Pinang. Berakal ke tak berakal diorang ni? Carilah isu yang logik dan masuk akal kalau ye pun nak berlagak membela orang Melayu. Beca tu pergerakannya terhad, dekat-dekat bolehla, bas pulak bergerak lebih jauh.Berbeza peranannya. Kalau betul nak bela Melayu, nak jadi "Pejuang Melayu" pergilah bantah pasaraya-pasaraya besar yang mengaut untung sambil membuatkan ramai peniaga-peniaga kecil Melayu gulung tikar tu. Bas percuma bukan mengaut keuntungan pun, ini kemudahan untuk rakyat dan juga strategi menarik pelancong datang ke Pulau Pinang. Malu betul jadi Melayu gila macam ni! Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Nik Aziz ni berletiaq apa pulak... Posted: 14 Nov 2011 12:57 AM PST Homoseksual: Apakah hak mencuri juga dibenar? Oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat SAYA amat terkejut dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka yang sedang dirancang oleh beberapa NGO dan individu sebagaimana yang sedang diiklankan melalui laman web http://seksualitimerdeka.org. Jika program tersebut benarbenar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks. Sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Di antara perkara yang dijamin kemuliaannya oleh Islam ialah agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Sebarang aktiviti yang menceroboh kemuliaan lima perkara ini akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. Amalan homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan terhadap keturunan secara langsung dan juga sekali gus pencerobohan terhadap kelimalimanya secara tidak langsung. Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat. Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi? Justeru, ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada. Sewajarnya tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap penganjur program ini bahkan terhadap media massa yang ghairah memaparkan perkaraperkara lucah dan fitnah sehingga menyebabkan isu sebegini menjadi biasa di telinga masyarakat. Pelbagai istilah disebut dan gambar-gambar dipaparkan secara terbuka oleh media seolah-olah tidak menjadi kesalahan dan ini mengakibatkan hakisan moral golongan anak muda semakin besar. Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan dari mana-mana pihak. Saya harap tidak ada apa-apa permainan politik kerana amat biasa di dalam senario negara pada hari ini isu yang diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata. » Penulis ialah Mursyidul Am PAS. |
Bergambar: Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia Posted: 13 Nov 2011 10:29 PM PST Geneva - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu. Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan. Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut. Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS). Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu. Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar. Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFP Hutan hujan Amazon Halong Bay, Vietnam Air Terjun Iguazu, Argentina Pulau Jeju, Korea Selatan Komodo, Indonesia Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina Table Mountain, Afrika Selatan |
Posted: 13 Nov 2011 08:51 PM PST Ahli-ahli Umno mahukan Najib Razak GAGAL dalam pilihanraya ke13 nanti, kerana mereka telah muak dan fed-up dengan kegagalan Najib mengawal karenah bongkak dan gaya hidup mewah Rosmah seperti kenyataan di dalam buku 267 halaman yang ditulis oleh Timbalan Ketua Pemuda Wangsa Maju. Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai $24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan. Selepas itu heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00) termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor. Selepas PRU13 nanti pasti nasib Rosmah akan terjadi seperti isteri pemimpin-pemimpin lain terdahulu, akibat dari sikap bongkak, tindas Rakyat dan boros, dikala Rakyat di negara ini merempat dan menjalani kehidupan yang perit. Leila Trabelsi, isteri yang sentiasa berada di belakang suaminya, bekas Presiden negara Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang mengamalkan cara hidup yang mewah setinggi gunung dan berkuasa di Tunisia selama 23 tahun, tiba-tiba pada 14 Januari, 2011, terpaksa lari ke negara Saudi dan memujuk teman-teman untuk tumpangkan mereka. Gaya hidup Leila, serta ahli keluarga bekas presiden itu, telah menghidupkan suasana tidak tenteram di Tunisia. Keadaan kemiskinan menjadi-jadi, korupsi bermaharajalela, dan rakyat terus-menerus hidup tertekan, sedangkan presiden dan kerabatnya hidup dengan segala kemewahan hasil rakyat dan negara! Kisah Leila mengingatkan kita kepada isteri bekas presiden Filipina. Imelda Marcos yang menyimpan segala kemewahan termasuk beribu pasang kasut di dalam stor koleksi kasut milik bekas 1st Lady of Philipine, seperti mana koleksi beg tangan berjenama koleksi Birkin yang dimiliki oleh Rosmah. Menurut laporan NewsWeek, Imelda Marcos di tempat ke-9 manusia paling tamak di dunia! Imelda Marcos hidup dengan segala kemewahan sedangkan rakyat sengsara. Akhirnya, rakyat memberontak, lalu Marcos dan ahli keluarga terpaksa tinggalkan Filipina. Kisah Raja Iran suatu ketika dahulu, Shah Pahlevi dan isterinya Farah Diba, yang hidup dengan kemewahan tanpa pedulikan rakyat jelata. Akhirnya mereka diusir keluar. Akhirnya juga kedua-dua mereka serta anak-anak tiada tempat untuk berlindung! Suzzane, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama 40-70 bilion Dolar Amerika adalah simbol pemborosan di Mesir. Beliau juga mendapat gelaran 'Marie antoinette' sempena ratu perancis yang gilakan kemewahan sampai putus kepala [amukan rakyat la nih – tapi kat Malaysia idak kot…] dalam revolusi perancis. Isteri Muammar Gaddafi, Safia Farkash didakwa memiliki koleksi emas peribadi berjumlah 20 tan (20,000 kilogram), kalau kita biasa beli dalam gram = 20 juta gram (haaaa.. kita kali aje dengan berapa harga satu gram emas…) Dengan ini, kami anak-anak muda sudah meluat dan meluap-luap menguji kesabaran kami dengan perangai Rosmah Mansor yang menunjukkan sikap bongkak walaupun semasa di Mekah Al-Mukarromah. Sikap Rosmah Mansor yang berjoli sakan dan bergelumang dengan kemewahan membelanjakan wang Rakyat Malaysia, dikhabarkan berita internet mendakwa beliau berbelanja mewah RM100,000 semalam untuk tidur menginap di Hotel Atlantis di Dubai, dan dalam masa yang sama Rakyat ditekan dengan tekanan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Kepada sebahagian makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami-isteri untuk terus kekal berkuasa? Bila Rosmah dah lari…masa itu sudah terlambat… |
Nabi SAW tak buat HIMPUN pun... Posted: 13 Nov 2011 07:39 PM PST |
Posted: 13 Nov 2011 06:20 PM PST Cikgu kena undi PR elak BEBANAN KERJA PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor. Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar. Bagi saya projek perintis akan dijadikan asas agar sistem ini diperluas kepada semua sekolah. Maka semua guru-guru akan berkerja selama 9 jam sehari. Mudah saya jalan penyelesaian. Undi PR pada PRU 13 ini dan PR sudah pasti tidak akan membebankan guru-guru dengan bebanan tidak masuk akal ini. Malah PR sudah berjanji untuk memperkasakan dan menillai kebajikan untuk warga pendidik. Ternyata pemimpin BN tidak tahu menilai sumbangan dan perana guru-guru sehingga mereka mahu dibebankan dengan kerja lebih masa yang sudah tentu memenatkan. Andai guru-guru sanggup untuk bekerja selama 9 jam silalah undi BN pada PRU 13 nanti.- MR |
Patut buat dah kat Umno lagu ni... kahkahkah... Posted: 13 Nov 2011 04:00 PM PST Menghadapi Seorang Yang Nazak Apabila seseorang itu dilihat dalam keadaan sedang nazak iaitu hampir tiba ajal mautnya, harapan hidup dirasakan tidak ada lagi, maka hendaklah sentiasa diperhatikan jangan ditinggalkan begitu sahaja bahkan tenangkan hatinya. Ingatlah dia kepada Allah, minta ampun dan bertaubat. Rela atas apa jua kehendak dan takdirNya, mohon agar ditetapkan iman dan husnul khatimah. BACA SURAH YAASIN Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum. AJAR KALIMAH TAUHID Apabila orang yang sedang nazak itu bertambah lemah dan tanda-tanda mati seperti hidungnya layu, kakinya kaku dan dingin, nadi bertambah lemah, segeralah ajarkan kalimah tauhid dengan perlahan dan ringkas jua. Apabila dilihat bergerak lidah seperti menuturkannya, maka memadailah dengan lafaz kalimah LAA ILAA HA ILLALLAH kali terakhir di dunia ini, nescaya tempatnya di Syurga. PERINGATAN Para Ulamak menerangkan ketika seseorang itu akan menemui ajal mautnya, ia semata-mata ingat sesuatu yang sering disebut dan dituturkannya, begitu juga ingatannya ialah jadikanlah ucapan kalimah tauhid itu sentiasa dibibir dan dihati. Menuturkannya mudah dan timbangan pahalanya berat. SAH MATI Apabila diketahui seseorang itu sah mati, maka ucapkanlah INNAA LILLAAHI WAINNAAHI RAAJIUUN. Ertinya ialah bahawa kita semua adalah kepunyaan Allah dam kepadaNyalah kita semua kembali. Hendaklah kita mendoakan agar roh simati itu dicucuri rahmat dan keampunan. DISEGERAKAN SESUDAH MATI
|
Perlu baca pasai apa pakar bedah ni peluk Islam... Posted: 13 Nov 2011 02:30 PM PST PAKAR BEDAH MASUK ISLAM KERANA KEBENARAN KISAH FIRAUN Dr. Yahya Maurice Bucaille Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. mumia Firaun, Ramsess II Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Kisah Firaun dalam al-Quran Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92)." Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. - Khalilfah |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan