Addin |
- Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu
- Papa Gomo Dah Bertaubat?
- Panas!! Najib Dipaksa Berhenti Awal
- Buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" Hanya Satu Perangkap
- Presiden Indonesia Cipta Lagu Untuk Sidang APEC Di Hawaii
- Tsu Koon Akan Letak Jawatan Minggu Depan?
- Ahli Parlimen BN Saman PKR Sabah?
- Steve Jobs Batalkan Pelancaran iPhone 5?
- Skandal NFC : Khairy Menumpang Kegemilangan Pakatan Rakyat
Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu Posted: 14 Nov 2011 08:05 AM PST Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya. Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam. Pengiktibaran berkenaan cerita ini ialah apa yang nak dibanggkan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman. "Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo." ~ Hadis riwayat Muslim Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudaratkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan...wallahualam./tulahan |
Posted: 14 Nov 2011 06:01 AM PST Papa Gomo meroyan lagi!! Apa yang di rapu oleh Papa Gomo, blogger penfitnah rasmi Umnoporno. Addin sebenarnya malas jugak nak layan si blogger penfitnah ni. Oleh kerana fitnahnya makin hari semakin bebal dan melepasi norma-norma manusia yang waras. Terlalu taksub sehingga sanggup mereka cipta cerita. Papa Gomo, anak bini kau dah buncit makan duit haram.. Taubatlah Papa Gomo sebelum nyawa di hujung halkum. Mari kita sama-sama bangkit untuk menentang si blogger penfitnah ni. Kau orang semua baca dan nilai fitnah terkini blogger ni.. nak best lagi tinggal komen yang pedas-pedas. Kalu rajin bacalah kat sini.. |
Panas!! Najib Dipaksa Berhenti Awal Posted: 14 Nov 2011 02:55 AM PST Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat". Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat. Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu? Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu — yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak — mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan. Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya. Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC". Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab." Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat. Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu. Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya. Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an. Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir … mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak. Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini. Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu. Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau). Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan. Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim! Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib. Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah: * Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM * Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan * Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet * Kabinet lemah dan ramainya menteri senator * Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi * Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan * Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah * Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet * Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui * Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop * Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar * Merestui budaya politik jijik dan lucah * Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu * Terlalu ghairah mengejar populariti Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah. Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat. Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno. Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM. Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil../suaraPR |
Buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" Hanya Satu Perangkap Posted: 14 Nov 2011 01:02 AM PST Tidak dinafikan ramai yang tercari-cari buku bertajuk 'Najib Perdana Terakhir' dikebanyakkan kedai buku namun tidak menjumpainya. Jika berjumpa di kedai-kedai buku tertentu pun, apabila ditanya kepada penjual, mereka akan memaklumkan hanya menerima buku tersebut dalam kuantiti yang terlalu kecil. Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik penyebaran buku ini dan siapakah sebenarnya Shahbudin Husin? Sumber yang layak dipercayai memberitahu penulis, buku tersebut sengaja diterbitkan bertujuan untuk mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran Najib, terutama sekali mengenal pasti pemimpin UMNO yang berpotensi menentang Najib pada masa kini dan masa akan datang. Menurut sumber tersebut lagi, Shahbudin Husin bukanlah penulis sebenar buku tersebut kerana dia dikategorikan sebagai wartawan suam-suam kuku malah dikalangan wartawan, namanya amat kurang dikenali. Penulis sebenar buku tersebut adalah Noraini Nordin iaitu isteri kepada Shahbudin Husin. Noraini sememangnya diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Rosmah Mansor dan kerana hubungan itulah beliau dinaikkan pangkat menjadi salah seorang editor majalah dalam Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Noraini adalah seorang penulis yang hebat, jauh mengatasi suaminya. Malah, Noraini pernah memenangi Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam dunia kewartawanan di Malaysia sewaktu berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Watan satu ketika dahulu. Di Utusan Melayu (M) Berhad, ramai yang mengetahui tentang bagaimana Noraini berjaya mendapatkan beberapa projek yang diuruskan suaminya, Shahbudin selepas mendapat pertolongan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah. Kerana kebolehannya menulis dan pengetahuan meluas tentang politik UMNO telah membolehkan Rosmah dan Noraini berpakat untuk menerbitkan sebuah buku yang bertujuan untuk mencari mereka yang dikatakan menjadi duri dalam daging diera pentabiran Najib. Benar, dalam buku ini Rosmah menjadi sasaran yang lebih kuat berbanding Najib malah Rosmah digambarkan telah berjaya "ditelanjangkan" dengan pelbagai keburukkan pada dirinya. "Percayalah bahawa semua pendedahan mengenai kononnya perangai buruk Rosmah tidak akan menjadi kudis kepada Rosmah." "Rosmah sudah lali dengan berita berunsurkan fitnah dan pembohongan mengenai dirinya serta segala macam cerita rekaan bertujuan untuk memalukan beliau". "Percayalah, Rosmah adalah seorang yang kuat untuk berhadapan dengan segala cacian dan makian. Dan kerana wujudnya persepsi buruk mengenai sikapnya maka buku itu dirancang untuk memerangkap pihak-pihak tertentu", kata sumber itu yang juga telah lama mengenali Noraini. Malah katanya lagi, buku bertajuk 'Kesilapan-kesilapan Najib' tulisan Shahbudin Husin yang akan diedarkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti juga dirancang atas tujuan yang sama. "Modus Operandinya mudah saja, bila ada pembeli yang menghubungi mereka atau penerbit untuk membeli buku tersebut dalam kuantiti yang besar, pergerakkan mereka kemudiannya akan dipantau". "Tujuannya ialah untuk membolehkan penaja sebenar buku tersebut dijejaki dan sekaligus mereka yang bertindak untuk menjatuhkan Najib dapat dikesan dan dikenalpasti dengan buktinya sekali", katanya lagi Menurut sumber itu lagi, Najib dan Rosmah memang seorang yang amat licik dan mereka pandai memanipulasikan persepsi negatif terhadap Rosmah bagi kepentingan politik Najib secara halus tanpa disedari oleh mana-mana pihak. Dalam hubungan ini, penulis percaya ramai yang akan termasuk dalam perangkap yang diatur Shahbudin dan isterinya, Noraini. |
Presiden Indonesia Cipta Lagu Untuk Sidang APEC Di Hawaii Posted: 13 Nov 2011 10:43 PM PST HONOLULU - Lagu ciptaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berjudul "Save The Earth" diperdengarkan dalam sesi ketiga pertemuan para CEO Asia Pasifik yang menjadi salah satu rangkaian kegiatan KTT ke-19 Asia Pacific Economic Cooperation (APEC). Sebelum acara di Hotel Sheraton Waikiki, Honolulu, Kepulauan Hawaii, Sabtu (12/11/2011) waktu setempat atau Minggu (13/11/2011) waktu Indonesia Barat, moderator Michael Oreskes memperkenalkan Presiden Yudhoyono kepada hadirin tidak hanya sebagai pemimpin Indonesia, tetapi juga sebagai pencipta lagu. Lagu "Save The Earth" dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Sandy Sandoro, sebelum Presiden menyampaikan pidato berjudul "The Asia Pacific Century". Pada sesi dialog, Michael pun bertanya kepada Presiden Yudhoyono tentang proses berkarya mencipta lagu di tengah-tengah kesibukannya memimpin negara. "Saya kira para pemimpin di mana pun selalu punya hobi, ada berkuda, golf, memancing. Hobi saya menulis lagu," ujar Presiden. Kepala Negara yang sudah melahirkan empat album itu mengaku hanya bisa mengarang satu lagu setiap tiga atau empat bulan, bergantung pada inspirasi dan suasana hati yang mendatanginya. Bagi Presiden, lirik lagu yang lahir dari proses kreatifnya bukan sekadar kata-kata, melainkan juga sebagai alat komunikasi kepada masyarakat agar mudah diterima oleh segala jenis kalangan. Meski demikian, Presiden mengatakan, hal terpenting yang dirasakannya dari menciptakan suatu lagu adalah bisa membebaskan diri sejenak dari ketegangan sebagai seorang pemimpin. Presiden yang didampingi Ani Yudhoyono berada di Honolulu, Kepulauan Hawaii, hingga 14 November 2011 untuk mengikuti KTT ke-19 APEC.Mantan Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati yang kini menjabat Direktur Pelaksana Bank Dunia juga hadir sebagai pembicara dalam APEC CEO Summit 2011./kompas Addin : Teringat lagu Terang Bulan yang mirip-mirip lagu Negaraku.. |
Tsu Koon Akan Letak Jawatan Minggu Depan? Posted: 13 Nov 2011 10:00 PM PST Teka-teki tentang bentuk pengorbanan yang akan dilakukan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon demi kebaikan parti itu, mungkin terjawab hujung minggu depan. Sumber dalaman parti itu berkata kini, para pemimpin Gerakan sedang memuktamadkan butiran terperinci berhubung perkara itu sebelum ia diumumkan. Pada persidangan perwakilan kebangsaan (NDC) Gerakan bulan lepas, Koh berkata beliau bersedia untuk berkorban, tetapi kenyataan beliau itu dianggap samar dan mengundang pelbagai tafsiran. Ada pihak berpendapat kenyataan itu bermaksud beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, manakala ada pula yang membuat tafsiran bahawa beliau akan bertanding, tetapi di kerusi yang paling mencabar. Biar apapun tafsiran mengenainya, yang pasti, kenyataan Koh itu mencetuskan perbalahan serta perbuatan melobi yang hebat, hingga mungkin menyebabkan Koh menangguhkan pengumuman beliau kerana ia memerlukan beberapa pemimpin sedia ada memberi laluan kepada pengganti mereka untuk menerajui cabaran Gerakan pada pilihan raya umum akan datang, terutama di Pulau Pinang. Mereka yang rapat dengan Koh berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu telah membuat keputusannya dan malah, telah memaklumkan perkara itu kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). "Tunggulah beberapa hari lagi. Semuanya akan menjadi lebih jelas," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi, yang enggan dikenali, sambil menambah bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sebelum berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa pusat (CC) parti itu di Pulau Pinang pada 19 Nov. Para pemimpin Gerakan dijangka menghadiri satu majlis Wawasan Open University (WOU) yang didokong Gerakan di mana bekas presiden parti itu Tun Dr Lim Keng Yaik akan dilantik sebagai canselor universiti berkenaan. Khamis lepas, Dr Koh memberi satu bayangan tentang pengorbanan yang akan beliau lakukan dengan berkata beliau sentiasa bersedia melepaskan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang kepada seseorang yang boleh diterima parti komponen BN lain. Banyak pihak berpendapat kesediaan Dr Koh melepaskan jawatan itu adalah sebahagian daripada hasil langkah transformasi Gerakan yang akan menyaksikan Koh tidak akan bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, sama seperti pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan dan naib presiden parti itu Datuk Seri Chia Kwang Chye. Suatu ketika dulu, Koh, Hock Nan dan Chia membentuk pasukan yang begitu mantap di Pulau Pinang, dikenali sebagai "Segi Tiga Besi", hinggakan sesetengah anggota Gerakan menyifatkan gandingan erat mereka sama seperti lambang parti itu yang berbentuk segi tiga. Sama ada ikatan ini masih kukuh hingga kini sukar untuk diukur, lebih-lebih lagi selepas kekalahan teruk Gerakan pada pilihan raya umum 2008. Keadaan semasa menuntut kewujudan gandingan baru daripada segi kepimpinan dalam Gerakan yang menggabungkan setiausaha agung parti itu Teng Chang Yeow dan naib presiden Gerakan Pulau Pinang, yang juga anggota jawatankuasa pusat Ong Thean Lye, menerajui cabaran pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, masalah tetap wujud. Sumber dalaman parti itu berkata Chia tetap ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang, sedangkan Hock Nan berpendapat Chia tidak patut berbuat demikian dan beliau pula akan hanya berundur sekiranya Chia juga berundur. Dalam temu bual dengan akhbar Sin Chew Daily baru ini, Chia berkata beliau tidak yakin para pemimpin parti itu akan bersikap terlalu "kebudak-budakan" dan "berfikiran kabur" dengan mengenakan syarat sedemikian dalam memastikan Gerakan terus mara ke hadapan. Penganalisis politik dari Pulau Pinang Datuk Cheah See Kian berpendapat Koh mungkin mampu memujuk Hock Nan untuk berkompromi dan memberi laluan kepada Chang Yeow mengambil alih teraju kepimpinan di Pulau Pinang, tetapi hakikatnya Hock Nan menjadi pengerusi Gerakan Pulau Pinang melalui pemilihan. "Chang Yeow hanya boleh menjadi pengerusi BN negeri sekiranya terdapat rancangan untuknya mengambil alih jawatan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Jika tidak terdapat pelan peralihan tertentu, bagaimana Chang Yeow hendak memegang jawatan pengerusi BN negeri, sedangkan beliau bukan pengerusi parti di peringkat negeri?" tanya penganalisis itu. Cheah berpendapat Koh tidak mempunyai masalah untuk melepaskan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang kerana beliau tetap merupakan presiden Gerakan, tetapi Hock Nan mempunyai masalah kerana beliau hanya menyandang jawatan naib presiden parti. "Satu perancangan kusus perlu dibuat untuk menyelesaikan isu ini dan ia melibatkan kompromi serta jadual waktu peralihan," katanya. Perbalahan yang tercetus memberi kesan tidak baik terhadap Chang Yeow, yang secara terbuka melahirkan kekecewaan beliau tentang keadaan yang berlaku itu melalui tulisan dalam Facebooknya baru-baru ini dengan menegaskan bahawa beliau tidak mahu diseret ke "medan perang" yang sia-sia itu kerana ia diselubungi keadaan yang tidak tentu arah. Chang Yeow menulis komen itu selepas memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau bersedia mengambil alih tugas sebagai pengerusi BN Pulau Pinang dan Koh bercakap dengan beliau sebanyak dua kali tentang perkara itu. Apabila diminta mengulas perkara itu, timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin Gerakan sedang menyediakan butiran terperinci dan satu pengumuman mengenainya akan dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti itu di Kuala Lumpur Khamis ini. Persoalannya sekarang ialah adakah Koh akan mengumumkan pengorbanan yang akan beliau lakukan Khamis ini, selepas genap sebulan berlangsungnya persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan? Tiada siapa dapat menjawabnya dengan pasti. Bagaimanapun, ramai yang pasti bahawa kegagalan mencari kepastian untuk membuat sesuatu keputusan penting membawa padah kepada Gerakan pada pilihan raya umum 2008, khususnya apabila ia melibatkan siapakah yang patut menjadi nakhoda di Pulau Pinang./bernama Addin : Mungkinkah Koh Tsu Koon akan letak jawatan minggu depan? Sama-sama kita tunggu.. mungkinkah tekanan daripada Umno Pulau Pinang membuatkan perletakan jawatan tersebut.. BN Pulau Pinang akan makin bergolak selepas ini. |
Ahli Parlimen BN Saman PKR Sabah? Posted: 13 Nov 2011 08:41 PM PST Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Malaysia (Silam) dR. Salleh Kalbi terhadap sebuah blog yang tidak disebutkan nama, sebagaimana yang disiarkan di semua media tempatan kelmarin. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi (gambar) ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menyatakan bahawa tindakan Salleh boleh membuka segala pekung yang disembunyikan UMNO selama ini. "Cuma saya cadangkan agar Salleh saman blog atau laman web berkenaan bagi membolehkan rakyat Silam menilai mutu kepimpinannya dan bukannya hanya mencari publisiti murahan atau escapism," kata Citra yang menggesa agar Salleh bersikap professional. Kata Citra, rakyat Silam tahu siapa Salleh sebenar tetapi BN melakukan kesilapan besar memilih Salleh sebagai Calon BN pada 2008 menggantikan Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman yang mempunyai kes dengan SPRM ketika itu. "Ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Silam, Salleh dibebani hutang dengan banyak syarikat sehingga ke hari ini tidak layak memiliki kad kredit. Jadi tidak hairan kalau dia suka menyelewengkan peruntukan dan membudayakan rasuah," kata Citra yang turut menggesa agar PDRM menyiasat kelayakan Salleh menggunakan 'rider' (pengiring polis) untuk melawat kampung sebaik sahaja mendapat gelaran 'Duta Keamanan UPF'. Dengan laporan polis yang dibuat Salleh kata Citra, rakyat berpeluang tahu segala rahsia Salleh selama ini, terutama identiti isterinya yang diyakini sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga berjaya menjadi guru sekolah. "Jabatan Audit Negara patut siasat bagaimana Kementerian Pelajaran boleh melantik Hajjah Fatmah Haji Abdul Aziz sebagai guru tetap dan berpencen jika dokumen yang digunakannya milik orang lain kerana semua rakyat Semporna tahu Fatmah lahir di Filipina dan datang ke Sabah ketika berusia 10 tahun," kata Citra yang telah menjalankan siasatan rapi dan hanya akan mendedahkan dokumen Fatmah apabila tiba masanya. Walaupun dalam laporan media tidak menamakan secara jelas blog atau laman web yang dimaksudkan Salleh, namun Citra percaya semestinya Sabahkini.net kerana tidak ada laman web di Sabah yang mempunyai kredibiliti untuk membongkar kejalangan YB UMNO di Sabah melainkan Sabahkini.net. "Saya cabar dia saman saya dan lagi cepat lagi bagus kerana saya tidak sabar untuk dedahkan identiti isterinya PATI yang berlagak hebat, memandu kereta syarikat kontraktor menggunakan lambang ahli parlimen dan membeli harta secara tunai," kata Citra yang menegaskan beliau akan bekerja keras untuk membongkar segala petualangan Salleh selama beliau menjadi Ahli Parlimen sejak Mac 2008. Tegas Citra, SPRM wajar menjalankan siasatan bagaimana isteri Salleh boleh memandu kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat kontraktor yang merasuah Salleh untuk mendapatkan beberapa projek yang tidak ada kena mengena dengannya dan menggunakan lambang Ahli Parlimen. Selain kereta yang dipandu isterinya, kata Citra, Salleh turut membeli Ninja King dan beberapa buah kereta yang didaftarkan atas nama beberapa syarikat atau kontraktor yang melobi projek daripadanya. "Polis jangan gentar, siasatlah semua kes laporan polis yang telah saya buat. Adakah dia kebal macam Shafie Apdal kerana semua orang tahu Salleh menyokong Shafie Apdal?," ujar Citra yang menggesa agar semua harta Salleh yang didapati secara curang dibekukan segera kerana bimbang dipindah milik kepada saudara maranya./sabahkini |
Steve Jobs Batalkan Pelancaran iPhone 5? Posted: 13 Nov 2011 08:24 PM PST Oktober 2011 lalu, Apple memperkenalkan iPhone 4S. Ponsel terbarunya ini sempat mendapatkan reaksi adem-ayem karena dianggap tak banyak membawa perubahan. Padahal sebelum peluncuran iPhone 4S, banyak pihak sudah merumorkan akan hadirnya iPhone 5. Perangkat yang satu ini disebut-sebut bakal memiliki banyak perubahan dibandingkan iPhone 4. BusinessInsider mengungkap adanya informasi dari pihak-pihak tertentu bahwa sebenarnya iPhone 5 memang sudah dibuatkan prototipenya oleh Apple. Beberapa pihak bahkan sudah sempat mencobanya. Kabarnya, Steve Jobs sendiri lah yang memutuskan untuk membatalkan iPhone 5 ketika itu. Salah satu pertimbangan Jobs, menurut rumor ini, layar iPhone 5 terlalu besar dan bisa menimbulkan fragmentasi perangkat seperti yang terjadi di Android. Berikut adalah beberapa hal yang digarisbawahi BusinessInsider dari rumor iPhone 5: - Layarnya akan berukuran lebih besar. Kurang lebih 4 inchi (diagonal) seperti Samsung Galaxy SII. - Prototipe yang sempat diujicobakan memakai bahan plastik injeksi, artinya ia baru buatan laboratorium dan bukan dari manufaktur. - iPhone 5 akan menggunakan punggung aluminium dengan metode liquid metal. Sehingga, bahan itu bisa memiliki warna tertentu dan bukan sekadar dicat. - Bentuk prototipe iPhone 5 itu lebih lebar dan tipis. Mirip rekaan yang sempat beredar di internet. - Tombol Home perangkat itu bukan berupa tombol sungguhan, melainkan tombol layar sentuh. - Kameranya akan memiliki resolusi 10 megapixel, layarnya akan lebih baik dan kemampuan prosesornya juga akan ditingkatkan. Memang, informasi ini baru sebatas rumor saja.Tapi menarik juga untuk membayangkan bahwa sebenarnya Apple sudah menyiapkan iPhone 5. Bukan tidak mungkin perangkat dengan ciri-ciri di atas akan dimunculkan Apple di 2012./kompas |
Skandal NFC : Khairy Menumpang Kegemilangan Pakatan Rakyat Posted: 13 Nov 2011 06:37 PM PST Penulis begitu bangga kerana akhirnya sesuatu yang besar dan gempar berjaya juga dizahirkan hasil kerja keras pimpinan Pakatan Rakyat lanjutan dari Laporan Audit 2010 berhubung dengan National Fedlot Center (NFC) ini. Walaupun Laporan Audit tersebut tidak menyatakan sebarang penyelewengan, tetapi sekurang-kurangnya dengan pendedahan pelbagai kelemahan berhubung pengurusan projek tersebut, tanggapan rakyat terhadap kewibaan kerajaan BN jelas semakin menunjukkan penyusutan. Jika selepas ini trio Pakatan Rakyat (YB Saifudin, Sdra Rafizi dan YB Zuraidah) berjaya mengukuhkan dakwaan ke atas Shahrizat dan NFC berhubung dengan pembelian kondo di Bangsar itu dengan menyertakan bukti yang lebih kukuh dibanding sekarang (hanya bergantung kepada sehelai kertas biasa), penulis yakin UMNO akan berada pada tahap terendahnya sejak PM Najib mengambil alih. Walaupun begitu, penulis lihat, Pakatan Rakyat terlalu bergantung kepada kenyataan yang diberikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin untuk mengukuhkan dakwaan-dakwaan yang dikenakan ke atas NFC dan Shahrizat. Kebanyakkan media pro Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider juga menggunakan kenyataan Khairy sebelum diulas kemudiannya oleh ketiga trio yang disebutkan di atas. Sebagai contoh mengesahkan pembelian kondo oleh NFC tapi atas tujuan pelaburan. Memang diakui ia punya nilai berita tersendiri, tapi soalnya siapa Khairy untuk memberi pengesahan sedemikian? Walaupun setakat ini pendekatan itu nampak berjaya tapi perlu diingat Khairy bukan jurucakap kementerian terbabit mahupun NFC. Justeru kenyataannya ini bukanlah kenyataan rasmi tapi lebih kepada menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen BN sahaja. Bahkan dia juga mengakui di dalam akhbar Utusan Malaysia bahawa kenyataannya di Parlimen berkenaan isu ini hanyalah berdasarkan siasatan dan pembacaan yang dilakukannya sendiri!!! Tidak kurang juga yang melihat, Khairy begitu vokal kerana Ladang NFC di Gemas terletak dalam kawasan parlimen sepupunya sendiri, Dato Shaziman Mansor merangkap Menteri Kerja Raya dalam pentadbiran Najib. Jadi kenapa pula Pakatan Rakyat terlalu memberikan liputan kepada kenyataan Khairy sedangkan ia diketahui kurang kredibiliti dengan itu maklumat yang disebutkan itu boleh dipertikaikan. Kalau dalam UMNO/BN pun peranan dan cakap Khairy kurang diberi perhatian, kenapa kita pula kelihatan bersungguh menggunakan kenyataannya? Seolahnya pemimpin Pakatan Rakyat kurang inisiatif sendiri untuk mendedahkan isu ini kepada rakyat sedangkan kitalah yang mula-mula sekali meledakkan isu ini sehingga menggegar kepimpinan kerajaan BN, jangan sesekali kita lupakan itu. Penulis berharap, kepimpinan Pakatan Rakyat lebih memberi kepercayaan dan ruang kepada pemimpin kita sendiri untuk tampil dengan pendedahan-pendedahan yang lebih berani lagi dalam isu NFC ini. Jangan ada sedikit ruang dan peluang pun untuk anasir luar seperti Khairy ini merosakkan kegemilangan kita./suaraPR |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan