shalehudin |
- UMNO tu Gangster, Gangster tu UMNO... kahkahkah...
- Bergambar: Kemalangan di Behrang ragut 4 nyawa
- Takkan ada pilihanraya selagi Anwar hidup bebas
- Amerika nak serang Iran?
- Kesian Shahrizat... kahkahkah...
- Usaha jatuhkan Nurul Izzah...
- Teruk la Shahrizat kali nih... kahkahkah...
- Jangan dok cari penyakit laa...
- Anwar tibai Hj Najib... kahkahkah...
- Chef Wan marah anak dia pembohong
- Ni bukti penyakit puak dalam Umno makin teruk
- Pakat-pakat ambik berkat...
- Sekali kena cucuk hidung daa... kahkahkah...
UMNO tu Gangster, Gangster tu UMNO... kahkahkah... Posted: 11 Nov 2011 09:30 AM PST Mahasiswa dakwa dikasari ketika sambut PM Harakahdaily KUALA LUMPUR, 11 Nov: Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi. Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174" kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner. Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak. Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka. "Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai. Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut. Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ. |
Bergambar: Kemalangan di Behrang ragut 4 nyawa Posted: 11 Nov 2011 07:00 AM PST Berikut ialah gambar-gambar kemalangan yang melibatkan bas yang membawa para pelajar dan guru dengan treler yang menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera. Kemalangan berlaku di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa. Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33. Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik. 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad. Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi. |
Takkan ada pilihanraya selagi Anwar hidup bebas Posted: 11 Nov 2011 05:55 AM PST Polis siasat Anwar, dakwa beri maklumat palsu kes Datuk T PETALING JAYA, 11 Nov — Polis kini menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berhubung video seks yang dipertontonkan oleh "Datuk T" Mac lalu, perkembangan yang menurut Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermotifkan politik. Siasatan dibuka selepas pegawai penyiasat kes video itu DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Ketua Pembangkang dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - TMI |
Posted: 11 Nov 2011 04:38 AM PST Zionis dan Amerika nak serang Iran? Sudah gah berita yang menyebut bahawa rejim Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran dengan alasan untuk menghalang republik Islam itu daripada memiliki senjata nukliar. Rejim Zionis secara terang-terangan memberi amaran bahawa ia akan melancar serangan unilateral ke atas kemudahan loji nukliar Iran sebelum negara Islam itu berjaya memuktamadkan penghasilan senjata nukliar atau peledak atom. Kita tahu bahawa Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelesit mereka di Eropah bimbang sekirnya Iran berjaya menghasilkan senjata nukliar sedangkan negara sekutu mereka tidak dihalang atau dicegah daripada memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu. Walaupun Iran telah beberapa kali menyatakan bahawa program nukliarnya adalah untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan tetapi ia terus ditentang oleh musuh-musuh Iran. Jika benarpun Iran cuba membangun senjata nukliar untuk mempertahan kedaulatan negaranya, itu adalah hak mereka sama seperti negara-negara lain yang memiliki senjata nukliar. Kenapa Iran disekat dan dinafikan hak tersebut? Kenapa Amerika dan dunia Barat membisu seribu bahasa apabila rejim Zionis Yahudi menghasil dan memiliki peledak nukliar? Jika Zionis Yahudi boleh kenapa Iran atau negara-negara lain di Asia Barat tidak boleh? Zionis Yahudi atau Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang memilik senjata nukliar, bahkan dikatakan jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh Britain dan Perancis. Program senjata nukliar Israel dimula oleh David Ben Gurion, perdana menteri pertama negara Yahudi itu pada lewat tahun 1950-an. Program itu bertapak di Pusat Penyelidikan Nukliar Negev, di pinggir kota Dimona dan berasaskan keupayaan reaktor nukliar Dimona, Israel dikatakan memiliki tidak kurang daripada 200 peledak nukliar. Progam itu disokong dan dibantu terutamanya oleh Perancis. Selain senjata nukliar, Israel turut memiliki senjata kimia dan biologi. Jelas sekali Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang mengancam keselamatan bukan sahaja serantau tetapi dunia dan bukan Iran atau mana-mana negara Arab/Islam. Barat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel kerana mereka membantu dan menyokong pemilikan senjata nukliar, senjata kimia dan senjata biologi Israel. Barat berbuat demikian kerena mereka tahu bahawa ekonomi di negara mereka dikuasai oleh Yahudi dan tanpa sokongan Yahudi, negara mereka boleh muflis. Tindakan serta campur tangan dan pencerobohan ke atas beberapa negara Arab/Islam oleh kuasa-kuasa Barat yang diketuai Amerika Syarikat jelas memperlihat satu muslihat jahat untuk menghancur dan memusnahkan Islam itu sendiri. Mereka bertindak kononnya atas nama keadilan dan demokrasi. Mereka menghasut rakyat di negara-negara berkenaan untuk bangkit menentang pemerintah dan apabila pemberontakan atau kebangkitan rakyat itu berjaya, maka mereka, iaitu kuasa-kuasa Barat, akan menguasai semua hasil bumi negara berkenaan, terutama minyak dan gas. Negara berkenaan akan menjadi negara boneka Barat dan pemimpinnya pula akan dicucuk hidung untuk mengikuti apa sahaja yang diarah dan diperintah oleh Barat. Lihat saja keadaan di Iraq dan Afghanistan dan selepas ini di Tunisia dan Libya. Mesir mungkin terlepas daripada kongkongan Barat kerana apa yang berlaku di negara itu bukan dihasut oleh Barat atau CIA Amerika Syarikat. Amerika kini menguasai minyak Iraq sepenuhnya manakala Britain, Perancis dan Itali akan menguasai pengeluaran minyak Libya. Dalam kes Iran, pengganas Zionis Yahudi akan berdepan dengan cabaran paling hebat jika mereka cuba menyerang Iran. Negara majoriti Syiah itu bukan mudah ditakut-takutkan kerana Iran juga memiliki kekuatan yang setanding walaupun tiada senjata nukliar. Sekiranya Zionis Yahudi dan Amerika menyerang Iran, mereka melakukan satu kesilapan besar yang akan mengaitkan negara-negara lain termasuk yang memiliki senjata nukliar. Sudah tentu Israel dan Amerika serta pelesit mereka di Eropah akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan bodoh. Adalah sesuatu yang bukan mustahil peperangan nukliar akan tercetus sekiranya Iran di serang. |
Kesian Shahrizat... kahkahkah... Posted: 11 Nov 2011 02:30 AM PST Lembu (NFC) Tidur Kondo Mewah RM9.8 JUTA? Isu lembu lenbu yang dibela oleh keluarga menteri pembangunan wanita Datuk Shahrizat Jalil merangkap ketua wanita UMNO semakin panas bontuknya @ bontok lembu semakin panas dan terdedah aurat penyelewengan. Dari sumber berita Mkini dana RM250 juta untuk bela lembu NFC (national feedlot Corporation Sdn.Bhd telah di GUNAKAN MEMBELI KONDO MEWAH DENGAN BAYARAN RM9.8 JUTA. BARANGKALI LEMBU LEMBU KELUARGA SHAHRIZAT JALIL TIDUR DALAM KONDO MEWAH TERSEBUT.? (Untuk berita lebih jelas dinasihatkan baca berita Mkini) Amat malang menteri Asas Tani, termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri bercakap bohong dan tanpa fakta yang sah isu NFC yang hangus RM250 juta. Shahrizat Jalil dan keluarganya seharusnya memberi kenyataan yang benar jangan membuat tuduhan melulu dengan bahasa politik. Cukup jelas RM250 juta untuk bela lembu diuruskan oleh anak anak dan suami Shahrizat. Dalam bab ini SPRM JADI BISU DAN KELU DENGAN DAN BUTA. MENGAPA TIDAK SIASAT ISU LEMBU RM250 JUTA DAN PEMBELIAN KONDO MEWAH RM9.8 JUTA.? Syabas kepada PKR dan wakil rakyat PKR dan pakatan rakyat membangkitkan ISU LEMBU RM250 JUTA YANG DIKAITKAN DENGAN WANITA TULANG LEMBU SHARIZAT JALIL. DALAM PARLIMEN. |
Posted: 11 Nov 2011 01:30 AM PST |
Teruk la Shahrizat kali nih... kahkahkah... Posted: 11 Nov 2011 12:00 AM PST Zuraida: Ada pendedahan lebih besar dari skandal Fidlot KUALA LUMPUR 10 Nov: KEADILAN memberi kata dua kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil samada meletakkan jawatan atau beberapa bukti penyelewengan yang lebih besar membabitkannya didedahkan. Peringatan itu dibuat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin kepada Shahrizat ekoran gagal menjawab skandal National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan keluarganya. Sebaliknya kata Zuraida, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno bertindak menyerang peribadi beliau tanpa menjawab penyelewengan wang rakyat sebanyak RM250 juta itu. "Tindakan terhormat perlu diambil Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah mengumum perletakan jawatan dari kerajaan dan berundur dari politik serta merta kerana KEADILAN masih ada beberapa bukti penyelewengan lebih besar yang belum didedahkan," katanya dalam satu kenyataan. Semalam, media melaporkan menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat itu menyerang peribadi Zuraida dalam sebuah majlis dan pada masa sama enggan menjawab skandal Fidlot melibatkan beliau dan keluarganya. "Isu pokok yang perlu diperhatikan adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta diberi kepada syarikat milik keluarga beliau walaupun prestasinya tidak menepati sasaran. "Ia menyentuh nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana kerajaan berbanding syarikat keluarga beliau," tegas Ahli Parlimen Ampang itu. Menurutnya, Skandal NFC membabitkan Shahrizat , menyentuh soal tata kelola kewangan negara yang lemah dengan wang rakyat dibazir sewenangnya. "Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera. "Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul," katanya. Oleh itu, katanya, beliau berharap Shahrizat tampil segera menjawab isu itu dan bukan membiarkan pemimpin BN lain menjawabnya. |
Jangan dok cari penyakit laa... Posted: 10 Nov 2011 10:00 PM PST Haji Sangkut Ada haji mabrur, haji mardud. Siapa dapat haji mabrur, haji mardud, bukan kita untuk tentukan. Tapi agama dah bagi tahu ciri2 haji mabrur, haji mardud. Radio/tv pun dah cakap. Kalau baru balik dari haji tapi tak tutup aurat, anda nilai sendirilah berdasarkan ciri2 tersebut. Kalau yang buat tu orang kebanyakan, tak siapa kisah sangat. Tapi yang buat tu pemimpin negara, jadi tumpuanlah. Pemimpin jadi contoh pada orang ramai. Tugas utama pemimpin ialah jaga agama.Maknanya patuh pada peraturan agama.Tak tutup aurat maknanya tak patuh pada agama.apalagi bila baru balik haji. Kalau dengan Allah pun dah tak hormat, tak takut, apalagi dengan rakyat.Kalau nak tipu, nak rasuah,nak makan duit,nak khianat, ikut suka hatilah.Peduli apa.Akibatnya kacau bilaulah. Tak dapat berkat dari Allah. Habis tu nak buat apa? Tak payahlah angkat orang macam ni jadi pemimpin. Kalau angkat dan sokong juga, sendiri cari susahlah, cari penyakitlah. Sendirilah yang zalimi diri sendiri. Kita pun sama2 tahu kaedah: Reda pada kufur, kufur - Reda pada maksiat, maksiat. Jadi kita kena lantik pemimpin yang tunduk patuh pada perintah Allah untuk selamat dunia akhirat. |
Anwar tibai Hj Najib... kahkahkah... Posted: 10 Nov 2011 08:00 PM PST Debat Belanjawan: Najib enggan kerana tak mampu jawab- Anwar (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 10 Nov : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perdana menteri tidak mampu menjawab pelbagai isu ekonomi ekoran kengganannya menyahut cabaran debat beliau. "Saya jangka Datuk Seri Najib Razak tidak mahu menerima tawaran berbincang secara terbuka, jika tidak dipanggil debat sekali pun kerana hal-hal ini (masalah ekonomi) tidak mampu dijawab," Kata Anwar. Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Najib yang dilanda pelbagai isu kontroversi tidak mampu memberikan penjelasan, justeru mengambil langkah mendiamkan diri. "Sepertimana yang dibangkitkan sekarang ini isu dana pertanian (projek Fidlot) dan pengurusan JKR (projek Lebuhraya Jabor). Ini mereka tak mampu jawab dan sebab itu enggan berdebat," kata Anwar. Sebelum ini, Anwar mempelawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat dengan beliau berhubung kenyataannya memperlekehkan belanjawan alternatif dikemukakan Pakatan Rakyat. Anwar berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menilai antara Belanjawan Pakatan dan Belanjawan 2012 yang dibentang kerajaan. Ekoran itu sebuah akademi penulisan, Akademi Pak Sako menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur Debat tersebut. Surat pelawaan dihantar kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, selain turut diserahkan kepada Anwar di ibu pejabat KEADILAN, 21 Oktober lalu. Namun, akademi itu hanya mendapat respon Anwar dan Najib pula tiada di negara ini kerana menunaikan ibadat haji. |
Chef Wan marah anak dia pembohong Posted: 10 Nov 2011 07:00 PM PST Profil peribadi: Cef Riz bawa malu kena terima padah, kata Cef Wan Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 10 Nov – Duta Makanan Malaysia Datuk Redzuawan Ismail, yang popular dikenali sebagai Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia. Program itu disiarkan oleh Astro Ria sejak 22 Oktober lalu. Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat 'berlebihan yang tidak sepatutnya' bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu. Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahaw beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show. "Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan," kata Cef Wan. Bintang program Best Wan siaran Asian Food Channel ini tidak mempertahankan tindakan anaknya. Sebaliknya tegas beliau, "biar orang bertindak ke atasnya, padan muka dia." "Sebagaimana saya selalu mahu bertindak jujur tentang apa yang saya perkatakan, saya memberitahu dia malam tadi bahawa ini tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di kelas. Amat memalukan," katanya lagi. Cef Wan juga berkata: "Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan." Cef Riz, salah seorang juri program itu, merupakan satu-satunya anak lelaki Cef Wan. |
Ni bukti penyakit puak dalam Umno makin teruk Posted: 10 Nov 2011 06:00 PM PST Menilik Ngo Bernama Amanah Oleh Mohd Sayuti Omar AMANAH Merdeka (Amanah) yang dilancarkan tiga bulan lalu sudah pun didaftarkan sebagai sebuah NGO yang sah. Perkara ini diumumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden bersama barisan kepimpinannya semalam di Kuala Lumpur. Mulai saat ini Amanah sudah menjadi sebuah NGO rasmi yang boleh bergerak mengikut lunas undang-undang. Kita yakin selepas ini Tengku Razaleigh akan mengumumkan apakah plan bergerak Amanah dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan. Ia akan disusun bagaimana untuk meletakkan Amanah ditengah-tengah massa dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Kewujudan Amanah itu sendiri nampaknya terbuka dan bersifat nasional - Malaysia. Ia bukan jumud dan rigid seperti pertubuhan Ngo Melayu lain yang agak ekstrmis dan juga lebih tegar kepada keMelayuan. Dengan penyertaan beberapa bekas pemimpin parti politik berbagai kaum, aktivis sosial menjelaskan Amanah adalah bersifat kebangsaan dan bersendikan kepada perjuangan bersama. Antara tokoh politik yang bersama Amanah ialah bekas timbalan presiden MIC S Subramanian, bekas presiden MCA Ong Tee Keat, timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun selain beberapa bekas pemimpin veteran Umno yang lain seperti Kadir Sheikh Fadzil dan lain-lain. Susunan barisan kepimpinan juga ia melambangkan Amanah sebauah Ngo yang mempunyai aspirasi Malaysia. Ini sesuai dengan aspirasi amanah itu sendiri ialah untuk memperjuangkan agenda atau pun pesaka perjuangan yang ditinggalkan oleh Bapak Malaysia Tunku Abdul Rahman. Dalam erti kata lain Amanah akan memikul amanah dan aspirasi Tunku Abdul Rahman yang ternyata berjaya meletakkan asas dan tapak kukuh dalam pembinaan bangsa dan negara. Sudah tentu kewujudan Amanah itu mengambil fungsi itu. Amanah adalah amanah dan responsbiliti untuk meneruskan jihad dan matlamat perjuangan yang jelas dan sudah diterima umum. Kenapa ia diwujudkan juga mungkin kerana pemimpin Ngo itu keliru dan tidak yakin dengan peranan dimainkan oleh parti-parti politik hari ini khasnya Umno dan BN dalam mempersatukan rakyat Malaysia menjadi satu warga yang bersepadu dalam erti kata apa yang menjadi cita-cita dan harapan bersama. Secara umum dapat difahami kewujudan Amanah ialah untuk dijadikan wadah atau forum rakyat negara ini menyampaikan apa-apa suara atau rintihan jiwa mereka kepada kerajaan yang sukar dilakukan. Khasnya suara itu dari bekas pimpinan Umno dan juga ahli yang komited tetapi terhalang kerana sebab-sebab tertentu misalnya masalah kepuakan dan kroni. Begitu juga halnya dengan BN... di mana ahli-ahli yang mempunyai pandangan dan idea tidak dapat tembus untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Tengku Razaleigh sendiri banyak menyatakan dan mengeluh kesal dengan parti Umno diuruskan sekarang ini. Ahli Umno sudah tidak dapat memberi pandangan atau membuat teguran kerana birokrasi begitu menebal dalam Umno. Perhimpunan Umno hanya mengendorsekan apa-apa yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi saja. Dalam kata lain forum tahunan itu bukan sesuatu yang realistik lagi melainkan...beg perwakilan yang berubah wajah setiap tahun. Gara-gara itu menjadikan ahli Umno mandul, tidak merasakan mereka ada wibawa sebagai ahli kerana suara mereka disekat dan dihalang. Sebab itu juga rumusan dan konklusi yang dicapai dalam himpunan itu hambar dan tidak dilaksanakan dan bersepai begitu saja. Sebabnya Umno sudah tidak ada roh dan semangat. Bertolak dari itu saya tampak Amanah ditubuhkan untuk menjadi saluran. Saluran ini juga tentulah bukan saja kepada ahli Umno, tetapi ahli mana-mana parti saja dalam BN tetapi kepada seluruh rakyat dan warga yang lain khususnya generasi muda. Mengenai ke mana Amanah selapas ini apakah ia menjadi sebuah badan politik atau tidak, belum tentu. Tetapi kalau Ngo ini mendapat sambutan dan kepercayaan saya yakin Amanah boleh muncul menjadi Ngo yang bertindak sebagai suara kedua selain dari politik negara ini. Gerakan ini boleh bertukar daripada badan pemantau kepada badan bertindak. Suara ini akan jadi penting dan besar kalau keahliannya dalam jumlah yang besar. Apa yang penting juga sama ada Ngo ini akan dihormat atau tidak ia bergantung kepada bagai mana ia diuruskan. Kalau ia dijadikan alat politik murahan tidak mustahil ia akan dianggap sama saja dengan Ngo-Ngo lain yang sudah wujud berlambak sebelum ini. Amanh akan gah diawal tetapi akan pudar di hujung. Justeru kita berharap Amanah akan menjadi wadah tempat dimana berhimpunnya suara yang tidak berpuas hati kepada gelagat politik. Hendaknya Amanah akan menajadi wadah kepercayaan rakyat negara ini. Mungkin ia sukar diyakini sebab sebahagian besar pemimpinnya orang politik, tetapi itu tidak menjadi masalah kalau keputusan, pandangan dan rumusan yang dibuat tadi bersikap adil, berlandaskan kepada perjuangan bangsa dan tidak miring kepada kepentingan peribadi dan satu-satu pihak ia akan berjaya. Mengambil amanah Tunku Abdul Rahman sebagai teras dan intipati perjuangan, maka tidak ada sebab untuk orang lain melihat kehadiran Amanah sebagai sesuatu yang menganggu perjuangan dan agenda parti politik lainnya. Amanah adalah arkit tempat rujukan mereka yang mahu melihat Malaysia ini terbentuk mengikut acuan awalnya... menjadi satu negara yang didalamnya terbentuk satu bangsa dari berbagai kaum. Selamat berjaya Amanah |
Posted: 10 Nov 2011 04:00 PM PST |
Sekali kena cucuk hidung daa... kahkahkah... Posted: 10 Nov 2011 02:30 PM PST Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu. Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan. Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif. "Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. "Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur. Pada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019. "Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut. Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan