Khamis, 10 November 2011

shalehudin

shalehudin


Betoi2 Muka Tak Malu..

Posted: 10 Nov 2011 08:00 AM PST

PETANG tadi, sebuah gerakan yang menamakan diri mereka sebagai GAPS telah hadir ke Pejabat SUK, Selangor untuk menghantar memorandum.

Difahamkan kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki botak berambut ala-ala "punk" campur "skinhead" itu mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin PKR berhubung pembelian rumah kos rendah, PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).

Wanita @ betina ini dilihat datang menaiki sebuah 4WD Storm EVO. Adakah seorang yang memiliki sebuah pacuan 4 roda Storm Evo adalah rakyat miskin yang layak mendapat rumah PPRT?

Difahamkan, dia dan pembeli-pembeli lain telah membayar RM2,100 wang deposit untuk mendapatkan rumah skim untuk rakyat miskin tersebut. Namun sehingga kini tidak dapat memasukinya.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah, benarkah mereka ini layak mendapat rumah PPRT untuk rakyat termiskin tersebut?

Disesuaikan dari milosuam

Alamak!! lubang dah pecah daaa... kahkahkah...

Posted: 10 Nov 2011 06:43 AM PST

Pembantu Ku Li dakwa Umno juga pinggir Muhyiddin

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya Umno tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd
Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.

Ku Li semalam mendakwa beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam Umno.

Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu perhimpunan agung Umno diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti.

Pi mai, pi mai... Rosmah jugak yang jadi punca... kahkahkah...

Posted: 10 Nov 2011 01:30 AM PST

Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Muka depan buku terbaru tulisan Shahbudin Husin, merumuskan Najib perlu berundur demi menyelamatkan Umno dan BN.Tulisan buku(gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.

Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."

Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.

"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."

Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."

Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.

Laaa... kantoi lagi ka... kahkahkah...

Posted: 10 Nov 2011 12:00 AM PST

Kedai 1Malaysia tak semurah yang didakwa

Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sestengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat 

Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan.

Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.

"Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada bpelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran.

Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri"- Detikdaily

Macam tak betoi ja cerita nih...

Posted: 09 Nov 2011 11:00 PM PST

5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.

Dipetik dari sini

Oii PERKASA, Mahfuz dok hina hampa nih... kahkahkah...

Posted: 09 Nov 2011 09:30 PM PST

Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?

Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

"Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

"Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau.

Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.

"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

"Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau.

Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam.

"Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka.

"Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi.

Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya.

Edisi wajib sebar...

Posted: 09 Nov 2011 08:00 PM PST

Jawapan Menteri di Parlimen Mengesahkan Malaysia Rakan Dagang Israel !!?

Salam sejahtera, seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia dan saya cintakan negara kita ini. Malaysia sebuah negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masaalah

Tak perlulah saya sebutkan kerna saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini. Apa yang saya nak sebutkan ialah masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, sila lakukan secepat mungkin. Dan jika anda sudah mendaftar, mari kita mengundi.

Ingatlah, walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita, ia memang banyak masaalah. Malaysia perlukan kita semua.

Tiga perenggan di atas adalah transkrip penuh kata-kata Ku Li dalam video klip "Undilah", yang haram untuk ditayangkan di media perdana. Kenapa Edyes petik kata-kata Ku Li dalam klip tersebut, kerana tertarik dengan penekanan betapa 'negara ini banyak masalah'. Percayalah, negara kita akan lebih masalah jika kita benarkan kerajaan Barisan Nasional terus kekal sebagai pemerintah. Dan harus percaya juga, masalah ini mungkin tidak boleh selesai melalui pilihanraya. Ok 'undilah' itu cerita lain, sekarang fokusnya ialah masalah dalam negara.

Antara masalah yang terus membuatkan setiap rakyat negara ini terutamanya yang beragama Islam terus bersalah ialah berkenaan hubungan dagangan Malaysia-Israel. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel kembali panas selepas pembongkaran demi pembongkaran berlaku oleh beberapa blogger dan kali ini ia pasti tidak akan kebah hingga tertumbangnya regim yang menyokong zionis.

Ya, memang Malaysia salah sebuah negara yang amat mengambil berat tentang nasib rakyat Palestine. Sejak dari dahulu lagi Malaysia di atas pentas dunia menentang keras kependudukkan Israel ke atas kiblat umat Islam pertama Al-Aqsa. Kita juga mengutuk setiap serangan Israel yang menyebabkan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa terkorban. Namun itu di atas pentas, bagaimana pula di belakang pentas?

Terdapat sebuah regim yang Edyes namakan sebagai regim BN yang secara politiknya menguasai negara ini, sentiasa dimunculkan dengan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah rejim BN ini juga mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel?

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 di bawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara Islam dan eropah memboikot Israel.

Modus operandinya ialah, negara Israel sebagai sebuah negara bukan sahaja diboikot oleh negara kebanyakkan negara Islam malah kebanyakkan negara di serata dunia yang tidak bersetuju akan keganasan terhadap umat Islam Palestine. Apa sahaja barangan keluaran Israel tidak akan sewenangnya laku, ditambah pula dengan 'market' yang sangat tirus.

Oleh demikian, untuk memastikan industri negara Israel di Haifa, Netanya dan Hizeria terus membangun, segala hasil industri terutamanya dalam bidang berteknologi elektronik dan bahan komponen akan di hantar ke negara-negara lain hanya untuk pemasangan sahaja.

Jika pemasangan itu di negara Israel, jadilah 'Made in Israel' dan ia confirm tidak laku jika dijual ke dunia Islam. Namun jika bahan industri tersebut di hantar ke Malaysia sebagai contoh, dan dipasang-siapkan di Seremban, maka akan tertera copnya 'Made in Malaysia'. Maka ia laku untuk di jual di seluruh dunia lantas memenuhkan kantung kewangan negara sambil membantu industri negara Israel lakhnatullah.

Bukan hanya sekadar memajukan industri elekrtonik dan bahan mentah Israel tetapi regim BN turut membangunkan juga industri perkhidmatan Israel. Ia termasuklah konsultasi sistem komputer di CIMB Bank iaitu EDS Malaysia yang mempunyai bangunan pejabat di Cyberjaya. Tahun 2006, CIMB melanjutkan kontrak EDS untuk tempoh 10 tahun dan membelanjakan sebanyak 720 juta untuk kontrak tersebut.

EDS International yang berpengkalan di US pula berasal dari negara haram Israel dan antara sumbangan besar EDS International ialah sistem persenjataan tentera Israel. Maka setiap pembayar riba', pelabur dan penerima keuntungan dari CIMB adalah sebenarnya terlibat secara tidak langsung membantu tentera Israel membunuh anak Palestine dengan tembakkan tepat di kepala. Jangan kita lupa juga siapa bos CIMB... Now tengok dua gambar di bawah;

Klik untuk besarkan, EDS asalnya diubah menjadi HP

Klik untuk besarkan, lihat apa tugas EDS di Israel

Banyak lagi contoh industri perkhidmatan Israel yang mengambil untung dari rakyat Malaysia untuk terus menindas Palestine dan menguasai dunia. Pernah anda dengar kapal kontena muatan 10k TEU, milik ZIM yakni syarikat 'GLC' perkapalan Israel berlabuh di Klang? Bukan sekadar berlabuh tetapi kontena syarikat ini juga berlegar di seluruh negara. Semua ini dijelaskan dalam entry ini juga, harap sabar.

Antara penyumbang lain, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini menghabiskan RM77 juta wang cukai rakyat Malaysia untuk Apco Worldwide demi persediaan Pilihanraya ke-13.

Dan hari ini, apabila ditanya mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel berikut adalah jawapan Menteri di Parlimen;

Bentuk perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa yang kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan komponen elekronik. la dikendalikan oleh syarikat syarikat multinasional yang beroperasi di rantau teluk termasuk lsrael .

Ini bermakna menteri sendiri mengakui memang terdapat hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel, walaupun melalui orang tengah sepertimana modus operandi yang diterangkan di awal entry. Sekarang tiba masanya untuk blogger-blogger pakatan rakyat sama-sama bikin pendedahan setiap kerjasama Malaysia dan Israel!

Dalam masa sama, tidak hairan juga bila isu perdagangan Malaysia-Israel seolah-olah disorok habis-habisan oleh regim BN walaupun sebenarnya sebelum ini ada ahli parlimen yang ditendang keluar dewan parlimen hanya kerana mempersoal hubung dagangan Malaysia-Israel. YB tersebut dipanggil masuk semula setelah beberapa jam, mungkin bagi mengelakkan isu dagangan Malaysia-Israel yang dibawa ke parlimen mencetuskan percikan yang membawa kepada kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia.

Sila refer entry Edyes bertajuk "Ahli Parlimen Pakatan Dihalau Bila Bongkar Dagangan Malaysia-Israel !!" dan satu lagi entry penjelasan YB Er Teck Hwa mengapa beliau dihalau keluar parlimen dalam tajuk "MP Bakri: Jangan Sembunyi Dagangan Malaysia-Israel !!" .

Antara yang berkaitan juga, satu entry yang menjelaskan bagaimana Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israelmengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel dalam entry bertajuk "Kita Bising Peninju Israel Masuk Tetapi Diam Perihal Hubungan Dagang M'sia-Israel?"

Awal hari ini juga, satu pendedahan penting juga dibuat oleh blogger pulakdah! apabila memberikan satu senarai yang menunjukkan Malaysia sebagai rakan dagang ke-15 tertinggi Israel. Bayangkan daripada lebih 200 negara, Malaysia di kedudukkan ke 15 dunia yang berdagang dengan Israel!! Berapa ramai anak Palestin yang dibunuh hasil sumbangan negara ?? Pendedahan tersebut boleh dirujuk dalam entry "Seksualiti Merdeka Berjaya Tenggelamkan Isu Dagangan Malaysia-Israel"

Lihat senarai Israel's Trade With Main Partners 2010 di bawah;

Klik untuk lebih jelas

Sila masuk ke link di sini untuk menjadi saksi melihat sendiri negara Malaysia yang selama ini meratapi kematian anak-anak Palestine telah menjadi rakan dagang Israel yang ke-15 terbesar. Ini bukan cerita kosong! Ini cerita betapa munafiknya pemimpin negara 'Islam' Malaysia yang sebenarnya tidak jauh bezanya dengan negara arab yang menjalinkan hubungan terus dengan Israel.

Jangan terkesima lagi, Edyes teruskan dengan pendedahan blogger MiloSuam pula yang menyiasat laman web www.zim.com, mendapati ZIM Integrated Shipping Services Ltdmerupakan syarikat perkapalan terbesar Israel dan negara kita pula bekerjasama dengan syarikat tersebut. Lihat entry hot "Bagaimana Lori Dagang Syarikat Israel terlepas masuk Malaysia?"

Klik untuk besarkan gambar

Semua pencerahan dan penerangan di atas ini sebenarnya telah diakui lebih awal oleh Utusan Malaysia sendiri. Ketika kapal pengangkut kontena milik syarikat ZIM Integrated Shipping Services Ltd tahun lalu, Utusan sendiri melalui penulisnya Zaini Hassan telah membuat satu artikel mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim zionis menjalinkan hubungan dagang dengan Malaysia di bawah tajuk Bendera Israel berkibar di Malaysia?.

Nantikan pendedahan SAMM yang lebih besar bila-bila masa dari sekarang. SAMM sebagai penggerak anak muda radikal akan memaparkan printscreen/gambar borang kastam yang menunjukkan terdapat urusniaga secara terus dari Haomanut Street, Netanya Israel ke Kargo KLIA dan dibawa ke Negeri Sembilan !!

Selari dengan itu, Chegubard sebagai Ketua Penyelaras SAMM akan membuat pendedahan penting di dalam kawasan parlimen Jeli iaitu parlimen kepunyaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tanggal 10 November 2011. Edyes akhiri entry ini dengan sebuah kenyataan Siaran Umum, Seketariat SAMM Kebangsaan bersama tentatif pembentangan BUKTI HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL

Ingatlah, walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita, ia memang banyak masaalah. Malaysia perlukan kita semua.

Sesungguhnya menentang zionis itu hukumnya jatuh wajib ke atas setiap umat Islam. Jika pun tiada kemampuan untuk pergi ke Palestine, pikul senjata dan memerangi Yahudi lakhnatullah, adalah sama makamnya dalam setiap usaha kita menumbangkan rejim Umno dan BN supaya Malaysia tidak lagi menjadi sebahagian daripada penyumbang penguasaan Zionis!!

EDYES @ edyesdotcom

Siaran Umum
Seketeriat SAMM Kebangsaan
8 Nov 2011
Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...'muhadaroh' telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan membangkitkan isu hubungan dagang Malaysia - Israel. Isu ini telah diangkat oleh YB Er Teck Hwa (ahli Parlimen Bakri) sebagai soalan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam ucapan perbahasannya pada 17 Oktober 2011 yang lalu.

Namun pada 31 Oktober 2011, Menteri Dato' Mustafa Mohamad telah bangun ke di Parlimen untuk menjawab soalan mengenai kementerian yang diwakilinya telah tidak menjawab soalan hubungan dagang dengan Israel. Ahli Parlimen Bakri walaubagaimanapun telah bangun beberapa kali mencelah meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Israel. Mustafa terus membisu dan tidak tahan dengan asakan Mustafa diselamatkan oleh Yang Di Pertua Dewan dengan mengarahkan ahli Parlimen Bakri keluar. Di rekodkan ahli parlimen bakri telah diusir keluar secara fizikal oleh Bentara dewan kerana memohon penjelasan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel.

SAMM melihat perkara ini dengan serius. Kembali kepada kuasa rakyat. Maka SAMM dengan kerjasama Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan satu ceramah umum bagi membentangkan bukti-bukti hubungan dagang Malaysia - Israel di hadapan pengundi kawasan menteri berkenaan di Jeli.

Semua di jemput hadir dan menyebarkan makluman ini.

CERAMAH UMUM
'BENTANG BUKTI HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL'
10 November 2011
9.00 malam
Markas UPU, Ayer lanas, Jeli
bersama che'GuBard (SAMM) dan Ust Hafiz Musa (DPPK)

JAIS angkat Bob Lokman jadi hero...

Posted: 09 Nov 2011 07:00 PM PST

Bob beri keterangan, akan didakwa 14 Feb

Abdul Rahim Sabri
Pelakon terkenal Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beliau memberi keterangan selepas seorang pegawai JAIS datang menemuinya di suatu tempat yang tidak mahu didedahkannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bob yang juga seorang pengacara dan penulis lirik terkenal, berkata beliau memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi tanpa ditemani peguam.

"Saya memberitahu mengenai peristiwa sebenar yang berlaku pada hari tersebut dan menyatakan sebab saya tidak datang ke JAIS (sebelum ini untuk memberi keterangan)," katanya .

Menurut penulis lirik lagu 'Isabella' itu berkata pegawai berkenaan tidak menunjukkan waran tangkap kepadanya.

"Saya akan dibicarakan... Saya memberi kerjasama baik (sewaktu memberi keterangan tadi)," katanya sambil menambah perbicaraan akan berlangsung pada 14 Februari depan.

Sebelum ini dilaporkan jabatan berkenaan telah mendapat waran tangkap terhadap penulis lirik 'Isabella' itu.

Ini kerana, beliau enggan menghadirkan diri selepas diarahkan oleh jabatan berkenaan memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Bob yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Tok Mufti pi kacau daun pulak... kahkahkah...

Posted: 09 Nov 2011 06:00 PM PST

Dah nak bubar...malangnya dia buat kacau pula !

" Dah nak bubar...malangnya dia buat kacau pula !

Melihat kepada tiga perkara "besar" yang baru berlaku baru-baru ini yang memberi "modal" kepada UMNO, menunjukkan PMNajib bakal bubarkan Parlimen pada 11.11.2011 nanti.

Pertamanya, perhimpunan HIMPUN. Media barua UMNO begitu beria-ia menyokongnya dan mempromosi bahkan IGP memberi lampu hijau dan akhirnya PMNajib pula memujinya bahkan membandingkan dengan BERSIH 2.0.

UMNO akan gunakan modal ini untuk menyerang PAS dengan menyatakan PAS tidak "bersungguh" membela umat Islam yang menghadapi Kristianisasi.

Keduanya, Program Seksualiti Merdeka. Sekonyong-konyong UMNO mengharamkan program ini yang telah berjalan sejak 2008. Bahkan anak Mahathir Marina sendiri yang merasmikan program ini tahun 2009 yang lalu.

Mengapakah UMNO berbuat demikian? Ianya mempunyai motif tersembunyi. Pertamanya kerana Pengerusi BERSIH 2.0 terlibat.

Sebolehnya UMNO ingin mengaitkan Ambiga dengan PAS. Ini kerana sebelum ini PAS menyokong Ambiga dalam BERSIH 2.0. Keduanya, UMNO ingin mengaitkan Seksualiti Merdeka dengan Anwar Ibrahim. UMNO akan menyerang Anwar atas dua perkara iaitu Anwar "menyokong" faham pluralisme dan homoseksual.

Peliknya, UMNO juga beri lesen permit untuk pengamal homoseksual Elton John membuat persembahan di Genting akhir bulan ini.

Ketiganya, kenyataan Tony Pua tentang cadangan peribadinya untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR memenangi PRU 13. Ini satu lagi "bola tanggung" buat UMNO. Media barua UTUSAN mengaitkan dengan rasis. Iaitu DAP akan kurangkan kakitangan awam kerana majoritinya adalah orang Melayu.

Dengan tiga modal ini, PMNajib berkira-kira untuk bubarkan Parlimen pada 11.11.11 apabila beliau dan isteri pulang dari Mekah.

Malang seribu malang. Apabila Mufti Perlis mempersoalkan "kesahihan" haji yang dikerjakan oleh PMNajib dan isteri, tiba-tiba segala perancangan 11.11.11 bakal tidak menjadi.

Apalah Mufti buat kacau daun. Malulah PM dan isteri. Sudah berkira mahu bubar tiba-tiba persoal kesahihan haji pula.

Kita tunggu BERNAMA "betulkan" laporan atau Jamil Khir beri hujah bela bosnya."

Badak ni ampu tak kena tempat daa... kahkahkah...

Posted: 09 Nov 2011 05:00 PM PST

Kes Sosilawati: MP Padang Serai diberi amaran

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tidak memberi sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang sedang berjalan.

Gobalakrishnan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Kenyataan ahli parlimen itu diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' pada 16 Ogos lepas dan kenyataannya itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada hari yang sama.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata Gobalakrishnan tidak sepatutnya membuat komen yang tidak betul dan subjudis terhadap kes yang sedang berjalan apatah lagi beliau tidak pernah hadir ke mahkamah untuk mengikuti kes itu.

Beliau berkata apa yang membimbangkannya ialah ahli parlimen itu telah melibatkan mahkamah dan memanipulasikannya untuk tujuan politik.

"Biar saya beritahu anda, hakim-hakim di Malaysia lebih bebas daripada apa yang kamu fikirkan. Kami tidak bodoh dan hanya duduk di sini membenarkan timbalan pendakwa raya dan peguam lakukan apa yang mereka mahu.

"Kami berlandaskan undang-undang. Saya tidak bercadang untuk ambil tindakan kepada kamu hari ini kerana saya percaya untuk memberi peluang kedua. Saya akan memberi amaran kepada kamu dan ini adalah amaran terakhir, ada apa-apa kamu nak cakap," kata Akhtar.

Gobalakrishnan kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengingati komen yang diberikannya.

Akhtar berkata beliau telah memanggil wartawan Utusan Malaysia yang menemubual ahli Parlimen itu dan berdasarkan penjelasan wartawan berkenaan Gobalakrishnan didapati telah mengeluarkan komen tersebut.

"Jika anda lelaki sejati anda akan meminta maaf, jangan ulangi lagi. Saya tidak mahu membuang masa saya. Awak boleh pergi jika awak mahu," kata Akhtar.

Gobalakrishnan yang hadir memakai kemeja panjang biru, berseluar hitam dan berkasut sukan kemudian dilihat terus meninggalkan mahkamah.

Sebelum ini, Akhtar turut memberikan amaran yang sama kepada ketua pengarang dan wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar serta memerintahkan penerbit Buletin Utama TV3 untuk hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran kenyataan anggota Parlimen Bebas itu.

Pada 18 Ogos lepas, Manjeet yang mewakili tertuduh pertama dalam kes berkenaan, N.Pathmanabhan, membangkitkan mengenai penerbitan artikel tersebut yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes itu.

Dalam artikel dan berita tersebut, Gobalakrishnan dilaporkan memberi komen berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan itu.

Manjeet kemudian memfailkan saman fitnah pada 26 September lepas bagi menuntut gantirugi am serta khas berjumlah RM2.5 juta dan beliau menamakan Gobalakrishnan, Raja Syahrir, Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai defendan-defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, peguam itu mendakwa tindakan kesemua defendan menyebabkan reputasi dan keperibadian termasuk profesionalisme beliau telah tercemar di mata rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Sementara itu, saksi ke-65 pendakwaan, pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Amir Saad Abdul Rahim, 40, memberitahu prosiding perbicaraan bahawa sampel darah isteri dan tiga anak salah seorang mangsa, pegawai bank Noorhisham Mohamad, telah diambil pada 19 September tahun lepas untuk dibuat perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

Turut memberi keterangan pada hari ini ialah jurutera utama DiGi Telecommunication Chong Chee Wah dan penolong pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Sarjan Syed Mohd Nazri Syed Darus, 51.

Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang masuk hari ke-47 bersambung esok.

- Bernama

Kepala Dinsman yang cool... haha...

Posted: 09 Nov 2011 04:00 PM PST

Kerana fahaman beragama kita berbeza?

Oleh DINSMAN
BARU-BARU ini saya bertemu seorang kawan lama, seorang budayawan, penulis, juga tokoh korporat, bergelar Dato'. Lama tak berjumpa. Dia baru terbitkan buku kumpulan eseinya, yang saya pun turut membantu penerbitan itu.

Maka lamalah kami berbualbual. Dari petang hingga ke malam. Kami bertiga. Kawan yang seorang lagi pun penulis juga. Novelnya yang kedua baru dipasarkan di Sabah dan Sarawak.

Kami mempunyai beberapa pemikiran yang sama, kecuali dalam hal politik dan fahaman beragama barangkali saya berbeza sedikit dengan mereka.

Saya sebut fahaman beragama bukanlah bermaksud kawan-kawan saya itu berbeza agama dengan saya. Tidak. Kita semua sama-sama beragama Islam. Tetapi fahaman beragama kita itu – ada yang memisahkan agama daripada politik, dan ada yang tidak memisahkannya.

Itulah maksud saya. Ada orang nampak perbezaan itu sangat kecil dan ada orang nampak itu suatu perbezaan yang besar.

Saya kurang pasti, kerana belum pernah memikirkannya secara serius. Tetapi selepas pertemuan itu saya jadi terfikir, dan mulai melihat perkara itu agak menarik untuk difikirkan.

Kami memang tidak bercakap pun hal itu. Kami banyak bercakap soal bahasa, soal budaya, soal rasuah dan soal generasi muda apakah mereka pedulikan masa depan bangsanya ataupun mereka tidak ambil tahu.

Sepanjang percakapan itu saya terasa dan tersedar bahawa pemikiran mereka agak berbeza dengan pemikiran saya. Maka saya banyak membiarkan saja mereka berbicara, dan saya lebih banyak mendengar.

Memang kami masingmasing tahu yang pemikiran dan pendirian politik kami berbeza, sejak peristiwa Anwar Ibrahim 1998 itu; dan kami cuba menghormati pendirian masingmasing, dengan mengelak daripada berbincang hal-hal yang menyentuh apakah mereka di pihak yang benar atau saya di pihak yang benar. Namun saya pun mendengar versi pandangan mereka dan mereka pun mendengar versi pandangan saya. Tak jadi masalah.

Misalnya kawan saya itu menceritakan dia kadangkadang tak dapat tidur malam kerana memikirkan nasib masa depan bangsanya yang semakin kehilangan kuasa; dan dia sangat risau memikirkan generasi muda kini yang dilihatnya seperti tidak ambil kisah pun terhadap kuasa Melayu yang semakin terhakis itu.

Maka saya sambil mendengar bicaranya itu sambil saya merasakan perbezaannya dengan pemikiran dan sikap saya; dan sambil itu saya pun berfikir – apa sebenarnya yang membentuk perbezaan antara kami ini?

Saya kira kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi dalam hal yang membezakan antara kami.

Walaupun saya menyokong parti politik tertentu dan mereka pun menyokong parti politik tertentu, tetapi kami tidak ada apa-apa kepentingan peribadi di dalamnya. Jadi, kenapa kami tak boleh berbincang untuk mencapai titik persefahaman?

Demikianlah maka saya terfikir – mungkin disebabkan oleh fahaman beragama yang berbeza. Saya meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama dalam hidup, manakala mereka mungkin tidak demikian.

Saya tidak memisahkan agama dengan politik, manakala mereka memisahkannya.

Saya melihat kebenaran itu semuanya (mutlak) dari sudut pandangan al-Quran dan Sunnah, manakala mereka mungkin tidak demikian. Maka saya tidak diganggu dengan kerisauan memikirkan kuasa Melayu yang semakin terhakis, sebaliknya saya berfikir dan berusaha apa yang termampu bagi membantu pihak yang berjuang untuk menegakkan kuasa dan kebenaran Islam di negara ini.

Mereka mungkin melihat parti PAS memperalatkan agama Islam untuk mendapat kuasa memerintah negara. Tetapi saya tidak melihatnya demikian, kerana saya faham akan dasar dan prinsip agama dan politik itu bukan sesuatu yang dapat dipisahkan. Rasulullah tidak pernah memisahkan agama dengan politik dan pentadbiran negara.

Yang memisahkan politik dan pentadbiran negara dengan agama (Islam) itu ialah penjajah.

Itu dasar yang dilaksanakan oleh Inggeris ketika mereka menjajah negara ini. Kenapa kita perlu pertahankan dasar penjajah itu?

Kenapa kita tidak mahu fahami Islam itu sebagai satu cara hidup yang sempurna seperti yang disebut dan ditegaskan berulangulang kali di dalam al-Quran?

Maka ketika kawan-kawan saya itu menyatakan kerisauan mereka melihat generasi muda hari ini seperti tidak mempedulikan nasib bangsa mereka yang sedang kehilangan kuasa politik di negara ini, saya tidak memikirkannya demikian.

Malah saya memikirkan yang sebaliknya, kerana saya baru saja bersama-sama dengan mereka, puluhan ribu anak-anak muda kita, memenuhi jalan raya ibukota kerana menuntut supaya pilihan raya dijalankan secara bersih (Bersih 2.0). Betapa pedulinya mereka – anak-anak muda hari ini!

Demikianlah maka saya fikir kita perlu berikan perhatian yang lebih kepada soal fahaman beragama ini. Kita mesti lebihkan usaha untuk menjelaskan faktor ini. Kita mesti perbetulkan fahaman beragama di kalangan orang Melayu. Kita mesti memikirkan cara dan strateginya.

Saya tidak menyentuh hal ini ketika berjumpa dan berbual panjang dengan kawan-kawan lama saya itu. Alasannya ialah kerana menghormati pendirian dan fikiran mereka, dan mereka pun menghormati pendirian dan fikiran saya. Jadinya? Tidak mengapalah. Saya pun baru saja memikirkan hal ini.

Mungkin orang lain sudah lama memikirkannya, saya tidak tahu.

Tetapi saya tahu yang Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama memikirkannya, dan dia pun sudah lama berusaha dan berjuang bagi memperbetulkan kesilapan tersebut.

Jom kita sama-sama "amin"kan Najib...

Posted: 09 Nov 2011 02:30 PM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Makkah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Tiada ulasan: