Rabu, 9 November 2011

shalehudin

shalehudin


Ku Li ni jadi kuli sapa pulak dahh...

Posted: 09 Nov 2011 09:30 AM PST

Najib ni perli Muhyiddin ka?

Posted: 09 Nov 2011 08:50 AM PST

Najib hargai Muhyiddin tadbir negara dengan baik

SEPANG, 9 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan penghargaan ke atas timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah menjalankan pentadbiran dengan begitu baik sepanjang beliau tiada di dalam negara.

"Terima kasih juga yang hadir sambut ketibaan saya dan isteri serta rombongan. Alhamdulilah, kami telah selesai melakukan ibadah haji dan mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah dan menerimanya sebagai haji mabrur.

"Maka dengan ini, kita akan meneruskan perjuangan kita dengan semangat dan kekuatan serta keimanan untuk memastikan matlamat dan cita-cita kita akan tercapai," katanya dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini petang ini.

Najib dan rombongan yang termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah, tiba dengan pesawat khas pada 3.25 petang, lapor Bernama Online.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir menyambut kepulangan Najib dan rombongan.

Ketika ketiadaan Najib, Muhyiddin antara lain mempengerusikan mesyuarat minggua Kabinet minggu lalu, yang membuat keputusan susulan yang penting mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan.

Dalam ucapannya Najib juga berkata Malaysia telah diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di negara berkenaan bagi menunaikan ibadah haji.

Perdana Menteri berkata tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.

"Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia.

"Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah.

"Ini menujukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita," katanya.- TMI

Wajib baca: Surat untuk orang gomen...

Posted: 09 Nov 2011 04:10 AM PST

Penting: Akidah Kakitangan Kerajaan Semakin Kronik!

Oleh: BayangDiAir

Kerja yang saudara sayang sekiranya dibuang. Rezeki yang saudara jaga takut ketirisan. Rumah dan kenderaan yang saudara sayangi serta kampung halaman yang saudara tidak mahu berjauhan.

Semua itu anugerah Tuhan. Kalau saudara menyedari dan beriktikad demikian, sepatutnya tiada sebab saudara takut berjuang untuk membantu agama Tuhan. Takut berjihad menentang kebatilan.

Mengapa saudara memilih zon selesa dalam keadaan Islam memerlukan penglibatan saudara. Dan dalam banyak-banyak cabang perjuangan, yang amat menyedihkan adalah apabila saudara takut untuk mendekati kuliah-kuliah agama di surau dan masjid yang saudara dan bos saudara cop sebagai surau pembangkang. Tergamaknya saudara meminggirkan diri kerana takut pada manusia?

Saudara,
Kalau hendak mendengar kuliah agama pun takut, itu bala namanya. Jangan ingat bala hanya apabila ditimpa musibah banjir, ribut dan bencana alam sahaja. Berkekalan takut untuk bertandang ke kuliah agama itu lagi bala. Bala akidah namanya. Sedarkah saudara bahawa bala itu bermakna Allah melaknati saudara? Di surau dan masjid yang saudara dan bos saudara cop sebagai sarang pembangkang, ada kuliah dari para ustaz yang ikhlas dalam penyampaian ilmu. Jangan saudara ingat, asal surau pembangkang, isunya politik, politik, politik. Di sana ada fekah, sirah, akidah dan tafsir. Semuanya dikupas dengan menarik. Tergamak saudara meninggalkan itu semua kerana takut dipanggil dan ditegur oleh bos-bos saudara?

Saudara,
Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini. Adakah saudara ingin tunggu usia pencen 60 tahun baru hendak berjinak-jinak dengan surau dan masjid ini? Kalau mendengar kuliah pun sudah saudara takut pada manusia, apalah lagi dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah? Apakah saudara hanya mahu jadi penonton kepada jatuh dan bangunnya Islam? Jawablah di hadapan Allah apabila saudara bertemu-Nya di akhirat kelak. Dan saudara mesti ingat, belum tentu saudara dapat bersama dengan perjuangan ini pada usia 60 nanti.

Saudara,
Di sini kutinggalkan sedikit nota pesan dari al-Quran ( Surah as-Saff: 10 – 14) agar dapat saudara hadam.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Wallawoii... senarai terkaya tuhh...

Posted: 09 Nov 2011 01:30 AM PST

Jumlah penduduk dunia terkini adalah 6,868,638,152
Nama aku dalam senarai .. 6,868,638,001 terkaya di dunia ...
Yahooo !!!

Mai dari satu acuan...

Posted: 09 Nov 2011 12:00 AM PST


Demokrasi AS 'dua kali lima' Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Tanggal 31 Oktober 2011 bakal diingat sebagai titik mula amat bermakna bagi para pencinta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya dalam usaha merealisasikan wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.

Negara itu akhirnya diperakui sebagai anggota penuh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia merupakan perkembangan paling membanggakan yang sekaligus menandakan masyarakat antarabangsa semakin mengiktiraf perjuangan Palestin.

Pada 23 September lalu Pihak Berkuasa negara itu (PA) mengemukakan permohonan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi diiktiraf sama ada sebagai anggota penuh kepada badan dunia itu, atau sekurang-kurangnya sebagai negara bukan anggota.

Kejayaan memperolehi salah satu status itu bererti PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Ia sekaligus melayakkan Palestin memiliki pelbagai hak sebagai sebuah negara dan mempertahankan kepentingannya mengikut piagam dan peraturan dunia. Antaranya menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa dan menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun, walau pun majoriti negara dunia merestui usaha Palestin itu, terdapat pihak, terutama yang memiliki kekuasaan dan pengaruh ke atas masyarakat dunia sedang giat memastikan negara itu tidak mencapai hasratnya.

Entiti paling ke depan membantah hasrat Palestin itu ialah Amerika Syarikat (AS). Siang-siang lagi ia memberi amaran akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak permohonan PA di Majlis Keselamatan PBB. Ia juga mengancam akan menarik balik dana tahunan AS$600 juta (RM1.8 bilion) kepada PA jika meneruskan hasratnya itu.

Negara yang sering berlagak selaku polis dunia itu mendapat sokongan beberapa negara sekutu kuatnya di Eropah, selain negara 'anak emas'nya Israel.

Salah satu taktik diusahakan pihak itu ialah melengah-lengahkan agenda membuat keputusan tersebut di sidang PBB. Menyedari usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai anggota penuh di PBB bakal mengambil masa panjang, PA mencuba mendapatkan keahlian di UNESCO dahulu.

Nasib menyebelahi Palestin di sidang delegasi agensi PBB itu di Paris, Isnin lalu. Sebanyak 107 daripada 160 negara anggotanya menyokong penyertaan Palestin sebagai anggota penuh. Sebanyak 14 negara membangkang, manakala 49 lagi berkecuali.

Pengumuman keputusan itu dikatakan mendapat tepuk sorak bergema dari para delegasi. Reaksi positif itu dianggap mewakili suara dan pendirian masyarakat antarabangsa yang semakin menyokong hak kedaulatan Palestin.

Ia sekaligus memberikan tamparan hebat kepada keegoan AS yang bertegas dengan pendiriannya membantah sebarang penyertaan Palestin dalam mana-mana agensi antarabangsa. Bahkan, negara itu dikatakan telah lebih dua dekad memiliki undang-undang yang secara khusus melarang penyaluran sebarang dana kepada mana-mana agensi PBB yang menerima Palestin sebagai anggota penuh.

Justeru, tindakannya ekoran keputusan UNESCO itu sudah diduga. AS menggantung penyerahan dana AS$60 juta (RM184 juta) kepada agensi itu yang disepatutnya dibuat hujung bulan ini. AS dikatakan menyumbang AS$80 juta (RM240 juta) atau 22 peratus daripada bajet tahunan UNESCO.

AS mungkin merasa puas kerana dapat menghukum UNESCO kerana menerima Palestin sebagai anggota. Ia mungkin gembira melihat kesulitan bakal dihadapi agensi PBB itu dalam meneruskan operasinya ekoran ketiadaan dana tersebut.

Namun, reaksi AS itu sebenarnya mendedahkan rupa sebenar negara itu yang sangat angkuh, kejam dan pendendam. Ia secara jelas menunjukkan hipokrasinya dalam menjunjung prinsip demokrasi.

AS benar-benar memanipulasi kuasanya untuk mempertahankan keegoan. Ia tidak bersedia meraikan hak negara-negara dunia menentukan keputusan. Demokrasi di sisi AS seolah-olah hanya bermakna apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada kepentingan dan pendiriannya.

Skrip sedemikian agak biasa kita dengar. Ia mengingatkan kita kepada perangai dan perlakuan buruk serupa oleh sebuah parti tua di negara ini. Oleh kerana selama berdekad ia menikmati kekuasaan hampir mutlak di peringkat Pusat dan memerintah hampir semua negeri, parti itu amat sukar menerima hakikat keputusan rakyat setiap kali ia hilang kuasa di mana-mana negeri.

Justeru parti yang selama ini amat menyanjung tinggi demokrasi tanpa silu secara terbuka mempertikaikan pilihan dibuat rakyat. Bukan itu sahaja, negeri-negeri di perintah parti lawan dinafikan berbagai hak yang sepatutnya ditunaikan kerajaan Pusat dikuasainya.

Lalu ada peruntukan yang telah pun diluluskan kepada negeri ditarik balik. Dua kali lima dengan tindakan dibuat AS tadi.

Bahkan, ada hak negeri yang secara jelas dijamin menerusi perjanjian bertulis dan dinikmati negeri itu sekian lama, tiba-tiba dibatalkan sewenangnya.

Itulah Umno!

Hambat lembu-lembu tu masuk kandang... kahkahkah...

Posted: 08 Nov 2011 11:00 PM PST

Budak 7 Tahun Terpaksa Menjadi Penari Kelab Malam

Posted: 08 Nov 2011 10:00 PM PST

Oleh: setisab

Malang benar nasib Huang Doudou. Sebab pada usianya yang baru menginjak tujuh tahun, gadis ini terpaksa untuk bekerja empat malam dalam seminggu sebagai seorang penari kelab malam untuk membantu orang tua yang cacat.

Ironis memang, sementara teman-teman sekolahnya meringkuk dalam selimut yang hangat di tempat tidur, Huang memakai seluar ketat dan kasut tinggi untuk tampil di depan para tamu di sebuah kelab malam dekat rumahnya di Urumqi, Mongolia.

 
Make-up tebal, dan melakukan empat gaya Latin telah menjadi rutin malam bagi Huang untuk mendapatkan upah sekitar 1 juta sebulannya.

Diketahui, Huang terpaksa mengambil langkah ini ketika kedua orangtuanya menjadi cacat, dan ia sekarang menjadi tempat punca rezeki seluruh keluarganya.

"Ini menyenangkan, namun pekerjaan saya selesai setelah pukul 11 ​​malam, dan kemudian saya harus mengerjakan pekerjaan rumah saya untuk sekolah besok." tutur gadis pemberani ini.

"Saya suka menari dan kadang-kadang saya mendapatkan wang tip yang dapat membantu membayar thutang. Kadang-kadang aku merasa lelah, tetapi ini adalah pekerjaan yang sangat baik." tambahnya.

Ibu Huang tidak mampu lagi bekerja setelah kaki kirinya mengalami cedera dalam sebuah kemalangan, sementara ayahnya menderita gastrik kronik, yang membuat sulit baginya untuk mencari sebuah pekerjaan.

Keluarga Huang tinggal di sebuah flat sewaan kecil, yang ukurannya kurang dari 12 meter persegi dan dibagi menjadi dua bilik.

Apasal Ambiga ja yang hampa seligi?

Posted: 08 Nov 2011 09:00 PM PST

Seksualiti Merdeka - Mengapa Ambiga? Kenapa Tidak Marina Mahathir??

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard yang diberikan terhadap dua personaliti berhubung pembabitan mereka dengan program Seksualiti Merdeka yang mencetuskan kontroversi.

Katanya, pelbagai bidasan sehingga polis menyiasat pejuang dan pendokong hak sivil Datuk Ambiga Sreenevasan, sedangkan terdapat jenayah yang lebih serius di negara ini yang memerlukan tindakan pihak polis.

"Mengapa beliau perlu dilayan sebagai seorang penjenayah, mengganggu beliau dengan cara demikian dan (selepas) beliau menjelaskan kedudukannya?" soal Anwar.

Beliau merujuk siasatan polis ke atas Ambiga semalam berhubung penglibatannya dalam acara tersebut.

"Ia keteralaluan ... Mengapa Ambiga dijadikan mangsa? Difitnah berterusan... ini adalah apa yang kita pnamakan kesengsaraan warganegara biasa terhadap kegagahan kerajaan yang korup.

"Saya juga melaluinya dan sekarang giliran Ambiga," katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Ambiga yang juga pengerusi BERSIH 2.0 telah diundang bagi merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan daripada 9 hingga 13 November ini.

Bagaimana selepas dibidas dan dibantah oleh pelbagai kumpulan terhadap program ini - yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak lesbian, gay, biseksual, transeksual, - polis minggu lalu mengharamkan semua acara umum anjurannya.

Anwar juga mempersoalkan mengapa seorang lagi aktivis hak asasi iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, langsung tidak disentuh meskipun beliau juga adalah penyokong lantang mempertahankan hak asasi kumpulan itu.

"Bukan tujuan saya minta mereka (polis) untuk bertindak ke atas Marina (kanan) - awak patut hormati hak-haknya untuk luahkan pandangannya - tetapi orang ramai boleh lihat perbezaan layanan ini.

"Tetapi saya tahu, mereka (polis) terus siasatnya (Ambiga) untuk setiap isu, ini jelas tindakan politik," kata Anwar.

Ku Li jadi kepala pecacai UMNO...

Posted: 08 Nov 2011 08:00 PM PST

Barisan kepimpinan Amanah jelas adalah terdiri dari golongan yang mendapat habuan pencen atau mempunyai perniagaan, saham dan sumber ekonomi yang kukuh dan kuat sebab itu mereka berani bersuara dan menyatakan apa yang mereka ingin kritik.

Namun legasi sebenar yang mereka semua tinggalkan adalah banyak yang hasilnya mereka gagal menyumbang untuk kesejahteraan Malaysia dan mereka juga terdiri dari mereka-mereka yang kalah dalam parti masing-masing.

Untuk semua pendokong ahli dan simpati Pakatan Rakyat terimalah Amanah dengan berhati-hati dan awas perangkap musuh adalah pelbagai rupa. Jangan mudah terpedaya dengan ucapan sebahagian bekas-bekas menteri dan golongan kaya kerana jika mereka benar-benar insaf dan berani tanpa takut... mereka wajib menentang BN dengan berterus-terang tanpa berselindung disebalik NGO bahkan wajib menyertai PR bagi menyatakan kekesalan dan taubat mereka selama ini yang menyumbang kepada khianatnya mereka pada agama, bangsa dan negara.

PR jangan mudah ditpu untuk kesekian kalinya....

****************************


Amanah ditubuh kerana tiada ruang bersuara dalam BN

Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," kata Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang.

Menurut beliau, ruang itu ditutup kerana Umno sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

Beliau memberi contoh, semasa perhimpunan agung Umno, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu.

"Oleh itu, suara dari bawah tidak mendengar," kata Razaleigh yang juga adalah presiden Amanah.

Nak kutuk

Bagi Abdul Kadir pula, kumpulannya itu masih menaruh keyakinan dalam Umno tetapi memilih ruang baru bagi menyuarakan pendapat mereka kepada orang ramai.

"Tidak ada ruang dalam parti (bagi perbezaan pendapat)," katanya.

Dakwanya, kebebasan menyuarakan pendapat yang berbeza wujud suatu ketika dulu dalam Umno tetapi dilenyapkan semasa pentadbiran presiden keempat parti itu, Tun Hussein Onn.

"(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan dua minggu lalu.

Selain Razaleigh dan Abdul Kadir, turut serta pada sidang media itu adalah bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Amanah juga dianggotai oleh timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.- Malaysiakini

Kesian kat anak cucu...

Posted: 08 Nov 2011 07:00 PM PST

Anwar: Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

"Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu."

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

Mufti yang lain baca kitab mana?

Posted: 08 Nov 2011 06:00 PM PST

Haji Mohd Najib dan Hajjah Rosmah dengan 400 ekor lembunya

Datuk Sri Haji Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia dan isterinya Datin Sri Hajjah Rosmah Mansor dikatakan oleh media arus perdana dan media tv bodek bodoh kerajaan BN/UMNOapco telah selesai menamatkan kerja ibadat haji pada 6.November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432.

RAKYAT RAMAI TERKEJUT DAN ADA KESANGSIAN KAEDAH IBADAT HAJI YANG DILAKUKAN OLEH NAJIB BERSAMA DENGAN ROMBONGANNYA.

Seperti berita yang dipetik dari malaysiakini, Mufti kerajaan Perlis terkejut cara perdana menteri Malaysia Najib Razak menyelesaikan ibadat haji, paling awal jamaah haji menamatkan ibadat haji pada waktu zohur 12 Zulhijah atau 8 November, kaedah nafar thani. (pembaca TKO boleh layari MKini untuk berita selanjutnya).

Kita dan rakyat Malaysia yang berugama Islam mahu satu penjelesan ibadat haji yang dilakukan oleh Najib Razak dan bersama Rosmah. Kami mahu satu maklun bals dari pehak JAKIM DAN LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA AGAR TIDAK MENJADI KEKELIRUAN DAN TOMOHAN DAN FITNAH.

Kita juga mahu satu kertas siasatan dimana Najib dan Rosmah telah membeli 400 ekor lembu bernilai RM2 juta untuk majlis korban seperti yang dilaporkan.

Kita mengharap Najib bersifat jujur dan ikhlas memberi jawapan kepada dua peritiswa diatas. Kita takut digelar oleh rakyat Haji lembu dan hajjah lembu.

Wow... wow...

Posted: 08 Nov 2011 05:00 PM PST

Wowo..... mewah!

Ini ialah gambar bahagian dalam Istana Negara baru yang kini sudah hampir siap. Istana Negara baru ini dikatakan menelan belanja lebih 900 juta ringgit.

As you can see now you know why it is that expensive. The interiors are just opulent! Shame that dari luar Istana Negara baru ini nampak macam pejabat kerjaan biasa. No soul! Istana Negara lama lebih cantik tapi tahukah anda Istana Negara lama sebenarnya dulu rumah agam seorang taukeh cina yang dibina pada tahun 1928? Taukeh cina bernama Chan Wing membina rumah agam ini bagi menempatkan isteri-isterinya.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau melarikan diri dari Malaya dan tak pulang-pulang. Rumah agamnya kemudian disewakan kepada kerajaan British sebelum dijadikan rumah rasmi Yang Dipertuan Agong Melayu. Kerajaan pusat membayar 1.5 juta Dollar Selat pada waktu itu bagi membeli rumah agam dan kawasan sekitarnya sebesar 13 ekar.

What do you think? Harap istana negara dibuka kepada rakyat jelata untuk lawatan rasmi. Nak juga tengok how awesome life is as an Agong. Oh dan jangan pula letak duit bayaran masuk ye coz we all know the money used to built this beautiful palace was from the people.







Sumber: Pak Karamu

Bukan pasai dendam...

Posted: 08 Nov 2011 04:00 PM PST

Aku rasa ramai dari kita rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita pembunuhan seorang pelajar Malaysia di Jawa Timur, Adrian Jay Pereira 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur.

Tak terkejut mai mana, pembunuhan pelajar tersebut berlaku ditengah-tengah protes ganyang Malaysia yang hebat berlangsung baru-baru ini di Indonesia dan tentunya kita disebelah Malaysia ni terasa seolah olah dendam kesumat yang masih membara dipihak Indonesia terhadap rakyat kita.

Bagaimanapun aku rasa kita mesti berfikiran positif dan menyambut baik kenyataan dari pihak berkuasa Indonesia yang telah mengklasifikasi kejadian pembunuhan pelajar Malaysia itu sebagai kes jenayah semata-mata dan tiada kaitan dengan motif lain termasuk balas dendam.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Ludinata Misnun berkata, polis Indonesia sedang memburu dua suspek berhubung kejadian itu namun sehingga berita ini ditulis, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Ludinata berkata hasil bedah siasat itu menyimpulkan bahawa kematian Adrian disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam.

Sehingga kin seramai 173 pelajar Malaysia sedang menuntut di Malang, pada masa ini dan daripada jumlah itu 161 orang belajar di Universiti Brawijaya.

Orang politik bukan boleh diharap sangat... kahkahkah...

Posted: 08 Nov 2011 02:30 PM PST


Bila Parti Politik Tak Boleh Harap! "direct Democracy" Pilihan Kita

"Setiap hari, kita mendengar sebutan kepada demokrasi: demokrasi berparlimen, demokrasi Westminster, demokrasi Australia, demokrasi perwakilan, dan majoriti demokratik. Dan, sudah tentu, kita punya hadiah yang memberahikan buat mereka yang yang melanggar dan memusnahkan-(George Bush)

Frasa ini adalah gambaran yang salah, apa yang kita harus menerangkan dengan tepat sebagai produk perhubungan awam, propaganda, indoktrinasi, maklumat yang salah atau indoktrinasi; bergantung kepada perbendaharaan kata yang digemari anda. Apa yang perlu ialah kita mesti terus kepada , dalam konteks politik kontemporari, tiada kena-mengena dengan demokrasi tulen.

Salah satu akan membayangkan bahawa yang lebih separuh jalan orang pintar akan mengesyaki integriti perkataan yang digunakan sebagai sepanduk oleh George Bush ketika dia membunuh lebih daripada setengah juta orang awam Iraq yang tidak bersalah.

Jauh lebih itu pandangan mata kita kira - kira 70 tahun dahulu menyangka yang United Malays National Organisation adalah sebagai pembela melayu .Dan apabila masa berlalu dan keadaan berubah maka United Malays National Organisation kini bertindak sebagai kuku besi bersama aparat Barisan Nasional nya.

Dalam keadaan itu kini kita telah melihat Pakatan Rakyat sebagai seorang wira penyelamat bangsa
yang baru.

Tapi dalam pada itu harus kita tertanya - tanya apakah Pakatan Rakyat itu akan datang seagai "malaikat" yang akan menyelamatkan Rakyat Malaysia?

Jangan nak mengarut!! Itu semua hanya Janji manifesto yang segala manis di curah demi memperoleh majoriti agar dapat merampas kuasa dari Barisan Nasional tetapi hakikatnya kita sudah maklum bahawa sama seperti di Amerika Republikan dan Demokrat adalah umpama Coca - cola dan Pepsi Cola.

Manakala di Malaysia ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah umpama Susu Cap Teko dan Susu Cap Junjung. Andai kita buka salah satu nya tetap kita akan dapat minum susu juga. Maknanya cara penipu dan pembohongnya sama dan tak lari telonya.

Hakikat dan Realitinya di hadapan mata kita ialah ianya menjadi rutin mekanisme sistem
demokrasi dalam menaikkan dan menurunkan rejim tapi kaedah dan metodoloji pentadbiran dan cara kekuasaannya.Malah dalam pada itu sejarah semenjak revolusi Bolsheviks hinggalah ke Revolusi Mesir memperlihatkan bahawa regim yang baru di lihat lebih zalim dari yang lama.

Kalau dulu ramai umat islam turki meletakkan keyakinan kepada Mustaffa Kemal Attarturk untuk membawa perubahan setelah kejatuhan empayar Ottoman tapi apa yang berlaku selepas itu dan tak perlu kita perkatakan lagi biarpun kita menyaksikan berjuta rakyat russia selepas Stalin berkuasa selepas kejatuhan maharaja Tsar.

Begitu jua dalam kita meneliti betapa zalimnya Ayatollah Khameinei dan regim Mahmoud Ahmadinejad dalam beberapa siri pembunuhan rakyat iran selepas kejatuhan Raja Shah Mohammad Reza Pahlevi dan beberapa siri kezaliman regim ghanouchi ke atas para demonstran selepas kejatuhan Zine El Biden Ben Ali.

Di Tanah air kita pula baru sahaja beberapa tahun lalu ketika najib membentangkan belanjawan terdapat ahli parlimen yang di pilih rakyat melalui pilihanraya dan di bayar elaun yang tinggi dan punya "claim" atas semua kos perjalanan dan tempat tinggal di lihat gagal menghadirkan diri dalam dewan rakyat.

Realiti tugas sebagai MP bukan di kawasan Parlimen atau di Kawasan DUN adalah di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau lebih mudah kita panggil ia sebagai Majlis Legaslatif.Kuasa yang di peruntukkan melalui undian untuk melantik wakil di persia kan begitu sahaja.

Tiada ulasan: