Rabu, 9 November 2011

PERAKITE

PERAKITE


Joe Frazier meninggal

Posted: 09 Nov 2011 12:44 AM PST



pix_middle
Joe frazier 1944-2011
Joe frazier 1944-2011
JOE Frazier, bekas juara heavyweight yang dikenali kerana pertarungan epik dengan Muhammad Ali, meninggal dunia semalam, kerana mengidap kanser.


Beliau berusia 67 tahun.
Ikon tinju itu dikenali kerana bertarung dengan Ali pada 1970 menerusi tiga pertarungan epik termasuk satu yang dikenali sebagai "Thrilla in Manila."


Beliau dirawat di rumah selepas dikesan mengalami kanser hati di peringkat tinggi beberapa minggu lalu hingga meragut nyawanya, kata.
Frazier, yang digelar 'Smokin' Joe', meraih dua gelaran utama heavyweight dan berjaya menewaskan ramai peninju termasuk Ali, George Foreman, Jerry Quarry, Joe Bugner, Oscar Bonavena dan George Chuvalo.


Frazier mewarnai zaman kegemilangan tinju kategori heavyweight pada 1970-an. Beliau menamatkan kariernya dengan 32 kemenangan (27 knockout), empat kekalahan dan satu seri.


Frazier adalah peninju pertama menewaskan Ali, dengan pertarungan 15 pusingan pada 1971 di Madison Square Garden, yang digelar 'Pertarungan Abad Itu'. 


Frazier dan Ali kemudiannya bertarung dua kali lagi. Ali memenangi pertarungan 12 pusingan pada 1974 juga di Garden dan melengkapkan trilogi pertarungan itu dengan kemenangan "Thrilla in Manila" pada 1975 dengan menewaskan Frazier selepas 14 pusingan.


Jurulatih Frazier, Eddie Futch masuk untuk menghentikan pertarungan ganas itu selepas pusingan ke-14. Futch menahan Frazier yang tidak boleh bangun tetapi masih mahu meneruskan pertarungan di pusingan ke-15.


Frazier memenangi gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dan Persatuan Tinju Dunia (WBA) pada 1970 selepas menewaskan Jimmy Ellis pada pusingan kelima di Madison Square Garden.


Beliau mempertahankan gelaran itu empat kali sebelum berdepan dengan Foreman t pada 1973. Frazier kehilangan gelaran heavyweight apabila dia tumbang enam kali dalam dua pusingan oleh Foreman di Kingston, Jamaica pada 1973.


Dalam pertarungan kedua pada 1976,  'hook' kiri Foreman yang begitu kuat menyebabkan Frazier terangkat. Perlawanan itu dihentikan pada pusingan kelima selepas Frazier tumbang dua kali.

Tiada ulasan: