Selasa, 8 November 2011

shalehudin

shalehudin


Muhyiddin Tibai Ku Li

Posted: 08 Nov 2011 09:30 AM PST

UMNO Tak Pernah Sekat Mana-mana Pemimpinnya Bersuara : Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti.

"Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin UMNO baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa.

"Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program "Teach For Malaysia" di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.

Pada 22 Julai lepas, Tengku Razaleigh melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan beliau sebagai presidennya, sebagai "platform untuk menyuarakan pendapat secara lebih meluas".

Muhyiddin berkata berkata UMNO juga tidak menyekat mana-mana anggotanya untuk menyertai NGO kerana itu adalah hak masing-masing.

"Kita tidak sekat kalau mereka hendak menyertai mana-mana NGO, begitu juga dengan individu di parti lain yang ada juga menyertai badan dan persatuan, kerana itu minat mereka untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara yang mereka ingin fokuskan," katanya.

Menurut Muhyiddin, di dalam UMNO ada sistem di peringkat bahagian dan negeri sebagai satu forum untuk ahli dan pemimpin menyampaikan apa sahaja yang berkaitan dengan parti.

"Saya tidak tahu apa yang Tengku Razaleigh hendak cakap yang kita tak bagi cakap. Apabila beliau buat majlis bertemu dengan media, dia bercakap juga. Mungkin kalau beliau ada sesuatu yang berbeza sikit dari parti, bolehlah beliau kemukakan.

"Jika beliau ada cadangan tertentu hendak disampaikan, rasanya tidak perlu tunggu sehingga Perhimpunan Agung UMNO kerana mereka boleh sampaikan pendapat pada bila-bila masa sahaja," kata Muhyiddin.

Kebenaran Makin Teserlah - Editor TV Mengaku Diarah Menfitnah Anwar Dan Wan Azizah

Posted: 08 Nov 2011 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov: Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

"Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

"Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian," kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.

Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.- BLM

Memang Pakatan dah terperangkap dah pun...

Posted: 08 Nov 2011 07:33 AM PST

Pakatan Rakyat mula Terperangkap?

Oleh: jojo

Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan Rakyat sudah tamat tempohnya. Malah, "keghairahan untuk menukar kerajaan persekutuan" di kalangan rakyat sedikit sebanyak menyurut selepas lebih tiga tahun lanskap politik Malaysia dilanda "tsunami".

Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang. Sekurang-kurangnya BN terpaksa berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, mempertahankan kubunya di bumi kenyalang itu.

Seandainya PR mengekalkan momentum yang sedia ada, ditambah pula dengan usaha gigih dan kerja keras di peringkat akar umbi, maka gandingan politik ini dijangka berdaya untuk sekurang-kurangnya mengekalkanstatus quo, jikapun gagal menjangkau lebih daripada itu. Mengekalkan status quo bermakna Najib Razak terpaksa mengulangi nasib Abdullah Ahmad Badawi, kerana pengganti ini terbukti gagal dalam misinya mengembalikan "kegemilangan" UMNO-BN sebelum 8 Mac 2008.

Baca: PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?

Bayangkan, pergelutan antara Najib, Muhyiddin Yassin, Hishammuddin Hussein dan Zahid Hamidi, ditambah pula dengan Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin kelak semestinya membuka ruang yang seluas-luasnya kepada PR. Ringkasnya, meminjam andaian yang tersurat dalam retorik pemimpin PR, "PR tetap akan menawan Putrajaya, kalau bukan hari ini, maka hari esok..." - kalau bukan PRU 13, maka PRU 14.

Dari Hudud, HIMPUN ke Homoseksual

Secara tiba-tiba isu Hukum Hudud dihidupkan semula, menjelang PRU 13. Disusuli pula dengan Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, yang bertemakan anti-murtad, dan yang terbaru, isu homoseksual. Meskipun pendirian "setuju untuk tidak bersetuju" antara tiga parti gagal memuaskan semua pihak, namun sekurang-kurangnya isu Hukum Hudud diredakan untuk seketika, pada akhir September 2011.

Alasan PR untuk tidak menyertai HIMPUN juga diterima, setelah diperlihatkan bagaimana media kawalan UMNO-BN memberi liputan positif yang luar biasa kepada HIMPUN. Lebih-lebih lagi, kemunculan Presiden PERKASA Ibrahim Ali di Stadium Shah Alam pada petang 22 Oktober, menjadi alasan terbaik untuk pimpinan PR menjarakkan diri dari HIMPUN.

Namun demikian, PR akhirnya terperangkap dalam isu homoseksual, apabila memberi reaksi yang berlebihan terhadap isu ini. Apa pun yang dikatakan, misalnya "isu homoseksual melangkaui batas politik kepartian", gagal mengubah realiti bahawa isu ini wujud dalam konteks politik, dan adalah perangkap politik.

Selepas "gelombang hak asasi ancam Malaysia"...

Kita semestinya ingat bagaimana Ambiga Sreenevasan diserang dengan isu murtad, ketika peguam hak asasi ini memimpin gabungan BERSIH 2.0. Tujuannya jelas, untuk meleraikan PAS daripada perjuangan BERSIH 2.0, lantas melumpuhkan usaha mobilisasi perhimpunan pada 9 Julai 2011. Percaturan ini akhirnya digagalkan, dan isu reformasi sistem pilihan raya ini berjaya menarik sokongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama - memberi tamparan sengit kepada regim UMNO-BN.

Gelombang BERSIH 2.0 terus mengombak, sehingga PM Najib Razak terpaksa berganjak untuk menawarkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - sebagai langkah memperbaiki imejnya dengan menjana "transformasi politik", kononnya. Namun, langkah ini tidak direstui sesetengah golongan konservatif - tidak kira apa juga sebabnya. Sebulan kemudian, pada 26 Oktober, kita disajikan kenyataan bekas Ketua Polis Negera Rahim Noor, bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan ancaman "gelombang hak asasi manusia" - ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan kedua PERKASA.

Lima hari kemudian, PERKASA menyasarkan program Seksualiti Merdeka 2011, dan isu ini terus menyarat dalam media cetak kawalan UMNO. Sebagaimana yang dijangkakan, "hak asasi manusia" digunakan NGO untuk mempertahankan golongan homoseksual, dan di sini beberapa pimpinan PR mula terperangkap.

Homoseksual: Jurang pandangan

Isu homoseksual telah lama diperdebatkan dalam masyarakat bukan Melayu-bukan Muslim, khususnya di kalangan komuniti Cina-Kristian. Paderi yang mengakui dirinya homoseksual, Ou Young Wen Feng (gambar bawah) sebagai kolumnis di Sin Chew Daily, akhbar Cina yang terlaris di Malaysia - telah menulis secara mendalam tentang isu homoseksual sepanjang beberapa tahun kebelakangan. Dari kitab injil hinggalah perspektif perubatan moden, hujah-hujah yang lama telah dicabar dan disanggah. Misalnya, terjemahan sesetengah istilah dalam kitab injil dipertikai, bahawa wujudnya ralat ketika kitab injil asal diterjemahkan ke bahasa lain.

Ada juga dakwaan bahawa "homoseksual" adalah sejenis penyakit. Maka, hujah ini dipersoalkan - jika homoseksual sejenis penyakit, apa perlunya pesakit itu dimusuhi, dan ditindas dengan cara yang keras? Apakah pesakit itu berdosa? Logik yang sama, apakah kita akan berdendam dan mengambil tindakan keras terhadap pesakit denggi, misalnya? Perdebatan ini terus didalami, malah dikemukakan fakta bahawa Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association, APA) telah mengeluarkan homoseksual dari senarai penyakit psikiatri (Diagnostic and Statistical Manual Of Mental Disorders, DSM-II) pada tahun 1973. Maknanya, homoseksual telah diiktiraf sebagai sifat semulajadi seseorang (biarpun minoriti dalam masyarakat), dan tidak boleh "diubati" agar diubah cenderung seksnya.

Pendedahan di atas bukan berniat untuk memaksakan nilai ini kepada masyarakat Islam, menyedari bahawa setiap agama mempunyai hukumnya sendiri (yang perlu dihormati) - tetapi untuk menunjukkan jurang pandangan antara muslim dengan bukan muslim dalam isu homoseksual. Sesungguhnya masih wujud bantahan terhadap amalan homoseksual, namun secara perbandingannya, masyarakat bukan Islam lebih toleransi terhadap golongan ini.

Maka sebarang cadangan untuk menggunakan kekerasan terhadap golongan homoseksual adalah tidak menyenangkan, dan mencungkil pertikaian. UMNO-BN tidak bermasalah dalam isu ini, kerana PERKASA, dan Utusan Malaysia telah memainkan "peranan" untuknya. Di depan masyarakat Islam, "perjuangan" ini dikreditkan untuk UMNO; di depan masyarakat bukan Islam pula, sebarang keterlanjuran yang keterlaluan akan dipersalahkan PERKASA dan Utusan Malaysia - bukan UMNO. Lagipun, UMNO-BN dari mulanya bukan parti politik yang mendukung hak asasi manusia.

Situasinya berbeza untuk PAS, PKR atau Pakatan Rakyat. Parti-parti politik ini berjanji untuk membela hak asasi rakyat, keadilan untuk SEMUA. Maka mereka akan berdepan dengan pertikaian - apakah PR mengiktiraf hak asasi seseorang dalam kecenderungan seks peribadinya? Apakah keadilan untuk SEMUA ini, termasuk keadilan untuk golongan homoseksual?

Maknanya, soalan-soalan ini akan terus membelenggu pemimpin PR, sebagaimana situasinya yang dihadapi "reformis" dalam PAS sebelum ini. Pernah pemimpin PAS dipersoalkan dalam forum terbuka, bagaimana rakyat diyakinkan bahawa PAS akan menghormati kebebasan bersuara dan berpersatuan jika parti itu berkuasa, sedangkan parti itu pernah mengambil pendirian keras terhadap Sisters-In-Islam, satu NGO yang dianggap bercanggah pandangan dengannya?

Perangkap: Jurang maklumat

Analisa ini bukan bertujuan untuk mendalami perdebatan isu homoseksual, tetapi untuk menunjukkan bagaimana isu homoseksual diwujudkan sebagai perangkap politik. Pemimpin PR semestinya sedar bahawa cabaran di depan mata mereka adalah untuk mengatasi jurang maklumat, antara bandar dengan desa - persaingan maklumat adalah antara faktor penentu kerajaan dalam PRU 13.

PR harus jelas, bahawa mereka gagal menandingi UMNO-BN seandainya menjejak langkahnya ke gelanggang untuk permainan perkauman atau agama sempit. Dengan jentera negara dan sumber yang ada dalam tangan, UMNO-BN akan mengerah segala tenaga yang ada untuk menyerang PR. Seandainya PR bersaing dengan UMNO-BN untuk menjadi wira "kaum" dan "agama" (dalam konteks perjuangan yang sempit), maka PR akan menemui ajal di gelanggang itu, malah gagal meraih simpati rakyat yang menuntut reformasi yang progresif.

Situasi hanya memihak kepada PR seandainya mengheret BN ke gelanggang untuk pertarungan isu nasional, berlandaskan nilai sejagat yang menyentuh SEMUA golongan rakyat. Jangan terkejut apabila gerak-geri sesetengah pemimpin PR dipertikai, atau disindir. Misalnya, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang sarat dengan butiran penyelewengan kerajaan BN didedahkan - Ketua Pemuda PAS nampaknya lebih ghairah dan bersemangat untuk respon kepada konsert Elton John. Mungkin ramai, khususnya golongan bukan Islam yang tertanya-tanya, apakah amalan rasuah 54 tahun lebih mengancam kepentingan negara, atau konsert dua jam dari seorang penyanyi gay?

Bukan sahaja PAS, malah sesetengah pimpinan PKR kelihatan juga hilang tumpuan ketika berdepan dengan isu-isu ini. Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, kini ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pada 2 November menghantar memorandum kepada Presiden MCA, kononnya Chua Soi Lek telah menghina Islam. Sememangnya itu hak Fariz Musa untuk berbuat demikian, atas kapasiti penyelaras satu pertubuhan dinamakan Jingga 13. Namun, kesannya, MCA mendapat durian runtuh - untuk mendakwa kepada masyarakat Cina bahawa tiada bezanya antara PKR dengan PAS. Lebih-lebih lagi, dengan kes "ibu pejabat MCA disimbah cat merah" semalam - suka atau tidak, kini giliran PKR pula untuk membersihkan nama dirinya.

Isu yang lebih besar

Persoalannya, apakah tiada isu untuk PR buat masa sekarang? Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan sendirinya mendedahkan betapa dahsyatnya tahap rasuah dalam kerajaan. Lebih merunsingkan, pemuda PAS kelihatan lebih bersemangat untuk berdemo membantah homoseksual, pada saat-saat ribuan pekerja turun untuk berpiket membantah pindaan Akta Kerja 1955, semalam.

Hak PAS dan PKR untuk bersuara lantang dalam isu homoseksual tidak dipertikaikan. Persoalannya, apakah kekuatan Pakatan Rakyat sebelum ini? Apakah PR merasakan dengan mengutamakan isu homoseksual, mengetepikan isu rasuah, kebajikan pekerja, isu alam sekitar - maka PR mampu merampas sokongan dari BN, lantas menang dalam PRU 13?

Tindak-tanduk pimpinan PR tersebut bukan sahaja "hilang tumpuan", malah menawarkan diri untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu rasuah. Dengan kata lain, mereka secara sedar atau tidak mengetepikan isu yang melibatkan kepentingan SEMUA, kemudian beralih untuk bertarung dengan UMNO-BN di gelanggang yang telah dipasang perangkap. Lebih dahsyat, mereka masih yakin bahawa mereka boleh menang.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Demokrasi terpimpin kepala hotak kau...

Posted: 08 Nov 2011 06:29 AM PST


Oleh Muhammad Zir

Kata-kata pedih bercampur jenaka tentang demokrasi terpimpin seperti yang tertera dalam tajuk rencana ini adalah dialog ilham Seniman Agung P. Ramlee dalam filemnya Tiga Abdul mempunyai makna yang amat mendalam.

Dalam ilusi pemulihan dari demokrasi terpimpin ala Tun Mahathir Mohamad kepada sebuah demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya pada hari ini, sedikit sebanyak telah menyuburkan lagi kesedaran masyarakat awam tentang hak dan kuasa mereka.

Sama ada di pihak majoriti mahu pun minoriti, masing-masing berlumba-lumba menuntut sesuatu yang dikatakan 'hak' bagi kumpulan mereka.

Sebagai fakta, lihatlah sendiri zaman Mahathir memerintah Malaysia. Kini ilusi yang sama masih menghantui walau pun dalam suhu politik yang berbeza dan semakin mengelirukan.

Demokrasi, hak dan kematangan kita

Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan segala tuntutan ini. Namun, cara beliau agak berselindung atau 'berkias', barangkali tujuannya agar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak terkejut atau melatah dengan anjakan yang ingin dibawa oleh pentadbirannya, iaitu dengan menggunakan istilah 'transformasi'.

Transformasi dan reformasi adalah dua istilah yang berbeza. Transformasi membawa maksud secara ringkasnya 'rentas' atau 'peralihan'. Dalam bahasa yang lebih mudah ia adalah peralihan bentuk pentadbiran yang lama kepada baru.

Reformasi pula, seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah 'islah' atau dengan bahasa mudahnya 'pembaharuan' ke arah bentuk pentadbiran dan budaya yang baru.

Demokrasi dan pendirian liberal

Konsep transformasi Najib yang diterjemahkan dalam aspek ekonomi menggunakan istilah Economic Transformation Programme (ETP) atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai Program Tansformasi Ekonomi.

Isinya adalah untuk meliberalisasikan dasar dan amalan ekonomi Malaysia. Bagi kita sebagai rakyat biasa, adakah kita benar-benar memahami apa itu liberalisasi?

Liberalisasi adalah bahagian dari konsep transformasi dan reformasi itu sendiri, iaitu kebebasan. Kesemua ini adalah isi kepada demokrasi.

Konsep liberal inilah yang telah dikaitkan dengan isu program Seksualiti Merdeka, Islam Plural, Islam Liberal, Dialog Antara Agama, hak asasi manusia dan segala macam hubungan yang dianggap oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor sebagai 'agama baru' yang akan mengancam perpaduan umat Melayu dan Islam.

Apabila menyentuh tentang istilah 'kebebasan' maka akan muncullah persepsi-persepsi yang begitu sangsi sekali terhadap agenda reformasi Pakatan Rakyat, malah secara tidak langsung ia juga memberi kesan negatif terhadap usaha Najib sendiri yang memperkenalkan transformasi (liberalisasi) menerusi aspek ekonominya.

Kesangsian ke atas kedua-dua istilah ini akhirnya akan menjerat kembali konsep demokrasi yang sedang kita semua perjuangkan.

Demokrasi terpimpin

Dalam demokrasi terpimpin ala Mahathir, kerajaan amat suka campur tangan dalam urusan peribadi rakyatnya. Ini ciri-ciri pemerintahan diktator, ini juga ciri-ciri amalan budaya oleh masyarakat yang suka bergantung dan meminta kepada kerajaan. Akhirnya, rakyatlah yang menjemput pemimpin diktator hadir dalam hidupnya.

Bagi golongan yang masih berfahaman demokrasi terpimpin Mahathir yang melihat demokrasi tulen itu sebagai 'gangguan' kepada ideologinya, sudah tentu isu-isu hak yang sedang dituntut oleh mereka, contohnya Seksualiti Merdeka, sebagai satu bukti bahawa demokrasi tulen ini akan merosakkan ummah.

Jika diungkap dari segi dialog bagi golongan demokrasi terpimpin yang disokong oleh kumpulan ultra-kaum seperti Perkasa, barangkali bunyi ayat klisenya adalah: "Hah, kan dah betul. Aku dah kata, nak sangat demokrasi, sekarang orang-orang gay dan lesbian pun dah pandai tuntut hak mereka. Sekarang padan muka, inilah padahnya mereka yang menyokong demokrasi Pakatan Rakyat".

Mungkin inilah asasnya bagaimana persepsi buruk terhadap demokrasi ditanam, disalah faham, disalah erti dan disalah guna.

Mana yang peribadi, mana yang awam

Demokrasi yang sebenar haruslah bergerak di atas satu landasan yang cukup jelas iaitu – kematangan atau kewarasan. Dalam bahasa yang lebih mudah, demokrasi tidak akan memberi apa-apa manfaat jika kita tidak bertindak secara waras baik dalam memperjuangkan hak, mempertahankan hak dan memberi hak kepada mana-mana pihak.

Jika semua pihak berfikir bahawa dengan demokrasi kita semua boleh menuntut apa sahaja hak yang kita fikirkan baik untuk diri atau kelompok kita tanpa menghiraukan kesan kepada kepentingan ramai, itu bukan hak dan itu bukan demokrasi sebenar namanya. Itu sembrono.

Apabila tersentuh dalam konteks kepentingan ramai, ia sudah tentu akan melibatkan kesan budaya dan kesan undang-undang. Ia bukan suatu hal yang mudah semudah mengunyah keropok lekor, ia akan melalui proses yang panjang dan kompleks.

Dalam konsep demokrasi, hak individu termasuk hal-hal peribadi adalah dijamin dan dilindungi menerusi asas undang-undang yang ada. Ia bukanlah agama, ia adalah hal teknikal yang memelihara manusia dari sebarang ancaman berbentuk fizikal.

Hak-hak dalam dunia demokrasi ini pula bersifat rentas budaya, gender, agama dan bangsa. Binatang dan tumbuhan juga dilindungi. Sama dengan ajaran syumul Islam.

Dalam demokrasi, penguasa yang dipilih oleh rakyat memang ditugaskan untuk mengurus keperluan rakyatnya, namun urusan peribadi seperti amalan seks bukanlah urusan daulah atau kerajaan.

Kerajaan demokrasi hanya melindungi keselamatan dan mengurus keperluan am rakyatnya, baik menerusi dasar ekonomi dan sosial menerusi dasar dan undang-undang.

Kebebasan seks atau perlindungan dari keganasan

Jika memgambil contoh program Seksualiti Merdeka, ia dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan NGO yang dikatakan bersifat liberal yang mahu mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh sekumpulan manusia yang berbeza orientasi seksual mereka.

Masalah mereka adalah apabila ada pihak yang mengugut, memukul, membantai dan malah membahayakan nyawa mereka semata-mata kerana cara hidup mereka. Bagi mereka ini, ia bukan soal mempromosikan gaya hidup alternatif tetapi memastikan hak mereka sebagai manusia dijamin.

Jika berlaku diskriminasi dan penggunaan kekerasan terhadap mana-mana pihak, mungkin dasar kerajaan harus dikaji semula.

Jika kes diskriminasi seks berlaku hingga melibatkan kes ugutan, peras ugut dan sebagainya, itu sudah menjadi kes jenayah yang mana undang-undang jenayah perlu dikuatkuasakan.

Meminta kerajaan campur tangan dalam urusan peribadi hanya akan mengundang bala kepada keseluruhan sistem, ianya akan membudaya dalam kehidupan kita. Seolah-olah kerajaan itu adalah tuhan hingga amalan peribadi dalam bilik tidur pun kita mahu kerajaan melindunginya.

Bukankah hal peribadi tidak kira apa amalan sekali pun adalah hak mutlak diri sendiri? Anda yang pilih, anda yang buat, kenalah bertanggungjawab.

Dan jangan lupa dengan ciri-ciri bagaimana lahirnya pemimpin diktator dan kerajaan korup. Adakah kita mahu kembali kepada demokrasi di zaman Tun M?

Berfikiran waras itu tidak berdosa

Wal asal balik hasil. Apa pun yang kita tuntut, tuntutlah..dipersilakan. Tetapi harus difikir semasak-masaknya tentang kesan atau implikasi kepada pihak lain.

Dalam sebuah bangsa (nation) yang sedang bertatih untuk menjadi umat yang matang, cabaran sebenar kita adalah untuk menjadi seorang warga yang waras, demokrat, madani dan celik budaya.

Demokrasi membuka ruang untuk apa saja kemungkinan – boleh berlaku, itu realiti. Namun budaya dunia, budaya manusia tidak pernah mengizinkan sesuatu itu berlaku tanpa proses dan sebab yang punya kewarasan. Hal inilah yang harus difahami dalam konteks yang lebih jauh dan dalam.

Sama ada isu Seksualiti Merdeka atau isu-isu semasa, termasuk Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), banyak persoalan dasar perlu dipersoalkan. Sekadar mengubati tanda-tanda (symptom) penyakit tidak akan menyembuhkan seseorang dari penyakit yang sebenarnya.

Adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris hatta Bahasa Malaysia sekali pun, mampukah ia menjamin anak-anak kita menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan hebat?

Begitu juga tuntuan Mat Rempit tempoh hari di Pulau Pinang; adakah itu semua akan membantu mereka untuk menjadi manusia yang waras dan bijak?

Bagaimana mereka mahu kerajaan negeri membina litar lumba motosikal tetapi pada masa yang sama menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai rasis.

Dengan menggunakan demokrasi sebagai alat atau landasan untuk bangsa kita mematangkan dirinya, paling tidak kita boleh menjadi bangsa yang merdeka dan kenal yang mana bayang dan yang mana cahayanya.

Namun, jalannya masih panjang. Ilusi transformasi Najib masih tidak jauh bergerak. Ciri-ciri demokrasi terpimpin Mahathir masih menghantui pentadbiran negara dan terbenam dalam benak rakyat. – Roketkini.com

Bahana bila Amerika diperintah UMNO... kahkahkah...

Posted: 08 Nov 2011 05:09 AM PST

Demokrasi AS 'dua kali lima' Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Tanggal 31 Oktober 2011 bakal diingat sebagai titik mula amat bermakna bagi para pencinta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya dalam usaha merealisasikan wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.

Negara itu akhirnya diperakui sebagai anggota penuh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia merupakan perkembangan paling membanggakan yang sekaligus menandakan masyarakat antarabangsa semakin mengiktiraf perjuangan Palestin.

Pada 23 September lalu Pihak Berkuasa negara itu (PA) mengemukakan permohonan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi diiktiraf sama ada sebagai anggota penuh kepada badan dunia itu, atau sekurang-kurangnya sebagai negara bukan anggota.

Kejayaan memperolehi salah satu status itu bererti PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Ia sekaligus melayakkan Palestin memiliki pelbagai hak sebagai sebuah negara dan mempertahankan kepentingannya mengikut piagam dan peraturan dunia. Antaranya menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa dan menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun, walau pun majoriti negara dunia merestui usaha Palestin itu, terdapat pihak, terutama yang memiliki kekuasaan dan pengaruh ke atas masyarakat dunia sedang giat memastikan negara itu tidak mencapai hasratnya.

Entiti paling ke depan membantah hasrat Palestin itu ialah Amerika Syarikat (AS). Siang-siang lagi ia memberi amaran akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak permohonan PA di Majlis Keselamatan PBB. Ia juga mengancam akan menarik balik dana tahunan AS$600 juta (RM1.8 bilion) kepada PA jika meneruskan hasratnya itu.

Negara yang sering berlagak selaku polis dunia itu mendapat sokongan beberapa negara sekutu kuatnya di Eropah, selain negara 'anak emas'nya Israel.

Salah satu taktik diusahakan pihak itu ialah melengah-lengahkan agenda membuat keputusan tersebut di sidang PBB. Menyedari usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai anggota penuh di PBB bakal mengambil masa panjang, PA mencuba mendapatkan keahlian di UNESCO dahulu.

Nasib menyebelahi Palestin di sidang delegasi agensi PBB itu di Paris, Isnin lalu. Sebanyak 107 daripada 160 negara anggotanya menyokong penyertaan Palestin sebagai anggota penuh. Sebanyak 14 negara membangkang, manakala 49 lagi berkecuali.

Pengumuman keputusan itu dikatakan mendapat tepuk sorak bergema dari para delegasi. Reaksi positif itu dianggap mewakili suara dan pendirian masyarakat antarabangsa yang semakin menyokong hak kedaulatan Palestin.

Ia sekaligus memberikan tamparan hebat kepada keegoan AS yang bertegas dengan pendiriannya membantah sebarang penyertaan Palestin dalam mana-mana agensi antarabangsa. Bahkan, negara itu dikatakan telah lebih dua dekad memiliki undang-undang yang secara khusus melarang penyaluran sebarang dana kepada mana-mana agensi PBB yang menerima Palestin sebagai anggota penuh.

Justeru, tindakannya ekoran keputusan UNESCO itu sudah diduga. AS menggantung penyerahan dana AS$60 juta (RM184 juta) kepada agensi itu yang disepatutnya dibuat hujung bulan ini. AS dikatakan menyumbang AS$80 juta (RM240 juta) atau 22 peratus daripada bajet tahunan UNESCO.

AS mungkin merasa puas kerana dapat menghukum UNESCO kerana menerima Palestin sebagai anggota. Ia mungkin gembira melihat kesulitan bakal dihadapi agensi PBB itu dalam meneruskan operasinya ekoran ketiadaan dana tersebut.

Namun, reaksi AS itu sebenarnya mendedahkan rupa sebenar negara itu yang sangat angkuh, kejam dan pendendam. Ia secara jelas menunjukkan hipokrasinya dalam menjunjung prinsip demokrasi.

AS benar-benar memanipulasi kuasanya untuk mempertahankan keegoan. Ia tidak bersedia meraikan hak negara-negara dunia menentukan keputusan. Demokrasi di sisi AS seolah-olah hanya bermakna apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada kepentingan dan pendiriannya.

Skrip sedemikian agak biasa kita dengar. Ia mengingatkan kita kepada perangai dan perlakuan buruk serupa oleh sebuah parti tua di negara ini. Oleh kerana selama berdekad ia menikmati kekuasaan hampir mutlak di peringkat Pusat dan memerintah hampir semua negeri, parti itu amat sukar menerima hakikat keputusan rakyat setiap kali ia hilang kuasa di mana-mana negeri.

Justeru parti yang selama ini amat menyanjung tinggi demokrasi tanpa silu secara terbuka mempertikaikan pilihan dibuat rakyat. Bukan itu sahaja, negeri-negeri di perintah parti lawan dinafikan berbagai hak yang sepatutnya ditunaikan kerajaan Pusat dikuasainya.

Lalu ada peruntukan yang telah pun diluluskan kepada negeri ditarik balik. Dua kali lima dengan tindakan dibuat AS tadi.

Bahkan, ada hak negeri yang secara jelas dijamin menerusi perjanjian bertulis dan dinikmati negeri itu sekian lama, tiba-tiba dibatalkan sewenangnya.

Itulah Umno!

Mufti Perlis tibai Najib: Mana Perkasa, mana menteri agama Umno...

Posted: 08 Nov 2011 03:30 AM PST

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

DAP memang kaki perlingkup imej PR...

Posted: 08 Nov 2011 03:19 AM PST

DAP yang semakin melingkupkan PAS + PKR =PR

Oleh anak_muara

"Maafkan saya, hanya sekadar memberikan pandangan peribadi dan sama sekali bukan tujuan melakukan statement provokasi terhadap kesepakatan PR namun ianya dari pemerhatian sejak 3 tahun kebelakangan ini.

PAS dan PKR dilihat dapat memahami dan menyesuaikan antara satu sama lain dalam beberapa isu dan juga perselisihan pendapat PAS dan PKR. PKR amat jelas dilihat menghormati PAS serta kepimpinan Tuan Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hadi Awang

.PAS dan PKR sentiasa dilihat serasi dan sependapat terhadap perkara-perkara dasar melibatkan Isu Islam dan Melayu walaupun dalam PKR terdapat pemimpin non Muslim dan Melayu walapun terkadang terdapat sedikit perselisihan pendapat namun ia cepat diselesaikan dengan berhikmah.

DAP pula dalam PR sering menunjukkan sikap keras kepala dan berkeras terhadap isu-isu yang mereka rasa tidak setuju khususnya dalam isu melibatkan dasar Islam dan Melayu.DAP tidak mudah menunjukkan sikap mengalah dan bersepakat terhadap isu-isu tersebut malah sering mengeluarkan kenyataan yang kritikal sehinggakan menjejaskan imej PR khususnya terhadap pemimpin Melayu Islam yang dianggap pengkhianat dan kuda tungangan DAP dan sebagainya. Akhirnya ia menjejaskan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PKR selain propaganda dan fitnah dari UMNO yang dari segenap isu yang timbul hasil dari sikap keras DAP.

Apakah DAP lebih selesa PR hanya menjadi pembangkang kerana ketakutan DAP terhadap PAS yang komited untuk melaksanakan dasar Islam dalam pemerintahan negara jika berjaya menawan Putrajaya?Adakah faktor-faktor tersebut menjadikan sebab DAP tidak pernah memikiran matlamat besar untuk PR menawan Putrajaya. Tidak dinafikan DAP bersepakat dalam PR dengan PAS dan PKR atas isu kepentingan bersama iaitu ketegasan rasuah dan salahguna kuasa serta pemerintahan yang mengutamakan kehendak dan permasalahan rakyat terbanyak namun DAP tidak mengendurkan penentangannya terhadap isu-isu dasar iiaitu Islam dan Melayu.

Walaupun hujan dan penjelasan telahpun diberi oleh PR melalui kepimpinan Melayu Islam dalam usaha memperbaiki imej yang amat buruk DAP di mata orang Melayu hasil propaganda yang dimainkan namun DAP tidak pernah melakukan perkara yang sama terhadap kepimpinan Melayu Islam dalam isu Islam malah terus mempamerkan sikap tidak mahu mengalah mereka terhadap PAS dan DAP.Dalam masa yang sama tidak dinafikan bahawa sebilangan pemimpin DAP mula memahami dan mengenali Islam seterusnya mengakui akan kebaikan dan kebenaran akan dasar Islam itu sendiri.

Pemimpin Melayu Islam dalam PR tidak sama sekali menerima tuduhan bahawa mereka adalah boneka dan kuda tungangan DAP namun situasi dan keadaan menjadikan tuduhan itu seperti ada kebenarannya walaupun pendekatan pemimpin Melayu Islam yang begitu berlembut dengan tujuan berharap DAP akan menerimanya namun selalunya tidak.

Apakah kehendak DAP yang sebenarnya terus mencalarkan imej PAS dan PKR khususnya terhadap pemimpin Melayu Islam dalam PR.Apakah ketakutan DAP terhadap dasar Islam membuatkan tindakan DAP bakal melingkupkan usaha PR untuk melakukan gerakan pembaharuan terhadap dasar pemerintahan negara kepada yang lebih baik serta mengutamakan kehendak rakyat terbanya? " 

Melayu sangat ka Mahathir nih...

Posted: 08 Nov 2011 02:27 AM PST

Melayu yang bagaimana dapat puaskan Ibrahim Ali dan Dr M?

Oleh Maclean Patrick


Angan-angan Ibrahim Ali berjuang untuk orang Melayu adalah sehebat keinginan kita menghidupkan semula Dodo dengan pembiakan silang antara burung merpati dengan burung unta.

Dakwaan bahawa hanya Melayu yang unggul, sudah ketinggalan kerana pada masa yang sama Ibrahim tidak mahu kehilangan hak keistimewaan yang telah dilanjutkan, ia sebenarnya adalah penghinaan kepada idea apa ertinya menjadi Melayu.

"'Melayu Moden' adalah campuran berbilang kaum," kata Profesor Zilfalil Alwi, dalam kajian beliau "AsalUsul Melayu berdasarkan fakta genetik" . Ia membincangkan satu kajian yang dilaksanakan selama tiga tahun yang melibatkan kira-kira 50,000 sukarelawan. "Kini anda tidak dapat membezakan sama ada seseorang itu Cina atau Melayu hanya dengan melihat ciri-ciri fizikalnya semata-mata," kata beliau.

Sebenar Asia

Sains telah membuktikan bahawa orang Melayu mungkin "Sebenar Asia" dalam erti kata literal. Penyelidikan mendapati bahawa orang Melayu dalam kumpulan-kumpulan sub-etnik (Melayu Bugis, Melayu Sumatera, Melayu Minang, Melayu Kedah dan Melayu Kelantan ) mempunyai genetik yang terdiri daripada beberapa Melayu Proto-(orang asli Melayu), Semang dan DNA India, dengan sekurang-kurangnya 20 peratus Melayu dan 52 peratus DNA Cina.

Persoalan penting sekarang ialah Melayu bagaimanakah Melayu yang tulen? Kerana dari segi genetik, tidak menyebut ketulenan-darah Melayu - apakah seterusnya yang terbaik dianggap sebagai Melayu yang sebenar?

Jawapannya tidak seperti Ibrahim Ali atau penaung beliau, Mahathir Mohamad mahu kita percaya, mungkin kerana kebenaran akan menjadi suatu azab untuk Perkasa- pelindung kepada semua perkara yang berkaitan Melayu di Malaysia.

Ibrahim Ali dan Mahathir, bekas Perdana Menteri, sudah memalukan semua orang Melayu dengan menegakkan pemikiran palsu bahawa wujudnya darah Melayu tulen, yang dilahirkan dengan hak untuk menjadi tuan ke atas semua kumpulan etnik yang lain yang tinggal di Malaysia. Hakikatnya adalah bahawa seseorang Melayu tulen dari segi darah adalah mitos semata-mata dan istilah Melayu di Malaysia adalah suatu yang bersifat undang-undang dan bukan darah atau genetik.

Ditakrifkan oleh Perlembagaan dan berakar umbi dalam Kontrak Sosial

Maksud Melayu sebenarnya digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 160 (2): "Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, sesuai dengan adat istiadat Melayu dan-(a) sebelum Hari Merdeka yang dilahirkan di Persekutuan atau di Singapura atau yang lahir daripada ibu bapa yang telah lahir diPersekutuan atau di Singapura, atau pada hari itu bermastautin di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) adalah isu orang itu ".

Oleh itu, orang Islam yang bertutur dalam bahasa Melayu boleh dikenal pasti oleh undang-undang sebagai seorang Melayu. Angan-angan Ibrahim Ali dan Perkasa,apabila mereka menjerit membela hak-hak dan ketuanan Melayu dengan menyerang orang bukan Melayu pada asasnya adalah salah.

Dengan cubaan terbaik untuk menendang tiap-tiap kumpulan etnik yang lain daripada negara ini,Ibrahim Ali, Perkasa dan UMNO juga telah merendahkan martabat keturunan mereka sendiri. Hakikatnya ialah kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam kerjaan sendiri adalah campuran kumpulan etnik dan berkemungkinan tidak berdarah Melayu tulen.

Adalah lebih selamat untuk mengatakan bahawa masyarakat Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak,mempunyai tuntutan yang lebih besar terhadap ketulenan etnik daripada orang Melayu akan tetapi mereka tidak pula menggunakan komposisi genetik mereka untuk mendakwa diri tuan kepada bangsa lain seperti Ibrahim Ali, Perkasa atau UMNO.

Orang Melayu membentuk kerajaan kerana kumpulan etnik yang lain membolehkan mereka berbuat demikian. Orang Melayu juga membentuk kerajaan kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi masyarakat Melayu. Sebenarnya adalah tidak relevan perjuangan Perkasa dan Ibrahim Ali melindungi orang Melayu. Tidak ada keperluan bagi mereka untuk berbuat demikian kerana Perlembagaan melakukannya.

Diatasi oleh orang bukan Melayu

Jadi, Melayu bagaimana lagi yang diiktiraf sebagai orang Melayu? Cadangan yang lebih baik adalah untuk melihat orang Melayu sebagai yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesejahteraan semua kumpulan etnik lain yang tinggal di Malaysia.

Tuntutan oleh ramai pemimpin Melayu bahawa orang Melayu juga pihak berkepentingan yang merupakan golongan majoriti di Malaysia adalah palsu kerana mereka sebenarnya telah ditasi oleh orang bukan Melayu. Hakikatnya, secara kolektif, bukan Melayu (termasuk bumiputera) membentuk majoriti penduduk dan boleh meletakkan tuntutan untuk menjadi pembuat raja-sebenar dan bukan seperti yang dicanangkan oleh Perkasa dan Ibrahim Ali .

Untuk menjadi seorang Melayu yang sebenar juga anda perlu menjadi pelindung orang-orang yang bukan Melayu kerana ini adalah tanggungjawab yang diberikan oleh orang bukan Melayu kepada orang Melayu seperti yang tersirat dalam kontrak sosial semasa merdeka.

Pokoknya, dakwaan Ibrahim Ali, Perkasa, dan beberapa pemimpin UMNO adalah sama sekali tidak relevan apabila mereka membincangkan apa ertinya menjadi Melayu hakikatnya, tidak wujud Melayu berdarah tulen yang sebenar.

Malaysia Chronicle

Depa buat2 lupa dah tuntutan rakyat...

Posted: 08 Nov 2011 12:00 AM PST



BERSIH 2.0 Melancarkan Kempen Propaganda Terbaru

"Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"

Tujuan utama 'Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709' tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Namun, kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang. Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan secara menyeluruh dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan dimana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke jalanraya dengan satu tujuan yang sama.

Najib Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP)untuk Menipu Rakyat

Rancangan penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dapat dilaksanakan kerana represi ganas kerajaan BN yang diketuai oleh Najib. Walau bagaimanapun, pada petang 15 Julai (hari Jumaat), perwakilan BERSIH 2.0 telah hadir ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong melalui setiausaha sulitnya. Kini lebih daripada tiga bulan sudah berlalu, tiada balasan langsung yang munasabah daripada YDA dan kerajaan BN. Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP)yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka.

Faktor Dalaman dan Luaran Menyebabkan Golongan Pemerintah Najib yang Gelisah Mahu Pilihanraya diperawalkan

Golongan pemerintah yang diketuai oleh Najib mengambil alih rejim yang dikuasai sejak lebih daripada 50 tahun dahulu yang didominasi oleh UMNO daripada tangan Abdullah Badawi selepas"ribut reformasi 308" dilancarkan oleh rakyat Malaysia dengan berani pada tahun 2008. Selepas itu, Najib melancarkan beberapa rancangan umpamanya "Transformasi Politik", "Transformasi Ekonomi", "Transformasi Sosial" dan sebagainya yang kelihatan hebat sekali di bawah slogan "Satu Malaysia" yang secara khususnya direkacipta oleh kumpulan pemikirnya(think-tank). Namun, dalam sekelip mata, segala rancangan tersebut tinggal janji-janji kosong kepada rakyat yang mustahil direalisasikan oleh Najib dan golongan pemerintahnya kerana dua faktor yang berikut:

Yang pertama kerana faktor luaran. Dunia kapitalis, terutamanya negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, pada masa kini, sedang mengalami krisis ekonomi yang ulung kali terjadi. Krisis ekonomi yang mungkin menghancurkan sistem kewangan mereka ini nampaknya terlampau susah untuk dipulihkan. Gelombang krisis kewangan dan ekonomi dunia Barat tersebut pasti akan melanda sistem kewangan dan ekonomi banyak negara di dunia ini termasuk negara kita. Sejak gerakan "Occupy Wall Street" tercetus pada 17 September, rakyat di Negara-negara Eropah Barat turut mengikuti jejak rakyat Amerika Syarikat dengan melancarkan perjuangan "99% lawan 1%", "Orang Miskin lawan Orang Kaya" yang hampir sama dari segi isi dan bentuk. Pemerintah di Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat saban hari makin resah. Golongan pemerintah Najib juga pasti dapat memperhatikan ketidakpuasan rakyat negara kita yang semakin meningkat dan perjuangan yang semakin hebat.

Kedua adalah faktor dalaman. Ini merujuk kepada pengaruh politik BN yang seperti kain jadi basahan dan konflik dalaman UMNO yang semakin sengit. Najib mengambil alih kuasa pemerintahan pada ketika BN kehilangan lebih daripada 1/3 kerusi parlimen dan kehilangan pemerintahan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum India) telah menolak Parti Malaysian Indian Congress (MIC) dan 'pemimpin-pemimpinnya'kerana selama ini sudi menjadi budak suruhan UMNO bagi memerintah dan memperbudak rakyat! Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Chinese Association (MCA) dan'pemimpin-pemimpinnya'juga ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum Tiong Hua)! Dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini turut menyaksikan Sarawak United People's Party (SUPP) dan 'pemimpin-pemimpinnya'mengalami nasib buruk ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya kaum Tiong Hua) di Negeri Sarawak!

Oleh kerana wilayah pemerintahan telah mengecut dengan mendadak, kuasa dan kedudukan yang dikuasai juga berkurangan dengan mendadak, konflik dan perbalahan antara beberapa puak utama di dalam UMNO sudah pasti menjadi semakin hebat. Silap-silap, Najib mungkin terpaksa berundur tidak lama lagi.

Walaupun tempoh rasmi pasukan pemerintahan yang diketuai oleh Najib ini masih tinggal lebih daripada setahun, dalam kesukaran luaran dan dalaman yang dihadapi sekarang, Najib ingin mengadakan pilihanraya umum seawal mungkin. Ini adalah harapan Najib.

8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya BERSIH 2.0 adalah munasabah, rasional dan sah

Kini, Parlimen telah memutuskan untuk menubuhkan "Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen"yang didakwa akan melakukan "reformasi sistem pilihanraya", Najib pula tidak sabar hendak mengadakan pilihanraya umum ke-13 (kecuali DUN Sarawak). Memandangkan kerajaan BN sengaja mengabaikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya", Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, setelah mengkaji dengan teliti, telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi kempen propaganda di seluruh negara. BERSIH 2.0 berharap untuk menubuhkan Jawatankuasa yang mewakili BERSIH di setiap negeri, yang bertanggungjawab menggerakan pelbagai bentuk aktiviti propaganda, supaya rakyat semua bangsa semua lapisan dalam negeri boleh memahami dengan jelas perkara-perkara penting berikut:

1. "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang telah dikemukakan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan kerajaan BN ialah: (1) Bersihkan Senarai Undi; (2) Mereformasikan Undi Pos; (3) Gunakan Dakwat Kekal; (4) Akses Media Yang Bebas dan Adil; (5) Tempoh Kempen minima 21 hari; (6) Kukuhkan Institusi Awam; (7) Hentikan Rasuah; dan (8) Hentikan Politik Kotor.

2."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di atas dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Ia merupakan satu gabungan yang terdiri daripada 88 buah (62 buah sebelum "709",selepas itu telah meningkat kepada 88 setakat ini ) "pertubuhan bukan kerajaan" (Non-Governmental Organisations) yang sah dari segi undang-undang. Ia mewakili kepentingan dan hasrat rakyat semua bangsa dan semua lapisan, dan bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

3."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang dikemukakan selaras dengan prinsip asas "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat" dan "Perlembagaan Persekutuan". Ia dikemukakan melalui jalan berperlembagaan yang terbuka dan aman. Ia bukan "aktiviti haram" yang dilancar dan dipimpin oleh "pertubuhan haram". Sebaliknya, ia merupakan tindakan yang munasabah, rasional dan sah dari segi undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Jangan ditipu lagi, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13"

BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan berkerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip non-partisan dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya"di Bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.

Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa: Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" tercapai. Dalam kata lain, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13"adalah pendirian tegas semasa BERSIH 2.0 dan 88 NGO terhadap pilihanraya.

Rakyat negara kita telah ditipu oleh Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) lebih daripada 50 tahun, kita tidak mahu diperbodohkan lagi! Rakyat negara kita tegas menuntut satu 'pilihanraya yang bersih dan adil', supaya rakyat bebas memilih wakil yang benar-benar memelihara kepentingan rakyat dan membentuk kerajaan yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.

Pendek kata, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13" juga merupakan pendirian tegas semasa rakyat semua bangsa semua lapisan negara kita terhadap pilihanraya.

Ayuh, mari kita menggemblengkan tenaga! Bertindak segera! Ini satu perjuangan yang pantang patah di tengah, demi merealisasikan sasaran semasa 'pilihanraya yang bersih dan adil', iaitu "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13", habis kapak bergantilah dengan beliung.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor (Friend Of Suaram Johor) pada 4hb November 2011. FOS Johor merupakan organisasi akarumbi Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) di Negeri Johor. SUARAM merupakan salah satu pertubuhan yang membentuk gabungan BERSIH 2.0.

Fang Pei Fen
Johor Branch Coordinator
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Pi mampuih la ngan Bee End...

Posted: 07 Nov 2011 10:00 PM PST

Berusaha keras tumbang BN

Oleh Anti Jerung
PAKATAN RAKYAT tidak mustahil melakukan kejutan di Pahang, Johor dan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.Umno tunjang BN hanya bersandar kepada pengundi yang kurang pendedahan dan penjawat awam yang tertekan.

Tempoh berhujah di dewan negeri BN, dewan negara atau mahkamah tidak lagi bermakna kerana sekarang adalah tempoh melancarkan boikot majlis kerajaan dan berkempen awal.

Modalnya adalah kos, masa dan penerangan sistematik.

Pimpinan Pakatan Rakyat berjawatan atau berpendapatan harus bertebaran jauh ke pandalaman dan berkorban memberi ruang pada barisan pelapis memangku tugas sementara. Pakatan Rakyat seharusnya cukup bersedia berdepan karenah SPR yang memanipulasi peti undi, sabotaj dewan pengundian dan pernah berlakunya salah umum pemenang.

Semasa PRN10 Sarawak menampakkan kematangan kempen menarik DAP dan ketidakseragaman strategik Pakatan. PAS sebagai penamat Umno seharusnya menguasai tiga isu Melayu. Iaitu hakikat sejarah kemerdekaan, defisit negara dan kesyumulan syariat berlandaskan martabat ulama yang antaranya meliputi mata wang dinar dan hudud.

Setelah Mat Sabu mendedahkan peranan ulama sebagai pejuang kemerdekaan kini masanya Melayu didedahkan pula siapakah dalang di sebalik penasihat-penasihat raja. Mereka hanyalah berorientasikan kutipan zakat, aset dan tabungan Islam.

Sekiranya fokus, nekad dan perancangan pakatan yang selaras Pakatan Rakyat hanya selangkah membentuk kepimpinan baru negara, dilimpahi khazanah hasil bumi-NYA, begemerlapannya syiar Islam, menapak maju di persada global dan BN terkubur sendiri selamanya.

Tak baik oiii kata Ezam ni sampah... kahkahkah...

Posted: 07 Nov 2011 08:00 PM PST

Senator atau Sampah

Oleh Ismail Dahlan

Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.

Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.

Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.

Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13

Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi. Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri.

Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia!

Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama.

Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka.

Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian. Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja.

MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India
Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN. Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator.

Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu .

MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu.

Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka. Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik.

Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Chronicle

Bahana bila Amerika diperintah UMNO... kahkahkah...

Posted: 07 Nov 2011 06:00 PM PST

Demokrasi AS 'dua kali lima' Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Tanggal 31 Oktober 2011 bakal diingat sebagai titik mula amat bermakna bagi para pencinta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya dalam usaha merealisasikan wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.

Negara itu akhirnya diperakui sebagai anggota penuh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia merupakan perkembangan paling membanggakan yang sekaligus menandakan masyarakat antarabangsa semakin mengiktiraf perjuangan Palestin.

Pada 23 September lalu Pihak Berkuasa negara itu (PA) mengemukakan permohonan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi diiktiraf sama ada sebagai anggota penuh kepada badan dunia itu, atau sekurang-kurangnya sebagai negara bukan anggota.

Kejayaan memperolehi salah satu status itu bererti PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Ia sekaligus melayakkan Palestin memiliki pelbagai hak sebagai sebuah negara dan mempertahankan kepentingannya mengikut piagam dan peraturan dunia. Antaranya menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa dan menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun, walau pun majoriti negara dunia merestui usaha Palestin itu, terdapat pihak, terutama yang memiliki kekuasaan dan pengaruh ke atas masyarakat dunia sedang giat memastikan negara itu tidak mencapai hasratnya.

Entiti paling ke depan membantah hasrat Palestin itu ialah Amerika Syarikat (AS). Siang-siang lagi ia memberi amaran akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak permohonan PA di Majlis Keselamatan PBB. Ia juga mengancam akan menarik balik dana tahunan AS$600 juta (RM1.8 bilion) kepada PA jika meneruskan hasratnya itu.

Negara yang sering berlagak selaku polis dunia itu mendapat sokongan beberapa negara sekutu kuatnya di Eropah, selain negara 'anak emas'nya Israel.

Salah satu taktik diusahakan pihak itu ialah melengah-lengahkan agenda membuat keputusan tersebut di sidang PBB. Menyedari usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai anggota penuh di PBB bakal mengambil masa panjang, PA mencuba mendapatkan keahlian di UNESCO dahulu.

Nasib menyebelahi Palestin di sidang delegasi agensi PBB itu di Paris, Isnin lalu. Sebanyak 107 daripada 160 negara anggotanya menyokong penyertaan Palestin sebagai anggota penuh. Sebanyak 14 negara membangkang, manakala 49 lagi berkecuali.

Pengumuman keputusan itu dikatakan mendapat tepuk sorak bergema dari para delegasi. Reaksi positif itu dianggap mewakili suara dan pendirian masyarakat antarabangsa yang semakin menyokong hak kedaulatan Palestin.

Ia sekaligus memberikan tamparan hebat kepada keegoan AS yang bertegas dengan pendiriannya membantah sebarang penyertaan Palestin dalam mana-mana agensi antarabangsa. Bahkan, negara itu dikatakan telah lebih dua dekad memiliki undang-undang yang secara khusus melarang penyaluran sebarang dana kepada mana-mana agensi PBB yang menerima Palestin sebagai anggota penuh.

Justeru, tindakannya ekoran keputusan UNESCO itu sudah diduga. AS menggantung penyerahan dana AS$60 juta (RM184 juta) kepada agensi itu yang disepatutnya dibuat hujung bulan ini. AS dikatakan menyumbang AS$80 juta (RM240 juta) atau 22 peratus daripada bajet tahunan UNESCO.

AS mungkin merasa puas kerana dapat menghukum UNESCO kerana menerima Palestin sebagai anggota. Ia mungkin gembira melihat kesulitan bakal dihadapi agensi PBB itu dalam meneruskan operasinya ekoran ketiadaan dana tersebut.

Namun, reaksi AS itu sebenarnya mendedahkan rupa sebenar negara itu yang sangat angkuh, kejam dan pendendam. Ia secara jelas menunjukkan hipokrasinya dalam menjunjung prinsip demokrasi.

AS benar-benar memanipulasi kuasanya untuk mempertahankan keegoan. Ia tidak bersedia meraikan hak negara-negara dunia menentukan keputusan. Demokrasi di sisi AS seolah-olah hanya bermakna apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada kepentingan dan pendiriannya.

Skrip sedemikian agak biasa kita dengar. Ia mengingatkan kita kepada perangai dan perlakuan buruk serupa oleh sebuah parti tua di negara ini. Oleh kerana selama berdekad ia menikmati kekuasaan hampir mutlak di peringkat Pusat dan memerintah hampir semua negeri, parti itu amat sukar menerima hakikat keputusan rakyat setiap kali ia hilang kuasa di mana-mana negeri.

Justeru parti yang selama ini amat menyanjung tinggi demokrasi tanpa silu secara terbuka mempertikaikan pilihan dibuat rakyat. Bukan itu sahaja, negeri-negeri di perintah parti lawan dinafikan berbagai hak yang sepatutnya ditunaikan kerajaan Pusat dikuasainya.

Lalu ada peruntukan yang telah pun diluluskan kepada negeri ditarik balik. Dua kali lima dengan tindakan dibuat AS tadi.

Bahkan, ada hak negeri yang secara jelas dijamin menerusi perjanjian bertulis dan dinikmati negeri itu sekian lama, tiba-tiba dibatalkan sewenangnya.

Itulah Umno!

Menarik pendapat nih...

Posted: 07 Nov 2011 04:00 PM PST

Bila Parti Politik Tak Boleh Harap! "direct Democracy" Pilihan Kita

"Setiap hari, kita mendengar sebutan kepada demokrasi: demokrasi berparlimen, demokrasi Westminster, demokrasi Australia, demokrasi perwakilan, dan majoriti demokratik. Dan, sudah tentu, kita punya hadiah yang memberahikan buat mereka yang yang melanggar dan memusnahkan-(George Bush)

Frasa ini adalah gambaran yang salah, apa yang kita harus menerangkan dengan tepat sebagai produk perhubungan awam, propaganda, indoktrinasi, maklumat yang salah atau indoktrinasi; bergantung kepada perbendaharaan kata yang digemari anda. Apa yang perlu ialah kita mesti terus kepada , dalam konteks politik kontemporari, tiada kena-mengena dengan demokrasi tulen.

Salah satu akan membayangkan bahawa yang lebih separuh jalan orang pintar akan mengesyaki integriti perkataan yang digunakan sebagai sepanduk oleh George Bush ketika dia membunuh lebih daripada setengah juta orang awam Iraq yang tidak bersalah.

Jauh lebih itu pandangan mata kita kira - kira 70 tahun dahulu menyangka yang United Malays National Organisation adalah sebagai pembela melayu .Dan apabila masa berlalu dan keadaan berubah maka United Malays National Organisation kini bertindak sebagai kuku besi bersama aparat Barisan Nasional nya.

Dalam keadaan itu kini kita telah melihat Pakatan Rakyat sebagai seorang wira penyelamat bangsa
yang baru.

Tapi dalam pada itu harus kita tertanya - tanya apakah Pakatan Rakyat itu akan datang seagai "malaikat" yang akan menyelamatkan Rakyat Malaysia?

Jangan nak mengarut!! Itu semua hanya Janji manifesto yang segala manis di curah demi memperoleh majoriti agar dapat merampas kuasa dari Barisan Nasional tetapi hakikatnya kita sudah maklum bahawa sama seperti di Amerika Republikan dan Demokrat adalah umpama Coca - cola dan Pepsi Cola.

Manakala di Malaysia ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah umpama Susu Cap Teko dan Susu Cap Junjung. Andai kita buka salah satu nya tetap kita akan dapat minum susu juga. Maknanya cara penipu dan pembohongnya sama dan tak lari telonya.

Hakikat dan Realitinya di hadapan mata kita ialah ianya menjadi rutin mekanisme sistem
demokrasi dalam menaikkan dan menurunkan rejim tapi kaedah dan metodoloji pentadbiran dan cara kekuasaannya.Malah dalam pada itu sejarah semenjak revolusi Bolsheviks hinggalah ke Revolusi Mesir memperlihatkan bahawa regim yang baru di lihat lebih zalim dari yang lama.

Kalau dulu ramai umat islam turki meletakkan keyakinan kepada Mustaffa Kemal Attarturk untuk membawa perubahan setelah kejatuhan empayar Ottoman tapi apa yang berlaku selepas itu dan tak perlu kita perkatakan lagi biarpun kita menyaksikan berjuta rakyat russia selepas Stalin berkuasa selepas kejatuhan maharaja Tsar.

Begitu jua dalam kita meneliti betapa zalimnya Ayatollah Khameinei dan regim Mahmoud Ahmadinejad dalam beberapa siri pembunuhan rakyat iran selepas kejatuhan Raja Shah Mohammad Reza Pahlevi dan beberapa siri kezaliman regim ghanouchi ke atas para demonstran selepas kejatuhan Zine El Biden Ben Ali.

Di Tanah air kita pula baru sahaja beberapa tahun lalu ketika najib membentangkan belanjawan terdapat ahli parlimen yang di pilih rakyat melalui pilihanraya dan di bayar elaun yang tinggi dan punya "claim" atas semua kos perjalanan dan tempat tinggal di lihat gagal menghadirkan diri dalam dewan rakyat.

Realiti tugas sebagai MP bukan di kawasan Parlimen atau di Kawasan DUN adalah di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau lebih mudah kita panggil ia sebagai Majlis Legaslatif.Kuasa yang di peruntukkan melalui undian untuk melantik wakil di persia kan begitu sahaja.

Cara Islam jugak yang terbaik...

Posted: 07 Nov 2011 02:30 PM PST


Al Maidah ayat 3

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kajian oleh pakar Jerman

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini telah dikaji oleh pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, 'Kajian mengesan kesakitan mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu dan kambing'. Beliau menyimpulkan kaedah Islam adalah yang terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Renjatan Elektrik digunakan untuk mematikan babi di barat

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat terhadap haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam melalui potongan urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

 
Contoh ujian electroencephalograph (gambar bawah) dan electrocardiogram (gambar atas)

Hasil ujian sembelihan menurut cara Islam
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Hasil ujian tembakan CBP cara barat

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat tinggi pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Lembu yang tidak disembelih punca penularan wabak lembu gila.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Cara Islam adalah yang terbaik

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.
Saraf tunjang tidak terjejas semasa penyembelihan dan kebaikannya

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

"Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

"Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma," kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tiada ulasan: