shalehudin |
- Demokrasi terpimpin kepala hotak kau...
- Slogan sampah... kahkahkah...
- Tabik kat Datuk Saifuddin
- Perkara pertama yang patut Najib risau lepaih balik dari Mekah...
- Caya lah Che'gu Bard...
- Mat Sabu tetap terbaiklah... kahkahkah...
- Che'gu Bard kata pilihanraya bulan ni?
- Zaman dah terbalik kuang...
- Depa buat2 lupa dah tuntutan rakyat...
- Anwar ni bedai sapa pulak dah... kahkahkah...
- Betoi ka Melayu dah meluat kat Umno?
- Ni betoinya sapa yang terkorban nih... haha...
- Allahuakbar...
- Pesan nabi nih...
Demokrasi terpimpin kepala hotak kau... Posted: 06 Nov 2011 09:30 AM PST Oleh Muhammad Zir Kata-kata pedih bercampur jenaka tentang demokrasi terpimpin seperti yang tertera dalam tajuk rencana ini adalah dialog ilham Seniman Agung P. Ramlee dalam filemnya Tiga Abdul mempunyai makna yang amat mendalam. Dalam ilusi pemulihan dari demokrasi terpimpin ala Tun Mahathir Mohamad kepada sebuah demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya pada hari ini, sedikit sebanyak telah menyuburkan lagi kesedaran masyarakat awam tentang hak dan kuasa mereka. Sama ada di pihak majoriti mahu pun minoriti, masing-masing berlumba-lumba menuntut sesuatu yang dikatakan 'hak' bagi kumpulan mereka. Sebagai fakta, lihatlah sendiri zaman Mahathir memerintah Malaysia. Kini ilusi yang sama masih menghantui walau pun dalam suhu politik yang berbeza dan semakin mengelirukan. Demokrasi, hak dan kematangan kita Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan segala tuntutan ini. Namun, cara beliau agak berselindung atau 'berkias', barangkali tujuannya agar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak terkejut atau melatah dengan anjakan yang ingin dibawa oleh pentadbirannya, iaitu dengan menggunakan istilah 'transformasi'. Transformasi dan reformasi adalah dua istilah yang berbeza. Transformasi membawa maksud secara ringkasnya 'rentas' atau 'peralihan'. Dalam bahasa yang lebih mudah ia adalah peralihan bentuk pentadbiran yang lama kepada baru. Reformasi pula, seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah 'islah' atau dengan bahasa mudahnya 'pembaharuan' ke arah bentuk pentadbiran dan budaya yang baru. Demokrasi dan pendirian liberal Konsep transformasi Najib yang diterjemahkan dalam aspek ekonomi menggunakan istilah Economic Transformation Programme (ETP) atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai Program Tansformasi Ekonomi. Isinya adalah untuk meliberalisasikan dasar dan amalan ekonomi Malaysia. Bagi kita sebagai rakyat biasa, adakah kita benar-benar memahami apa itu liberalisasi? Liberalisasi adalah bahagian dari konsep transformasi dan reformasi itu sendiri, iaitu kebebasan. Kesemua ini adalah isi kepada demokrasi. Konsep liberal inilah yang telah dikaitkan dengan isu program Seksualiti Merdeka, Islam Plural, Islam Liberal, Dialog Antara Agama, hak asasi manusia dan segala macam hubungan yang dianggap oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor sebagai 'agama baru' yang akan mengancam perpaduan umat Melayu dan Islam. Apabila menyentuh tentang istilah 'kebebasan' maka akan muncullah persepsi-persepsi yang begitu sangsi sekali terhadap agenda reformasi Pakatan Rakyat, malah secara tidak langsung ia juga memberi kesan negatif terhadap usaha Najib sendiri yang memperkenalkan transformasi (liberalisasi) menerusi aspek ekonominya. Kesangsian ke atas kedua-dua istilah ini akhirnya akan menjerat kembali konsep demokrasi yang sedang kita semua perjuangkan. Demokrasi terpimpin Dalam demokrasi terpimpin ala Mahathir, kerajaan amat suka campur tangan dalam urusan peribadi rakyatnya. Ini ciri-ciri pemerintahan diktator, ini juga ciri-ciri amalan budaya oleh masyarakat yang suka bergantung dan meminta kepada kerajaan. Akhirnya, rakyatlah yang menjemput pemimpin diktator hadir dalam hidupnya. Bagi golongan yang masih berfahaman demokrasi terpimpin Mahathir yang melihat demokrasi tulen itu sebagai 'gangguan' kepada ideologinya, sudah tentu isu-isu hak yang sedang dituntut oleh mereka, contohnya Seksualiti Merdeka, sebagai satu bukti bahawa demokrasi tulen ini akan merosakkan ummah. Jika diungkap dari segi dialog bagi golongan demokrasi terpimpin yang disokong oleh kumpulan ultra-kaum seperti Perkasa, barangkali bunyi ayat klisenya adalah: "Hah, kan dah betul. Aku dah kata, nak sangat demokrasi, sekarang orang-orang gay dan lesbian pun dah pandai tuntut hak mereka. Sekarang padan muka, inilah padahnya mereka yang menyokong demokrasi Pakatan Rakyat". Mungkin inilah asasnya bagaimana persepsi buruk terhadap demokrasi ditanam, disalah faham, disalah erti dan disalah guna. Mana yang peribadi, mana yang awam Demokrasi yang sebenar haruslah bergerak di atas satu landasan yang cukup jelas iaitu – kematangan atau kewarasan. Dalam bahasa yang lebih mudah, demokrasi tidak akan memberi apa-apa manfaat jika kita tidak bertindak secara waras baik dalam memperjuangkan hak, mempertahankan hak dan memberi hak kepada mana-mana pihak. Jika semua pihak berfikir bahawa dengan demokrasi kita semua boleh menuntut apa sahaja hak yang kita fikirkan baik untuk diri atau kelompok kita tanpa menghiraukan kesan kepada kepentingan ramai, itu bukan hak dan itu bukan demokrasi sebenar namanya. Itu sembrono. Apabila tersentuh dalam konteks kepentingan ramai, ia sudah tentu akan melibatkan kesan budaya dan kesan undang-undang. Ia bukan suatu hal yang mudah semudah mengunyah keropok lekor, ia akan melalui proses yang panjang dan kompleks. Dalam konsep demokrasi, hak individu termasuk hal-hal peribadi adalah dijamin dan dilindungi menerusi asas undang-undang yang ada. Ia bukanlah agama, ia adalah hal teknikal yang memelihara manusia dari sebarang ancaman berbentuk fizikal. Hak-hak dalam dunia demokrasi ini pula bersifat rentas budaya, gender, agama dan bangsa. Binatang dan tumbuhan juga dilindungi. Sama dengan ajaran syumul Islam. Dalam demokrasi, penguasa yang dipilih oleh rakyat memang ditugaskan untuk mengurus keperluan rakyatnya, namun urusan peribadi seperti amalan seks bukanlah urusan daulah atau kerajaan. Kerajaan demokrasi hanya melindungi keselamatan dan mengurus keperluan am rakyatnya, baik menerusi dasar ekonomi dan sosial menerusi dasar dan undang-undang. Kebebasan seks atau perlindungan dari keganasan Jika memgambil contoh program Seksualiti Merdeka, ia dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan NGO yang dikatakan bersifat liberal yang mahu mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh sekumpulan manusia yang berbeza orientasi seksual mereka. Masalah mereka adalah apabila ada pihak yang mengugut, memukul, membantai dan malah membahayakan nyawa mereka semata-mata kerana cara hidup mereka. Bagi mereka ini, ia bukan soal mempromosikan gaya hidup alternatif tetapi memastikan hak mereka sebagai manusia dijamin. Jika berlaku diskriminasi dan penggunaan kekerasan terhadap mana-mana pihak, mungkin dasar kerajaan harus dikaji semula. Jika kes diskriminasi seks berlaku hingga melibatkan kes ugutan, peras ugut dan sebagainya, itu sudah menjadi kes jenayah yang mana undang-undang jenayah perlu dikuatkuasakan. Meminta kerajaan campur tangan dalam urusan peribadi hanya akan mengundang bala kepada keseluruhan sistem, ianya akan membudaya dalam kehidupan kita. Seolah-olah kerajaan itu adalah tuhan hingga amalan peribadi dalam bilik tidur pun kita mahu kerajaan melindunginya. Bukankah hal peribadi tidak kira apa amalan sekali pun adalah hak mutlak diri sendiri? Anda yang pilih, anda yang buat, kenalah bertanggungjawab. Dan jangan lupa dengan ciri-ciri bagaimana lahirnya pemimpin diktator dan kerajaan korup. Adakah kita mahu kembali kepada demokrasi di zaman Tun M? Berfikiran waras itu tidak berdosa Wal asal balik hasil. Apa pun yang kita tuntut, tuntutlah..dipersilakan. Tetapi harus difikir semasak-masaknya tentang kesan atau implikasi kepada pihak lain. Dalam sebuah bangsa (nation) yang sedang bertatih untuk menjadi umat yang matang, cabaran sebenar kita adalah untuk menjadi seorang warga yang waras, demokrat, madani dan celik budaya. Demokrasi membuka ruang untuk apa saja kemungkinan – boleh berlaku, itu realiti. Namun budaya dunia, budaya manusia tidak pernah mengizinkan sesuatu itu berlaku tanpa proses dan sebab yang punya kewarasan. Hal inilah yang harus difahami dalam konteks yang lebih jauh dan dalam. Sama ada isu Seksualiti Merdeka atau isu-isu semasa, termasuk Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), banyak persoalan dasar perlu dipersoalkan. Sekadar mengubati tanda-tanda (symptom) penyakit tidak akan menyembuhkan seseorang dari penyakit yang sebenarnya. Adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris hatta Bahasa Malaysia sekali pun, mampukah ia menjamin anak-anak kita menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan hebat? Begitu juga tuntuan Mat Rempit tempoh hari di Pulau Pinang; adakah itu semua akan membantu mereka untuk menjadi manusia yang waras dan bijak? Bagaimana mereka mahu kerajaan negeri membina litar lumba motosikal tetapi pada masa yang sama menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai rasis. Dengan menggunakan demokrasi sebagai alat atau landasan untuk bangsa kita mematangkan dirinya, paling tidak kita boleh menjadi bangsa yang merdeka dan kenal yang mana bayang dan yang mana cahayanya. Namun, jalannya masih panjang. Ilusi transformasi Najib masih tidak jauh bergerak. Ciri-ciri demokrasi terpimpin Mahathir masih menghantui pentadbiran negara dan terbenam dalam benak rakyat. – Roketkini.com |
Posted: 06 Nov 2011 08:00 AM PST |
Posted: 06 Nov 2011 07:00 AM PST Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang. Jika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu. "Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan. "Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu)," kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com. Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia. "(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya. Politik melampau Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara. Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili. "Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah. "Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok," katanya. Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik. "Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya. "Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya. Sudah muak Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika "sesi-sesi teh tarik" beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran. Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu. "(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya. "Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin. Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang. "Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.- Malaysiakini |
Perkara pertama yang patut Najib risau lepaih balik dari Mekah... Posted: 06 Nov 2011 05:30 AM PST Protes halang PRU-13 jika reformasi tak dilaksana Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan. "Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media. Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat. "Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini. "Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," katanya. Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat. Paling kotor "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan. "Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses 'palsu' bagi menghalalkan regim terus berkuasa," katanya. Chegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka. Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat. "Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan. "Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata," katanya lagi. Kekal berkuasa Sementara itu, Harakahdailymemetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim (kanan) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan. Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya. "Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini. "Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS. Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.- Malaysiakini |
Posted: 06 Nov 2011 04:32 AM PST Kita bising ahli sukan Israel masuk tapi senyap dengan hubungan dagang? http://chegubard.blogspot.com Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk. Memang benar kononya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar. Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini? Terbaru masuk seorang peninju dari Israel dan kali ini menjadi sedikit heboh kerana kononya peninju ini telah ditahan Imegresen tetapi kerana campur tangan menteri dia dibenarkan masuk. Menteri tersebut pula secara dangkal menyalahkan pula orang lain kononya tindakan dia halal hanya semata-mata acara sukan tersebut turut mendapat tajaan Kerajaan Selangor. Adakah kalau perkara salah tetapi turut dibuat PR maka ia menghalalkan tindakan salah tersebut turut dilakukan Bn ? seperti hujah anak tahun 3 sekolah rendah sahaja. Kerajaan Selangor dalam respon mereka kemudian menyatakan dengan jelas tajaan diberikan kepada penganjur kerana penganjuran secara tidak lansung mempromosikan pelancongan Selangor dan penganjur tidak dimaklumkan kehadiran peninju Israel tersebut. Namun bagi SAMM isu ini masih kecil dalam perihal menangani keganasan Israel. Tahukah kita semua bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini telah dibangkitkan dalam parlimen minggu lepas oleh Ahli Parlimen Bakri. usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan. Di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur. Malah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel. Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid. Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel. Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel. Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah kita membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu-satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan Bn regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa. Kenyataan terbuka Che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 2 Nov 2011 |
Mat Sabu tetap terbaiklah... kahkahkah... Posted: 06 Nov 2011 02:30 AM PST UMNO Guna 3R Untuk Pengaruhi Rakyat - Mat Sabu BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN), khususnya Umno didakwa menggunakan senjata 3R iaitu 'Racist, Religion, Royal' (rasis, agama dan Raja) bagi mempengaruhi rakyat menyokong mereka. Sambil melabelkan mereka sebagai dalam keadaan nazak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggunakan senjata 3R itu nyata gagal mempengaruhi rakyat. Menurutnya, ini kerana rakyat sudah matang dengan permainan politik mereka yang sudah ketandusan isu, lantaran sengaja memutar belit fakta untuk kepentingan politik mereka. "Pada mulanya, mereka rasa rakyat bersama mereka tetapi akhirnya mereka sedar rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno dan BN. "Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu. Apabila isu ini tidak berkesan mereka mainkan isu agama pula untuk menakutkan orang Cina," katanya dalam satu ceramah sempena majlis makan malam Pas Melaka, di sini, kelmarin. Mohamad Sabu berkata, Umno menggunakan isu perkauman Melayu manakala MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi. Sumber SinarHarian |
Che'gu Bard kata pilihanraya bulan ni? Posted: 06 Nov 2011 01:30 AM PST SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini Aziz Muda KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat. Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini. Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai. Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan. "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN. "Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang. "Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya. Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah. "Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya. Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai. "Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. |
Posted: 06 Nov 2011 01:00 AM PDT Zaman Sudah Terbalik - Presiden PAS KUALA LUMPUR 5 Nov. - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyampaikan Amanat beliau bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal berlangsung esok. Melalui amanat yang dihantar ke rakan media Harakahdaily, beliau telah menjelaskan bahawa di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi. "Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama. Malanglah di zaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya. Beliau turut mengingatkan kembali kepada kesemua Umat Islam tentang pengorbanan para Nabi yang sanggup meninggalkans segala usaha demi kepentingan diri seperti harta kekayaan demi menegakkan Islam. Mengambil contoh kisah Nabi Ibrahim, beliau menjelaskan Baginda sanggup berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga kata beliau melalui kisah Nabi Musa yang sanggup meninggalkan istana Firaun yang sudah pasti menyediakan kekayaan demi Agama. "Junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah." "InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara. "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami Parti Islam Se-Malaysia PAS." Presiden PAS juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Marang.- KLpos |
Depa buat2 lupa dah tuntutan rakyat... Posted: 05 Nov 2011 11:00 PM PDT BERSIH 2.0 Melancarkan Kempen Propaganda Terbaru "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13" Tujuan utama 'Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709' tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Namun, kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang. Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan secara menyeluruh dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan dimana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke jalanraya dengan satu tujuan yang sama. Najib Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP)untuk Menipu Rakyat Rancangan penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dapat dilaksanakan kerana represi ganas kerajaan BN yang diketuai oleh Najib. Walau bagaimanapun, pada petang 15 Julai (hari Jumaat), perwakilan BERSIH 2.0 telah hadir ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong melalui setiausaha sulitnya. Kini lebih daripada tiga bulan sudah berlalu, tiada balasan langsung yang munasabah daripada YDA dan kerajaan BN. Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP)yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka. Faktor Dalaman dan Luaran Menyebabkan Golongan Pemerintah Najib yang Gelisah Mahu Pilihanraya diperawalkan Golongan pemerintah yang diketuai oleh Najib mengambil alih rejim yang dikuasai sejak lebih daripada 50 tahun dahulu yang didominasi oleh UMNO daripada tangan Abdullah Badawi selepas"ribut reformasi 308" dilancarkan oleh rakyat Malaysia dengan berani pada tahun 2008. Selepas itu, Najib melancarkan beberapa rancangan umpamanya "Transformasi Politik", "Transformasi Ekonomi", "Transformasi Sosial" dan sebagainya yang kelihatan hebat sekali di bawah slogan "Satu Malaysia" yang secara khususnya direkacipta oleh kumpulan pemikirnya(think-tank). Namun, dalam sekelip mata, segala rancangan tersebut tinggal janji-janji kosong kepada rakyat yang mustahil direalisasikan oleh Najib dan golongan pemerintahnya kerana dua faktor yang berikut: Yang pertama kerana faktor luaran. Dunia kapitalis, terutamanya negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, pada masa kini, sedang mengalami krisis ekonomi yang ulung kali terjadi. Krisis ekonomi yang mungkin menghancurkan sistem kewangan mereka ini nampaknya terlampau susah untuk dipulihkan. Gelombang krisis kewangan dan ekonomi dunia Barat tersebut pasti akan melanda sistem kewangan dan ekonomi banyak negara di dunia ini termasuk negara kita. Sejak gerakan "Occupy Wall Street" tercetus pada 17 September, rakyat di Negara-negara Eropah Barat turut mengikuti jejak rakyat Amerika Syarikat dengan melancarkan perjuangan "99% lawan 1%", "Orang Miskin lawan Orang Kaya" yang hampir sama dari segi isi dan bentuk. Pemerintah di Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat saban hari makin resah. Golongan pemerintah Najib juga pasti dapat memperhatikan ketidakpuasan rakyat negara kita yang semakin meningkat dan perjuangan yang semakin hebat. Kedua adalah faktor dalaman. Ini merujuk kepada pengaruh politik BN yang seperti kain jadi basahan dan konflik dalaman UMNO yang semakin sengit. Najib mengambil alih kuasa pemerintahan pada ketika BN kehilangan lebih daripada 1/3 kerusi parlimen dan kehilangan pemerintahan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum India) telah menolak Parti Malaysian Indian Congress (MIC) dan 'pemimpin-pemimpinnya'kerana selama ini sudi menjadi budak suruhan UMNO bagi memerintah dan memperbudak rakyat! Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Chinese Association (MCA) dan'pemimpin-pemimpinnya'juga ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum Tiong Hua)! Dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini turut menyaksikan Sarawak United People's Party (SUPP) dan 'pemimpin-pemimpinnya'mengalami nasib buruk ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya kaum Tiong Hua) di Negeri Sarawak! Oleh kerana wilayah pemerintahan telah mengecut dengan mendadak, kuasa dan kedudukan yang dikuasai juga berkurangan dengan mendadak, konflik dan perbalahan antara beberapa puak utama di dalam UMNO sudah pasti menjadi semakin hebat. Silap-silap, Najib mungkin terpaksa berundur tidak lama lagi. Walaupun tempoh rasmi pasukan pemerintahan yang diketuai oleh Najib ini masih tinggal lebih daripada setahun, dalam kesukaran luaran dan dalaman yang dihadapi sekarang, Najib ingin mengadakan pilihanraya umum seawal mungkin. Ini adalah harapan Najib. 8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya BERSIH 2.0 adalah munasabah, rasional dan sah Kini, Parlimen telah memutuskan untuk menubuhkan "Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen"yang didakwa akan melakukan "reformasi sistem pilihanraya", Najib pula tidak sabar hendak mengadakan pilihanraya umum ke-13 (kecuali DUN Sarawak). Memandangkan kerajaan BN sengaja mengabaikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya", Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, setelah mengkaji dengan teliti, telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi kempen propaganda di seluruh negara. BERSIH 2.0 berharap untuk menubuhkan Jawatankuasa yang mewakili BERSIH di setiap negeri, yang bertanggungjawab menggerakan pelbagai bentuk aktiviti propaganda, supaya rakyat semua bangsa semua lapisan dalam negeri boleh memahami dengan jelas perkara-perkara penting berikut: 1. "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang telah dikemukakan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan kerajaan BN ialah: (1) Bersihkan Senarai Undi; (2) Mereformasikan Undi Pos; (3) Gunakan Dakwat Kekal; (4) Akses Media Yang Bebas dan Adil; (5) Tempoh Kempen minima 21 hari; (6) Kukuhkan Institusi Awam; (7) Hentikan Rasuah; dan (8) Hentikan Politik Kotor. 2."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di atas dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Ia merupakan satu gabungan yang terdiri daripada 88 buah (62 buah sebelum "709",selepas itu telah meningkat kepada 88 setakat ini ) "pertubuhan bukan kerajaan" (Non-Governmental Organisations) yang sah dari segi undang-undang. Ia mewakili kepentingan dan hasrat rakyat semua bangsa dan semua lapisan, dan bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. 3."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang dikemukakan selaras dengan prinsip asas "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat" dan "Perlembagaan Persekutuan". Ia dikemukakan melalui jalan berperlembagaan yang terbuka dan aman. Ia bukan "aktiviti haram" yang dilancar dan dipimpin oleh "pertubuhan haram". Sebaliknya, ia merupakan tindakan yang munasabah, rasional dan sah dari segi undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Jangan ditipu lagi, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13" BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan berkerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip non-partisan dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya"di Bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya. Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa: Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" tercapai. Dalam kata lain, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13"adalah pendirian tegas semasa BERSIH 2.0 dan 88 NGO terhadap pilihanraya. Rakyat negara kita telah ditipu oleh Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) lebih daripada 50 tahun, kita tidak mahu diperbodohkan lagi! Rakyat negara kita tegas menuntut satu 'pilihanraya yang bersih dan adil', supaya rakyat bebas memilih wakil yang benar-benar memelihara kepentingan rakyat dan membentuk kerajaan yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat. Pendek kata, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13" juga merupakan pendirian tegas semasa rakyat semua bangsa semua lapisan negara kita terhadap pilihanraya. Ayuh, mari kita menggemblengkan tenaga! Bertindak segera! Ini satu perjuangan yang pantang patah di tengah, demi merealisasikan sasaran semasa 'pilihanraya yang bersih dan adil', iaitu "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13", habis kapak bergantilah dengan beliung. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor (Friend Of Suaram Johor) pada 4hb November 2011. FOS Johor merupakan organisasi akarumbi Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) di Negeri Johor. SUARAM merupakan salah satu pertubuhan yang membentuk gabungan BERSIH 2.0. Fang Pei Fen Johor Branch Coordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) |
Anwar ni bedai sapa pulak dah... kahkahkah... Posted: 05 Nov 2011 09:00 PM PDT Ada tunai haji di Mekah tapi amal rasuah di Malaysia (Fazallah Pit) TANGKAK: Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur. "Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah. "Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi," katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi. Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin. Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno. Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini. "Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat," katanya. Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965. Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana. |
Betoi ka Melayu dah meluat kat Umno? Posted: 05 Nov 2011 08:00 PM PDT Orang melayu menyampah dan meluat kepimpinan umno? Kalau orang Melayu mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu yang di istilahkan benci, menyampah dan meluat sudah tentu calon yang tak bersih pasti tak menang. Dalangnya yang jelas sebagai pengkhianat Negara pun boleh menang mudah dan 67 peratus rakyat Malaysia beri amanah memerintah. Jadi, menyampah dan meluat orang melayu kepada kepimpinan umno hanya kata kata yang dimanipulasikan oleh sesetengah kalangan penyokong kuat umno. Tak lebih daripada itu. Mereka bukan menyampah dan meluat sebaliknya 67 orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno miskipun pemimpin macam "dajal" dan pengkhianat Negara. Lebih lebih lagi yang mengatakan dia menyampah dan meluat itu semacam dajal juga, kerana memanipulasikan sedangkan hakikatnya tidak sedemikian. Kalau benarlah orang Melayu penyampah dan meluat dengan kepimpinan yang sedia ada mana mungkin mereka masih memberi undi kepada dajal dajal yang jelas dajalnya. Orang Melayu sudah sekian lama dibeli oleh pemimpin umno dan sebati serta tetap setia dengan umno miskipun Negara hampir hampir tergadai dek pemimpin yang penting diri sendiri. Mereka dapat saja duit RM 50.00 hilang segala dan mudah lupa akan yang menimpa kepala dengan kenaikan harga barang, terutama sekali kenaikan harga minyak yang barangkali akan naik bila bila saja. Seperkara lagi kebanyakan orang Melayu telah ditambat hatinya dengan habuan (rasuah) yang dianggap hadiah (tak salah)dari pemimpin yang memerintah. Pada hal itu adalah rasuah yang akan dibalas dengan seksaan diakhirat nanti.Ingat Allah tak mungkir janji. Dengan itulah hati mereka cinta dan sayang pada kejahatan dan benci pada kebaikan sehingga mereka menganggap yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik. Atas sebab itulah kepimpinan dajal pun boleh menang dengan mudah dalam setiap kali musim pilihanraya umum. Oleh itu menyampah dan meluat itu hanya dibibir mulut saja dihati tidak. Dapat duit hilang segala.Bagi saya umno akan memerintah selagi ada banyak duit hatta melakukan salahgunakuasa dan penyeleweangan yang bermaharajalela sepertimana laporan audit Negara itu. Orang melayu tak marah dengan laporan Audit negara yang jelas melakukan penyeleweangan suatu pengkhianatan. Cuba bayangkan binokular marin yang berharga RM1,940 di beli pada harga RM 56,350. Didapati 2,805 peratus lebih mahal. Percayalah orang Melayu tak marah pun dan tak benci pun.Jika mereka benci sudah lama umno berkubur, kerana segala yang berlaku itu adalah direstui kepimpinan umno sejak sekian lama. |
Ni betoinya sapa yang terkorban nih... haha... Posted: 05 Nov 2011 07:00 PM PDT Dana projek negeri didakwa disalur ke firma keluarga Taib Laman web Sarawak Report mendedahkan bagaimana dana bagi projek pembangunan di Kuching disalurkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menetap di luar negara. Memetik sebahagian besar maklumat boleh didapati secara umum, dakwa laman web itu, antara projek berkenaan adalah Isthmus Kuching, projek yang dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri Sarawak dengan Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikaitkan dengan keluarga Taib. Menurut laman web Isthmus Kuching, pembangunan hotel mewah dan kompleks pejabat mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.8 bilion. CMS pula dalam pengumuman kepada pemegang sahamnya berkata projek bernilai RM380 juta, akan dibangunkan secara usahasama antara anak syarikat CMS Land dengan empat syarikat lain. Syarikat berkenaan pula termasuk Premier Cottage Sdn Bhd, yang memegang kepentingan 51 peratus dalam projek itu dan lembaga pengarahnya dianggotai oleh Sean Murray, menantu warga Kanada Taib yang berkahwin dengan anaknya, Jamilah pada tahun 1987. Juga disenaraikan sebagai pengarah Cottage Premier adalah kakak ipar Taib, Gertie Chong dan anak perempuannya yang lain, Hanifah. Laman web syarikat itu melaporkan bahawa pemegang saham tunggal Cottage Premier adalah sebuah syarikat pesisir luar yang dikenali sebagai Pioneer City Enterprises. Namun laman itu tidak membekalkan profil syarikat mahupun alamat di sebalik telah dianugerahkan projek besar. Menurut Sarawak Report, Sean juga adalah pengarah bagi syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan Taib. Antara yang paling menonjol ialah Sakto Corporation di Kanada, yang dibiayai dengan pinjaman tanpa faedah daripada pemegang saham yang tidak dinamakan.- Malaysiakini |
Posted: 05 Nov 2011 05:00 PM PDT Perutusan Aidiladha 1432:Haji mampu satukan ratusan bangsa dunia ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilham. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang masih lagi mempertemukan kita dengan hari raya Aidiladha ini. Suatu perayaan dalam agama Islam yang terkenal dengan ibadah haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam. Sebahagian daripada kita ketika ini, sedang berhimpun di Padang Arafah daripada ratusan bangsa dan negara seluruh dunia, semuanya sujud kepada Allah SWT. Memberi makna yang jelas ketundukan kita kepada Pencipta iaitu Allah SWT dan melambangkan kesatuan Islam yang mampu menyatupadukan ratusan bangsa yang sangat majmuk di seluruh dunia. Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah, telah menatijahkan kemenangan besar yang Allah berikan dalam berhadapan dengan pemerintah zalim Namrud pada ketika itu. Kepatuhan dan pengorbanan dalam perjuangan, akan membuahkan pertolongan Allah yang tidak disangka- sangka dalam memberi kemenangan kepada Islam. Sekali gus memberi hasil yang baik kepada dunia yang sejahtera dan adil untuk semua termasuklah kepada masyarakat bukan Islam. Kita berharap, sambutan hari raya ini akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, dengan mematuhi perintah yang diwajibkan Nya dalam seluruh aspek kehidupan sebagai individu dan masyarakat, juga negara bagi memastikan dunia ini selamat dan diri kita juga selamat di akhirat apabila bertemu Allah SWT. Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha dengan seruan supaya kita bersama meningkatkan kepatuhan kepada perintah Allah. TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Presiden PAS |
Posted: 05 Nov 2011 03:30 PM PDT Deklarasi Keadilan & Persamaan Dlm Khutbah Haji Wada' Nabi SAW Oleh: ustaznik Hari ni Ahad, maka seluruh umat Islam sedang menyambut Eid al-Adha. Ia mengingatkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail as dan ibadah haji yang diwarisi dari Baginda dan Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah sempena ibadah haji ketika berada di Arafah, Nabi Muhammad SAW membuat beberapa deklarasi dan penegasan penting yang berkait dengan keadilan, persamaan, tanggungjawab dan hak yang menjadi antara intipati penting dalam ajaran Islam yang suci ini. Khutbah ini sangat penting kerana ia berlaku pada 9 Zulhijjah, hari Arafah dengan disertai himpunan besar para Sahabah radhiAllahu anhum yang julung-julung kali dalam ibadah hebat ini. iktibar khutbah Haji wada': 1 (4) , 2 (1), 3 (2) Di zaman jahiliyyah, darah dan harta diceroboh sewenang-wenangnya. Mereka yang kuat mengalahkan yang lemah. Mereka yang kaya menindas yang miskin. Undang-undang yang dipakai ialah undang-undang rimba. Kedatangan Islam memartabatkan manusia dengan dipelihara darah dan harta. Ia tidak boleh diceroboh dengan cara salah. Besarnya kehormatan darah dan harta dibandingkan dengan kebesaran hari Arafah, bulan Zulhijjah dan bumi Mekah. Harta dan darah menjadi antara dua perkara yang diberi keutamaan untuk dipelihara dalam kehidupan yang dipanggil maqasid syariah (tujuan syarak) iaitu memelihara agama (Islam), jiwa, akal, keturunan dan harta. Di zaman jahliliyyah juga, sistem riba menjadi asas kegiatan ekonomi masyarakat Arab, terutamanya dalam bidang perniagaan. Kedatangan Islam membuang bentuk penindasan itu, lalu diganti dengan sistem ekonomi Islam yang jauh lebih adil. al-Quran mengungkapkan "Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." Selepas hampir 1500 tahun riba dihapuskan oleh Nabi melalui sistem ekonomi Islam yang adil, manusia kembali mengamalkan riba dalam sistem kapitalis yang dominan sekarang. Istilahnya dipelbagaikan: komisen, dividen, faedah tetapi hakikatnya sistem ekonomi itu kembali kepada jahiliyyah. Kenapa berlaku demikian? Islam yang menjamin keadilan dalam sistem ekonomi itu telah di'kambus' dari menjadi sistem yang memayungi manusia. Nabi SAW mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan tipudaya syaitan, walau sekecil manapun cubaan mengganggu hati dan jiwa manusia. Jangan dipandang remeh kepada perkara yang disangka ia remeh sahaja! Syaitan berpuashati walaupun ia dituruti dalam perkara-perkara remeh dalam agama. Di antara deklarasi yang penting juga dalam khutbah haji wada' ini ialah tanggungjawab dan hak suami isteri. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri. Tanggungjawab isteri menjadi hak isteri. Isteri mesti taatkan suami. Jangan membiarkan orang lain memasuki rumah tanpa izin suami. Jangan biarkan privasi suami dicerobohi. Apabila isteri taatkan suami, suami wajib memberikan nafkah dan pakaian kepada isteri. Konsepnya ialah timbal balas. Give and take mesti ada dalam sebuah bahtera rumahtangga. Keadilan dalam rumahtangga menjamin keluarga yang baik, kemudian melahirkan masyarakat dan negara yang baik. Nabi SAW mengingatkan supaya pemimpin yang memartabatkan Kitab Allah ditaati. Justeru, pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu yang memartabatkan al-Quran cuba dijatuhkan? Keadilan dan persamaan juga diingatkan oleh Nabi terhadap hamba abdi. Dalam konteks semasa, orang gaji, pekerja juga mesti dberikan keadilan. Apa yang tuannya makan, itu juga dimakan oleh hambanya. Jangan menganggap hamba abdi itu orang suruhan yang semata-mata untuk diperah keringatnya. Orang gaji dan pekerja dibayar gaji yang adil dan berpatutan dan bukannya seperti hamba di zaman jahiliyyah. Nabi SAW menegaskan persamaan dan persaudaraan di kalangan sesama Islam. Justeru, tidak boleh dizalimi, ditindas, dicerobohi harta bendanya. Nilai persamaan itu terus dipertegaskan bahawa tiada beza di antara Arab dan bukan Arab melainkan dengan taqwa. Begitu juga keadilan dalam harta pewarisan yang telah ditentukan Allah bahagian masing-masing. Pada hari Arafah ini, Allah menurunkan ayat: "Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu." al-Ma'idah:3 Keadilan dan persamaan (dalam konteks yang mesti difahami dengan cara sebenar) dalam Islam inilah yang menjadi agenda penting perjuangan Islam yang dibawa oleh para Nabi yang diakhiri dengan Nabi SAW. Perjuangan itu jugalah yang menjadi agenda mereka yang mewarisi perjuangan Nabi SAW ini. Umat Islam diseru menghayati kandungan khutbah haji wada' Nabi SAW ini dan bersama mendokong perjuangan menegakkan keadilan sejagat dan persamaan ini sambil menyeru bukan Islam memahami perjuagan Islam ini yang meletakkan keadilan itu di tempat yang tinggi. Khutbah Haji Wada' (dengan sedikit edit): "Wahai sekalian manusia! Perhatikan baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak tahu, barangkali aku tidak akan bertemu lagi dengan kamu semua dalam keadaan seperti sekarang ini." "Wahai kaum muslimin! Ketahuilah bahawa darah (jiwa) dan harta benda kamu adalah haram (diceroboh) dan mesti dihormati bagi kamu, sebagaimana kehormatan hari ini, bulan ini, hingga tiba saat kamu pergi mengadap Allah, dan kamu pasti akan mengadapNya. Pada ketika itulah kamu dituntut untuk dipertanggungjawabkan atas segala yang telah kamu lakukan! Ya Allah… saksikanlah!" "Sesiapa yang menanggung beban amanah hendaklah ia tunaikan amanah itu kepada yang berhak menerimanya." "Semua bentuk riba dilarang. Kamu hanya berhak menerima kembali modalnya. Dengan demikian kamu tidak berlaku zalim dan tidak pula diperlakukan zalim! Allah telah menetapkan bahawa riba tidak boleh diamalkan lagi, dan riba Al-Abbas bin Abdul Mutalib sudah tidak berlaku!" "Semua tuntutan darah (pembalasan jiwa) semasa jahiliyah tidak berlaku lagi, dan tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah tuntutan darah (jiwa) Ibnu Rabi'ah bin Al-Harith bin Abdul Mutalib!" "Wahai kaum muslimin! Menukar bulan Haram (bulan suci) dengan bulan lain adalah perbuatan menambah kekufuran, dan kerana perbuatan itulah orang kafir bertambah sesat. Mereka menghalalkan perbuatan yang diharamkan dalam bulan suci pada satu tahun dan mengharamkan perbuatan yang dihalalkan (dalam bulan-bulan biasa) pada tahun yang lain dengan maksud melengkapi jumlah bulan-bulan suci yang telah ditetapkan Allah" "Wahai kaum muslimin! Masa beredar semenjak Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan menurut hitungan Allah adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci, iaitu tiga bulan berturut-turut (Zulqaedah, Zullhijjah, dan Muharram) dan bulan Rejab antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." "Wahai kaum muslimin! Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, merekapun mempunyai hak atas kamu. Hak kamu ke atas mereka adalah melarang mereka memasukkan lelaki lain yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu, dan mereka wajib menjaga diri agar jangan sampai berbuat tidak senonoh. Apabila mereka melanggarinya, Allah mengizinkan kamu berpisah tidur dengan mereka, dan kamu boleh memukul mereka sekali dengan pukulan yang tidak menimbulkan cacat badan. Jika mereka telah menghentikan perbuatan seperti itu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik. Hendaklah kamu berlaku baik terhadap isteri kamu,disebabkan mereka itu adalah golongan yang membantu kamu dan kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka sendiri. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu dengan nama Allah" "Wahai kaum muslimin! Dengar baik-baik apa yang aku katakan. Perkara itu telah aku sampaikan! Aku tinggalkan bagi kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya! Perkara itu jelas bagi kamu!" "Wahai kaum muslimin! Dengarkan dan fahamilah kata-kataku. Kamu mesti faham bahawa setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dan semua kaum muslimin adalah saudara. Tidak seorangpun dari kamu yang dihalalkan mengambil sesuatu milik saudaranya (sesama muslim) kecuali diberikan atas dasar kerelaan hatinya. Jangan sekali-kali kamu berlaku zalim terhadap diri kamu sendiri!" "Ya Allah, bukankah (semuanya) itu telah kusampaikan?!!" dengan suara gemuruh membelah angkasa, kaum muslimin menyambut: "Ya benar ya Rasulullah!". Baginda kemudian mohon disaksikan Allah:" Ya Allah, saksikanlah". |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan