Ahad, 6 November 2011

Addin

Addin


Ini Dia Senator Sampah

Posted: 06 Nov 2011 05:00 AM PST


Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.

Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel. Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.

Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13

Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi. Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri.

Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia!

Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama.

Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka.

Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian. Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja.

MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India

Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN. Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator.

Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu .

MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu.

Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka. Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik.

Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang./mc


Kakitangan Awam Akan Dapat 'Durian Runtuh' Sekiranya PR Ambil Alih Putrajaya

Posted: 06 Nov 2011 12:00 AM PDT

Sekiranya mendapat mendapat membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13, PAS hari ini menegaskan fokus utama Pakatan Rakyat ialah untuk menyelaraskan tenaga kerja kakitangan awam, mewujudkan sistem timbang-tara yang baik dan bukannya mengecilkan (downsizing) jumlah kakitangan awam. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masalah utama yang melanda kakitangan awam kini ialah ketidakselarasan tenaga kerja yang menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan kerajaan.

"Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.

PAS yakin sekiranya tugasan tersebut dapat diselaraskan, ia akan dapat mewujudkan dan meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berhujah bahawa penyelarasan tugas yang efisyen dengan sistem timbang-tara yang baik akan dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan.

"Ini bakal dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun.

Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam," tegas beliau.

Tambah beliau, PAS yakin rakyat terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN sekiranya PR mengambilalih tampuk pemerintahan nanti selepas PRU-13.

"Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat.

Pada masa itu, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. InsyaAllah," kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.

"Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara.

Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun," tegas beliau./hrkh

Tiada ulasan: