Rabu, 2 November 2011

shalehudin

shalehudin


KESIAN!! Dah nampak macam orang salah besaq pun ada... kahkahkah...

Posted: 02 Nov 2011 09:37 AM PDT

Pakaian jahiliah masuk Masjid

Posted: 02 Nov 2011 08:05 AM PDT


Pakaian Jahiliah Menyusupi Masjid

Oleh: papabran

Pakaian wanita akhir zaman ini telah lama dinodai oleh idealisma Yahudi. Bukan sahaja untuk peragaan seharian, malah telah menyusupi ke majlis-majlis Islam di dalam masjid seperti majlis pernikahan.

Sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, kita perlu tegas dalam memastikan cara pemakaian anak-anak kita dan isteri-isteri kita mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh Islam. Sebagai ibu bapa, kena pastikan pakaian yang hendak di peragakan semasa majlis pertunangan, perkahwinan atau pernikahan menutup aurat.

Kini, telah berlambak pakaian yang tak senonoh diedarkan di butik-butik perkahwinan sehigga hampir tiada pakaian yang mengikut syarak dijual di sini. Lambakan pakaian sebegini di butik-butik merupakan trend baru pakaian Umat Jahiliyah Islam di Akhir Zaman.

Rajin layan wartawan ni pun satu penyakit gak... haha...

Posted: 02 Nov 2011 03:30 AM PDT

Nasrudin Jangan Mudah Naik Angin

Oleh Mohd Sayuti Omar

DALAM mana-mana parti politik Pemuda yang dianggap sebagai sayap kanan perlu agresif, peka dan sedia mempertahankan parti. Tetapi keperluan dan fungsi ini bukan bermakna boleh digunakan dengan rakus tanpa memikirkan hikmah di sebalik tindakan itu. Dalam kata lain bangkit tanpa usul periksa.

Sesuatu itu kena ditilik dan direnung secara mendalam sebelum bertindak dan membuat ulasan atau melakukan pembelasan dan tempelakan.

Misalnya dalam mengulas kritikan atau teguran orang luar kepada parti hendaklah diteliti sejauh mana ia memberi kebaikan atau pun sebaliknya. Ada kalanya ia perlu diberi reaksi segera, ada kalanya tidak perlu langsung untuk tidak mengundang polimek yang boleh menjejaskan kredibiliti kita.

Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan memberi respons segera tanpa meneliti pandangan atau nasihat bekas Mufti Perli Asri Zainal Abidin, (foto) sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Tampak dalam kes ini Nasrudin membuat serangan balas secara membabi buta dan tidak pun melihat hikmah di sebalik nasihat Asri itu. Mungkin beliau terlebih aktif kerana menerima pancaran ajaib dari permata cincin hijaunya.

Sepatutnya Nasrudin memeriksa apakah yang dikatakan Asri sebenarnya. Apakah ia berunsur dengi khianat ataupun ada elemen keikhlasan untuk menambah baikkan sikap dan juga pembawaan pemuda di zaman Nasrudin.

Kalau Asri hanya memberi ingatan supaya Pemuda Pas tidak meniru aksi Taliban, apa salahnya. Meniru bukan bermakna menuduh. Itu nasihat dan Asri tidak pun membuat atau mencopkan Pemuda Pas sebagai Taliban. Kenapa harus dikelirukan perkataan itu yang akhirnya menyebabkan kita sebak. Sayang kerana .. mungkin ada sentimen lain nasihat Asri itu terus ditelan Nasrudin sebagai menganggap Asri menuduh Pemuda Pas Taliban. Kegaduhan inilah menimbulkan suasana tidak menyenangkan.

Bagi saya kedua pihak ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Keduanya adalah ansurullah. Nasrudin dan Pemuda Pas berhak menegur atau menghalang konsert Elton John itu kerana alasan-alasan yang diberikan. Niatnya untuk mencegah kemungkaran. Tetapi Asri juga berhak memberi nasihat dari sudut pandangannya. Teguran itu saya kira bukan untuk memburukkan pemuda Pas sebaiknya meletakkan pemuda Pas sebagai barisan yang rasional dan tidak dianggap sebagai ekstrem dalam konteks siasah ala negara ini.

Dalam konteks hari ini pemuda Pas harus bersikap terbuka (berada di luar jendela masa) atau pun mengambil tindakan ke atas sesuatu kemungkaran itu secara bijaksana kerana pemuda Pas berada dalam sistem politik yang mana ianya diramui dengan pelbagai tafsiran dan persepsi. Apakah Nasrudin ingin membawa pemuda Pas keluar dari gelang sekular yang disarung Pas kini?

Diharap lain kali Nasrudin perlu mengamati apakah maksud dan mesej apa-apa kritikan atau nasihat yang dibuat oleh sesiapa saja untuk Pemuda bagi mengelakkan berlaku perlanggaran yang tidak memberi keuntungan kepada semua pihak dari segi moral berfikir. Jangan mudah bertindak balas tanpa membuat usul periksa kelak akan menampakkan kedangkalan dan kegaduhan kita dalam bertindak. Cara itu tidak fatah - profesional.

Berlega kepala dalam media dalam hal-hal seperti itu rasanya tidak banyak memberi kebaikan. Orang tidak menganggap ianya sikap pemuda yang cekap dan komited. Orang tidak akan melihat Nasrudin kuat berpegang kepada agama, dan orang tidak akan melihat Asri seolah menyokong maksiat yang bakal dihasilakn oleh Elton John. Sebaliknya orang akan lihat ia satu kenaifan politik orang Melayu dan Islam.

Seperkara perlu dihayati oleh kedua mereka dan juga orang Islam lain yang 'ada mulut', faham atau renung apakah tujuan dan matlamat sesuatu itu dibangkit. Kadang ia sengaja dibangkit untuk menampakkan keretakan yang kemudian diharapkan perpecahan sesama sendiri (Melayu dan Islam).

Kerajinan kita memberi kenyataan dan melayani pertanyaan-pertanyaan wartawan yang sudah ada agenda tertentu juga satu bahaya. Cara itu kita mendedahkan diri kita kepada pergaduhan sesama sendiri yang dinanti oleh musuh. Perkaraan ini nampaknya sudah jadi sindrom di mana kita bergaduh dan bertelagah kerana diacah oleh pihak kita. Janganlah mudah berlaga kepala dalam media dan janganlah murah mulut dengan wartawan yang kita tidak kenali latar belakang dan misinya

http://msomelayu.blogspot.com/

Bengong sangat la kalau sapa percaya ni... kahkahkah...

Posted: 02 Nov 2011 02:30 AM PDT

BN nafi dalangi demo mat rempit bantah Lim

ADUN Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam.

Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata dakwaan oleh Lim itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (PAS-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown hari ini.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.

Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning bertuliskan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Lim berkata beliau kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".

Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.

"Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional," katanya.- Bernama

Nasib hang la Bob oiii...

Posted: 02 Nov 2011 01:30 AM PDT

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

"Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

"Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil," kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama.

Lawak betoi cermin tinted nih... haha...

Posted: 02 Nov 2011 12:30 AM PDT

Cermin Tinted

Kalau cermin asyik dipecahkan ini cara terbaik nak selesaikannya. Klik gambar baca apa yang diluahkan oleh pemilik kenderaan ini...

Penghina Islam hidup AMAN dibawah Umno...

Posted: 01 Nov 2011 11:00 PM PDT

Aziz Bari Dan Mat Sabu Diugut Bunuh, Penghina Islam Pula Bebas Berkeliaran

Apa dah jadi dengan negara kita sekarang ini? Majoriti rakyatnya dikatakan bangsa Melayu yang menganut Islam. Jabatan agama dan institusi agama bagaikan cendawan tumbuh. Masjid-masjid dibina di merata tempat begitu indah dan cantik dengan harga jutaan atau ratusan juta ringgit. Tetapi amat malang, semua ini hanyanya bagaikan hiasan atau tarikan bunga yang mekar sahaja tetapi tidak memberi sebarang faedah kepada Islam itu sendiri.

Disana sini syariat Allah dipertikaikan, dihina, dipersendakan dengan sesuka hati dan dengan sebebas-bebasnya. Yang peliknya orang bukan Islam juga boleh bebas masuk campur dalam urusan agama Islam.

Mereka boleh mengatakan apa saja tentang syariat Allah dengan tujuan untuk menghina dan memperlekehkan arahan Allah itu. Pejabat agama, ulama dan ustaz yang sering kita lihat begitu bersemangat bercakap tentang Islam dalam TV dan radio diam membisu seolah-olah takut untuk bersuara membantah kenyataan biadab dan kurang ajar itu. Ketua agama yang dikatakan begitu berkuasa ke atas agama Islam dan pejabat agama juga seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak menghiraukan penghinaan terhadap syariat Allah itu. Apa sudah jadi ni?

Dimana maruah penganut Islam. Dimana perjuangan untuk menegakan dan mempertahankan kesucian Islam? Atau hanya setakat bertempik dan berapi-api bercakap di ceramah-ceramah atau di peti TV dan radio sahaja serta di akhbar-akhbar sahaja?

Dr Aziz Bari yang cuba menasihatkan Sultan agar tindakanya tidak terkeluar dari undang-undang dan ajaran Islam dikutuk, dihina, diugut, digantung tugas dan diancam bunuh. Mat Sabu yang cuba membetulkan tentang sejarah sebenar negara juga turut diugut, dihina dan diancam bunuh. Tetapi apabila Islam dihina dan diperlekehkan, dimanakah mereka-mereka yang sibuk mengugut, menghina dan mengancam bunuh ini?

Tidak langsung kedengaran pemimpin bukan Islam yang begitu bebas menghina syariat Allah itu ditegur atau diberi amaran supaya menghentikan kenyataanya itu apatah lagi untuk dihantar peluru.

Diamanakah kedudukan Islam dalam negara kita sekarang ini? Tidak ada satu lapuran polis pun kedengaran dibuat ke atas pemimpin samada yang Islam atau bukan Islam atas tuduhan menghina syariat Allah itu. Yang kedengaran ialah berpuluh, beratus malahan beribu-ribu lapuran polis di buat ke atas Dr Aziz Bari dan Mat Sabu sehinggakan polis tidak punya kerja lain hanya untuk buka fail dan siasat lapuran yang dibuat oleh puak UMNO itu sehingga mengakibatkan penjenayah bebas melakukan jenayah, mencuri dan merompak sebab polis sibuk untuk melayan lapuran puak UMNO yang tidak punya nilai langsung untuk rakyat dan negara itu. Melainkan hanya sekadar menyusahkan dan menambah bebanan kerja polis sahaja.

PERKASA yang kononya ditubuhkan untuk mempertahankan Melayu dan Islam hanya menjadi bahan ejekan dan bahan ketawa orang ramai sahaja. Bagaiamana satu ertubuhan yang dipimpin oleh manusia yang rendah akhlak, cakapnya tidak boleh dipercayai dan kerjanya hanyalah untuk menegakan benang basah sahaja. Lihat saja siapa pemimpinya, Tun Mahathir yang terkenal menghina syariat Allah. Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Lokman Adam, Datuk Eshkay, Rahim Nor dan ramai lagi. Apakah orang sebegini yang sudah tidak diterima oleh masyarakat yang waras dan berakhlak ini yang dikatakan akan memperjuangkan orang Melayu dan Islam? Lucu..lucu! Adakah akhbar Utusan Malaysia yang isinya penuh dengan fitnah, propaganda dan berita palsu itu yang diminta orang Melayu membacanya? Ini bukan hendak menjaga Melayu tetapi hendak menghancurkan dan menyesatkan orang Melayu.

Oleh itu, bila lagi umat Islam hendak bangun untuk mempertahankan Islam dan syariatnya dari dihina dan diperlekehkan dengan bebas dan dengan sesuka hati oleh golongan penyesat ini? Sudah berpuluh tahun Islam diperlakukan sebegini tetapi sebahagian besar umat Islam masih tidur, berkhayal dan leka dengan keadaan ini. Sampai bila dan sampai bila Islam harus diperlakukan sebegini? Hingga kiamat? Bagaimana untuk kita jawab di hadapan Allah nanti? Tidak ada gunanya kita asyik berbangga dengan bertambahnya jumlah jemaah pergi haji setiap tahun, jumlah masjid yang bertambah, jumlah perserta yang menyertai Tilawatul Quran, jumlah hafiz dan hafizah yang ramai setiap tahun tetapi dalam masa yang sama jumlah penagih dadah dikalangan orang Melayu, jumlah buang bayi, jumlah peminum arak, jumlah penzina dan penjudi, jumlah perasuah, jumlah wanita Islam yang dedah aurat, bergaul bebas juga turut sama-sama bertambah dengan bebas. Tidak peliklah jika saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun berbagai musibah dan bala Allah turunkan sebagai amaran dan penghinaan terhadap manusia yang ingkar dan kufur dengan ayat-ayatnya. Bila lagi kita hendak sedar dan insaf? Wallahualam.

Hodoh orang lelaki membebel Asri oiii... haha...

Posted: 01 Nov 2011 09:00 PM PDT

Dr Maza, Gua semua takmau ikut lu...

Oleh: kazrat
Salam Palestin,

Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami menjawab secara berseloroh, tapi penuh makna bagi saya.

"Asri sedang berusaha gigih mengikis gelaran 'Wahabiyah' yang banyak membantutkan pengaruhnya daripada melebar di dalam masyarakat. Beliau tidak mahu gelaran yang menjadi bebanan itu terus menghantui usaha pemasakan pemikiran tajdidnya yang dikira terbaik untuk mengubah bangsa Melayu ke tahap memahami Islam yang lebih komprehensif dan progresif."

"Aku fikir dengan melabel pemuda PAS yang kebanyakan mereka adalah seusia dan seangkatan dengannya dalam pengajian dulu – termasuk ketua pemuda PAS – sebagai Taliban, maka masyarakat yang sering melihatnya sebagai 'keras' akan terpesona dan melihat betapa Asri telah banyak berubah dan kendur." Begitu sahabat saya itu berkonklusi.

Taliban dan Wahabi dalam masyarakat kita sering digambarkan sebagai watak-watak keras yang sukar diterima dalam masyarakat kita. Taliban dengan watak janggut panjang dan serban besarnya dan wahabi dengan watak jubah Saudianya. Kebetulan pula, ketua pemuda PAS suka berserban dan serbannya pula lebih besar daripada serban Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi. Ketalibanannya sedikit di belakang rakannya, ustaz Norazli Taliban.

Saya terkekeh-kekeh mendengar seloroh sahabat saya. "Gua tak ikut enta la," jawab saya, enggan terheret jauh kepada perkara yang saya tak fikir Dr Asri akan ke situ pula semasa memberi komen terhadap pemuda PAS.

Tetapi, ia adalah satu isu yang melanda gerakan dakwah di dalam negara kita. Satu anjakan yang menarik apabila pemikiran wasathiyah atau sederhana mula menyerap masuk ke dalam gerakan dakwah atas usaha pelbagai pihak di medan dakwah. Ia seperti menjadi perlumbaan sesama sendiri untuk menjadi juara wasathiyah, seperti telah terbina satu keyakinan bahawa wasathiyah adalah 'mazhab' Islam terbaik untuk zaman kebangkitan Islam ini. Mana-mana yang ketinggalan dan terpencil daripada perlumbaan ini, maka ia bukan pejuang Islam. Begitu dahsyatnya 'kegilaan' kepada dakwah wasathiyah yang semakin bertapak dan berjaya di timur tengah hari ini, termasuk di dalam dunia politik baru di sana.

Saya mungkin salah seorang yang dihinggapi pemikiran ini. Saya, sepertilah orang lain, peminat tegar Dr Yusuf Qaradhawi dan pemikiran wasathiyahnya. Setahun dua ini, saya tergilakan pula buku-buku Dr Muhammad 'Imarah dari Mesir. Tiga hari lepas, semasa makan tengahari bersama mantan mursyid am Ikhwan Muslimin Mesir, Syeikh Muhammad Mahdi 'Akif, saya sempat memohon pandangannya mengenai Dr Muhammad 'Imarah. Syeikh memuji melangit beliau dan menganggapnya sebagai seorang penulis Islam yang agung di negara Mesir. Saya begitu gembira kerana dengan itu, tak perlulah lagi saya risau dan terpaksa mengikis buang pemikirannya yang mula mengalir masuk ke otak hijau saya ini jika ia adalah pemikiran relatif taliban atau Wahabiah!

Dr Asri pula mestilah lebih wasathiah daripada saya. Saya hijau putih dan dia pula aneka warna dan mestilah aneka warna itu lebih menarik. Itu belum lagi dikira gelaran akademiknya, apatah pengaruhnya yang besar di dalam masyarakat. Beliau pernah suatu ketika menjadi 'Mawi' dalam dunia dakwah sebelum kini diambil alih secara lebih dahsyat oleh ikon baru anak muda, ustaz Azhar Edrus yang lebih versatil.

Ketika orang lain sudah berada di langit biru, saya baru bertatih- tatih jadi pelakon tambahan! Adduh, gua ikut enta, bro! Penangan Ahmad Idham punya 'Hantu Bonceng' telah membantu membuka pintu baru kepada gerak kerja dakwah Dewan Pemuda PAS untuk berlumba memaut anak muda kita menuju kehidupan berugama yang lebih bermakna. Ahmad Idham kini adalah kawan saya. Siapa mampu menduga kerja tuhan, bro!?

Apapun, kemabukan dakwah wasathiyah di sebalik kebaikannya, telah mencetuskan wabak baru dalam dunia dakwah iaitu keterlampauan dalam berwasathiyah. Dulu Islam Liberal adalah nama senjata baru untuk gerakan memalsukan Islam di zaman moden, tetapi kini, saya, sepertilah yang lain, mula merasai liberalisasi wasathiyah yang bahaya.

Saya namakannya, liberalisasi dakwah wasathiyah. Saya tak pasti, adakah saya akan mengulasnya nanti secara mendalam. Saya lebih suka jika Dr Asri memulakannya, kecuali ianya tidak penting di sisinya. Apalah pemuda PAS, hantu bonceng pun ambil kira!

Dr Asri, saya sering memujinya di hadapan pemuda PAS. Setengahnya sampai berkerut, mengapa saya memujinya sedangkan mereka mahu saya menghentamnya. Saya jawab, buat apa hentam orang yang bantu saya hentam umno? Tumpukan pada musuh yang pasti.

Sekadar nasihat, Dr Asri patut lebih cermat. Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam kritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, "Inilah cara Taliban berterima kasih!"

Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.

Saya belum menulis mengenai isu konsert gay antarabangsa itu. Jika sempat saya akan segera menulisnya, insya Allah. Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS!

http://nikabduh.wordpress.com"

Punca BN nakkan pilihanraya bulan ni...

Posted: 01 Nov 2011 08:00 PM PDT

BN Berdepan Kebangkitan Pelajar

Oleh Ahmad Zawawi

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada 4 Pelajar Fakulti Sains UKM adalah satu Petunjuk baru kepada masyarakat pelajar yang hak Kebebasan Bersuara adalah hak mutlak mereka sebagai rakyat Negara ini dan tidak boleh dinafikan dengan Akta-Akta sampingan seperti AUKU 1971. Ini merupakan satu Landmark Decision.

Sebagai seorang pelajar Jarak Jauh yang juga terikat dengan AUKU tersebut saya mengucapkan syabas kepada keempat-empat Wira Pelajar Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza. Anda mengubah landskap politik Malaysia.

Saya percaya bermula sekarang masyarakat pelajar merasa sangat lega dan tidak takut lagi kepada kekanggan-kekanggan yang menghantui mereka selama ini.

Bercakap mengenai PRU 13 saya percaya Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

Jika Pilihanraya Umum mahu diadakan mengikut tempoh matang besar kemungkinan student forces akan lebih besar jumlahnya dibelakang puak Reformis.

Kita semua maklum ujudnya AUKU hanyalah untuk menyekat Student Power. Ramalan popular yang Parlimen akan dibubar pada 11.11.11 mungkin menjadi kenyataan.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

Istana mana yang lebih damai...

Posted: 01 Nov 2011 07:00 PM PDT

Diantara dua istana hinggap diatas, manakah yang lebih mendamaikan jiwa penghuninya...

Pakaian jahiliah masuk Masjid

Posted: 01 Nov 2011 06:00 PM PDT

Pakaian Jahiliah Menyusupi Masjid

Oleh: papabran

Pakaian wanita akhir zaman ini telah lama dinodai oleh idealisma Yahudi. Bukan sahaja untuk peragaan seharian, malah telah menyusupi ke majlis-majlis Islam di dalam masjid seperti majlis pernikahan.

Sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, kita perlu tegas dalam memastikan cara pemakaian anak-anak kita dan isteri-isteri kita mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh Islam. Sebagai ibu bapa, kena pastikan pakaian yang hendak di peragakan semasa majlis pertunangan, perkahwinan atau pernikahan menutup aurat.

Kini, telah berlambak pakaian yang tak senonoh diedarkan di butik-butik perkahwinan sehigga hampir tiada pakaian yang mengikut syarak dijual di sini. Lambakan pakaian sebegini di butik-butik merupakan trend baru pakaian Umat Jahiliyah Islam di Akhir Zaman.

Lagi parah la kalau dok biaq kat UMNO...

Posted: 01 Nov 2011 05:00 PM PDT

Bahana tidak laksana hukum hudud

PERISTIWA kelar leher ke atas seorang bayi oleh ibunya sendiri yang di bawah umur dan masih bersekolah, di sebuah asrama di Betong, Sarawak, mendebarkan banyak pihak, kerana ia bukan sahaja leher dikelar, malah perutnya terburai dan mati di tempat kejadian.

Ini bukanlah kes pertama seumpama itu berlaku di negara ini, malah telah terdahulu beberapa kes yang mungkin setaraf dengan kejadian itu, dan mungkin ia lebih parah lagi.

Respons seorang menteri wanita agar lelaki yang hamilkan gadis sekolah itu perlu dipertanggungjawabkan dengan kejadian yang menyayat hati itu, tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian dengan mudah, kerana banyak lagi kes-kes serupa atau yang mungkin lebih dahsyat lagi menunggu.

Walaupun kita tidak mahu ia terus berlaku, undang-undang peninggalan penjajah British masih dianuti dan diamalkan, maka ia tidak dapat berbuat apaapa dalam menangani kejadian seumpama itu.

Inilah kelemahan undangundang ciptaan manusia, walau apapun namanya, sama ada fahaman atau aliran Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme, Sekularisme, Atheisme dan banyak lagi sebenarnya telah memperlihatkan kepada dunia, bahawa sistem urus tadbir negara berasaskan isme-isme tersebut tidak berjaya bertindak melakukan sesuatu yang terbaik terhadap negara, rakyat malah terhadap pemimpin negara itu sendiri.

Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan dan mungkin semua fahaman atau aliran ciptaan manusia gagal memberi keadilan dan kesaksamaan yang sepatutnya dirasai oleh rakyat di negara-negara kuasa besar seperti Amerika, Rusia, Perancis, Jerman dan lain-lain, namun apa yang dapat dilihat di negara-negara berkenaan berlaku krisis nilai akhlak dan sebagainya yang menghantui pemikiran para pemimpin, tokoh ilmuan dan rakyat biasa yang sampai hari ini masih belum menemukan Islam sebagai pegangan dan cara hidup sempurna.

Walau apapun, kejadian di Betong itu bukanlah yang pertama dan terakhir berlaku di Malaysia, dan jenayah di negara ini bukan sahaja yang berbentuk pengguguran anak kerana telah terlanjur, akan tetapi ia melibatkan jenayah kerana membunuh, merompak, berjudi, memberi dan menerima rasuah yang melibatkan golongan atasan, dan bermacam-macam lagi. Kesemua jenayah itu tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan adanya pelaksanaan undang-undang hudud yang tidak mengenal kedudukan, pangkat dan status seseorang pesalah.

Kelemahan fahaman ciptaan manusia Kapitalisme yang menjadi asas pentadbiran negara sebenarnya lebih kepada sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu yang bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk pemimpin negara atau sekumpulan individu seperti yang mengurus syarikat.

Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin secara jelas.

Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal daripada perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah Kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Sementara Komunisme pula adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan Komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia yang boleh dicapai melalui revolusi.

Sebagai ideologi politik, Komunisme dianggap sebagai satu cabang Sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian.

Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran Kapitalisme dan warisan penjajahan dan Nasionalisme.

Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja, menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis.

Sekularisme pula adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. Dalam satu segi, Sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama.

Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan. (Kosmin, Barry A. "Contemporary Secularity and Secularism." Secularism & Secularity: Contemporary International Perspectives. Ed. Barry A. Kosmin and Ariela Keysar. Hartford, CT: Institute for the Study of Secularism in Society and Culture (ISSSC), 2007.)

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan di antara kerajaan dan sebuah agama negara, menggantikan undang-undang berasaskan kitab suci al-Quran dan hukum Syariat, dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan perselisihan pada asas agama. Ini telah dikatakan untuk menambahkan demokrasi dengan melindungi hak asasi agama minoriti.

Penyelesaian dengan Syariat Islam

Syariat Islam adalah hukum dan peraturan agama Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik yang Muslim mahupun yang bukan Muslim. Selain berisi hukum seperti hudud, qisas atau takzir dan peraturan yang lain, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah kepada seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna kepada permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini dan mencari keselamatan di akhirat nanti.

Keistimewaan Hari Arafah

Posted: 01 Nov 2011 03:30 PM PDT

Oleh: tazkirah

Hari Arafah hari istimewa.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.".(HR Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.

Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)

Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah.

Allahu Akbar...

Tiada ulasan: