Rabu, 2 November 2011

Addin

Addin


Gempar!! Laman Google Translate Hina Islam

Posted: 02 Nov 2011 09:30 AM PDT

Lihat bagaimana mereka menghina kita... cara: 1) buka Google Translate; 2) pilih untuk terjemahan 'English' to 'Malay' ; 3) Sila copy semua perkataan seperti dibawah lihat terjemahannya apa yang keluar?

MYQURAN
MYquran
MYQuran
MYQUran
MYQURan
MYQURAn
mYQURAN
myQURAN
myqURAN
myquRAN
myqurAN
myquraN
MyQuRaN
mYqUrAn
myqURAN
myquRAN
myqurAN
myquraN
MYquran
MYQuran
MYQUran
MYQURan
MYQURAn

4) Cuba pilih perkataan lain.. contoh.. mySelipar / myBaju / myCar atau sebagainya... ia tak dapat diterjemahkan dari 'English' to 'Malay'. Adakah ia suatu kebetulan atau kesilapan? "Kt translation tu ada tanda rate the translation..cukup 1000 org report offensive nnt dia buang"

TOLONG RATE OFFENSIVE PERKATAAN INI!

Cara:
1) pergi ke tanda ✔ di hujung terjemahan, klik
2) menu akan terpapar. klik OFFENSIVE

Semoga usaha yg tak seberapa ini membantu menyelamatkan Islam dari terus dihina. amiin...
tolong sebarkan.

Addin :

Addin dapat maklumat ini daripada fb. Addin sendiri ada mencubanya..nyata ianya memang betul sepertimana yang di dakwa. Siasatan segera juga perlu dilakukan bagi mengelak fitnah dan penghinaan ini daripada terus berpanjangan. Tindakan tegas perlu di ambil sekira perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak admin Google.

Memalukan!! Pelancong Terperangkap Dalam Monorel

Posted: 02 Nov 2011 07:13 AM PDT

MELAKA - Sepasang suami isteri warga Britain yang menggunakan perkhidmatan Monorel Melaka untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai Melaka terpaksa turun di tengah perjalanan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, di sini, semalam. Malah, James Craft, 57 dan Anne Craft, 49, terpaksa turun daripada monorel itu menggunakan tangga apabila perkhidmatan itu terhenti tiba-tiba jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad berkata, kejadian berlaku berikutan kerosakan pam pintu monorel berkenaan. Katanya, disebabkan ciri keselamatan diguna pakai, monorel berkenaan terhenti secara automatik sekiranya pam pintu didapati longgar ketika sedang bergerak.

"Ketika kejadian, monorel itu membawa pelancong pasangan suami isteri warga Britain, James Craft dan Anne Craft dan ia terhenti apabila mengalami kerosakan pada pam di bahagian pintunya," katanya./dppkbktkatil


Punca Kerosakan Monorail Melaka
 
Pada tahun 2010 Melaka telah diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010. Pada tarikh berkenaan telah beroperasi monorel yang telah menimbulkan kontroversi dan persoalan kepada rakyat di negeri ini. Adakah monorel itu untuk orang ramai bagi tujuan memudahkan perjalanan atau sebagai industri pelancongan di Melaka semata-mata. Berikut adalah kerosakan yang dialami oleh monorel di Melaka.

Pada tarikh 20 Oktober 2010 jam 4.00 petang, monorel telah mengalami kerosakan iaitu di bahagian 'slip ring holder' telah tercabut dari kenderaan tersebut dan tindakan yang telah diambil bagi menangani masalah ini ialah dengan menggantikan 'slip ring holder' dengan yang baru pada hari yang sama iaitu 20 Oktober 2010 jam 10.00 malam.

Selang kurang daripada 48 jam dari tarikh menggantikan 'slip ring holder' itu pada 22 Oktober 2010 jam 9.30 pagi, kerosakan yang telah dikesan adalah dua batang skru telah patah dan tindakan yang telah diambil ialah menggantikan skru yang rosak itu dan pemeriksaan skru yang lain selesai dibuat pada hari yang sama iaitu jam 12.30 tengah hari.

Keesokan harinya pula iaitu pada 23 Oktober 2010 jam 10.00 pagi, kerosakan yang berlaku ialah pintu gerabak tengah tersangkut pada 'hand rail' Stesen Monorail Hang Tuah dan tindakan yang telah diambil ialah pintu gerabak siap dibaiki pada hari yang sama iaitu jam 1.00 petang.

Namun ia tidak bertahan lama apabila kerosakan lain pula dikesan jam 6.00 petang hari yang sama selepas lima jam pintu dibaiki. Kerosakan itu adalah lima batang skru tayar pula pecah. Tindakan yang telah diambil ialah kerja-kerja menggantikan tayar dengan yang baru pada hari yang sama jam 11.00 malam sehingga jam 6.00 pagi 24 Oktober 2010. Pada jam 8.00 pagi 24 Oktober 2010, pengujian monorel dijalankan.

Kurang daripada 12 jam selepas monorel diuji pada 24 Oktober 2010 iaitu jam 7.30 malam, gerabak monorel telah melanggar 'stopper' di Stesen Monorel Hang Tuah. Kerja-kerja pembaikan dilakukan dan monorel siap dibaiki serta pengujian dilakukan bagi memastikan semua sistem dalam keadaan baik selesai pada 25 Oktober 2010 jam 1.00 petang pada hari yang sama.

Kurang dari seminggu kemudian iaitu pada 30 Oktober 2010 jam 3.40 petang, dua batang skru tayar pula patah dan kerja-kerja untuk menggantikan skru tayar berkenaan siap dilaksanakan pada hari yang sama iaitu jam 8.00 malam 30 Oktober 2010.

Dua kemudian iaitu pada 2 November 2010 jam 4.00 petang, kerosakan pada 'shaft' tayar gerabak tengah telah patah. Pada jam 2.00 petang pada keesokkan harinya iaitu pada 3 November 2010, 'shaft' tayar yang baru siap diganti dengan yang baru.

Selepas enam hari kemudian iaitu pada 8 November 2010 jam 6.00 petang, kerosakan baru pula berlaku iaitu sebatang skru telah patah dan skru baru siap diganti pada hari yang sama. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem monorel termasuk pengujian dijalankan oleh pembekal daripada China pada 15 November 2010 hingga 20 Disember 2010.

Lawatan pemeriksaan bagi penambahbaikan sistem monorel Melaka oleh Jabatan Keretapi Malaysia pada 21 Disember 2010 jam 12.00 tengah hari. Monorel telah beroperasi semula pada keesokan hari iaitu pada 23 Disember 2010 selepas diperiksa oleh Jabatan Keretapi Malaysia.

Kos untuk selenggara itu berjumlah RM16juta di mana merangkumi kos untuk Engineering dan Construction. Begitu hebat dan kencang duit rakyat dibazirkan pada monorel yang rakyat kebanyakkan tidak dapat menikmatinya.

Penyelia DUN Bukit Baru
Yusof Wahab

Sah!! Rosmah Dan Anaknya Belanja Ratusan Ribu Ringgit Di Perth

Posted: 02 Nov 2011 06:50 AM PDT

Sebuah blog menyiarkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia.

Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk 'Wanita Pertama' dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu. Blog MiLo SuaM memperoleh keratan penuh laporan akhbar berkenaan bertajuk "Delegates go shopping, sightseeing", bertarikh 31 Oktober lalu.

Sebelum ini kesahihan berita The West Australian itu kononnya dipertikai kerana hanya berpandu satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan. Isnin lalu, Keadilan Daily memetik akhbar berkenaan yang melaporkan anak gadis Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat. Blogger dan peminat politik Malaysia mengaitkan wanita berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada mereka berbelanja sakan. "Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones," petik akhbar itu. Richard Muirheand, Pengarah Negeri bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM./kd

Addin :

Tabik!! Hang dapat mana Milo Suam??

Zulkifli Noordin Terkicit..

Posted: 02 Nov 2011 03:45 AM PDT

Lebih dari 1,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR.


Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.


Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut. Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak./mutaligat

Addin:

Zulkifli Noordin mungkin terkicit sebab dengar cabaran berani dari PJ Melaka, Hj. Adly Zahari.. kah..kah.. kah..


Tiada ulasan: