Jumaat, 25 November 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO Ibarat Anjing Yang Menyalak Dalam Pagar di Malam Hari

Posted: 25 Nov 2011 01:30 AM PST


Pemimpin UMNO ibarat anjing yang menyalak dalam pagar di malam hari. Kenapa? Sebab utama ialah menyalak dalam pagar kerana boleh menunjukkan mereka ganas tetapi apabila di luar pagar tidak ada pula suara yang menyalak yakni terkena atas batang hidung mereka. Kalau nak tahu ciri-ciri anjing menyalak, cuba tengok waktu siang dan malam. Waktu manakah paling banyak kekerapan anjing menyalak?
Begitu juga dengan pemimpin UMNO dalam isu berkaitan air. Isu ini bukan sahaja tertumpu sebaliknya di negeri-negeri UMNO perintah lebih teruk daripada ini.. Adakah kekotoran air tersebut akibat sisa najis lembu fidlot Shahrizat yang berharga RM250 juta menyebabkan air Kelantan jadi kotor? Atau Kelantan perlu adakondo lembu untuk menjadikan airnya bersih dengan kos RM9.8 juta?


Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat.

Contohnya bayaran pasport antarabangsa, setem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang dipungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan.

Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai? Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih PAS. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada? Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah.

Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan sama ada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990  kepada nombor enam.

Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman PAS memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi.

Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. PAS yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa  dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insya Allah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

Guna Pelali Untuk Rogol Rakan Sekerja

Posted: 24 Nov 2011 10:00 PM PST



KUCHING: Seorang wanita nekad mempertahankan kesuciannya daripada diragut walaupun dalam keadaan separuh sedar selepas disuntik ubat pelali sebanyak dua kali oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya di sebuah panggung wayang mini di Jalan Rubber di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang bertugas di sebuah stesen penyiaran di bandar raya ini bersendirian ke tempat kejadian, sebelum tangannya ditarik seorang lelaki dikenali sebaik memasuki pawagam mini itu, kira-kira jam 7.20 malam.

Menurut sumber, suspek menarik mangsa sebelum menyuntiknya dengan ubat pelali menyebabkan wanita berkenaan cuba melawan, namun tidak berdaya.

Katanya, melihat mangsa cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif apabila menggunakan kakinya untuk 'mengikat' tangan wanita berkenaan sebelum menyuntik kali kedua.

"Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun dia menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha untuk merogolnya.

"Suspek turut didakwa cuba memeluknya, namun mangsa sekali lagi melawan. Pada masa sama, mangsa beberapa kali ditolak ke atas sofa, namun cubaan suspek melakukan perbuatan keji itu gagal," katanya.

Suspek keluar dari bilik berkenaan sebelum menghantar mangsa ke pejabatnya.

Sumber berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, pada petang keesokan hari.

Susulan laporan itu, polis terus memburu dan menahan suspek berusia 28 tahun yang bekerja sebagai kerani pejabat, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama kerana cubaan merogol dan suspek direman empat hari bermula semalam.

Dendam Teman Lelaki

Posted: 24 Nov 2011 07:00 PM PST


 


PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 18 tahun melalui detik cemas apabila dia bukan saja dikurung dan diikat bekas teman lelakinya, malah turut diugut bunuh selain dicabul lelaki terbabit.

Lebih menyayat hati apabila kedua-dua tangan dan kaki remaja perempuan itu diikat serta mulutnya disumbat kain sebelum baju dan seluarnya dikerat.

Difahamkan, mangsa dikurung hampir 48 jam oleh bekas teman lelakinya yang bersenjatakan parang dalam sebuah bilik di rumah lelaki itu di Paya Jaras, di sini.

Malah, dalam tempoh itu, mangsa turut diugut untuk mengerat badan mangsa sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg sampah dan dicampak.

Bagaimanapun, penderitaannya itu berakhir apabila mangsa berjaya meleraikan ikatan dan mengirimkan SMS kepada keluarga sebelum rumah terbabit diserbu polis.

Mangsa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke wad sebelum dibenarkan pulang dan membuat laporan polis, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu siasatan lanjut dijalankan.

Diperkosa Ketika Bertuala

Posted: 24 Nov 2011 03:45 PM PST

 
AMPANG: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang 'berkemban' sebaik keluar bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.

Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.

"Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.

"Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya," katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: