Anak Sungai Derhaka |
- Wahai Samsul Iskandar.. BERSIH bukan untuk membela Anwar!
- Tipu 686 Pembeli Rumah Kos Rendah : "Mohd Yatim Dato' Abu Bakar" Bukan Kakitangan MB Selangor
- Mahkamah Philipine arah Kroni Aquino serah tanah kepada ribuan Petani..
- Air di Sabah.. sudahlah mahal, tak cukup pula..
- Azmin ikrar akan pertahankan Anwar.
- MB Johor arah pihak berkuasa halang ceramah PKR?
- Anwar terus burukkan Malaysia
- Kongres KeAdilan : Sayap Wanita, AMK mula bersidang
- Akta baru perhimpunan aman sekat rakyat berhimpun?
Wahai Samsul Iskandar.. BERSIH bukan untuk membela Anwar! Posted: 25 Nov 2011 08:11 AM PST Kata Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, AMK merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0. Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul. Hairan juga aku dengan kenyataan Ketua AMK ni.. adakah beliau tidak faham atau tidak tahu apa agenda BERSIH? Kenapa perlu digerakkan BERSIH 3.0 kalau Anwar dipenjara? Setahu aku.. tujuan BERSIH adalah untuk menuntut 8 perkara yang punya kaitan dengan Pilihanraya, BERSIH bukan digerakkan untuk menunjukkan sokongan (membodek) Anwar, tak ada kena mengena langsung BERSIH dengan Anwar tu Bro.. Lapan perkara yang menjadi tuntutan BERSIH kalau Ketua AMK tu dah lupa.. 1. Bersihkan senarai undi 2. Mereformasikan undi pos 3. Gunakan dakwat kekal 4. Masa kempen minima 21 hari 5. Akses media yang bebas dan adil 6. Kukuhkan institusi awam 7. Hentikan rasuah 8. Hentikan politik kotor Dalam lapan perkara diatas tak ada satupun agenda yang mengatakan pertahankan Anwar, jadi jelas BERSIH tiada kaitan dengan Anwar. BERSIH juga digerakkan bukan sebagai menunjukkan sokongan kepada Anwar.. BERSIH tidak menyokong Anwar tetapi Anwar yang menyokong BERSIH. Kalau Samsul Iskandar hendak juga melakukan demo demi mununjukkan sokongan padunya kepada Anwar, lakukan atas platform yang lain.. bukannya hijack program BERSIH. Tak perlu rasanya BERSIH digerakkan untuk kepentingan peribadi.. Apa yang aku nampak dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dibawah ini, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar lebih bijak dan memahami agenda BERSIH.. Lagipun… kalau setakat merancang saja.. rancanglah BERSIH 3.0, BERSIH 4.0, BERSIH5.0 sampai BERSIH1000.0 sekalipun, bila tiba masa demo tak nampak muka tak guna jugak Bro.. ************************************** AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0. Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul. NONEKatanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan. "Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat. "Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya). "Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini. NONESementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan. "Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu. Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. Malaysiakini |
Tipu 686 Pembeli Rumah Kos Rendah : "Mohd Yatim Dato' Abu Bakar" Bukan Kakitangan MB Selangor Posted: 25 Nov 2011 07:43 AM PST Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang bernama Mohd Yatim Dato' Abu Bakar bukan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor. Individu berkenaan dikatakan menipu pembeli rumah kos rendah dengan mengambil sejumlah bayaran sebagai deposit untuk memperdaya pembeli rumah di beberapa kawasan di Klang, Balakong, Selayang dan Cheras. Sehubungan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata dakwaan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang menuduh pegawai Menteri Besar terlibat dalam penipuan ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Justeru, sejak mengambil alih pentadbiran 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk memansuhkan kuota politik samada secara nyata mahupun tersirat dalam segala bentuk bantuan kepada rakyat. "Sekarang berbeza ketika pentadbiran Umno-BN terdapat kuata politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan banyak penyelewengan yang berlaku," kata Faekah yang meminta mangsa yang terpedaya membuat laporan polis dan mengesa pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini. Malah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan sebanyak empat kali berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa. Ditegaskan sekali lagi, Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Menteri Besar dan LPHS tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau individu untuk mengutip bayaran bagi mendapatkan rumah kos rendah atau perkhidmatan lain - TVS News ************************************** 686 Dakwa Ditipu Beli Rumah Kos Rendah Minta Dibela MB Selangor SHAH ALAM: Seramai 686 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah menghantar memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis menuntut supaya Menteri Besar Selangor itu membela nasib mereka. Memorandum diserahkan oleh wakil kumpulan itu Mohamed Durrany Izam, yang diiringi kira-kira 50 pembeli rumah murah berkenaan, kepada Pegawai Komunikasi Menteri Besar Selangor, Noor Amin Ahmad. Mereka mendakwa ditipu seorang individu yang mengaku sebagai pegawai khas Menteri Besar Selangor hingga membuatkan mereka membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,100 bagi pembelian rumah kos rendah di Taman Botani Klang, Taman Selayang Mulia, Taman Harmoni Balakong dan Taman Intan Cheras yang didakwa atas kuota politik oleh individu terbabit. "Kami pernah mengadu masalah kami kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan jadi kami harap Menteri Besar dapat membela nasib kami. "Kami dijanjikan oleh individu yang turut mendakwa dirinya Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Malah diberikan surat oleh LPHS dan bawa kami melihat rumah tapi akhirnya kami diperdaya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang turut bersama kumpulan itu berkata kumpulan itu juga mahukan permasalahan mereka dibawa kepada perhatian persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang berlangsung. Sementara itu, kerajaan Selangor menafikan terbabit dalam urusan jual beli rumah kos rendah seperti yang didakwa oleh kumpulan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan penjualan mana-mana rumah kos rendah kerana semua urusan dilakukan secara terus melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah. "Malah penjualan rumah murah tidak memerlukan sebarang deposit. Siasatan kami juga mendapati rumah-rumah murah yang ditawarkan kepada pembeli terbabit sebenarnya sudah ada pembeli," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan cuba membantu pembeli yang tertipu dengan menawarkan rumah murah di lokasi yang lain. - BERNAMA |
Mahkamah Philipine arah Kroni Aquino serah tanah kepada ribuan Petani.. Posted: 25 Nov 2011 06:02 AM PST Di Philipine hari ini, Mahkamah Philipine telah mengarahkan 11,115 ekar tanah milik ladang tebu kroni Aquino diserahkan kepada ribuan Petani .. aku harap perkara begini juga dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap 5000 ekar tanah yang dikurnia kepada NFC andaikata Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya… Philippine court orders Aquino kin to give up land MANILA, Philippines (AP) — The Philippine Supreme Court has ordered vast sugarcane plantation lands owned by relatives of the president to be distributed to thousands of farmers under a government land reform program. The high court — which has recently been at odds with President Benigno Aquino III — said the 11,115-acre (4,500-hectare) Hacienda Luisita in northern Tarlac province should be turned over to 6,296 farm workers. The ruling, which was made public Thursday, changes a decision last July that gave the workers the option of getting shares of stock in a corporation that runs the plantation instead of land. Left-wing peasant groups have alleged the stock-option scheme was conceived so the sprawling plantation owned by the president's relatives could evade the land reform program, which has been hampered for decades by opposition from influential landlords and a lack of government funds to buy the land from owners. The court said the government's land reform policy aims to hand control over agricultural lands to farmers. "We realize that the farm worker beneficiaries will never have control over these agricultural lands for as long as they remain as stockholders" in Hacienda Luisita Inc., where they would remain minority owners, the court said. Company lawyer and spokesman Antonio Ligon suggested that the sugar estate would likely comply with the order, which he has not yet received. "No one is above the law," Ligon told the ABS-CBN TV network. He said about 4,000 other farm workers at the estate deserved land but were excluded in the court ruling. The court also ordered Hacienda Luisita — owned mostly by Aquino's uncles, aunts and other relatives — to pay the farmers up to 1.3 billion pesos ($30 million) from past sales of plantation lands, including those that have been turned into a residential enclave and a modern highway. The decades-old plantation, which features sugar mills and farming communities, has long served as a symbol of the Aquino family's economic might. A decision by his politically influential relatives to give up the bulk of their landholdings to poor farmers has been seen as a crucial test of the president's resolve to battle crushing poverty, which has largely been blamed on Filipino farmers' lack of land in the countryside. Presidential spokesman Edwin Lacierda said Aquino divested his share of the family wealth in the hacienda a month after he won a landslide victory in last year's presidential elections on a promise to battle corruption and appalling poverty, which afflicts a third of the Philippines' 94 million people. "He has already divested, so there is nothing that will put him in a compromising position," Lacierda said in a news conference. The Supreme Court has been at loggerheads with Aquino since his administration recently defied a court order that approved former President Gloria Macapagal Arroyo's request to leave the country for medical treatment as she faced elections fraud charges. Justice and elections officials later charged Arroyo in court, which ordered her placed under arrest in a hospital, where she has sought treatment for a bone disease. The majority of the Supreme Court's 15 justices were appointed by Arroyo before she ended her stormy nine years in power in June last year. She then won a seat in the House of Representatives. Aquino refused to be sworn in as president by the current chief justice, Renato Corona, a former Arroyo chief of staff whom she appointed as head of the high tribunal shortly before she stepped down. Supreme Court spokesman Midas Marquez and Lacierda separately said the court ruling on the hacienda was not influenced by differences between the high tribunal and the president, son of late pro-democracy icon Corazon Aquino, who had called on Arroyo to resign when she was implicated in corruption and vote-rigging scandals. Arroyo has denied any wrongdoing. http://news.yahoo.com/philippine-court-orders-aquino-kin-land-092340258.html |
Air di Sabah.. sudahlah mahal, tak cukup pula.. Posted: 25 Nov 2011 02:10 AM PST Sabah, sebuah negeri yang memiliki pertumbuhan populasi tertinggi dalam negara hanya mampu membekal 75 peratus sahaja keperluan air penduduknya, demikian menurut aktivis PKR Sabah, Joseph Wilfred Lakai. "Sabah mempunyai bekalan air yang kedua terendah, hanya mampu membekal 75 peratus keperluan negeri dan kualiti diragui tetapi mengenakan tarif air yang paling tinggi dalam negara ini sehingga 90 sen setiap satu meter padu manakala pertumbuhan penduduk Sabah adalah paling tinggi iaitu 2.3 peratus. "Jumlah penduduknya melonjak seramai 530,000 atau lebih 20 peratus dalam jangka masa lima tahun daripada 2.6 juta pada tahun 2000 kepada 3.13 juta pada 2005," ujar beliau ketika dihubungi hari ini. Joseph turut mengaitkan pertumbuhan penduduk paling tinggi di negeri itu dengan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing yang dinamakan sebagai 'Projek M' yang merujuk kepada Projek Mahathir. "Sabah mempunyai bilangan terbesar pendatang tanpa izin dan mereka yang mempunyai IC tulen di bawah 'Projek M' yang dianggarkan hampir satu juta. "Pertumbuhan luar biasa penduduk Sabah jelas kelihatan pada tahun 1960, penduduk Kadazandusun berjumlah 168,000 orang, bersamaan dengan jumlah penduduk Bumiputera lain. "Pada tahun 2000, penduduk Kadazandusun Murut meningkat kepada 560,000 manakala penduduk Bumiputera lain bertambah kepada 1.1 juta," katanya lagi. "Keadaan ini menyebabkan kapasiti penggunaan air meningkat berkali ganda tetapi malangnya tidak banyak yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), baik di peringkat negeri mahupun persekutuan melainkan mengenakan tarif air yang tinggi," katanya lagi. Bekalan air paip graviti tercemar Beberapa penduduk dari beberapa kawasan di negeri itu turut memberikan reaksi sama berkaitan isu bekalan air di negeri itu. Mereka mendakwa bekalan paip air graviti yang dimulakan ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) mentadbir negeri itu pada tahun 70an dahulu masih digunakan sehingga kini dan kemungkinan membekalkan air yang tercemar. "Tempat saya bekalan air paip memang menyedihkan…. yang ada cuma paip graviti yang dipasang kerajaan PBS pada tahun 70an dan hingga sekarang tidak diselenggarakan pihak yang sepatutnya. "Orang kampung sahaja yang terpaksa kutip duit beli paip PVC untuk baiki kerosakan, sampai sudah semakin tenat. "Sekarang punca air sudah ditebas jadi kebun sawit dan menyebabkan air bertambah kotor, keruh, kadang-kadang berpasir atau ada tanah dan mungkin mengandungi baja dan racun rumput," beritahu Joseph Gasis. Ben James, 20an, pula memberitahu masalah air yang dihadapi rakyat Sabah sudah terlalu lama berlarutan dan masih gagal diselesaikan oleh kerajaan. "Sebelum saya lahir lagi sampai sekarang masalah bekalan air bersih tidak ada kesudahan, macam dahulu jugak. Sama dengan Jalan Ulu Kukut, Kudat-Kota Belud, semakin hari semakin meluat sama janji-janji kerajaan persekutuan," kata beliau. Awang Sarip pula mengingatkan BN akan berhadapan dengan kemarahan rakyat dalam pilihan raya akan datang memandangkan masalah yang sama terus berlarutan. "BN akan berhadapan dengan protes rakyat Sabah dalam pilihan raya nanti sebab masih gagal memberi kemudahan paling asas kepada rakyat walaupun dah memerintah negeri ini bukan baru dua tiga tahun tapi dah berpuluh tahun," ujar beliau. Adun DAP bangkit isu sama Sebelum ini, dalam isu yang sama ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2012 Selasa lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjung, Jimmy Wong dari DAP turut membangkitkan isu bekalan air di negeri itu. Menurut beliau, Audit Air 2008 telah menunjukkan kualiti dan bekalan air di negeri ini tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri. "Penduduk berhak untuk mendapatkan air bersih. Kualiti air mentah agak buruk. Loji-loji rawatan air Sabah tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan berkelayakan. "Pemfloridaan tidak mencukupi. Pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang. "Tidak ada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan dan semua ini adalah komen dalam Audit Air 2008. "Tetapi di sebalik semua ini, Sabah merupakan antara negeri yang mengenakan tarif air yang tertinggi dalam negara ini," ujar beliau. Beliau turut memberikan contoh Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang dianggapnya terbaik dengan berusaha menghalang tarif air dinaikan oleh syarikat konsesi negeri terbabit dan turut membekalkan air percuma 20 meter padu kepada rakyatnya. Free Malaysia Today |
Azmin ikrar akan pertahankan Anwar. Posted: 24 Nov 2011 11:17 PM PST Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu. Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar. "Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim. "Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini. Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat." "Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu? "Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah. "Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno. "Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi. Tatakelola tidak disiplin Azmin turut menyentuh mengenai "tatakelola yang tidak disiplin dan amanah" pentadbiran BN yang menurutnya telah menyebabkan rakyat berdepan dengan hutang negara melebihi RM1 trilion, termasuk hutang isi rumah. "Jumlah ini mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Inilah hasil daripada pengurusan ekonomi Umno yang cuai, tidak cekap serta ketirisan," tambahnya. PKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. "Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya. Namun, agenda reformasi yang dibawa PKR masih terhalang dengan "politik perkauman sempit" yang dibawa Umno, kata Azmin lagi. "Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah. "Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan," katanya. Malaysiakini |
MB Johor arah pihak berkuasa halang ceramah PKR? Posted: 24 Nov 2011 08:44 PM PST SKUDAI 25 NOV : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mendakwa terdapat cubaan untuk menggagalkan semua program ceramah penerangan isu semasa di Johor sepanjang Kongres PKR ke-8 berlangsung. Azmin berkata sumber parti mendapat tahu yang Menteri Besar Tan Sri Abdul Ghani Othman mengarahkan semua pegawai kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan polis di Johor untuk mengambil tindakan tegas termasuk merampas peralatan ceramah dan menafikan semua permohonan permit. Menurut Azmin, PKR merancang mengadakan 20 ceramah sepanjang tiga hari Kongres PKR yang bermula hari ini. "Saya mendapat maklum-balas bahawa semua ceramah PKR yang diatur di 14 cabang seluruh negeri Johor telahpun diganggu oleh pihak berkuasa. "Saya mendapat maklum-balas bahawa Menteri Besar sendiri telah memanggil semua pegawai dari pihak berkuasa tempatan untuk tidak membenarkan sebarang ruang kepada PKR untuk menganjurkan ceramah pada malam ini," kata Azmin di satu sidang akhbar seusai ucapan perasmian Kongres. Sebelum ini, TV Selangor melaporkan satu tinjauan yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat berleluasa di kalangan pengundi muda dan golongan berpendapatan sederhana. Dua kategori ini membentuk undi penentu di semua bandar-bandar utama seluruh negara, khususnya di bandaraya majmuk seperti Johor Bahru. Azmin menegaskan kegelisahan Tan Sri Abdul Ghani Othman ini membuktikan Johor bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. "Ini membuktikan bahawa mereka dalam keadaan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat mendapat maklumat daripada PKR melalui ceramah-ceramah ini. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik," kata Azmin. "Kita perlu mempelbagaikan pendekatan kita, tidak semestinya melalui ceramah, tetapi bergerak dari rumah ke rumah, kita edar risalah di tempat awam dan bertemu rakyat dengan pelbagai cara," tambahnya. Mengulas lanjut, Azmin berkata gangguan dan halangan yang diletakkan menyerupai simtom-simton akhir rejim Barisan Nasional Selangor sebelum ia tumbang dalam Pilihanraya Umum 2008. "Negeri Selangor pernah menjadi kubu-kuat Umno suatu ketika dahulu. Tetapi apabila kefahaman diberikan, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan ini juga boleh berlaku di negeri Johor dalam pilihanraya akan datang," kata beliau. Ditanya mengenai pembahagian kerusi di Johor, Azmin melahirkan keyakinan perkara itu akan dapat disepakati sebelum hujung tahun ini. "Perbincangan ketiga (berkenaan pembahagian kerusi) akan berlangsung pada minggu depan pada hari Rabu (30 November). Setakat ini kemajuan perbincangan cukup positif. Kerusi-kerusi yang bertindih cukup kecil di kalangan Pakatan Rakyat," TVS News |
Posted: 24 Nov 2011 07:57 PM PST Setelah isu Air di Kelantan dimainkan hampir satu minggu berturut-turut dengan berbagai kisah tentang masaalah air di Kelantan yang kelihatan gagal memperbodohkan rakyat Kelantan (baca di SINI), Lidah Rasmi UMNO kembali menghalakan serangannya terhadap DS Anwar Ibrahim. Aku yakin isu yang dimulakan oleh Utusan ini akan disambung pula oleh TV3 dalam Buletin Utama malam ini. Kemudiannya pula katak-katak terutamanya si Zul Nordin dan Zahrain yang telah melompat keluar dari PKR akan di tanyakan pendapat mereka pula dan peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk menghentam Anwar. Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim pula akan berkata "bukankah saya suda berkata pemimpin-pemimpin pembangkang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini, sebab itulah pasukan Malaysia diberikan layanan buruk pada Sukan SEA ke-26 lalu. – sepenuhnya sila baca di SINI PERKASA akan mengadakan siri demonstrasi mengutuk Anwar Ibrahim, dan dalam setiap ceramah yang dihadiri oleh Anwar provokasi atau bantahan akan dilakukan oleh ahli-ahli PERKASA.. Pasti akan ada pula sekumpulan manusia yang diupah RM50 dan sehelai 'T'Shirt akan mengadakan demonstrasi di Masjid-masjid mendesak kerakyatan Anwar dilucut kerana tidak patriotik.. Laporan Polis pula akan mula dibuat oleh NGOk-NGOk yang bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan… Polis dengan segera akan menyiasat.. Tujuan utamanya selain dari memperbodohkan orang-orang yang tak punya capaian internet ialah untuk memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Anwar.. bukankah hari itu Survey dah kata Anwar tak popular jika dibandingkan dengan Najib (baca di SINI), kenapa masih takut? ********************************** Anwar terus burukkan Malaysia KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan. Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar. Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif. ''Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan. ''Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),'' katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu. Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini. Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. ''Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,'' katanya. Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis. Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang. Lidah Rasmi UMNO |
Kongres KeAdilan : Sayap Wanita, AMK mula bersidang Posted: 24 Nov 2011 07:15 PM PST JOHOR BAHRU 25 Nov: Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-8 bermula pagi ini di Pulai Spring Resorts, dekat sini. Dengan tema 'Demi Rakyat', seramai 2,534 perwakilan dan 1,055 pemerhati dijangka berkampung di sini untuk berkongres selama tiga hari sehingga Ahad ini, 27 November. Perwakilan-perwakilan mula membanjiri resort seawal jam 8.30 pagi tadi. Jelas kelihatan di wajah masing-masing keghairahan untuk berkongres dan bertemu rakan seperjuangan dari seluruh negara. Kelibat pimpinan utama yang hadir awal ke khemah sarapan pagi perwakilan juga mencuri tumpuan perwakilan. Antara yang kelihatan adalah Naib Presiden, Fuziah Salleh; Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin. Hari pertama Kongres hari ini menyaksikan sayap Wanita dan AMK mula bersidang sebelum Kongres Nasional bermula esok. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kongres Wanita dan AMK. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said juga dijangka mendeklamasikan sajak beliau bagi memeriahkan kongres ini. Kongres KEADILAN Nasional Tahunan Wanita dan AMK kini secara rasminya bermula. http://www.keadilandaily.com/?p=23411 |
Akta baru perhimpunan aman sekat rakyat berhimpun? Posted: 24 Nov 2011 05:49 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan Putrajaya untuk mengehadkan pergerakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) menegaskan peruntukan dalam undang-undang perhimpuan aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk perikatan itu terus memberi penjelasan kepada rakyat. "Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Anwar juga berkata Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk Proklamasi Darurat 1966 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak, Proklamasi Darurat 1969 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan Proklamasi Darurat 1977 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan. "Kita gembira kerana Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011. "Tambahan lagi, pendirian Perdana Menteri diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan Parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat 'pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan'," katanya lagi. Kata beliau, pun begitu, "kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi." Jelas Anwar, pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekali gus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. "Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini," kata Ketua Pembangkang ini. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan