Senyum Tangis Sendu |
Mamat Ni Mahu Jadi MB Kelantan Posted: 09 Nov 2011 07:30 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)." Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut. "Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB. "Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau. Mustapa (gambar) yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu. Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN. Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS. Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz. Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu. Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21. Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. |
Muhyiddin Akui Dipinggir Oleh Ahli UMNO Posted: 09 Nov 2011 05:59 PM PST Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah - Muhd Lukhman Ghani mendakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno. Muhd Lukhman yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga kelima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. "Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya dipetik Harakahdaily. Akhbar rasmi PAS itu juga memetik Muhd Lukhman berkata tindakan meminggirkan Muhyiddin boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro- BN sendiri. Dua hari lalu, beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar. Antara mereka termasuk Razaleigh, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam. Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi. Harakahdaily juga memetik Muhd Lukhman yang juga ahli majlis tertinggi Amanah berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua, adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Rais. "Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang. "Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno. "(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya dipetik portal itu lagi. Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Razaleigh, Muhd Lukhman berkata ruang bersuara mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan