Khamis, 10 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lembu Shahrizat lebih mahal dari lembu Wagyu..

Posted: 10 Nov 2011 08:31 AM PST



Aku rasa kurang tepatlah kenyataan Sandra Rajoo dari badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) ni.. katanya"Daging lembu NFC ini, ironinya dinamakan 'Gemas Gold' bernilai pada harga RM184 sekilogram, lembu-lembu NFC adalah kononnya dalam kelas daging lembu Wagyu yang menjadi legenda dan amat diminati ramai.


"Daging lembu NFC ini, ironinya dinamakan 'Gemas Gold' bernilai pada harga RM184 sekilogram, lembu-lembu NFC adalah kononnya dalam kelas daging lembu Wagyu yang menjadi legenda dan amat diminati ramai.

"Seekor lembu Wagyu boleh dijual antara RM30,000 hingga RM60,000. Lembu 'Gemas Gold' berdasarkan wang yang dibelanja itu pula bernilai RM55,000 seekor pada 31 Julai," kata Sandra - Malaysiakini

Kurang tepat pasal lembu Wagyu diternak diladang-ladang biasa, sesiapa saja boleh melawatnya dan bersalin juga diladang tempatnya dipelihara..

Lembu dari Pusat 'Feed The Lord' Negara dipelihara di ladang yang amat luas. Nisbah bagi seekor lembu dengan setiap ekar tanah ialah 1:5 iaitu seekor lembu bagi setiap ekar tanah.

Lembu dari Pusat 'Feed The Lord' Negara dipelihara di ladang yang dikawal rapi.. walaupun Menteri kata sesiapapun boleh melawatinya namun bukannya semua contohnya rombongan dari KeAdilan yang tidak dibenarkan masuk hari itu..

Lembu dari Pusat 'Feed The Lord' Negara juga diberikan keistimewaan apabila ianya hendak bersalin dimana lembu-lembu yang hendak bersalin itu akan dihantar ke kondominium yang telah dibeli dengan harga RM9,758,140.00.

Berbagai kemudahan disediakan di Kondominium yang luasnya mencecah 10,000 kaki persegi itu antaranya swimming pools, sauna, sun deck, function room, gym, dance studio, tennis courts, squash courts, barbecue area, children's play area dan juga clubhouse – korang lihatlah di (SINI)

Jadi… sudah tentulah daging dari Lembu dari Pusat 'Feed The Lord' Negara lebih baik dan lebih mahal dari daging lembu jenis Wagyu tu kan?????

*******************

Kenyataan dari REFSA

NFC's 'Gemas Gold' is as expensive as Wagyu beef
Published: November 9, 2011

Many Malaysians love beef. But inadequate supplies and high prices of imported beef have been the bane of the man in the street.

So, Malaysian beefeaters were very hopeful when the government boldly announced the National Feedlot Centre (NFC) cattle-rearing project in 2008. This joint venture between the Negeri Sembilan state government and the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry to produce beef locally and cut down on imports was touted as a High Impact Project under the Ninth Malaysia Plan.

With the very bullish vision of "attaining 40% self sufficiency for beef production by 2010," producing 8,000 heads of cattle in 2010 was the grand target. So, the project got a big kick-off with RM74 million and 5,000 acres of land in Gemas.

8,000 cattle would be expected to generate plenty of smelly mess; and we would have been only too pleased if that were the case. Alas, the recent Auditor-General's Report revealed that the stink was generated by 2-legged bipeds with opposable thumbs, not by 4-legged bovines.

RM182 million had been channelled into NFC as of 31 July 2011 to implement this project. Mismanagement, inefficiency and incompetence culminated in a measly total of 3,289 cattle roaming a badly-kept farm overgrown with prickly shrubs.

The NFC beef is ironically called 'Gemas Gold.' Working out at RM184 per kilogram, the bulls from NFC don't quite cost as much as gold bullion (not yet, anyway), but they are certainly in the realm of the legendary Wagyu beef favoured by connoisseurs. Wagyu cattle carcasses go for between RM30,000 to RM60,000 each. 'Gemas Gold' cattle cost RM55,000 per head as of 31 July.

Now here's the rub. The National Feedlot Centre is linked to somebody in the government. Thanks to the revelations of the Auditor-General, the red flags are out on the family of Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Shahrizat. The minister's husband Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail and their children are involved in the management, or mismanagement, of NFC.

NFC has quite clearly failed in its so-called 'noble' aim to develop a "fully integrated livestock farming and beef production facility that manages the import of livestock, feedlotting, slaughtering, processing, packing and marketing of beef in Malaysia" as stated in its website. Also, its stated mission "to lead the industry in a manner that fosters excellence and integrity" now sounds like utter bull.

For the amount poured in, NFC could have supplied wagyu beef with its "trademark marbling and tenderness." The NFC beef surely does not exhibit this fine quality but its cost of production exceeds that of wagyu. The bottom line is, we are paying super premium prices for purely run-of-the mill local beef.

Sadly, throwing good money after bad describes the way things are done in government. Where NFC is concerned, we suspect more money will be bulldozed through to revitalise this failed cattle-rearing project.

NFC is a 'High Impact' project alright. High in its impact on taxpayers. We get a strong feeling of déjà vu every time the Auditor-General's report is issued. We wonder at the wastage and inefficiency that exemplify government initiatives year after year. The careless way money is spent is appalling.

Dare we hope that NFC be the bulwark of the new Malaysia? That the perpetrators who generated so much red ink and so little fodder be brought to account? PEMANDU says that the government will pursue an agenda of "… reduction of leakages of funds allocated for national development and operational expenditure as well as ensuring transparency in the awarding of contracts…?"

Did the government not make the clarion call for an "institutional framework for detecting, prosecuting and punishing offenders…" for abusing power and public funds? Will it take the bull by the horns? Will there be any action taken for this bungling and blatant lack of transparency, or are the words so smugly displayed on the PEMANDU website merely rhetorical? Only with transparency and accountability can Malaysia develop.


Sandra Rajoo, Contributing Editor
REFSA – Research for Social Advancement

DAP mahu kurangkan Kakitangan Awam? Propaganda Bodoh Utusan dan UMNO tu...

Posted: 10 Nov 2011 07:22 AM PST



Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia dan juak-juaknya seperti biasa terus-menerus mengamalkan fitnah dan dasar propaganda songsang serta tidak beretika dalam mempersenda dan mengelirukan agenda politik Pakatan Rakyat, khususnya DAP.


Kerja silap mata Utusan kali ini ialah dengan menggunakan kakitangan awam sebagai perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotornya, tidak kira sama ada direstui oleh UMNO dan Barisan Nasional, atau tidak.

Propaganda murahan Utusan UMNO

Sejak beberapa hari lalu, organ parti UMNO itu melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.

Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dibuat oleh DAP itu, kecuali jika dibaca bahawa majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan jelas – jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Sama ada munasabah atau tidak – seperti fitnah Utusan kononnya DAP yang mana majoriti ahlinya adalah kaum Cina yang berkepercayaan Buddhisme dan Taoisme dituduh mahu menubuhkan Negara Kristian – Utusan tidak peduli itu semua.

Asalkan mereka sangka emosi orang Melayu boleh dibangkitkan untuk membenci DAP, mereka akan melakukan apa sahaja kerana matlamat telah menghalalkan cara Utusan.

Dakwaan-dakwaan akhbar kawalan UMNO-BN ini begitu licik sekali, mereka masih merasakan bahawa masyarakat Melayu masih bodoh, dungu, bebal seperti tuan-tuan politik mereka.

Bagi rakyat termasuk kakitangan awam yang mempercayai bulat-bulat dakwaan Utusan UMNO ini, sewajarnya mereka bertenang, duduk sebentar dan gunakanlah otak yang Tuhan kurniakan untuk setiap hambanya. Otak orang Melayu tidak banyak bezanya dengan otak bangsa-bangsa lain di dunia.

Apa yang sebenarnya diperkatakan

Apa yang dipetik oleh Utusan tentang 'kenyataan' Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tentang saiz perkhidmatan awam adalah sebenarnya adalah pandangan yang dikemukakan dalam dialog mengenai Bajet 2012 anjuran Pemuda DAP Johor di Johor Baru pada 31 Oktober lalu.

Dalam penjelasannya sewaktu dialog itu, Pua menyatakan bahawa dasar kerajaan pada pertengahan 1980-an sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada sekitar 800,000 kepada 500,000. Yang dilakukannya ialah memperkenalkan dasar pengswastaan.

Mungkin Utusan lupa bahawa ia adalah antara akhbar yang ghairah menyokong Dr Mahathir sehingga mencanangkan bahawa pengswastaan itu baik untuk rakyat, khususnya orang Melayu. Utusan tidak pula menuduh usaha Mahathir sebagai "tak berasas", "tak rasional" dan "mempunyai agenda politik" sebagaimana yang dilontarkan kepada DAP sekarang.

Pua menjelaskan lagi bahawa walau pun Mahathir yang membawa usaha mengempiskan saiz perkhidmatan awam, di hujung era pemerintahannya jumlah kakitangan awam terus meningkat sehingga menjadi lebih 1 juta orang.

Apa masalahnya bila kakitangan awam terlalu ramai? Seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan fasis yang menentang sistem pasaran, kerajaan terpaksa menyediakan semua pekerjaan dalam sektor awam kerana tiada banyak ruang untuk pihak swasta bergerak bebas.

Apabila saiz perkhidmatan awam terlalu besar, perbelanjaan mengurus melambung naik. Tidak ada cara lain kecuali dengan menaikkan cukai, sama ada cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perkhidmatan telefon prabayar, perkhidmatan telefon bimbit, perkhidmatan TV satelit dan sebagainya untuk "menyara" perkhidmatan awam.

Itulah yang Pua maksudkan dalam penjelasannya. Malah tiada apa yang baru dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu selain menyebut semula apa yang Mahathir usahakan (walau pun tidak dilaksanakan sepenuhnya) sepanjang era kebangkitan ekonomi Malaysia pada awal 1990-an.

Jika Utusan tidak melihat apa-apa cacat-cela usaha Mahathir, mengapa DAP pula menjadi sasaran kerana menyuarakan perkara yang sama? Tidak lain dan tidak bukan kerana kaca mata Utusan hanya nampak warna kulit, kaum, ras dan bangsa.

Taktik yang mengandaikan orang Melayu itu dungu

Utusan yang beroperasi sebagai penyebar fitnah mahu menakutkan orang Melayu walau pun menyedari hakikat DAP dengan sedikit kekuatan politik yang ada tidak akan mampu menubuhkan kerajaan.

Jika benarlah menerusi pilihan raya, DAP boleh menang 100 peratus sekali pun, parti ini tidak akan menjadi parti yang dominan seperti UMNO dalam BN. Malah semua orang tahu DAP tidak mungkin berpeluang bertanding lebih dari 50 kerusi Parlimen – mengikut formula Pakatan yang ada setakat ini – daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ada di Malaysia.

Maksudnya kalau DAP menang semua kerusi Parlimen pun, ia hanya menguasai lebih sedikit daripada 20 peratus jumlah kerusi Dewan Rakyat. Adakah Utusan cuba mengajar ilmu matematik baru kepada orang Melayu bahawa siapa yang mendapat 20 peratus akan lebih berkuasa daripada mereka yang mendapat lebih dari itu?

Dasar DAP bukanlah dasar perkauman seperti UMNO, MCA atau MIC. Justeru, bagi parti berbilang kaum ini, ia tidak akan mampu mewujudkan kuasa majoriti yang berasaskan sesuatu kaum. Amalan ini juga menjadi dasar Pakatan Rakyat, iaitu perkongsian kuasa.

Dengan itu, DAP tidak mampu bertanding di semua kawasan majoriti orang Melayu terutamanya di peringkat Parlimen. Ini juga cerminan realiti politik Malaysia.

Semua orang juga tahu adalah mustahil DAP dapat mentadbir berseorangan dalam kerajaan hingga mampu menghakis kuasa politik orang Melayu. Yang benar-benar mampu menghakis kuasa Melayu ialah pimpinan Melayu yang benar-benar mempunyai kuasa tetapi khianat kepada amanah orang Melayu.

Hakikatnya, bukan DAP atau Gerakan, PPP, MCA, MIC, PBB, PBS, PBRS, SPDP, LDP, UPKO yang mampu atau boleh menghakis "hak" Melayu.

Jadi di mana punca kuasanya hingga ada dakwaan mengatakan, jika DAP menang mereka akan melupus kuasa politik bangsa Melayu? Di mana?

Jika kita nak memutarbelitkan kenyataan atau fakta sekalipun, biarlah ada lojiknya. "..Jangan hentam keromo..takut-takut nak tarik ular lidi tertarik naga"! Bak kata M.Nasir dalam karyanya.

Utusan-UMNO menolak lojik

Kini jelas bahawa DAP tidak akan mampu menguasai politik tanah air, ia tidak akan mampu berbuat sama sekali, sekali pun jika ada segelintir pemimpin DAP mahukannya.

Inilah budaya DAP, rasional dan waras dalam memahami demografi politik Malaysia. Peranan DAP sangat jelas iaitu berkolaborasi dengan PAS dan PKR dalam mewujudkan demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Itu sahaja.

Mungkin selepas ini juak-juak Utusan UMNO akan menjolok pula isu seperti "kalau dah tau tak boleh menguasai politik dan jadi pemerintah, mengapa pula nak bertanding". Jika inilah ungkapan mereka, kita akan beri jawapan yang paling manis untuk Utusan-UMNO, "biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…biarkan".

Jika sudah jelas bahawa penguasaan politik Melayu tidak akan mampu dihakis oleh DAP, sama jugalah halnya dengan dakwaan DAP mahu 'menendang' keluar kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu.

Ini tidak akan terjadi sama sekali kerana faktor yang sama. Malah menurut pandangan Prof. Dr Aziz Bari, beliau dengan jelas mengatakan bahawa kakitangan awam ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Mana mungkin ada kuasa yang sewenang-wenangnya mengubah Perlembagaan. Namun, semua pandangan ini terus diputar belitkan oleh Utusan-UMNO.

Belajarlah memahami demokrasi

Pada asalnya, hujah tentang mutu perkhidmatan awam yang dibahaskan hanyalah soal dasar dalam aspek pembangunan kualiti perkhidmatan awam, baik sumber manusianya, latihan dan amalan budaya kerja dalam perkhidmatan tersebut.

Perbincangan seperti ini sudah semestinya akan wujud perbezaan pendapat, perbezaan kaedah dan pendekatan. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Inilah asas yang menyuburkan dan menghidupkan amalan demokrasi.

Semua dasar dan perancangan harus didebat, dibincang dari pelbagai aspek. Fikir dan berhujahlah atas dasar menghidupkan demokrasi dan menyubur intelek.

Utusan menyimpang jauh dari pokok asal perbincangan tentang perbahasan untuk meningkatkan mutu kakitangan awam, sebaliknya menukar isu pokok menjadi isu sentimen bangsa. Selepas ini, tidak mustahil ia akan berjangkit menjadi isu kuasa ummah dan daulah Islam, dan segala macam isu yang bukan-bukan lagi.

Bagi Utusan-UMNO, dalam hal seperti ini, apa yang penting propaganda mereka sampai kepada pengundi.

Ingin sekali kita beritahu bahawa jika selepas ini UMNO terus berkuasa dengan "nasihat" dan "tunjuk ajar" Utusan, Malaysia akan jatuh merudum. Masa itu kita semua sebagai rakyat yang akan menanggungnya.


Roketkini.com

Scandal Fidlot : KeAdilan ada bukti, Shahrizat boleh saman bila-bila masa– Rafizi

Posted: 10 Nov 2011 05:56 AM PST

KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.

"Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,"


"Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.

Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.

Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.

Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.

"Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya," kata beliau.

Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.

"Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan," katanya.

Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.

Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas."

"Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?," Soalnya.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=22819

Penjelasan kenapa Najib selesai Haji awal oleh Jamil Khir..

Posted: 10 Nov 2011 03:42 AM PST



Kata Jamil Khir "Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.


Cuba korang baca betul-betul apa yang Najib tulis dalam Twitter nya itu.. Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

Apa yang korang faham?

Sudah tentu korang akan faham bahawa Najib kata dia dan Rosmah telah selesai mengerjakan Haji kerana Najib tulis "Alhamdulillah urusan Haji kami telah selesai"..

Adakah Jamil Khir mengatakan Najib sendiri tidak faham apa yang ditulis atau dilakukannya itu?

Cuba baca apa penjelasan (baca putar belit) Jamil Khir dibawah..


*******************

Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib 'Selesai Haji'

SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau. - BERNAMA

Scandal Fidlot : NGO buat laporan SPRM

Posted: 10 Nov 2011 02:57 AM PST



SHAH ALAM 10 Nov: Sebuah NGO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana RM250 juta oleh Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di pejabat SPRM Selangor.

Mereka mendesak SPRM menyiasat lima pemimpin tertinggi Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berbohong di dewan rakyat dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta itu.

Selain itu Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana memutarbelit isu itu di parlimen serta Shahrizat sendiri yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarganya dalam skandal itu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Fariz berkata, SPRM juga perlu menyiasat segera dakwaan penyelewengan oleh NFC membeli kondominium mewah menggunakan wang rakyat berjumlah RM9.8 juta.

"Kondominium mewah itu dibeli keluarga Sharizat menggunakan wang dari dana yang diberi kerajaan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)," kata nya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Ia susulan pendedahan KEADILAN hari ini terhadap bukti pembelian itu yang diperoleh melalui empat traksaksi pindahan wang dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada Disember 2009.

Menurut Fariz, ia jelas merupakan pecah amanah, selain empat transaksi itu hanya dibuat dalam masa sehari dengan jumlah keseluruhan pembayaran sebanyak RM9,758,140.

"Dengan bukti empat transaksi ini membuktikan kenyataan pemimpin Umno semasa di dewan rakyat sebelum ini kononnya baki 250 juta sebelum ini belum diserahkan kepada NFC adalah bohong," katanya.

Beliau turut membidas kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana memutarbelitkan isu itu di parlimen.

"Dakwaan menteri dan Khairy kononnya setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat adalah bohong.

"Kalau betul adanya pantauan ketat, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindah begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu," katanya.

Oleh itu, beliau mendesak SPRM bertindak segera dengan menyiasat, mengheret dan mendakwa lima pemimpin tertinggi Umno ke muka pengadilan selain turut mendesak Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara itu.


http://www.keadilandaily.com/?p=22825

Scandal Fidlot : Adakah Lembu akan tinggal di Kondominium ini? (Gambar)

Posted: 09 Nov 2011 11:25 PM PST



Pada 2 Disember 2009, Pusat Fidlot (Feed The Lord) Kebangsaan (NFC) telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH dan JUMLAH (RM)

1~2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2~2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
3~2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
4~2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00




Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.




Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai "hutang" National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009 - sila baca di (SINI)



One Menerung, Bangsar

One Menerung is a new luxury condominium in Bangsar. The first thought that comes to Bangsar was its fully developed area with almost no space areas to spare for another high rise or two. But despite of the fill-ups, Bandar Raya Development (BRDB) have managed to get an 8-acre land to build one of the most luxurious and impressive condominiums in the area.

One Menerung is surrounded by 70s and 80s landed residential, including bungalows and huge double storey links, and its almost S-shaped building fits beautifully among them. This prominent building has gained favors from most investors and buyers with tons of great reviews to go along with it. There is already a sum on how to describe One Menerung – great location, beautiful scenery, awesome architecture and interior designing.




Facilities wise, there are swimming pools, sauna, sun deck, function room, gym, dance studio, tennis courts, squash courts, barbecue area, children's play area and other amenities, all mostly on the ground floor. Block D, E and F with the pool and clubhouse in the foreground. Fully and exclusively finished with hardly any flaws, the units as said earlier are super large with prices that tallies well with what the buyer get.

Each units are entitled with 3 parking spaces and larger units are given a few more parking bays to suit their size. It was said that One Menerung has some cross marketing deal with Bangsar Shopping Centre (BSC), the currently expanded iconic landmark of Bangsar. That is good to hear, with combination like that, it will boost up the visibility of One Menerung at the same time, the patrons of BSC are mostly the target markets One Menerung are looking for â€" foreigners.

Property Details

•Name: One Menerung
•Address: Jalan Menerung, Bangsar, Kuala Lumpur (behind Bangsar Shopping Complex)
•Developer: BRDB
•Completion Date: End 2009
•Type: Condominium
•Tenure: Freehold
•No. of Blocks: 6
•No. of Units: 229
•Built-up: 3,013 – 10,291 sf
•Maintenance Fee: RM0.35 – RM0.45 psf
•Launch Price: RM650 psf
•Subsale Price: 1,000 psf



Persoalannya disini ialah kenapakah Kondomonium yang mewah dan berkeluasan 3,013 – 10,291 kaki persegi ini dibeli menggunakan dana yang diperuntukkan untuk Pusat Fidlot (Feed The Lord) Kebangsaan?

Adakah Kondominium yang berkeluasan 3,013 – 10,291 kaki persegi ini dibeli sebagai tempat tinggal lembu oleh Pusat Fidlot (Feed The Lord) Kebangsaan?

Adakah masih tidak cukup lagi tanah seluas 5,000 ekar yang diperuntukkan untuk projek ini?


Gambar-gambar datangnya dari Rafizi Ramli

PANAS!! Keluarga Shahrizat guna RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Beli Kondo Mewah!!

Posted: 09 Nov 2011 08:35 PM PST



Percayakah anda jika diberitahu bahawa sebuah keluarga di Malaysia, yang menggembala Lembu mampu hidup dan memiliki sebuah kondominium mewah yang nilainya RM9,758,140.00?


Percayakah anda jika diberitahu jumlah RM9,758,140.00 itu diselesaikan dengan empat kali bayaran bukannya dalam masa satu tahun tetapi empat kali bayaran dalam masa satu hari!!

Itulah yang dilakukan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang menguasai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)..

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


******************

Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Membeli Kondominium Mewah 'One Menerung'

Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, KEADILAN pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.

Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH dan JUMLAH (RM)


2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00

Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.

Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai "hutang" National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC. Ia adalah perlakuan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar. Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas.

Oleh itu, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

KEADILAN percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku. Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat dengan diketuai oleh Saudara Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada jam 1130 pagi ini.

Laporan ini wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pimpinan-pimpinan utama ke dalam skandal ini, iaitu:

~Perdana Menteri (yang berbohong kepada Dewan Rakyat);

~Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta);

~Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (yang berbohong dan memberi kenyataan salah di Dewan Rakyat);

~Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarga beliau yang mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan); dan

~Ketua Pemuda Umno/YB Rembau (yang cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah)

KEADILAN juga menyeru agar Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


10 NOVEMBER 2011

Muhyiddin tak sedar diri?

Posted: 09 Nov 2011 06:40 PM PST



Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah - Muhd Lukhman Ghani mendakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno.


Muhd Lukhman yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga kelima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya dipetik Harakahdaily.

Akhbar rasmi PAS itu juga memetik Muhd Lukhman berkata tindakan meminggirkan Muhyiddin boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro- BN sendiri.

Dua hari lalu, beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Antara mereka termasuk Razaleigh, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi.

Harakahdaily juga memetik Muhd Lukhman yang juga ahli majlis tertinggi Amanah berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua, adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya dipetik portal itu lagi.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Razaleigh, Muhd Lukhman berkata ruang bersuara mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.


Malaysiakini

Tiada ulasan: