Roslan SMS Corner |
Posted: 05 Nov 2011 04:08 PM PDT Korban membawa maksud menghampir atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dillakukan demi mendekatkan diri dengan Allah swt. Sempena Hari Raya Eidul Adha ini kita diunjurkan untuk berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu samada lembu atau kambing kerana bertaqarub atau mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw bersabda nataranya: Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan (Tarmidizi) Hai Fatimah berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pegampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu Allah swt berfirman; Sesungguhnya Kami telah member engkau (wahai Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhan) (al Kauthar 1-2) Sesungguhnya dalam menempuh Hari Raya Korban ini kita jangan hanya terlibat mengorbankan atau membantu mengorbankan haiwan ternak semata-mata.. Itu sudah kewajaran. Lebih dari itu sepatutnya adalah menghayati falsafah dan mesej korban itu dalam hidup dan jiwa kita seharian. Korbankan lah ego kita niscaya kita lebih dekat dengan Tuhan. Jangan bongkak, sombong dan membesar diri. Kita sahaja yang betul dan bijak yang lain tidak. Korbankan sifat suka memburukkan orang lain, mencari kesalah orang lain, menjatuhkan orang lain. Kita anggap diri kita bagaikan malaikat sedangkan orang lain semua sebaliknya. Kadangkala kita tidak sedar atau terlalu seronok dan khayal dengan pencapaian atau kedudukan kita. Mentang-mentang kita duduk dalam rumah kaca orang lain kita pandang kecil dan remeh, Kita lupa jika yang di luar melontar kita dengan batu akhirnya terkorban rumah kaca kita itu. Seorang yang bijak pernah mengingatkan saya jangan sampai kita terlalu bangga dan besar diri merempuh dan menempuh apa sahaja di hadapan tidak sedar di sana ada tembuk besar tetiba terhantuk kepala kita, ahhhh baru tersedar rupanya ada tembuk batu! Kita mungkin mampu ambil satu bahagian dalam ibadat korban pagi ini atau mungkin juga seekor atau lebih haiwan ternak, tetapi mampukah kita korbankan sifat dan perangai di atas yang sedia selesa bertapak di hati kita? Selamat Hari Raya Eidul Adha semoga korban kali ini benar-benar bermakna buat kita dunia dan akhirat. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan