Pahang Daily Online |
Zaid Ibrahim: Parti KITA Akan Letak Ramai Calon Pada PRU-13 Kerana Mahu Jadi Parti Pemerintah! Posted: 06 Nov 2011 01:03 AM PDT Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi. "Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya baru-baru ini. Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan Kita sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. "Kita bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah. "Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya parti Kita sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid. Beliau berkata ini kerana pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana punyai agenda serta prinsip perjuangan berbeza. |
Pahang Daily Online Melancarkan Ruangan Khas Suara Rakyat, Luahkan Apa Jua Masalah Di Sini ! Posted: 05 Nov 2011 10:13 AM PDT PDO dengan bangganya melancarkan ruangan baru iaitu SUARA RAKYAT, bagi memudahkan pembaca setia kami meluahkan segala yang terbuku dihati anda tentang apa jua masalah semasa dan isu-isu rakyat di kawasan anda. Komen yang dihantar tidak akan disunting bagi membolehkan ia difahami oleh pihak yang berkenaan. Komen yang dihantar perlulah disertakan dengan nama samaran, lokasi, email dan nombor telefon (dirahsia) untuk dihubungi sekiranya perlu atau ada pihak yang ingin membantu. Segala komentar yang berbaur hasutan, hinaan, perkauman dan sebagainya tidak akan dilayan. Kami membuka ruangan ini kepada semua pihak tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Mungkin dengan cara ini, suara rakyat lebih mudah didengar ke pihak atasan. Sila hantarkan masalah dan komen anda DI SINI untuk disiarkan. Kecewa Salah Laku Double Standard Exco Pahang "Minta di siasat dan dedahkan salah laku barisan pimpinan kerajaan umno/bn di pahang dari barisan tertiggi exco yg mengamalkan sikap double standart dan sistem melobi bagi meraih kelulusan kontrak kerja/tender dan sistem kronilisme". Dr.Poorluly, Kuantan. Kecewa Kawasan Najib Di Chini Pekan Tiada Bank "bosan dengan agenda najib,bila nak majukan chini seperti tempat lain,malu aje,tempat tak ada bank,kemudahan lain masih kurang". Cici, Chini Parlimen Pekan Siasat Penyelewengan Projek Empangan Ulu Cereh "Saya mencadangkan PDO dapat menyiasat Empangan Ulu Cereh di Sungai Lembing. Projek JBA yang telah jelaskan bayaran pada kontraktor. Apa yang saya tahu, CCC telah di keluar kan oleh pihak konsultan. Dari segi kualiti....( very bad ) Yang pelik nye M & E belum siap sepenuh tapi CCC telah keluar". Nua, Kuantan Kecewa Saman Parking MPK Waktu Tengah Malam "Saya cukup kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan mengenakan saman parking pada jam 12.00 malam. Ini tidak masuk akal dan nampak sangat MPK nak cari untung dengan mendera rakyat. Harap dapat siasat dan dedahkan kes ini", Tabib Din, Kuantan. Kecewa Isu Perkhidmatan Bas Bandar Di Kuantan "Ramai lepasan ijazah,diploma akan berkeputusan kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor yang mana sistem pengangkutan memuaskan dan tidak membebankan. Kami mempunyai hutang pinjaman pendidikan yang banyak perlu dilangsaikan, maka, permulaan kerja pasti tidak mempunyai kenderaan. Pihak kerajaan daerah Kuantan harus menitik beratkan tentang sistem pengangkutan yang merupakan titik tolak permulaan dalam melangkah ke arah kemajuan bandar yang memudahkan rakyat ke bandar dan ke tempat pusat perniagaan yang dibina agar ekonomi bandar meningkat. Pusat perniagaan di bandar Indera Mahkota akan lebih maju jika bas lalu ke sana dan rakyat dapat ke sana dengan tidak membebankan. Menyedihkan apabila sistem pangangkutan di bandar Kuantan tak memuaskan. Perkhidmatan bas awam yang hanya 1 jam sekali dan tak merangkumi semua jalan. Banyak kedai baru yang dibina tetapi tidak menjadi laluan bas. Hanya orang yang mempunyai pengangkutan sahaja mampu pergi ke kawasan perniagaan yang baru buka itu. Terus terang saya katakan Kuantan sama taraf dengan Mersing sahaja". Ila, Kuantan. Malu Pusat Maksiat Bersepah Di Bandar Kuantan "Kuantan Terkenal dengan jolokan bandar dalam taman bandar palma. Memang elok dan indah sekali. Namun mengapa ada banyak perkara haram mungkar masih terpelihara rapi dan utuh dalam bandar kuantan. Sebagai umat islam saya dan kita semua amat malu pada org cina india kerana apa yang hebat meneguk arak secara terbuka di jalan wong ah jang pusat dangdut adalah melayu islam.Apakah JAIP tiada kuasa untuk buat kerja atau takut ada kuasa besar yang menghalalkan perlakuan meneguk air syaitan. Ada lagi hal persundalan pelacur mak nyah yang secara terbuka semua depan mata kita. Adakah kita sekarang telah kembali ke zaman jahiliah semua orang tak mampu berbuat cuma lihat. Anak muda kita berpacaran merata rata. Di rumah sewa di celah batu pusat peranginan. Mungkin JAIP tidak cukup kakitangan untuk pantau dan bertindak". Kamarul, Kuantan. Saff HTAA Kesal Kelewatan Bayar Kenaikan Gaji "Saya sebagai wakil kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ingin menyuarakan ketidakpuashati di atas kelewatan pembayaran kenaikan gaji tahunan seperti termaktub.Contoh bagi kakitangan kenaikan gaji bulan januari sehingga julai masih belum menikmati kenaikan.Apakah masalah dan situasi sebenar pengurusan htaa bukan tahun ini malah dari dulu hingga kini isu kenaikan gaji tahunan ini membelenggu bagai demam tidak kebah.Siapakah yang mampu mengubati penyakit ini adakah menteri kesihatan atau ketua pengarah kesihatan atau pengarah kesihatan negeri pahang. Alih alih kami yang mengadu ini juga yang salah dan dituduh kurang ajar tak pandai berbudi bahasa menulis surat layang dan sebagainya. Ternyata penyelia-penyelia yang bertanggungjawab melenting bila membaca berita ini.Siapa ini yang bertanggungjawab memalukan jabatan konon. Sebenarnya kami dah puas mengadu hal kat pejabat pentadbiran jawabannya sabar tunggu kami semua sibuk biasalah semua orang lambat naik gaji. kenapa tempat lain isu ini jarang berlaku". Doktor Tak Pakar, HTAA Kuantan Kecewa Selalu Banjir Kilat Di Jalan Wong Ah Jang "Hujan 30 minit tanpa henti dan lebat lorong mat kilau, wong ah jang, jalan makbar sudah banjir berkilat. Apa sudah jadi. Longkang cantik dan dalam. Tapi mana air mau pergi. itu air pusing pusing dalam itu loangkang saja.saya sudah pening la orang buat longkang utk alirkan air ke sungai tapi longkang disini cuma utk tampung air dan jadikan kolam kilat percuma untuk kami penduduk disini.Sama ada MPK JKR atau siapa jua yang berkuasa dalam hal ini. Jangan segan dan silu untuk selesaikan jangan tunggu sampai dunia kiamat.jurutera longkang mungkin atasi masalah ini biar satu hari nanti hujan turun saja air masuk longkang mengalir laju macam dlm bilik air kita tu tak bertakungkan laju je air berlari...". Sulaiman, Kuantan. Masalah Air Di Jengka Masih Hantui Penduduk "Masalah air di kawasan jengka sentiasa tidak terjawab sehingga sekarang.... ketiadaan bekalan air pada waktu puncak / kenduri atau apa2 kerja yang memerlukan pengunaan air amat menyusahkan / menyesakkan para penguna di kawasan penempatan.... sedih sekali sekali saya balik ke kampung melihat masalah ini tidak terbela / terbendung... apakah sebabnya masalah ini tidak dapat diselesaikan sekian lama oleh pihak berwajib... sedangkan negara menuju ke arah negara maju.... masalah air pun tidak dapat diselesaikan????". Koko, Jengka Kecewa Sikap MPK Menangani Isu Saman Parking "Hari2 MPK saman sampai ke malam..tp arini dtg la ke Tempat parking MPK Lrg Tun Ismail 10..MPK siap bagi orang sewa utk buat pameran lagi.pastu kalau org ramai letak kenderaan merata2.balaci MPK saman,apa kejadah nya ni???bodoh ke bangang punya kerja nih???". Zeck, Kuantan. Kecewa Kereta Parking Sesuka Hati Dekat Beserah "Harap dapat penguatkuat MPK pantau jalan masuk ke Taman Beserah Jaya melalui klinik Badaruddin. Jalan selalu di penuhi olih kereta kiri dan kanan bahu jalan dekat kedai makan bersebelahan klinik". Malaiwong, Kuantan. Baiki Longkang Tersumbat Di Jalan Wong Ah Jang "Masalah Longkang tidak mengalir dan nyamuk di jalan wong ah jang (belakang GoodYear). Ini bukan masalah baru sampai bila mahu selesai. Bila air bertakung nyamuk membiak. Penyelasaiannya ialah jadikan longkang itu tempat air mengalir bukan tempat takungan air.Nyamuk terlalu banyak terutama kawasan gelap dalam rumah.Bukan tidak pernah ada kes denggi malah tiap2 bulan ada yang kena denggi. Sekali ada kes masa tu lah pejabat kesihatan datang buat semburan ubat nyamuk tapi yang pelik nyamuk makin ramai bukan pupus selepas kena semburan. Harap YB kawasan ini tinjau macammana nak alirkan air dalam longkang tu agar tidak bertakung lagi.Sekian terima kasih", Rahman, Wong Ah Jang Pemimpin Mereka Yang Salah Bukan Ahli UMNO Wanita Takut Kelibat Lelaki Di Syaki Perompak "Rumah sy didatngi 5 org lelaki menaiki kereta Gen-2 silver, pd pukul 11.40mlm berlegar2 di hadapan rumah (Chegar Medang).. kali ke-4, mereka menghentikan kenderaan lulu dtg 2 org lelaki dr kereta dan menanye ttg dimane adenye rumah kosong tok org bujang. sy agak ketakutan, kerane, mengapa MALAM BARU HENDAK MENCARI RUMAH, NAMPAK KE..?? lalu sy berkate sy tidak tahu, lalu pure2 memanggil suami seperti ada dirumah (sedang bekerja saat kejadian), mereka berlalu pergi.. sy agak ketakutan, kerane hanya sy dan baby sj d rumah, suami kerja di JABATAN VETERINAR PAHANG. tolonglah saya.. kerane, isnin lepas ad seorang lelaki meminta sy membuka pagar tok mebenarkannya masuk ke rumah bg melihat keselamatan gas dapur dirumah, sy tidak membenarkan. sy meminta name syarikat dan no pendaftaran agar sy dan suami akan pergi sendri. lalu die beredar tanpa berkate ap2.. setiap kejadian y berlaku, suami sedang berkerja, harap aduan sy ini didengarkan kerane sekitar ini baru sahaja terjadi kejadian rompakkan kedai". Mamadarweersy, Bentong Kecewa Maksiat Pelajar Kolej Di Indera Mahkota "Kesal dgn pelajar ipts di indera mahkota: a)perhubungan lelaki&perempuan melebihi batasan. b)cara barpakaian yg menjolok mata. c)kerap membuat PROJEK di rumah sewa berdekatan. d)tidak menghormati org tua yg tinggal di kawasan berdekatan". Ahmed, Kuantan. JAIP Di Minta Pantau Rumah Jadi Pusat Maksiat "salam.. bole x, mtk tlg JAIP bentong wt rondaan di No.104 kg. Chegar medang bentong pahang..?? di rumah tuh, hanye tinggal nenek, wanita umor 4+ dan 3org anak perempuan dan ag sorang belajr di KL, si ebu menggalakkan anak tok bercinte pd usia mude, malah si ebu membenarkan anak perempuan y bru brusia 15thn dan 13 thn membawa lelaki y bkan mahram masuk kedalam rumah.. manekala si ibu tidor diluar, dan anak membawa lelaki amsuk tido didalm bilik, kejadian ini menjadi saksi saudare mare, sudah di beritahu kepada ayahnye, tetapi ayah nye tidak percaya, malah menuduh org membuat fitnah.. sedang kan gambar juge sudah disimpan sebagai bukti anak membuat maksiat didalm rumah, si nenek tidak berdaye, dgn penglihatan y x jelas dan pendengaran y kurang, jd ini adalah kesempatan. tujuan aduan ini adalah untuk mencegah kejadian anak luar nikah dan zina dr berlaku. masing takut membuat aduan kepada jabatan agama bentong ini kerana, ayah nye seorang panas baran. jd harap aduan ini di ambil tindakkn". Moji2, Bentong Medan Selera Taman Sepakat Masih Tiada Tandas "Assalamualaikum wbt..!!.Mohon pihak berwajib turun padang dan lihat sendiri betapa perit dan malunya, bila melihat pelanggan tempatan dan pelancung datang ke Medan Selera Taman Sepakat yang makanannya disitu memang menyelerakan tatapi bayangkan bila saja nak terkencing dan ter..xxxxx (tak sedap sebut...) kemana nak pergi....? TANDASNYA TAK ADA..dengar kata dah 8 tahun keujudan tempat makan yang indah khabar dari rupa...Siapalah yang sepatutnya dipertanggungjawab...MPK atau KERAJAAN NEGERI...JANGAN NANTI BILA KARAM SINGH DATANG BUAT PANTUN...kelam kabut bagai kapal nak karam...kesihanilah kami sebagai pengunjung setia di situ....Katanya ada Hari Mesra Pelanggan pagi jumaat ni....8.30 pagi hingga 11.pagi...". Cucupak Uda, Kuantan. Ahli Parlimen Indera Mahkota Sila Turun Padang "Salam, kepada YB Azan...kenapa masih belum turun kawasan lgi jumpa pengundi..nak tunggu pilihanraya ker?..dari IM15 and IM14..sekian". Abg John, Kuantan. Kecewa Bau Busuk Dari Pusat Perlupusan Sampah "Masaalah penduduk dikawasan Balok,sekitar Aspa Cottage dan Gebeng adalah bau busuk dari tempat pelupusan sampah berdekatan. Bertahun tahun kami menghidu racun ini setiap malam. Cadangan supaya satu tempat pendalaman yang jauh diguna untuk pelupusan sampah secara "landfill" ini. Atau tidakkah mahu mengunakan cara moden yang lebih efektif untuk melupuskan sampah? cara "landfill" ni dah tak boleh pakai lagi". Rahim, Kuantan. Masalah Penempatan Guru Dari Luar Ke Kelantan "Minta tolong pantau tentang masalah penempatan guru-guru dari luar negeri ke negeri kelantan. Masalahnya ada guru yang berkhidmat diluar negeri dapat pindah ke negeri kelantan, walaupun tempoh perkhidmatan mereka TIDAK SAMPAI / KURANG DARI 3 TAHUN. 2. Apakah tindakkan TATATERTIB boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan JABATAN PELAJARAN NEGERI yang meluluskan pertukaran tersebut SERTA yang menerima pertukaran tersebut?. Sekian terima kasih..". Suhaimi, Kelantan. Kerajaan Di Minta Pantau Caj Insuran Kenderaan "Caj perkhidmatan Insuran kenderaan yang tinggi. Bagi rakyat yang bekerja sendiri atau golongan sederhana peningkatan kos insuran kenderaan yang mendadak tinggi ini memberi kesan kos hidup rakyat.Jalan mudah golongan ini tidak memperbaharui cukai jalan atau melewat-lewatkan bayaran kerana kenaikan kos insuran.Adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk kaji kenaikan kos insuran kenderaan bermotor ini. Pihak Sykt Insuran mengaut keuntungan dari rakyat yang terpaksa menggunakan perkhidmatannya dengan caj yang tinggi. Tetapi caj ini berbaloi jika Sykt insuran kembalikan semula wang rakyat yang menggunakan perkhimatannya contohnya 25 peratus bagi kenderaan yang tidak terlibat dalam kemalangan atau tiada tuntutan insuran kemalangan selama 5 tahun.Ini adalah cadangan semoga rakyat lebih berdisiplin dijalan raya dapat menjadi pemandu yang baik". Nasir, Terengganu. Isu Kereta Lama, Kerajaan Perlulah Bersikap Adil "Difahamkan sekarang ini kereta persendirian yang berusia lebih 15 tahun perlu membuat pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu, memanglah kereta lama ada masalah serba sedikit, kalau tak lulus Puspakom jangan haraplah dapat renew Road-tax. Nampak gayanya ramai lah orang yang berpendapatan rendah seperti saya makin susah. Saya pun tak ingin pakai kereta lama kalau saya senang. Tapi ini sajalah yang saya mampu pakai. Nampak gayanya kerajaan cuba untuk memberi bisnes kepada towkey-towkey yang dah sedia kaya sampai begitu sekalikan. Kita ni dah susah disusahkan lagi, nampaknya slogan 'Rakyat didahulukan" cerita dongeng ajelah... Next term ..pikirlah sendiri sapa nak di pangkah.. TQ". Ahmad Nurdin, Maran JPA Di Gesa Beri Perhatian Kepada Jawatan N41 Di Paksa Letak Jawatan Gara-Gara Masuk Islam
"A'salam Saya seorang Mualaf yang baru memeluk agama islam pada bulan march tahun ini, say hendak tahu apa masalah Baitulmal sebab semasa saya menghadiri krusus Fardu ain yang di anjurkan oleh Jawi saya telah berkenalan dengan ramai sedara baru dan saya telah di lantik mengjadi ketua semasa krusus itu. Masalahnya sekarang ada berberapa sahabat kita menjumpa saya setelah habis krusus sehingga sekarang, kesianya mereka ia lah apabila syarikat tempat mereka kerja tahu yang sahabat kita memeluk islam terus di arah meletak jawatan. dan sekarang sedihnya kerja takde, tempat tinggal tak berbayar. minta bantuan baitulmal tak dapat macam macam alasan di beri termasuk Jawi. sahabat kita ni untuk dapat sesuap nasi pun kena pergi ke jawi. jadi apa fungsi Baitulmal dan apa jadi dengan zakat yang di beri oleh umat islam malaysia. ni Pm kita adakan peruntukan lagi buat apa kalau tak tolong sedara baru kita. rasa rasa saya duit tu untuk bayar gaji orang dalalm dan buat projek aje kot.". Ariff Low, Kuala Lumpur Jabatan Agama Di Gesa Pantau Melayu Beli Ekor [Paparan diruangan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Kepada pihak yang ingin memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan bolehlah melaporkannya di ruangan yang disediakan dibawah ini, atau email terus kepada kami pahangdaily@yahoo.com. Pihak yang mengadu juga boleh memaklumkan kepada kami sekiranya kes berkenaan telah diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan untuk diwar-warkan pada ruangan ini. Semoga dengan adanya ruangan ini akan memudahkan rakyat Pahang dan Malaysia amnya menyalurkan aduan masing-masing secara online di sini, Terima kasih atas sokongan semua, semoga Pahang Daily Online akan menjadi portal rakyat yang digemari oleh semua pihak hendaknya, Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Salam perjuangan untuk semua]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan