Roslan SMS Corner |
Jangan punahkan budaya, bangsa dan agama Posted: 02 Nov 2011 06:12 AM PDT Kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak untuk bebas dari sebarang diskriminasi, gangguan dan keganasan berkaitan amalan seksnya dan identity gender. Kami percaya bahawa adalah hak kita masing-masing untuk memiliki tubuh kita masing-masing. Kami percaya bahawa setiap orang berhak kepada kebebasan dalam kebebasan dalam amalan kaih sayang memilih samada menjadi gay, lesbian, seks dua jenis, ......... Demikian terjemahan dari petikan dari laman seksualiti meredeka. Sebuah badan yang bersungguh mahu menganjurkan sebuah festival Seksualiti Merdeka 2011 bertemakan "Queer without fear" dari 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, KL yang dijadual diresmikan oleh Datuk S Ambiga pada 9 November jam 8 malam. Sudahkah kita bersedia meloloskan segala pegangan dan amalan serta kepercayaan kita selama ini semata-mata atas nama hak dan kebebsan? Demi mengejar kemajuan dan kebebasan serta menjuarai keadilan sudahkah kita bersedia melewati batasan yang selama ini kita pelihara dan pertahankan? Setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum atau kepercayaan saya yakin tidak menerima nilai Barat yang menghalakan amalan songsang yang jelas bertentangan dengan budaya Timur dan amalan kepercayaan kita masing-masing. Kita akur ada segelintir kecil dikalangan kita yang punya naluri dan pembawaan yang berbeza, kekadang semulajadi ada juga yang sengaja didorong nafsu, apa pun yang jelas iaya tidak pernah diterima sebagai satu budaya yang boleh di halalkan dan diberi pengiktirafan sebagai sesuatu yang biasa. Saya secara peribadi menyokong sebarang perjuangan menuntut kebebasan dan keadilan dalam kerangka amalan demokrasi yang kita anuti, namun saya sedar di sana tiada yang mutlak dan terbuka berterus-terusan. Kepercayaan, amalan dan adat mengatur hidup kita dengan peraturan demi menyusun hidup yang selamat dan bertamaddun. Kiranya semua ini tidak lagi penting atas nama kebebsan maka punah ranahlah budaya, bangsa dan paling berbahaya agama, terlacur atas nama perjuangan kebebsan yang mutlak tanpa ada batasan. |
Katakan tidak pada Seksualiti Merdeka Posted: 02 Nov 2011 02:03 AM PDT Seksualiti Merdeka sebagaimana boleh dibaca di laman webnya http://www.seksualitimerdeka.org/ adalah suatu perkembangan yang perlu kita beri perhatian dan peka terhadapnya. Sebagaimana dituntut: Democracy belongs to all. Let's demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let's be queer without fear. Inilah cabaran zaman kini yang sebelum ini tidak pernah terlintas di benak pemikiran kita. Kalau sekadar tuintutan terhadap kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara, itu sesuatu yang lazim sejak sebelum Merdeka, tetapi kebebasan dan hak untuk menjadi gay dan lesbian serta mengamalkan cara hidup songsang adalah sesuatu yang diluar adat dan budaya apalagi agama dan kepercayaan kita. Memang kita sedar ada dalam masyarakat hari ini mereka yang mengamalkan gaya hidup demikian samada secara terang-terangan atau bersembunyi walaubagaimanapun memberi kebebsan bagi mereka menuntut agar diizinkan cara hidup sedemikian adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita. Di sinilah tahap toleransi kita diuji. Kalau mahu jadi liberal dan bebas mutlak ayuh kita sokong dan songsangkan terus apa yang kita amalkan selama ini, pergi jahanam dengan anutan, budaya, adat dan apa sahaja. Tetapi kalaulah ada sekelumit kesedaran dan keinsafan bangkit dan katakan tidak kepada "Seksualiti Merdeka"!
|
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan