Ahad, 20 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


War of words show Umno is badly in disarray

Posted: 20 Nov 2011 08:51 PM PST

War of words show Umno is badly in disarray The prelude to the 13th General Election is clearly in full force as Umno gathers itself to hold its General Assembly in early December - seen as the final flag off for nationwide polls.
And one can bet the Umno assembly will be of torrid interest to all Malaysians, especially for the majority who are without physical access to the meeting. For the past 54 years, it is the Umno delegates attending the assembly who get to decide who will be the prime minister of Malaysia - with impunity.
By convention, the Umno president also becomes the prime minister of Malaysia and this is why the party has so fiercely fought off a two-party system, trying all ways and means to kill off the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Pembohongan isu RM600 juta tanggungjawab PM

Posted: 20 Nov 2011 08:50 PM PST

"Selain maklumat yang diperolehi dari seorang ketua Umno bahagian bahawa setiap Umno Bahagian akan mendapat RM3 juta, Perdana Menteri selaku Presiden Umno sendiri mengumumkan 13 November lalu mengenai peruntukan sebanyak RM600 juta yang akan diuruskan oleh ketua-ketua bahagian Umno itu pada dalam pertemuan 'pre-council' di ibu pejabat Umno.

"Tetapi, apabila saya membangkitkan pertanyaan dalam Dewan Rakyat mengenai perkara itu, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa wang itu akan dibahagikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan tidak ada faktor yang disebut tentang ketua-ketua bahagian," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.Read More / Baca Lagi >>

Kenapa menyusahkan guru, ibu bapa hanya RM100?

Posted: 20 Nov 2011 08:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov: "Kalau pun hendak pancing undi janganlah menyusahkan  ibu bapa dan guru ketika memberi wang RM100 kepada setiap pelajar," ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, pada mulanya  janji Datuk Seri Najib Tun Razak wang itu akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi apa yang terjadi pihak sekolah terpaksa diiringi  oleh polis ketika mengambil wang di bank.
Justeru, beliau mempersoalkan apa jaminan keselamatan, terhadap wang yang hendak diagihkan kepada pelajar-pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Muak dengan politik durjana Umno

Posted: 20 Nov 2011 08:43 PM PST

Baru-baru ini seorang penganalisis politik dalam sebuah akhbar harian Inggeris telah menulis bahawa pengaruh PAS telah jatuh menjunam disebabkan oleh persahabatan PAS dengan DAP.
Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang dangkal kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu Kerajaan BN.
Fakta sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya di Kelantan telah berasa muak dengan politik durjana Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka telah keluar dari Umno dan menyertai PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dibawa Umno yang hanya mementingkan kroni.
Read More / Baca Lagi >>

NUBE bidas Hong Leong luaskan VSS liputi perbankan Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:39 PM PST

Solomon (kanan) berkata "Hong Leong telah mengelirukan pekerja, Bank Negara, orang ramai dan juga kerajaan". — Foto oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membidas Hong Leong Bank memperluaskan pelaksanaan skim pemisahan secara sukarela (VSS), bagi mengurangkan tenaga kerja, dengan kali ini menawarkannya kepada pekerja-pekerja Hong Leong Islamic Berhad dan EON Capital Islamic Berhad.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan MTUC awal Dis, desakan susulan gesa batal pindaan Akta Kerja

Posted: 20 Nov 2011 08:37 PM PST

Ahli-ahli MTUC menyertai piket di luar pejabat KWSP di Petaling Jaya, 3 November 2011. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Selangor awal bulan depan — tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja 1955. Pendirian itu diputuskan oleh mesyuarat majlis am badan induk kesatuan sekerja tersebut semalam dan tanggungjawab diberikan kepada MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menganjurkannya.
Read More / Baca Lagi >>

S'wak nafi Islam disebar pada kanak-kanak Kristian

Posted: 20 Nov 2011 08:36 PM PST

azlanMenteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menafikan dakwaan bahawa ada cubaan untuk berdakwah secara halus oleh tenaga pengasuh Islam di tabika Kemas yang majoritinya kanak-kanak beragama Kristian.

Katanya, dakwaan yang ditimbulkan oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan) (kanan) adalah tidak benar.

Sebaliknya, Fatimah dipetik Bernama berkata, siasatan menunjukkan ada 11 tabika Kemas di Ba'kelalan dan hanya tiga orang pengasuh beragama Islam dan dua tabika tersebut mempunyai ramai kanak-kanak beragama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PPSMI: Tempoh berpolitik bahasa 2015-2020

Posted: 20 Nov 2011 07:50 PM PST


Oleh Dato' Dr Anwar Ridhwan
 
PADA 28 Julai 2009 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menhttp://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/02/01/NEWS_GMP01.jpggumumkan pemansuhan dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.
Dari tarikh tersebut hingga mutakhir ini, daripada kalangan pucuk pimpinan politik Melayu, hanya TPM merangkap Menteri Pelajaran, dan timbalannya, Dr Puad Zarkashi yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dasar PPSMI.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Himpunan Aman akan dibentang

Posted: 20 Nov 2011 07:48 PM PST

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan menggantikan Seksyen 27 Akta Polis akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz."Pembentangan akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan… Bagaimanapun tarikh pembentangan rang undang-undang itu masih belum ditetapkan," katanya.Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia September lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis dan diganti dengan akta baru serta cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kediaman Terhad.
Read More / Baca Lagi >>

Di mana semangat kesukanan rakyat Indonesia?

Posted: 20 Nov 2011 07:47 PM PST

Saharudin Musthafa

21 NOV — Tidak terlalu sukar bagi sesiapa sahaja untuk mendasari perasaan rakyat Indonesia berhubung sentimen mereka terhadap Malaysia.
Kenyataan yang amat jelas, rasa anti mereka kepada negara jiran yang selama ini dianggap sebagai teman serumpun sekadar di bibir semata-mata.
Sehinggakan gelanggang bola sepak terus menjadi medan untuk menterjemahkan rasa benci yang sukar dibendung terhadap Malaysia — sebuah negara kecil yang hanya didiami 28 juta orang berbanding Indonesia yang dihuni 240 juta orang.
Apa sebetulnya salah Malaysia? Bukankah gelanggang sukan yang sewajarnya diiringi semangat kesukanan dan bukannya ejekan serta kata nista?
Kenapa terlalu sukar untuk mereka menghormati lagu kebangsaan Malaysia ketika dimainkan sebelum perlawanan bola sepak di padang Gelora Bung Karno, Jakarta?
Read More / Baca Lagi >>

Berdaulatkah Islam apabila Umno, PAS bersatu?

Posted: 20 Nov 2011 07:42 PM PST

umno pasDiskusi tentang perlunya Melayu bersatu supaya Islam dapat didaulatkan semakin hangat di laman sosial dan blog. Saya kurang berminat perbahasan dari sudut terminologi seperti Melayu atau Islam dahulu?

Islam bukan untuk Melayu sahaja, dan berbagai perbahasan lagi. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pandangan saya:

Dalam konteks Malaysia, bila sebut Melayu perlu bersatu, atau sepakat, atau apa sahaja istilah, pastinya semua fikiran tertumpu kepada Umno dan PAS mesti bersatu.
Maksudnya, untuk melihat Islam kembali berdaulat, maka Umno dan PAS perlu bersatu, jangan bertelagah dalam pilihan raya mahupun luar pilihan raya, duduk semeja, maafkan kesalahan lama dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Felda must put its own house in order

Posted: 20 Nov 2011 07:40 PM PST

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
Let's talk a little about the coming IPO (initial public offering) of Felda Global Ventures Bhd (FGVH). Let's humour the sycophants who've proposed that FGVH manage Felda Holdings Bhd (FHB).It's touted as the next big thing to spruce up Malay economics. What isn't?There has never been any economic initiative that is not described glowingly as a facilitator for the betterment of Malay economics.At the end of the day, the lion's share in the IPO will go into hands of the select few.
As to the economic facilitators regarded as a boon to Malay economics, usually, in the end, they fumbled and ended up in the hands of non-Malays.
Remember the redevelopment of KTM land in Sentul? Well, that's YTL country now.
How was the equity breakdown in the YTL deal? Or was the land given up in exchange for an elevated highway?
Read More / Baca Lagi >>

ISA: Rakyat benci pemimpin mungkir janji, kata PAS

Posted: 20 Nov 2011 07:37 PM PST

Kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diingatkan supaya konsisten dengan janji-janji yang ditaburkan kerana rakyat rakyat benci dengan pemimpin yang memungkiri janji.

Menurut ketua penerangan, Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, sikap memungkiri janji adalah pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

BN has become an unbearable tyranny, true or false?

Posted: 20 Nov 2011 07:35 PM PST

BN has become an unbearable tyranny, true or false?In a genuine democracy, a government so badly run as the Barisan Nasional's could never have survived in power for more than 50 years. Malaysia has, in fact, been ruled by a succession of dictators since its independence from British rule in 1957.
The BN is a party like Saadam's Ba'ath or Mubarak's National Democratic Party. It is a tyranny clumsily dressed up as a democracy. Tyrannies are fond of playing dress-up like this; note the word 'Democractic' in Mubarak's party. It was anything but that. North Korea's supreme leader calls his party The Workers Party. If he wanted to be honest, he would call it The Starving Workers Party.
How did the BN manage to do this when in 1957 it was envisaged that Malaysia, and for that matter, later Singapore, would be run as democracies? The BN destroyed democracy in Malaysia by systematically emasculating every institution that was supposed to function as a check on it. This included the Police, the Judiciary, the Election Commission. The BN also turned the Fourth Estate into its own propaganda machine, rather than allow it to fulfill the critical role that it was supposed to play. With all this in place, the BN was free to do anything it liked. And it did.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Bekas ustazah, peniaga dicekup khalwat

Posted: 20 Nov 2011 07:34 PM PST


MELAKA- Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Saya jadi mangsa media sosial, sendiri yang kirim..salahkan orang lain...!!!

Posted: 20 Nov 2011 07:29 PM PST

Saya jadi mangsa media sosial - PMKUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.
Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.
Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ratu cantik: Jais digesa ambil tindakan tegas

Posted: 20 Nov 2011 07:28 PM PST

KUCHING, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) menggesa Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada 5 peserta muslim yang menyertai pertandingan akhir Ratu Cantik Borneo, kelmarin.
Apa yang menyedihkan mereka nekad untuk meneruskan niat menyertai pertandingan itu walaupun Jais, Majlis Islam Sarawak dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan sesi kaunseling seperti yang telah dilaporkan pada 19 November lepas dalam Borneo Post dan 20 November oleh Harian Metro.
"Mereka mendakwa bahawa diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat Islam dalam menentukan pertandingan ratu cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak.
"Kita juga tidak mahu Jais lesu dan lemah dalam menangani isu seperti ini," kata Timbalan Ketua DPPNS, Ustaz Ahmad Solihin.
Menurutnya, kefahaman mereka tentang Islam itu lemah dalam menentukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan syariat atau tidak.
"Dek kerana orang berlaku baik, kita sanggup gadaikan maruah agama kita?
Read More / Baca Lagi >>

Skandal NFC: Tragedi buat negara

Posted: 20 Nov 2011 07:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Skandal penyelewengan projek ternakan lembu melalui National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, adalah tragedi buat negara.
"Penyelewengan itu menjadi tragedi dan tambah jadi tragedi apabila kita pula dipersalah dan mereka mendakwa tidak bersalah," kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Beliau kesal kerana Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menyalahkan pembangkang dalam skandal berkenaan.
Kata Wan Azizah, Salleh sebagai individu bertanggungjawab harus  memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa memalitkan 'dosanya' kepada orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan Orang Muda: Pemuda PAS, Umno lancar strategi

Posted: 20 Nov 2011 07:19 PM PST

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan menyampaikan ucapan beliau ketika Muktamar parti 2 Jun 2011. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Jika sayap Pemuda dan Puteri Umno melancarkan kempen slogan baru "BN Pilihan Orang Muda" di ibu negara semalam, pesaing mereka — Dewan Pemuda PAS bertekad mahu meningkatkan fokus ke arah pengundi muda bagi menguasai pilihan raya umum ke-13. Sayap muda PAS itu mengisytiharkan kempen ke arah memikat golongan muda menerusi konvensyen di Shah Alam kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’

Posted: 20 Nov 2011 07:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
"DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan 'melepas diri' dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Katanya,  DPP Malaysia berpandangan, jawapan Datuk Seri Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA.
Menurutnya, sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum.
Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan Hishammuddin, sekiranya benar mereka berbahaya terhadap keselamatan negara dan serantau, mengapa perlu di tangkap di bawah ISA.
Read More / Baca Lagi >>

Tak bubar DUN Selangor, Umno kini gusar, kata Faekah

Posted: 20 Nov 2011 07:12 PM PST

Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.

Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.
Read More / Baca Lagi >>

Injil ‘solar’ bukan punca utama murtad, akui Himpun

Posted: 20 Nov 2011 07:10 PM PST


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Penggunaan kitab Injil yang didakwa bersumberkan kuasa solar sebagaimana didedahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali minggu lalu bukan faktor utama menyumbang kepada isu murtad di negara ini, kata Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Minggu lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan pendirian bahawa kenyataan Hasan (gambar) bahawa umat Islam di Malaysia boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim.
Read More / Baca Lagi >>

Himpun tolak gesaan Asri Jais dedah nama umat Islam murtad

Posted: 20 Nov 2011 07:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) tidak bersetuju dengan gesaan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar nama pihak yang keluar Islam didedahkan kepada umum jika pemurtadan benar-benar berlaku di negeri itu.
Himpun memulakan kempen antimurtad di Stadium Shah Alam, Selangor akhir bulan lalu dan kini ia mahu mengembangkan kempennya di negeri lain mulai bulan depan.
Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan itu jelasnya bukan satu keperluan dan keputusan untuk mengeluarkan nama mereka bukanlah satu tindakan bijak.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia

Posted: 20 Nov 2011 09:21 AM PST


imagePONTIAN – UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Osman, didakwa kini berada di penghujung pemerintahannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M. Subramanian, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor dengan katanya berdasarkan kajian yang telah dilakukan bahawa pertambahan pengundi baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) rata-ratanya adalah daripada kalangan bukan Melayu.

Hal ini katanya menjadi petanda bahawa pengundi Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

"Pengundi Melayu bukan penentu undi bagi kemenangan Barisan Nasional di Johor. Kajian mendapati 26.000 pengundi baru daripada orang Cina" tegas beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup meningkat bebankan rakyat

Posted: 20 Nov 2011 09:13 AM PST

Oleh WADIASSOFI JAAFAR

Adun Merbau PulasALOR SETAR, 17 November – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Ghazali memberitahu, kos sara hidup masa kini amat meningkat dan bantuan am kepada golongan kurang berkemampuan turut disalurkan.

Menjawab soalan mulut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, YB. Dato' Ir. Haji. Nawawi Haji Ahmad, YB. Ashah berkata, Skim Kafalah hanya diberikan kepada penerima skim berkenaan sahaja iaitu yang berpendapatan RM720 ke bawah.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: