Isnin, 14 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pilihanraya Sebelum Reformasi?

Posted: 14 Nov 2011 09:06 PM PST

Oleh Amin 'Black' Iskandar
Demonstrasi anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sedikit sebanyak membuahkan hasil.
Selain dari berjaya menyedarkan orang ramai tentang pentingnya reformasi dilakukan terhadap proses pilihan raya di Malaysia, ia juga menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menubuhkan jawatankuasa pilihan khas bagi menambah baik sistem pilihan raya (PSC).

PSC terdiri daripada wakil BN, Pakatan Rakyat dan bebas. BN diwakili oleh Datuk Seri Maxumus Ongkili, Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.
Manakala Pakatan pula menghantar Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke. Bebas pula diwakili oleh Wee Choo Keong.
Tanggungjawab, peranan dan tugas PSC ini adalah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.
Read More / Baca Lagi >>

Growth to slow to 3.6pc in 2012, says RHB

Posted: 14 Nov 2011 09:01 PM PST

File photo of labourers working at a construction site in Kuala Lumpur. The Malaysian economy could slow down to 3.6 per cent next year. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Nov 15 — The Malaysian economy could slow down to 3.6 per cent growth next year from 4.5 per cent this year despite estimates of stronger growth in the third quarter, says the RHB Research Institute. The research house said that it expects that real Gross Domestic Product (GDP) growth has grown at a faster pace of 4.6 per cent in the third quarter compared with four per cent in the second quarter due to a stronger increase in exports and a sustained increase in consumer spending.
It forecasts the global economy to experience protracted slow growth however, causing export growth to slow down sharply.
Read More / Baca Lagi >>

Perintis: Mengapa Melaka dipilih?

Posted: 14 Nov 2011 08:59 PM PST

MELAKA, 15 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.
Adly berkata, beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak kerana bukan sekadar bekerja di sekolah tetapi dibawa hingga ke rumah.
Justeru, katanya kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.
"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan langsung kepada mutu pendidikan negara," ujar Adly.
Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan di samping meningkatkan kualiti, maka perhatian serius perlu diberikan kepada peningkatan gaji dan insentif.
Read More / Baca Lagi >>

Bursa M'sia gantung urus niaga saham Harvest Court

Posted: 14 Nov 2011 08:56 PM PST

Saham-saham Harvest Court Industries Berhad diletakkan sebagai 'sekuriti bertanda' dan digantung daripada diurus-niagakan hari ini oleh Bursa Malaysia setelah melonjak ke paras tertinggi sejak beberapa hari lalu.

azlanKeputusan itu diumumkan melalui pekelilingnya yang disenaraikan di laman web Bursa Malaysia pagi ini. Semalam, harga saham syarikat balak itu naik kepada RM2.14, iaitu kukuh lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan pada 13 Oktober lalu.

"Sekuriti bertanda" adalah istilah ekonomi di mana pelabur perlu membayar tunai sebelum skrip diserahkan yang bertujuan membendung kegiatan spekulatif yang berlebihan.

Harvest Court bulan lalu, melantik anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.baru-baru ini dilantik kedua anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Mohd Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan sebagai pengarah pada 28 Oktober lalu.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata, Nazifuddin pada 4 Nov membeli 2 hingga 3 juta saham dalam syarikat itu - iaitu 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan syraikat itu - manakala Chan dikatakan telah memperoleh kepentingan 13.83 peratus.

Dari mana anak Najib peroleh RM1.7 juta beli saham? – Shamsul

Posted: 14 Nov 2011 08:55 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.
Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang  muda.
"Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan," kata Shamsul.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas Brigadier Jeneral TUDM yang saman kerajaan sertai KEADILAN

Posted: 14 Nov 2011 08:54 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.
Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.
Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.
Read More / Baca Lagi >>

Najib got it wrong: M'sia is an immature democracy under him, not mature

Posted: 14 Nov 2011 08:52 PM PST

Najib got it wrong: M'sia is an immature democracy under him, not matureMany rolled their eyes when Prime Minister Najib Razak, speaking at the APEC summit in Hawaii, uttered that Malaysia was a matured democracy because it allowed dissent among its citizens. It was clearly a statement meant to impress the various APEC leaders and especially meant to give President Barack Obama some solace, since Malaysia and America are now on par when it comes to public showcasing of dissent.
America is now experiencing its largest show of public dissatisfaction that began with Occupy Wall Street. The Occupy movement has since spread to other cities, where everyday Americans are taking to large open spaces and having a massive sit-down akin to a Woodstock festival.
Maybe this was what Najib had in mind when he said that Malaysia was a matured democracy. See Malaysia is also like America, where our citizens take to the streets and give the government a piece of their mind. Unfortunately, this assumption by the current establishment is wrong especially when it comes of public-display of discontent.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan

Posted: 14 Nov 2011 08:51 PM PST

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.

NONEPresidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.

"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.

Read More / Baca Lagi >>

Tony Fernandes hits back at Umno MPs

Posted: 14 Nov 2011 08:50 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 15 ― Tan Sri Tony Fernandes lashed out today at Umno lawmakers for criticising him in the MAS-AirAsia share swap deal, asking them to scrutinise instead how much the new Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) had cost the government.
He lamented the criticisms, made during debates in Parliament yesterday, were personal in nature, pointing to how one MP had accused him of raping "poor villagers".
"Villagers could never fly before. We have worked so hard to make flying affordable and 130 million people have flown due to us," the AirAsia CEO (picture) wrote on his Twitter account today.
"Why are these members of parliament not questioning the cost of airports and fighting for the people for lower taxes for the rakyat."
Read More / Baca Lagi >>

Ada Menteri Tolak Projek PKFZ - Nazri...diam sebab takut dengan Tok Ki Det..!!!

Posted: 14 Nov 2011 08:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov 2011 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan ramai anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2002.

Nazri yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi ke-20 pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik berkata beliau sendiri ada membangkitkan keraguan dan berpandangan projek menelan belanja melebihi RM1 bilion itu berkemungkinan gagal.

Beliau masih ingat ramai menteri yang tidak bersetuju tetapi akhirnya menyetujuinya kerana bimbang menjadi isu besar.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan ahead in Perak, Selangor, KL, internal poll shows

Posted: 14 Nov 2011 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 15 — Pakatan Rakyat (PR) is expected to secure a majority of the federal votes in Perak, Selangor as well as Kuala Lumpur, an internal PKR poll shows.
Fifty-one per cent of respondents from Perak said they would vote for the federal opposition, along with 57 per cent in Selangor and 61 per cent in Kuala Lumpur, where PR holds 10 of the 11 parliamentary seats.
File photo of Pakatan Rakyat leaders at their convention in Shah Alam in December 2009. A recent poll shows the coalition will do well in the next general election in several states.
PR is also expected to win 40 per cent of the votes in Johor, traditionally a Barisan Nasional (BN) stronghold, according to the survey obtained by The Malaysian Insider. This is despite Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim scoring net negative approval ratings in all but one of the four states.
The de facto PKR leader only achieved a net positive two points in Selangor with an approval rating of 44 per cent, while support was lukewarm in Kuala Lumpur (net negative one point) and weaker in Perak (net negative 16 points) and Johor (net negative 17 points).
In comparison, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak scored net positives of two, six, 10 and 34 points for Kuala Lumpur, Selangor, Perak and Johor respectively.
Read More / Baca Lagi >>

Kawasan Pelancongan Didalam Zon Pengecualian Nuklear Chernobyl

Posted: 14 Nov 2011 08:00 PM PST

Zon Pengecualian Nuklear Chernobyl (Chernobyl Nuclear Exclusion Zone) ialah kawasan penampan antara kawasan yang beradiasi dan tidak berdiasi sekeliling Chernobyl. Kawasan seluas 2252 kilomter persegi ini sekarang kosong tak berpenghuni walaupun tiada radiasi selepas letupan loji Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986. Dibawah ialah konsep kawasan pelancongan lengkap dengan kabin serta sistem keretapi bagi mengubah kawasan kosong ini menjadi sebuah tarikan pelancong. Pembinaannya diharapkan dapat memberi suntikan kepada industri pelancongan serta ekonomi Ukraine. In case you forgot Ukraine pernah sesak duit sampai Russia mengugut untuk hentikan penghantaran minyak ke negeri kelahiran Adriy Schevchenko ini. Sistem keretapi dan hotel dibina diatas tanah supaya tidak menggangu laluan migrasi haiwan yang tinggal didalam zon ini. What do you think? Mahu pergi ke Ukraine dan melawat zon ini? I am interested tapi dekat sana takde makanan dengan logo JAKIM. Sure haram kan? #Sarcasm


Read More / Baca Lagi >>

Take me Out NTV7-Islam dihina lagi?

Posted: 14 Nov 2011 07:56 PM PST

Oleh: irama

"Ini bukan ajaran Islam. Islam tak ajar umatnya cari jodoh cara ni.Ini cara jahiliah. hadiah bagi pemenang ialah keluar bersama pasangan yang dipilih. Rancangan ini tak sesuai disertai oleh orang islam. Rancangan ini melibatkan gadis islam memetik kenyataan Penerbit Kandungan Take Me Out, Sean Jesudasan seperti yang dilapurkan dalam akhbar yang berbunyi:

menurut Penerbit Kandungan Take Me Out, Sean Jesudasan, pihaknya tidak akan menyiarkan adegan-adegan yang dirasakan kurang sesuai membabitkan peserta beragama Islam bagi mengelakkan sebarang isu.

"Kami bukan sahaja akan memastikan setiap peserta mestilah masih bujang tetapi pada masa sama setiap peserta beragama Islam yang berjaya memenangi pertandingan itu visual mereka keluar bersama jejaka pilihan tidak akan disiarkan.

Read More / Baca Lagi >>

Lembu NFC demand nak duduk di kondo

Posted: 14 Nov 2011 07:52 PM PST

Big issue... Masalah Sharizat bertambah rumit. Dari isu lembu... kini terbabit pulak isu kondo mewah. RM 9.8 juta oooo...

Fullamakk.... tingginya taste lembu-lembu NFC Shahrizat. Dari duduk di kandang... demand nak duduk di kondo ler pulak. Malangnya.... tuan empunya lembu terjebak. Dia ingat dia boleh lepas, tapi kantoi!! Aha... inilah isu besar yang sedang hot di pasaran.

Kalau isu besar seperti ini, dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat yang membabiktan pulak menteri UMNO@BN.... alamatnya kena passing macam bola ler, walaupun ada bukti kukuh.Read More / Baca Lagi >>

Lagi kesatuan guru kenakan syarat jika kerja 9 jam mahu dilaksana

Posted: 14 Nov 2011 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Satu lagi kesatuan sekerja perkhidmatan perguruan menggesa Kementerian Pelajaran menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad jika mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru mulai tahun depan.
Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari 2012.
Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mahu kementerian memastikan guru tidak berdepan tekanan kerja kerana terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian sebagaimana dihadapi ketika ini, selain bebanan kerja mereka setara dengan kakitangan awam lain.
Read More / Baca Lagi >>

Guru Dah Memang Jadi Tikus Makmal!!

Posted: 14 Nov 2011 07:43 PM PST

Oleh: laniismaa

"

Kerajaan akan menjalankan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru di sekolah. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga membantah dan menggesa kerajaan membatalkan projek perintis tersebut.
Pemuda PAS juga berkata "tidak wajar" dan "tidak munasabah" kerana guru dijadikan tikus putih atau tikus makmal.

Sememangnya guru telah pun menjadi tikus putih atau tikus makmal dalam sistem pendidikan negara, kerana itu banyak masalah mental juga terjadi di kalangan para guru.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Rahim Thamby Chik dakwa ada usaha mahu jadikan Ku Li PM

Posted: 14 Nov 2011 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa beliau ada maklumat pihak-pihak tertentu telah mempelawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50:50 pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya, bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mencari sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh, memiliki reputasi tinggi dan intelek untuk dicalonkan bertanding di kawasan majoriti kaum itu yang ditandingi semua komponen Barisan Nasional (BN) kecuali Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Kotor : Edar video seks di masjid, umat Islam buat bantahan...semua orang tahu punca video fitnah nie...polis buat ape..!!!

Posted: 14 Nov 2011 07:39 PM PST

Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu lalu terkejut apabila mendapati salinan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan.

NONEPengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid.

Katanya, VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti mereka yang meletakkan pita tersebut di sana.

Beliau berkata ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan 'Wasiat Tok Guru dan Saksikan' yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Read More / Baca Lagi >>

Isu cikgu kerja 9 jam

Posted: 14 Nov 2011 07:32 PM PST


Baru baru ni dalam pembentangan bajet, diumumkan skema kenaikan pangkat untuk guru yang lebih baik dan tidak perlu guru guru menunggu lama untuk kenaikan ke jawatan yang bergaji lebih baik.

Belum pun kering gusi guru menelan air liur, sudah sampai ubat bius untuk melalikan girang guru. Kerja 9 jam sehari. Untuk pengetahuan pak menteri, para guru bukan sahaja sanggup kerja 9 jam sehari, tetapi kalau 90 jam sehari pun para guru sanggup. Semata mata berkorban demi pak menteri.

Nanti bila sampai pilihan raya semua para guru akan undi pak menteri, sebab dengan cara itu sahaja para guru ini akan dapat dinaikkan taraf kehidupan mereka dengan cara menambahkan jumlah jam bekerja. Gaji tak naik pun tak apa pak menteri, tambah lagi jam bekerja, para guru akan taat mengikut perintah pak menteri.

Sebab seperti yang terpahat dalam hotak pak menteri;

Seperti yang terdapat di feedlot Negri Sembilan;

Guru semuanya lembu - Hamirdin.
Read More / Baca Lagi >>

Sharizat seorang menteri - She has no business to be in business

Posted: 14 Nov 2011 07:29 PM PST

Isu pembelian One Menerung Bangsar oleh NFC kendalian keluarga Sharizat dengan menggunakan pinjaman dari sumber kerajaan sebanyak RM88 juta itu sekarang di serah kepada pihak polis oleh MACC. Badan yang mencegah rasuah itu berkata yang MACC tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan kerana itu merupakan satu isu yang di bawah penal kod dan itu hanya kuasa polis untuk menyiasatnya.

Senang betul setengah orang berniaga. Ambil pinjaman mudah dari agensi kerajaan, belum pun perniagaan dilakukan sudah membeli kondo One Menerung dengan harga RM 9.8 juta. Berniaga seperti ini tidak payah bermodal. Modalnya hanya jadi Ketua Wanita UMNO. UMNO merupakan modal untuk berniaga dan dengan mudah dapat membeli kondo yang berharga sedemikian mahal.
Read More / Baca Lagi >>

VC UPM : Mahasiswa Masih Ada Wadah Lain Untuk Berpolitik

Posted: 14 Nov 2011 07:26 PM PST


Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi
Serdang, 15 Nov : Mahasiswa mempunyai banyak wadah lain untuk menjadikan mereka lebih kritis dan kreatif selain terbabit dalam politik.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi menegaskan, mengehadkan penyertaan mahasiswa dalam politik juga tidak akan menjejaskan kualiti atau menjadikan mereka kurang pandai.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan penyelewengan bermotif politik, kata menteri

Posted: 14 Nov 2011 07:25 PM PST

Dakwaan berlaku penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah adalah tidak benar dan bermotifkan politik, kata menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Read More / Baca Lagi >>

PKFZ: Ex-finance minister says only Treasury issues bond support letters

Posted: 14 Nov 2011 07:24 PM PST

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop told the court today, "Letters of support can only be issued by the Finance Ministry after Cabinet approval." — file pic
KUALA LUMPUR, Nov 14 — Tan Sri Nor Mohamed Yakcop stressed only the Finance Ministry can issue a letter of support with the Cabinet's approval, he told the cheating trial of former transport minister Tun Dr Ling Liong Sik today.
"Every time a letter of support is issued, every time there is contingent liability to the government," the former Second Finance Minister said, adding that the government would have to bear the responsibility if there are problems with an endorsement.
The High Court was told last week that a letter of support from Dr Ling helped secure a top-tier rating for bonds raised for the construction of the scandal-hit Port Klang Free Zone (PKFZ) and sold for RM40 million in profit.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Tipu 1 Malaysia.

Posted: 14 Nov 2011 07:22 PM PST

Assalamualaikum bro....


Aku nak share article yg aku terbace kat DSAI blog...
Bagi aku cite dari Mat Zain(polis tobat) nie.. Bleh pakai and die da wat police report pon...Klu die wat fitnah nape najib x saman je die nie..?

Dulu mase die bg kenyataan pasal Ghani 4Tahil & Musang Hassan pon.. Die org xsaman pon Mat Zain nie...nampak sgt ada sesuatu...Ape2 pun aku tanak PM negara kite nie kaki penipu.. ckp flip flop... Kaki menghabiskan duit rakyat...suke menari poco poco..


"PM and agro minister lied on NFC"."PM lied about NFC loan",begitulah hebatnya tajuk-tajuk berita masing-masing dalam MalaysiaKini dan Malaysian Insider pada 8 November 2011. Bagi ramai orang berita-berita tersebut tidak sedikit pun mengemparkan atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang asing kepada pendengaran rakyat.

Sama ada secara sedar atau sebaliknya,PM Najib telah mengelirukan,atau lebih tepat untuk dikatakan, telah memperdayakan rakyat jelata sejak dari hari pertama beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3.4.2009 lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Mengila : Ibu & anak ditangkap khalwat 3 lelaki

Posted: 14 Nov 2011 07:19 PM PST

Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam. Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi. Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu.
Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: