Isnin, 14 November 2011

dollah yankee

dollah yankee


AUKU: Student kena turun ke-jalan raya

Posted: 14 Nov 2011 05:05 AM PST

Gurkah-gurkah politik di'port' yang tiga puluh lima tahun dulu pernah berdemo berhubung dengan isu McDonalds, kini telah mula bersuara dan berdoa agar  mahasiswa-mahasiswa di universiti di seluruh negara dapat turun ke jalan raya sekiranya akta itu tidak di pinda untuk membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti politik di-luar dan di-dalam kampus.

Gurkah-gurkah ini berpendapat dan bertegas bahawa sudah tiba masa nya untuk mahasiswa-mahasiswa ini di-beri fleksibiliti dalam politik, tetapi dengan syarat aktiviti politik mereka itu mestilah tidak memberi kesan yang tidak baik terhadap peranan universiti sebagai pusat pembelajaran dan pengajian.

Majoriti mahasiswa yang ada di universiti-universiti dalam negara sekarang ini semuanya sudah layak untuk mengundi pada pilihanraya, dan mereka perlulah di beri peluang untuk memperdengarkan suara hati mereka dalam politik.

Jika akta ISA boleh di-pinda kenapa tidak AUKU yang mana seksyen 15 akta itu yang berbunyi melarang sebarang aktiviti politik di-dalam kelas dan di-dalam kampus. Okey...jika di-dalam kelas dan di-dalam kampus tidak di-benarkan, apa kata kita biar mereka bergerak di-luar kampus??

Gurkah-gurkah ini kata yang kerajaan sekarang ini cukup takut kepada kemungkinan akan kebangkitan mahasiswa atau anak muda yang akan bangun melawan, dan mereka membuat andaian dan beranggapan jika akta AUKU ini di-pinda atau di-hapuskan, atau jika membiarkan mahasiswa-mahasiswa ini aktif dalam politik tak kira dalam atau luar kampus, alamatnya...Be End lah!!!

dollah yankee -
Bila kita boleh turun ke-jala raya??

Tiada ulasan: