Jumaat, 11 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Himpunan BERSIH lebih besar akan mengambil tempat Febuari ini

Posted: 11 Nov 2011 09:27 PM PST

Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.
Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.
Malah timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Sabah fail semakan kehakiman mahu PPSMI kekal

Posted: 11 Nov 2011 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Seorang peguam Sabah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghalang kerajaan daripada memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Marcel Jude Joseph memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam untuk mengetepikan keputusan Kementerian Pelajaran memansuhkan PPSMI atas alasan ia satu tindakan itu tidak sah.
Sebagai seorang rakyat yang prihatin dengan soal pendidikan, Joseph memohon semakan bagi mengekalkan dasar tersebut yang diperkenalkan pada 2003 ketika pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Joseph berkata beliau terlibat aktif dalam bidang pendidikan memandangkan dirinya juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pelajar La Salle, demikian menurut laporan The Star hari ini.
Permohonan ini dibuat ketika pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti melahirkan pendirian berbelah bahagi berhubung pendirian kerajaan termasuk Dr Mahathir mahu kerajaan mengadakan satu referendum mengenai keputusananya.
Sebelum ini, kes berkaitan dengan PPSMI pernah difailkan tetapi ia mahu dasar itu dimansuhkan atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Interlok: NGO serah Agong memo minta campur tangan

Posted: 11 Nov 2011 09:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Susulan gesaan selama 10 bulan, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) dengan sokongan lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar campur tangan membolehkan novel Interlok yang kontroversi ditarik balik daripada silibus sekolah.
Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata memorandum itu diserahkan kepada wakil Istana Negara sekitar 11 pagi tadi dan berharap novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak lagi digunakan di sekolah.
"Saya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campur tangan meminta perdana menteri dan juga Menteri Pelajaran agar membatalkan penggunaan novel ini sebagai buku sastera peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di tiga negeri," kata beliau ketika dihubungi.
NGO itu juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada 19 November ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan aman sokong PPSMI

Posted: 11 Nov 2011 09:15 PM PST

Satu perhimpunan secara aman berlangsung pagi ini bagi menyokong perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

ppsmi demo in melakaPerhimpunan yang bermula pada jam 8 pagi itu diadakan di perkarangan Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit, Melaka.

Mereka yang menyertai perhimpunan itu terdiri daripada pelbagai bangsa itu, dengan diketuai oleh penganjurnya,  Mak Chee Kin yang turut merasakan perlaksanaan PPSMI patut diteruskan dan bukannya sehingga tahun 2006 sahaja.

"Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyidin Yasin kerana menangguhkan perlaksanaan (pengajaran sains dan matematik) dalam Bahasa Malaysia untuk beberapa tahun lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PMIUM-Masturah Selamat Disatukan 11.11.11

Posted: 11 Nov 2011 08:19 PM PST


Sungai Buloh, 11 Nov : Tepat jam 6 petang waktu tempatan, dua aktivis mahasiswa, Presiden PMIUM dan Pengerusi SIM (Sisters in Movement), Masturah Abu Bakar diberitkan selamat diijabkabulkan hari ini.
Tarikh bersejarah iaitu 11.11.11 merupakan pilihan dua aktivis berkenaan yang diberitakan melangsungkan akad di rumah pihak perempuan di Sungai Buloh.
Read More / Baca Lagi >>

Naib Canselor UiTM Tidak Setuju AUKU Dimansuhkan

Posted: 11 Nov 2011 08:18 PM PST



Shah Alam, 11 Nov : Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda.
Katanya, ia kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.
Beliau berkata, universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar sekali lagi menjadi mangsa

Posted: 11 Nov 2011 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 NOV – Siasatan terbaru terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau memberikan maklumat palsu berhubung kes video seks "Datuk T" ternyata berunsurkan politik dan didalangi oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tindakan polis itu merupakan satu lagi penganiayaan politik yang tak henti-henti terhadap Anwar.
"Permulaan pusingan baru ini harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.
"Ia juga adalah bukti Dasar Transformasi Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulihkan Malaysia tidak bermakna sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Islam Murtad Atau Umno Murtad?

Posted: 11 Nov 2011 07:43 PM PST

-oleh Bro Ery.


Seperti yang kita tahu Melayu belum tentu lagi Islamnya. Islam itu bukan terletak pada bangsa bukan juga terletak pada negara. Islam bukan sekadar sebuah agama tetapi sebuah atur cara kehidupan manusia(Ad-Din).

Di dalam kitab al-Quran terkandung segala bentuk cara bagaimana untuk manusia meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini.

Malaysia ini bumi Allah, bukan bumi UMNO bukan juga bumi PAS, PKR, MCA, MIC mahu pun DAP. Semoga anda jelas dengan perkara ini.

Read More / Baca Lagi >>

SPAD: Bas awam kena ada 2 pemandu

Posted: 11 Nov 2011 07:41 PM PST

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)menggesa semua kenderaan awam menggunakan perkhidmatan dua pemandu bagi setiap laluan selaras dengan dasar pengangkutan Kaedah 10B yang melarang pemandu memandu melebihi empat jam secara berterusan atau tiga ratus kilometer.Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, pemandu kenderaan perlu mengelakkan diri daripada memandu berseorangan dan memaksa diri dari memandu dalam keadaan yang tidak selamat dan memudaratkan. "Pengendali dan pemandu kenderaan pengangkutan awam darat perlu mengambil serius akan keselamatan penumpang-penumpang dan tidak mementingkan keuntungan mahupun untuk segera sampai ke destinasi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

TITAH UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD KE-V

Posted: 11 Nov 2011 07:34 PM PST

TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MUHAMMAD KE-V DI MAJLIS SINGGAHSANA
PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H
DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek cuba minimakan kerosakkan tetapi dedahkan MCA juga menipu seperti Umno

Posted: 11 Nov 2011 07:28 PM PST

Soi Lek cuba minimakan kerosakkan tetapi dedahkan MCA juga menipu seperti Umno UNDI LUAR NEGARA Presiden MCA Chua Soi Lek cuba meminimakan kerosakan selepas "Orang beliau " mengatakan bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak harus dibenarkan mengundi kerana mereka tidak tahu perkara sebenar yang berlaku di negara ini.
Walaupun sudah acap kali diperkatakan, MCA masih tetap dengan pendirian mereka mengenai pengundi luar negara. Ironinya, penjelasan Soi Lek mungkin lebih lemah daripada penjelasan yang dibuat oleh jawatankuasa pusat parti Kim Hock Ei.
Rasional Soi Lek adalah masalah logistic dan kos tinggi yang akan dihadapi. Untuk rakyat Malaysia diluar negara - yang meninggalkan negara ini disebabkan mereka benci kepada rasuah yang berleluasa oleh Umno-BN - ini hanyalah akan lebih mengasingkan mereka .
Read More / Baca Lagi >>

FT: BNM taking ‘major risks’ with inflation, but maintains interest rates

Posted: 11 Nov 2011 07:27 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 12 The central bank's decision to keep interest rates on hold offers some support for growth while taking "major risks" with inflation, the Financial Times says.
The daily pointed out that Bank Negara Malaysia's (BNM) distinctly less hawkish tone when making the announcement yesterday also suggested increasing worries about global economic growth.
"Sustained domestic demand is expected to underpin growth, but the bank is clearly concerned about the slowdown in Europe, warning that 'critical policy issues remain unresolved and pose further downside risks to global growth'.
Read More / Baca Lagi >>

RM80 juta yang mudah bagi Shahrizat dan Keluarga?

Posted: 11 Nov 2011 07:26 PM PST

RM80 juta yang mudah bagi Shahrizat dan Keluarga?Senator Umno Sharizat Jalil mempunyai strategi yang unik untuk memerangi tuduhan rasuah RM80 Juta terhadap beliau dan keluarganya. Beliau memberi respons selepas berhari berdiam diri mungkin kerana takut, dengan penafian jelas, dan cakap kosong.
Beliau tidak memberikan sebarang penjelasan bagaimana syarikat-syarikat milik keluarga beliau yang didakwa telah berakhir dengan 80.000.000 dalam dana awam. Sebaliknya, beliau berkata bahawa beliau 'malu' bahawa terdapat seorang wanita seperti Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita PKR) di Malaysia. Apa maksud beliau? Wanita Malaysia tidak seharusnya mendedahkan rasuah yang didapati oleh Menteri-menteri wanita?
Sangat merapu!
Nampaknya ini adalah satu serangan terhadap Wanita Umno, bukan terhadap beliau. Apakah Shahrizat menunjukkan bahawa terdapat ahli lain Wanita Umno yang terlibat dalam skim penipuan yang kurang bijak dan terlalu jelas?Atau adakah dia mencari perlindungan dalam nombornya?
Read More / Baca Lagi >>

Adakah KWSP kita dicuri?

Posted: 11 Nov 2011 07:25 PM PST


Pada 23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan. Satu carta yang mudah di bawah meringkaskan laporan itu. Dengan dana RM 440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.
Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?
Read More / Baca Lagi >>

NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012

Posted: 11 Nov 2011 07:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Negeri Perlu Teliti Cadangan Hapus Cukai Pintu

Posted: 11 Nov 2011 07:12 PM PST


SHAH ALAM, 11 NOV : Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali menyarankan supaya Kerajaan Selangor meneliti semula cadangan untuk menghapuskan pembayaran cukai pintu di negeri ini kerana ia dapat meringankan sedikit bebanan rakyat.Namun cadangan ini memerlukan mekanisme terbaik agar pihak berkuasa tidak mengalami penurunan dalam hasil pendapatan, katanya.
Menurut Azmin, cadangan yang dikemukakan itu adalah baik, namun implikasi kewangan kepada kerajaan harus diteliti terlebih sebelum ia boleh dilaksanakan bagi mengelakkan kerajaan negeri daripada menanggung bebanan tinggi.
"Maka sebab itu saya membuat kajian berhubung soal jumlah unit pegangan bagi kos rendah dan kos sederhana dan daripada situ kita dapat melihat apakah kemampuan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Dewan Annex, SUK hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Surat: Kaveat tanah Kelab Golf Subang dibiar luput, cetus tanda tanya

Posted: 11 Nov 2011 07:11 PM PST


KUALA LUMPUR, 12 Nov ― Pasukan petugas khas Kelab Golf Negara Subang (KGNS), berusia lebih empat dekad, membenarkan kaveat tanah yang dipajak agar luput Jun lalu dalam usaha mengekalkan hubungan presiden kelab dengan pentadbiran Najib, demikian menurut dokumen diperoleh The Malaysian Insider.
Tindakan panel itu tanpa memperoleh kelulusan ahlinya boleh menyebabkan kelab tersebut menanggung kos berbilion ringgit memandangkan pemilik tanah rasmi, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pula telah memulakan tindakan untuk memaksa mereka membayar kadar pasaran bagi tanah seluas 330 ekar, yang terletak di tengah-tengah kawasan pesat membangun seperti Subang Jaya, Ara Damansara, Kelana Jaya dan Bandar Sunway.
Read More / Baca Lagi >>

Kedai Rakyat 1Malaysia: House brand, sales puff or sub-standard goods

Posted: 11 Nov 2011 07:08 PM PST

Kedai Rakyat 1Malaysia: House brand, sales puff or sub-standard goodsI was personally very flattered to read that my first article as a columnist for the Malaysia Chronicle, "Who is the one short-changing Malaysians - BN or Pakatan", had garnered a response from Mohd Zain, the Secretary-General of the Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism. This is the fastest I've seen the civil service react to anything I've put out, so once again let me express my gratitude.
What the Secretary-General has completely missed is the entire context of my comments about Kedai 1Malaysia (KR1M). First of all, for the Minister Ismail Zabri to mention that some items were "up to 50%" cheaper, is misleading in itself. This is a common ploy used by supermarkets and video stores. You can go up to a pile of DVDs which say "up to 70% off" but find the ones actually worth watching only 10% off.
Again, the penchant for public relations or sales puff
When the Minister and the Prime Minister had announced the entire KR1M concept which would aggressively combat against rising costs, and mentioned that they would have 250 products available, naturally one would assume that we would be able to save a couple of bucks. However, by coming out and trying to 'clarify' the nature of the comments, I would submit that the Minister has misled the public with his "up to 50%" comment.
Read More / Baca Lagi >>

Kg Baru: Sekretariat cabar Raja Nong Chik bukti Datuk Bandar YDP MAS

Posted: 11 Nov 2011 07:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengemukakan bukti bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Yang Dipertua Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru.
Pengerusinya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mengharapkan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dapat membuktikan  sama ada terdapat surat atau dokumen berkaitan yang mengesahkan Datuk Bandar sebagai ketua MAS.
Read More / Baca Lagi >>

Turkey struggles to find quake survivors

Posted: 11 Nov 2011 06:49 AM PST

Libya Hoping for a Post-war Tourism Boost

Posted: 11 Nov 2011 06:48 AM PST

Yemen troops kill 11 anti-government protesters in Taiz

Posted: 11 Nov 2011 06:47 AM PST

Rafizi persoal empat isu NFC

Posted: 11 Nov 2011 06:47 AM PST

Najib: ‘11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen bubar’

Posted: 11 Nov 2011 06:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Di sebalik desas-desus banyak pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini sempena tanggal 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang tadi berkata: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan."
Spekulasi menyebut Najib (gambar) akan membubarkan Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 bulan depan.
Read More / Baca Lagi >>

Bebaskan universiti dari politik sempit Umno BN

Posted: 11 Nov 2011 06:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.

Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: