Cursing Malay : Terus Terang |
Posted: 11 Nov 2011 06:05 PM PST KUALA LUMPUR: "Saya memang menunggu tarikh 11 November 2011 (11.11.11) untuk melahirkan bayi kerana nombor ini cantik dan unik, malah lebih baik sekiranya bayi dilahirkan di Terengganu kerana akan menggunakan kod 11 di dalam MyKad," kata Suriati Katrina, 36. Katanya, pemilihan tarikh itu untuk bersalin hanya sekadar berseronok dan tidak membawa maksud tertentu. "Keempat-empat anak dilahirkan mengikut tarikh dipilih sendiri, memandangkan mereka semua dilahirkan secara pembedahan. Tarikh yang dipilih untuk kesemua anak sekadar suka-suka, sama dengan tarikh lahir saya, suami dan ibu. Manakala, anak keempat ini melakar sejarahnya tersendiri kerana lahir pada tarikh cantik. "Waktu matang bayi ini pada 7 November lalu, tetapi saya minta ditunda kepada 11 November dan doktor membenarkannya kerana ia tidak terlalu lewat. "Sebelum membuat keputusan, saya membuat pemeriksaan dan merujuk kepada doktor terlebih dulu kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata ibu kepada bayi lelaki Mohamad Ryley Huesen Zamanhuri yang dilahirkan pada jam 10.01 pagi. Pengurus acara dan pameran, Liew Mun Yee, 38, pula berkata dia sudah merancang untuk melahirkan anak pada 11 November kerana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, nombor satu membawa kepada kebahagiaan dan melambangkan pemimpin. Katanya, dia yang sepatutnya melahirkan bayi pada 22 November berbincang dengan suami serta doktor untuk mempercepatkan tarikh kelahiran semata-mata untuk dapatkan tarikh istimewa itu. "Saya berharap bayi lelaki ini akan membesar dengan sihat, membawa tuah kepada keluarga serta sentiasa menjadi nombor satu seperti tarikh kelahirannya," katanya. Bagi Reenajit Kaur, 33, tarikh 11 November tidak membawa sebarang maksud dan menganggapnya kebetulan. "Saya tidak memilih tarikh untuk melahirkan bayi kerana apa yang penting kesihatan bayi lelaki yang dilahirkan. Lahir pada tarikh istimewa hanya satu bonus kepada kami kerana dapat nombor yang cantik," katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini, semalam. Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelanggan, Pesakit dan Perhubungan Awam Hospital Pantai Kuala Lumpur, Carol Pelly, berkata hospital mencatatkan sejarahtersendiri apabila 11 bayi (sembilan lelaki dan dua perempuan) dilahirkan pada 11 November. Sementara itu, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 12 tengah hari, 16 bayi dilahirkan (10 perempuan, enam lelaki), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 12 bayi (tujuh perempuan, lima lelaki), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 11 bayi (enam perempuan, lima lelaki) dan Pusat Perubatan Prince Court (11 bayi) ............ Semua orang bercerita pasal nombor... tapi tak ramai yang bercerita pasal semalam tu hari Jumaat. |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan