Khamis, 10 November 2011

PERAKITE

PERAKITE


Kereta elektrik terkecil yang paling jimat

Posted: 09 Nov 2011 08:52 PM PST

T.27, sebuah kereta berkuasa elektrik terkecil yang memenangi The Future Car Challenge anjuran The Royal Automobile Club (RAC). Kereta kecil ini menamatkan perlumbaan 57.13 batu antara Brighton dan London dengan menguna tenaga paling sedikit.


Dengan dua penumpang, T.27 mengguna hanya 7 kilowatt tenaga elektrik sahaja

KURBAN PERDANA MAJLIS TINDAKAN DUN TRONG MERIAH

Posted: 09 Nov 2011 06:38 PM PST

Hari Raya AdilAdha 1432H sudahpun beberapa hari berlalu dan begitu jugalah majlis-majlis kurban, yang kebanyakannya melibatkan lembu dan kambing di Malaysia. 

Punbegitu Majlis Kurban Perdana (mai kita... gotong royong) anjuran MTD PAS Trong, Perak adalah yang boleh disifatkan sebagai yang paling gemilang dan berkesan dalam menyampaikan motifnya.






Ustaz Norazli Musa





Sebanyak 33 ekor lembu dan 3 ekor kambing hasil sumbangan derma orang ramai dijadikan korban pada hari raya Aidiladha kedua. Sebanyak 15 ekor daripada lembu itu adalah sumbangan beberapa individu dari Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah TD Trong Haji Mustapha Abdul Wahab, individu berkenaan mengumpul derma dari sahabat-sahabat di Kuala Lumpur dan menyerahkan dana itu untuk majlis berkenaan.

Nizar memakaikan Kemeja-T sempena majlis itu pada Pak Andak
Lembu-lembu berkenaan disembelih di dua lokasi berhampiran dan kemudian diangkut ke lokasi untuk pembahgian dan pengagihan di Markas Trong Sungai Tinggi, katanya.

Majlis berkenaan bermula seawal 7 pagi dan sempurna diselesaikan pada jam 1 tengahari, katanya sambil menegaskan bahawa sebanyak 4,000 uncang seberat 2 kilogram tiap satu berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Trong.

"Sesetengah penduduk datang mengambilnya di tempat pengagihan daging korban itu, manakala sebahagiannya diedarkan rumah ke rumah oleh jentera pengedaran," kata beliau.

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri  Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut hadir pada majlis itu berharap ia akan dapat diadakan dari masa ke semasa.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak Ustaz Norazli Musa yang merupakan calon PAS PRU-12 turut hadir.

Norazli yang disebut-sebut akan bertanding di kawasan DUN Trong pada PRU13 berpuas hati dengan konsep dan sistem yang dilaksanakan dalam Kurban Perdana itu.

gotong royong melapah
Beliau turut berhasrat melaksanakan konsep sekurang-kurangnya satu rumah satu kurban (satu bahagian daripada tujuh bahagian)  di Dun Trong itu pada masa akan datang.

Sambil mengucapkan terima kasih pada semua penderma, beliau berkata majlis itu telah dapat merapatkan perhubungan dan meningkatkan keharmonian antara penduduk setempat kerana terbukti ia merentasi halangan perbezaan politik.
Sebanyak 4,000 uncang diedarkan

Tiada ulasan: