pemuda cheh |
- Apa relevennya Teori RAHMAN dengan PM Malaysia?
- UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat
- BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada
- Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN
Apa relevennya Teori RAHMAN dengan PM Malaysia? Posted: 27 Nov 2011 11:47 PM PST Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka. Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili 'R' menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili 'A' pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf 'H' oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal. Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf 'M' Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li). Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama seperti Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf 'A' menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul Ghaffar Baba, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf 'A'. Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam, King Ghaz dan Ku Li terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN. Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini? Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya. Muhyidin bukan Pengganti Najib? Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR. Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO. Ada yang menjangkakan, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya. Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara. Reformasi politik yang berlaku akibat tindakan terhadap Anwar telah berlaku pada tahun 1998, tetapi hanya terhadap kepada kaum melayu. Reformasi ke dua juga ada kaitan dengan Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 2008, namun reformasi hanya berlaku kepada kaum bukan melayu. Nampaknya dalam jangka masa 10 tahun, berlaku reformasi dan mungkin berulang pada tahun 2018 atau PRU-14. Mungkin akan berlaku reforamsi total pada tahun itu, sama-sama kita tunggu. Berbalik kepada TEORI RAHMAN, nampaknya Teori itu belum berakhir pada PRU-13, sesuai dengan jangka masa hayat seperti yang disebutkan, bahawa refomasi politik hanya akan berlaku pada PRU-14. Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini dijangka belum ada kebangitan seperti mana tahun 1998 dan 2008. Adalah dijangka, pada PRU-13, hanya senario tahun 2008 akan berulang, dan dijangka, UMNO masih berkuasa di Kerajaan Pusat. Nampaknya pada PRU-13 kuasa BN belum menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN. TEORI RAHMAN pusingan ke-2 Dua nama yang sedang disebut-sebut boleh menjadi Perdana Menteri bagi Teori Rahman pusingan kedua, yakni Tengku Razalegh (R), kemudian Anwar (A), kemudian diikuti Haji Hadi (H). Apakah Teori Rahman pusingan kedua akan berlaku? pada PRU-13 atau berdasarkan jangka masa pusingan reformasi yang memerlukan masa 10 tahun? hanya diketahui selepas PRU-13? |
UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat Posted: 27 Nov 2011 11:38 PM PST Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN), yang dikendalikan suami dan anaknya, akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno. Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita Umno itu, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu. Datuk Seri Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ketika isu PFN timbul. 'Program Wanita Umno tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. 'Pagi tadi (kelmarin) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita Umno di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah. 'Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,' katanya ketika dihubungi Berita Minggu Malaysia (BMM) kelmarin. Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita Umno, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu. Namun, Wanita Umno akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan, kata-nya. Mengenai tambahan kerusi kepada Wanita Umno pada pilihan raya umum nanti, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi bagi menentukannya kerana percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peka dan prihatin dengan sumbangan sayap itu kepada parti dan negara. Perhimpunan Agung Umno 2011 selama lima hari itu dilihat banyak pihak sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Sementara itu, menjelang perhimpunan itu, Datuk Seri Najib, dalam wawancara khas dengan agensi berita Bernama di sini, kelmarin, menggesa ahli Umno mengutamakan parti melebihi kepentingan diri. Datuk Seri Najib juga menafikan dakwaan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu sehingga menyebabkan kaum itu berasa terpinggir kerana sejak dulu hingga kini agenda berkenaan terus diperjuangkan parti itu. 'Itu tidak benar. Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi menjadi agenda utama (Umno) dan sebahagian agenda nasional kita. 'Apa yang kita lakukan terhadap kaum lain ialah untuk melakukan apa yang perlu bagi menunjukkan kerajaan kita adil dan berdiri atas tunggak keadilan sosial,' katanya. |
BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada Posted: 27 Nov 2011 05:46 PM PST Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi. Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno. "Bagi saya Barisan Nasional tidak lagi wujud. MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti-parti komponen lain tidak lagi relevan. Kalau kita tanya masyarakat, MCA dan Gerakan itu parti sejarah dan tidak lagi mampu membela nasib masyarakat Cina. Yang tinggal dalam BN sekarang ini hanya Umno yang masih lagi mempunyai sedikit pengaruh khususnya dikalangan orang-orang Melayu,".jelas Azmin. Fokus Berita khas itu sempena Kongress ke-8 PKR di Pulai Springs Resort di sini. Ketika keputusan rasmi PRU-12 diumumkan, BN kehilangan 82 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan, dengan hanya Sabah dan Sarawak memastikan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sekiranya Wilayah Persekutuan dianggap sebuah negeri, BN kehilangan enam negeri semuanya. Di Negeri Sembilan, BN hidup dengan hanya majoriti empat kerusi. Di Pahang, BN kehilangan ibu negeri Kuantan. Parti komponen BN yang dikatakan mewakili suara rakyat bukan Melayu, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) kalah teruk di kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat mereka sebelum 2008. Semua kerusi Gerakan disapu bersih di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih dari 30 peratus kerusi mereka manakala MIC sekadar mampu mempertahankan 8.3% sokongan berbanding 72.4% peratus yang diperoleh pada pilihanraya 2004. Kajian insitut kajiselidik ASLI meramalkan masa depan yang samar buat BN dengan meningkatnya penghijrahan ke bandar setinggi 73% menjelang tahun 2020. Satu-satunya penghalang kepada reformasi Malaysia adalah Umno dan Azmin berkata tema "Malaysia tanpa Umno" adalah usaha Parti Keadilan Rakyat untuk menyedarkan masyarakat Melayu. "Kepercayaan bahawa hanya Umno yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih 50 tahun, sehinggakan realiti dibawah ialah rakyat takut untuk melakukan perubahan kerana kebimbangan apa akan jadi kepada negara ini tanpa Umno." katanya. |
Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN Posted: 27 Nov 2011 03:34 PM PST Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang. Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain. Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008. "Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?" Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN. Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka. Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112,224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya. "Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja." Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya. Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen. Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan