Pahang Daily Online |
Panas: Isa Samad Bakal Di Saman Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Ekoran Kenyataan Biadapnya ! Posted: 28 Nov 2011 03:22 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Nov - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. "Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (foto). Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini. Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam". Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka. Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun. "Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'. "Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya. [Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Ini jelas membuktikan yang Isa Samad rupanya memang benar tidak disenangi oleh sebahagian besar masyarakat peneroka Felda. Tindakan beliau berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, jelas sekali menggambarkan sikap sebenar Isa Samad selama ini. Beliau memang berniat jahat untuk merompak hasil mahsul Felda untuk kepentingannya sendiri, lantaran itulah tergamak untuk menyenaraikan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia. Rupanya memang beliau ada agens tersembunyi yang peneroka wajar tahu. Bayangkan dari untung RM2 billion tiba-tiba Isa Samad hanya mahu memberikan RM500 juta setahun kepada Felda. Bukankah ini satu kerja yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Nampak benar ada satu pakatan sulit antara mereka dalam memastikan keuntungan Felda masuk ke kantung masing-masing. Peneroka perlu bangkit untuk menolak Isa Samad, jika tidak sudah pasti masa depan mereka juga akan rosak dibuatnya. Isa Samad adalah seorang perasuah yang dilantik ke jawatan Pengerusi Felda oleh PM Najib Razak kerana ada jasa Isa terhadap Najib ketika beliau jadi MB Negeri Sembilan dulu agaknya. Apakah rahsia itu?]. |
Memalukan: Tok Empat Selewengkan Peruntukan Program "E-Kasih" Untuk Kepentingan Peribadi !! Posted: 27 Nov 2011 06:05 PM PST KUANTAN, 28 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) digesa menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Karang dekat sini tentang program e-Kasih. Beliau yang dikenali sebagai Tok Empat Awang Kassim itu benar-benar telah mengecewakan para penduduk di kawasan terbabit. Ini kerana terdapat banyak laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukannya dengan memanipulasi program e-Kasih untuk kepentingan ahli keluarga, sahabat dan kroni-kroni beliau sendiri. Program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM1000 itu telah digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang "tidak layak". Paling menyedihkan, tindakan beliau itu tidak diendahkan biarpun telah beberapa kali dibantah oleh penduduk. Akibatnya, penduduk yang layak mendapat bantuan di"persiakan", sebaliknya mereka yang hampir dengan beliau mendapat peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan itu. Menurut seorang penduduk, beliau kecewa kerana kroni Tok Empat terbabit mendapat peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah program e-kasih, sedangkan mereka bukannya nelayan. "Seorang kroninya bernama Zainuddin Hitam dapat sebuah bot fiber, enjin bot dan juga pukat sedangkan beliau tidak pernah turun ke laut, tidak memiliki lesen ke laut bahkan tidak pernah pun memancing di tepi laut dan kini bertugas sebagai Pemandu Felda", kata beliau. Seleweng Subsidi Minyak Dan Peruntukan RM200 Penyelewengan juga berlaku kepada Subsidi Minyak Petrol dimana Tok Empat terbabit dipercayai telah menjualkannya kepada pihak yang tidak layak. "Difahamkan nama di atas kad penerima subsidi ialah Abd Majib Abd Wahab iaitu seorang pemandu lori tetapi yang menggunakan lesen itu ialah abang ipar Tok Empat terbabit yang dikenali sebagai Abd Rashid Muda", kata seorang penduduk lagi. Selain daripada itu, terdapat nama-nama mereka yang mencurigakan dan tidak layak tetapi telah mendapat kemudahan daripada Jabatan Perikanan Pahang. Antara nama-nama terbabit ialah seperti Sharif Abdullah, Abd Majid Abd Wahab dan Abd Rashid Muda sendiri. Kesemua mereka mempunyai hubungan keluarga dan merupakan proksi kepada Tok Empat berkenaan sebenarnya. Malah, bantuan peruntukan RM200 untuk nelayan juga telah diagih-agihkan oleh beliau kepada ahli keluarganya yang tidak layak. Inilah yang mengecewakan penduduk. [Semua kegiatan ini adalah tidak wajar dan sangat mendukacitakan penduduk setempat. Mereka gusar, jika beginilah perangai Tok Empat yang dilantik oleh kerajaan, maka mereka khuathir rakyat tidak akan mengundi BN lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana mereka tidak tahan lagi dengan sikap golongan terbabit yang menggunakan kepentingan diri sendiri untuk mengaut segala projek dan peruntukan kerajaan. Malah, akibat sumpahan orang-orang kampung maka difahamkan Tok Empat terbabit kini mengamali masalah sakit tulang belakang dan terpaksa mendapatkan rawatan dua minggu sekali di hospital Semoga pihak yang berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Gambar-gambar berkaitan akan menyusul demi membuktikan ketidakadilan yang berlaku ini. Inilah yang dinamakan "harapkan pagar-pagar makan padi" selama ini. Apakah begini sikap pemimpin masyarakat?]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan