pemuda cheh |
MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat Posted: 14 Nov 2011 08:22 AM PST "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara," kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini."Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain," katanya lagi. Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia. "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara," kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini. "Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain," katanya lagi. "Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat," kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS. Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan "sekarang cuba untuk menipu MAS." "Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012. Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes. "Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin. "Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa," kata beliau sambil menambah, "jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita," kata beliau lagi. Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna "pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi." Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu. | ||||||||
Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui Posted: 13 Nov 2011 03:40 PM PST "Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya? Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka. Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Ini bermakna, kita akan dapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot. Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka. Makanan Yang Hampir Kepada Vegetarian Jika anda pengamal makanan yang tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya. Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis. Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat. Kurang Makan Motto paling popular mereka adalah "Hari Haci Bu" iaitu "Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang". Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.
Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari. Kehidupan Yang Bebas Dari Stress Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif. Tanah di Okinawa Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft's Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.
Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa 'pemuda' yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun. Artikel seterusnya, sila klik ke sini |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan