BRIGED MP SEGAMBUT |
- sahrizat DIDESAK LETAK JAWATAN OLEH BUNG MOKTAR
- APA PANDANGAN ANDA?..SILA BACA DULU
- GAMBAR TERBAIK MINGGU INI
- FELDA GALI LUBUANG KUBUR PENEROKA?
- GERAKAN SETUJU SEMUA RAKYAT DIBERIKAN HAK MENGUNDI
- DESAKAN UNTUK MEMBENARKAN UNIVERSITY BERPOLITIK DITERIMA
- DEMO LINAS TETAP BERLANJUT
sahrizat DIDESAK LETAK JAWATAN OLEH BUNG MOKTAR Posted: 14 Nov 2011 10:18 AM PST Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. Bung Moktar (kiri) membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. |
APA PANDANGAN ANDA?..SILA BACA DULU Posted: 14 Nov 2011 06:30 AM PST Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor. Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian. Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN. Adalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini. PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak. Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan. Walau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud. Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR. |
Posted: 14 Nov 2011 12:00 AM PST |
FELDA GALI LUBUANG KUBUR PENEROKA? Posted: 13 Nov 2011 08:00 PM PST Bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai "projek gali kubur peneroka." Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh. Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan. "Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu. "Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka.Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada. Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka," katanya. Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini. |
GERAKAN SETUJU SEMUA RAKYAT DIBERIKAN HAK MENGUNDI Posted: 13 Nov 2011 07:00 PM PST Semua rakyat Malaysia, yang berada di dalam atau luar negara, perlu dibenarkan menunaikan hak mereka sebagai pengundi, demikian satu daripada saranan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu dibenarkan menunaikan tanggungjawab berkenaan tanpa mengira lokasi di mana mereka berada. "Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kedutaan Malaysia di luar negara perlu mewujudkan satu mekanisma yang adil dan berkesan bagi memudahkan proses ini," katanya dalam satu kenyataan media. Selain itu, Gerakan menyarankan agar SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mengemas kini daftar pemilih dari semasa ke semasa bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang masih hidup didaftarkan sebagai pengundi. Chang, yang merupakan Pengerusi Biro Pusat berhubung Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, berkata dakwat kekal juga perlu digunakan dalam semua pilihan raya bagi menghalang kemungkinan mengundi dua kali. Selain itu, parti berkenaan turut mengesyorkan media diberi akses bebas serta adil kerana rakyat perlu menerima maklumat lengkap mengenai pelan tadbir urus dan manifesto semua parti politik bagi membolehkan mereka membuat keputusan untuk memilih siapa yang akan disokong. Chang juga berkata SPR perlu diberi kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkaitan pilihan raya. "Mereka (SPR) perlu diberikan satu unit penguatkuasaan bagi memastikan pelaksanaan dan pengurusan berkesan kerana sistem sedia ada, yang bergantung kepada polis dan aduan parti politik, adalah tidak mencukupi," katanya. Beliau berkata Gerakan mengemukakan saranan itu bagi meningkat, memperbaiki serta memodenkan sistem pilihan raya dalam semangat demokrasi. "Justeru, sudah tiba masanya sistem kita diperbaiki bagi memastikan kita boleh memberikan maklum balas yang berkesan terhadap cabaran kontemporari yang dihadapi sistem pilihan raya di negara ini," katanya. |
DESAKAN UNTUK MEMBENARKAN UNIVERSITY BERPOLITIK DITERIMA Posted: 13 Nov 2011 05:35 PM PST Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang-terangan berunsurkan politik. "Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk 'tidak perlu pinda Auku' hanyalah sekadar retorik semata-mata," kata Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam satu kenyataan. Beliau berkata, pihaknya inginkan penjelasan daripada NC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan Sahol dengan apa yang terjadi pada hari ini. "Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik, jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus," katanya. Tambahnya, tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa. "Sejujurnya Kami tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan," katanya lagi. Katanya, kenyataan VC UiTM bahawa pindaan Auku akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu dikira sebagai sesuatu yang tidak relevan. Beliau meminta diberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti. Ujarnya lagi, tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir. "Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. "Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain," katanya. |
Posted: 13 Nov 2011 04:10 PM PST Kira-kira 2,000 penduduk tempatan sekitar kawasan pembinaan loji pemprsosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang, hari ini menyertai perhimpunan anti-Lynas yang dianjurkan oleh jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia'. Sebagai tanda sokongan terhadap bantahan yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan, itu, mereka membawa beberapa 'pinata' - iaitu objek yang diperbuat daripada cenisan kertas - dan memukulnya secara simbolik. Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka. Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu. Walaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daaripada pergi ke sana. Perhimpunan yang bermula pada jam 7.30 pagi ini berlangsung tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dilaporkan. Orang ramai bersurai kira-kira dua jam kemudian. Sementara itu sebuah lagi NGO anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) mahu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar. Bersifat rasis Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis."Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (Lamp) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. "Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. "Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman," petik kenyataan itu. Sehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada Lamp dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. "Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja," petik kenyatan itu lagi. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan