Rabu, 30 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Usaha Pinda Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, Hukuman Kepada Rakyat Tolak Kerajaan !!

Posted: 29 Nov 2011 10:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov - Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono. "Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen selepas berjumpa dengan wakil perhimpunan menentang rang undang-undang itu yang berarak ke Parlimen semalam. Akan tetapi rang undang-undang tersebut sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Pakatan keluar dewan dan tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan. Perhimpunan "Walk for Freedom to Walk" (Berarak Untuk Kebebasan) itu tercetus apabila Kerajaan bentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan. Perhimpunan semalam dihadiri lebih 1,000 ahli Majlis Peguam Malaysia dan aktivis masyarakat. Mereka membanjiri Kelab Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi semalam dan berjalan sejauh satu kilometer ke Parlimen bagi menyerahkan kertas cadangan rang undang -undang yang dicadangkan oleh Majlis Peguam. Bagaimanapun hanya 10 orang dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen bagi menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Mereka kecam Rang itu kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat berhimpun. Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.


Pemimpin Pakatan Rakyat di sidang media di lobi parlimen petang semalam
Sementara itu sebuah lagi badan pendesak 'Occupy Parlimen' di laporkan akan terus berhimpun selama tiga hari di perkarangan Parlimen sebagai tanda mendesak kerajaan untuk tidak meluluskan undang-undang itu. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat yang kerajaan pusat terpaksa melakukan apa sahaja dalam mempertahankan kedudukan mereka walaupun dengan menafikan hak rakyat. "Ini adalah reaksi negatif Umno-BN menghukum rakyatnya kerana mengadakan perhimpunan pada 9 julai lalu dan ini juga adalah usaha untuk memastikan bahawa rakyat tidak lagi boleh berhimpun seperti Bersih 2.0," katanya. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pula sifatkan akta yang digubal kerajaan tidak adil sama sekali dalam sebuah negara demokrasi dengan mengenakan pelbagai syarat keterlaluan. Lim yang mengetuai perarakan beratus peguam menerusi kempen 'Walk for Freedom to Walk" turut mengesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukakan oleh pihak Majlis Peguam. "Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa," kata beliau.

Tiada ulasan: