Rabu, 30 November 2011

Era Pasca

Era Pasca


Persidangan 1lembUMNO...

Posted: 29 Nov 2011 09:01 AM PST


Kita haruslah... bla.. bla.. blaaa.. sekian terima kasih...

TPM berkata dalam sidang UMNO tadi,
 
"Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu"


Anak sape punya la ni tercicir ye?



Dan lagi... "Pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah."








Apabila kebosanan yg melanda perwakilan dalam PWTC, apabila Pak Din merapu, inilah jadinya...





Apa jenis lawak ni? Inikan yang dikatakan JIHAD oleh lembUMNO? Patut la para Perwakilan Ketuanan lembUMNO semua tumbang, belum turun bertempur dah layan lentok bagaikan kene air ketum! patut la lembu dah duduk dalam kondo tapi diorang masih lagi tidur x sedar sedar dari mimpi... kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!!! adoooooiiyaaaaaaiiii.. 
UMNO IS DEAD!!

Duit dah disebat 2 tahun, dah habis tapi takpe, Bakal PM akan backup kata peruntukan belum disalur sepenuhnya.




Maka dengan ini, amat sesuai sekalilah jika Transformasi 1malaysia seiring dengan Transformasi lembUMNO itu sendiri..

HIDOOOPP lembUMNO!!! HIDOOOOOPPP lembUMNO....





Click Iklan Untuk Bantu EraPasca

LAWAK TV3suku, PERLI atau MEMUJI?

Posted: 29 Nov 2011 05:46 AM PST





Sesi lembUMNO baka PERKASA + KATAK meragut rumput... macamana  bleh terlepas dari ladang NFC ni?

lepak lepak sambil minum sirap makan karipap sponsored by  Mak Limah
Wartawan dah ramai, masa untuk tonjolkan diri... Tunjuuk HERO!!! pastikan Ketuanan Melayu lembUMNO teruja!


ADA mana mana ahli PERKASA nak BANTAH? Ramai betul 500 tu.. Hilang semangat aku nak pi jamban tadi. Camne la korang buat kiraan matematik ni? Patut la duit kene songlap pun korang senyum je, x reti matematik rupanya.... kesiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaann...




AKTA HIMPUN - Semua YB PR perlu ada untuk lawan!

Posted: 29 Nov 2011 04:02 AM PST

RUU perhimpunan aman akan dipinda hari ini-Malaysiakini

Kerajaan akan meminda rang undang-undang perhimpunan aman yang mencetus kontroversi kerana didakwa bertujuan menyekat kebebasan rakyat.

Usul pindaan berkenaan akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat hari ini.

Usul pindaan berkenaan melibatkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada sepuluh hari.

Fasal 12(1) rang undang-undang tersebut turut dipinda untuk memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam, menurut usul pindaan ke atas Fasal 12(2).

Selain itu, tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari, menurut pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Rayuan berkenaan adalah berhubung sekatan dan syarat perhimpunan oleh polis yang turut melibatkan tarikh, masa, tempat dan cara perhimpunan.

Kerajaan bagaimanapun tidak meminda kuasa yang luas dalam rang undang-undang berkenaan yang mencetus bantahan keras pelbagai pihak kerana mengharamkan semua bentuk demonstrasi jalanan.-Malaysiakini

Rakyat bukan mahu akta RUU dipinda tapi ditolak dan tidak dilaksanakan!Kepada semua ahli parlimen PR anda jangan buat taik dengan pelbagai alasan untuk tidak hadir ke dewan rakyat hari ini lawan dan bantah akta ini.Anda dipilih rakyat, makan elaun duit rakyat jadi tanggungjawab anda semua untuk lawan habis-habisan supaya kerajaan batalkan RUU! Tak guna lagi RUU ini dipinda sikit-sikit untuk kelabukan kita semua.Mansuh terus itu yang rakyat mahukan!Jika ahli parlimen PR tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk bantah akta RUU hari ini anda memang tidak layak jadi wakil rakyat !Jangan jadi macam akta Kg Baru ramai ahli parlimen PR tidak ada di Dewan Rakyat.Lepas tu bagi macam-macam alasan kenapa tak hadir.Jangan cakap besar nak bela rakyat tapi bila time undi tak ada di parlimen!

Ribuan peguam, orang ramai berhimpun bantah akta -Malaysiakini

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.


Click Iklan Untuk Bantu EraPasca

Tiada ulasan: