Selasa, 15 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pecah Amanah: Blogger UMNO Pun Mahu Supaya Shahrizat Letak Jawatan Kerana Khianati Rakyat

Posted: 14 Nov 2011 11:08 PM PST

Ketua Wanita UMNO, selaku Menteri Pembangunan Keluarga Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil (foto), kini menerima tamparan yang cukup hebat dari dalam parti itu sendiri, gara-gara kesilapan yang beliau lakukan. Kami ingin paparkan satu artikel berupa desakan oleh seorang Blogger Pro UMNO di Pahang iaitu WZWH yang mahu supaya beliau melepaskan jawatan jika mahu melihat BN terus berkuasa pada Pilihanraya Umum akan datang. Kata blogger terbabit Shahrizat perlu letak jawatan Menteri, Senator dan Ketua Wanita jika mahu memudahkan DS Najib mengemudi BN memenangi PRU 13. Kes skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan disiasat polis dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen. Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyebut 'barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum'. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan hukuman sebatan dan denda jika sabit kesalahan. Skandal NFC itu bukan dibawah bidang kuasa SPRM kerana ia tidak hanya membabitkan isu penyelewengan semata-mata. Kes pembelian kondominium One Menerung oleh NFC yang bernilai RM9.8 juta itu akan diserahkan SPRM kepada polis untuk disiasat sebagai kes pecah amanah. Ini melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia. Shahrizat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO yang dikaitkan dengan skandal ini wajar dinasihatkan supaya letak jawatan dengan segera. Wanita UMNO perlu bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan jawatan parti demi nama baik serta ketelusan UMNO.


Di sini letak apartment mewah yang dibeli proksi Sharizat guna duit rakyat
[Artikel di atas adalah dipetik dari blog sahabat WZWH. Ternyata ada juga pejuang UMNO yang melihat kes Shahrizat dari sudut kebenaran dan bukan politik kepartian. Tahniah kepada blogger terbabit, kerana berani berkata benar biar pun pahit sebenarnya. Nampaknya, kini Sharizat benar-benar telah menjatuhkan maruah dan imej UMNO. Tergamak "pecah amanah" untuk kepentingan keluarga sendiri. Sememangnya pemimpin sebegini tidak wajar lagi untuk dipertahankan, kerana sudah jelas beliau tidak jujur dan khianat kepada rakyat. Jika ramai orang UMNO yang berfikiran seperti WZWH ini, maka akhirnya parti itu akan kembali pulih dari zaman kegelapan. Jika tidak mudah untuk pembangkang menyerang mereka dengan isu-isu panas seperti ini. Sharizat wajar letak jawatan jika dia benar bermaruah. Tidak perlu ada pemimpin UMNO yang mempertahankan tindakan beliau sebenarnya. Ini kerana tindakan tersebut begitu jelas dan sukar untuk diselindungkan atau dinafikan lagi oleh Shahrizat sekarang ini].

Panas: Pertandingan Tiga Penjuru, PRM Tegaskan Hak Demokratik "Perlu Di Hormati" Semua Pihak !

Posted: 14 Nov 2011 09:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov - Parti Rakyat Malaysia (PRM) menegaskan mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka". "Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," kata Presiden PRM Rohana Ariffin (foto). Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan". Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian. Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka PRU yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan juga BN.



[Pakatan Rakyat seharusnya meletakkan calon yang diterima rakyat dan benar-benar popular jika mahu menang atau mengekalkan kerusi berkenaan. Rakyat melihat dan boleh membuat penilaian terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Persefahaman perlu wujud jika mahu kekuatan berlaku. Jika tidak pertembungan tiga penjuru terpaksa terjadi akibat sikap tidak toleransi sesama sendiri. Tidak semestinya calon ketiga itu adalah pengkhianat atau cuba memecah belahkan parti. Namun, jika calon yang ada memang tidak digemari dan disukai oleh rakyat. Tidak ada masalah calon ketiga tampil untuk membawa arus perjuangan baru kepada rakyat. Semua ini perlulah dilihat dari kontek lebih positif sebenarnya].

Panas: MCA Bakal Berputih Mata, Kerusi Parlimen Kuantan Sah Bakal Di Tandingi Oleh Calon UMNO

Posted: 14 Nov 2011 03:47 PM PST

KUANTAN, 15 Nov - Parlimen Kuantan bakal menyaksikan pertembungan tradisi kembali antara UMNO (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin vateran UMNO yang rapat dengan proksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Maklumat ini pasti membuatkan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Dato' Ti Lian Ker (foto) berputih mata sebenarnya. Sebelum beliau dikatakan mahu kerusi Parlimen Indera Mahkota diberikan kepada MCA jika UMNO mahu bertanding di Kuantan. Namun, kini MCA mungkin kehilangan kedua-dua kerusi itu menurut pemimpin terbabit. Berdasarkan rekod sudah dua penggal MCA bertemu PKR di Parlimen Kuantan, yang menyaksikan calon parti itu Datuk Fu Ah Kiow tewas kepada Fuziah Salleh dengan majoriti 1,826 undi pada PRU-12 lalu. Fuziah mendapat 18,398 undi, manakala Fu Ah Kiow hanya mendapat 16,572 undi sahaja. Keputusan itu cukup mengejutkan dan memberi tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi itu dari PKR. Pada PRU-11 (2004) Fu Ah Kiow berjaya memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti cukup besar iaitu 9,147 undi iaitu lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh Tun Khalil Yaakob pada PRU-10 (1999). Khalil ketika itu menewaskan Fuziah dengan hanya 7,347 undi sahaja. Harus diingat sebelum zaman reformasi selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan, kerusi parlimen itu dimenangi oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman (UMNO) dengan majoriti lebih besar iaitu 23,096 undi pada PRU-9 (1995). Fauzi yang kini merupakan Pengerusi PKR Pahang menang ke atas calon Parti Melayu Semangat 46 (S46) iaitu Noorsiah Tuajib. Fauzi mendapat 33,718 undi, sementara Noorsiah hanya mendapat 10,622 undi sahaja. Tetapi harus diingat, sebelum itu pada PRU-8 (1991) Fauzi hanya menang tipis ke atas calon Semangat 46, Ahmad Mokhtar Hj.Mohamed dengan majoriti 5,867 undi sahaja. Itulah statistik terdahulu bagi kerusi Parlimen Kuantan.

[Kini, nampaknya bagai ada satu mandat daripada Najib untuk memberi laluan kepada UMNO supaya bertanding semula di Parlimen Kuantan. Mungkin kerana melihat Fuziah tidak menang jika penyokong UMNO memilih BN pada PRU-12 lalu. Buktinya, BN menang di keempat-empat DUN dalam parlimen itu sedangkan Fuziah menang di Parlimen. Semuanya gara-gara mereka menolak MCA yang bertanding di kawasan majoriti Melayu itu sebenarnya. Terdapat laporan sulit mengatakan UMNO diberi hak untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan MCA. Malah, calon yang berkenaan juga disyaki merupakan proksi Najib di situ. Jika ini berlaku, apakah Dato' Ti Lean Ker akan berdiam diri agaknya?. Sebelum ini diwar-warkan dia akan bertanding menentang Fuziah disitu. Namun, gara-gara isu Lynas dan melihat majoriti pengundi Cina akan "swing" serta tidak menyokong BN kali ini akhirnya UMNO dipertaruhkan. Soalnya, apakah Ti Lian Ker dapat menerima hakikat ini. Malah, kerusi Parlimen Indera Mahkota yang mahu ditukarkan juga pasti tidak menjadi kenyataan. Maknanya pemimpin MCA itu pasti akan berputih mata sekali lagi, selepas dimalukan pada PRU-12 lalu apabila tidak dicalonkan bertanding di mana-mana DUN dalam negeri Pahang. Senario ini pasti menarik untuk disaksikan. Jika dilihat kepada percaturan, siapa pun diletakkan di Kuantan kali ini pasti akan memberi kelebihan kepada Fuziah Salleh kerana beliau adalah "Pejuang Lynas" yang amat disanjung oleh rakyat Kuantan. Jika tiada perubahan pasti UMNO BN akan bertemu PKR pada PRU-13 ini nanti].

Tiada ulasan: