Pahang Daily Online |
- Siti Zailah, Dewan Muslimat PAS Bantah S.Ambiga Menganjurkan Program Seksualiti Merdeka 2011
- MTUC Anjurkan Piket Bantah Pindaan Akta Kerja 1995 Di Hadapan Masjid Negeri 5.00 Petang Nanti!
- Fuziah Cabar Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Mustapa Mohamed Debat Isu Lynas
- Khalid Samad: PAS Kecam Menteri MITI, Memutar Belit Kenyataan Presiden PAS Berkaitan Isu Lynas
| Siti Zailah, Dewan Muslimat PAS Bantah S.Ambiga Menganjurkan Program Seksualiti Merdeka 2011 Posted: 03 Nov 2011 05:40 AM PDT
|
| MTUC Anjurkan Piket Bantah Pindaan Akta Kerja 1995 Di Hadapan Masjid Negeri 5.00 Petang Nanti! Posted: 02 Nov 2011 12:44 PM PDT ![]() KUANTAN, 3 Nov - Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) akan menggerakkan satu demonstrasi yang dirancang dilakukan di Hadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini bermula jam 5.00 petang ini. Pihak terbabit merancang mengadakan piket ini untuk membuka mata kerajaan perihal kesan-kesan negatif akibat Pindaan Akta Kerja 1995 yang telah diluluskan pada 6 Oktober 2011. Juga diharapkan dapat membuka fikiran golongan pekerja, agar 11 juta orang pekerja di Negara ini lebih peka dan memahami tentang permasalahan yang sebenar. Pindaaan Akta Kerja 1955 tersebut sebenarnya banyak merugikan masa depan para pekerja. Difahamkan bahawa sekiranya sistem "Contractor for labour" ini diamalkan secara meluas di dalam negara ini, maka generasi pekerja dimasa hadapan tidak akan dapat menikmati imbuhan-imbuhan yang sepatutnya dinikmati oleh para pekerja. Apa dia "Contractor for Labour" ni? Ianya adalah syarikat pekerjaan yang menyediakan pekerja-pekerja yang bekerja secara kontrak untuk syarikat-syarikat besar di semua sektor faham akibat dari pindaan akta berkenaan. [Pindaan akta kerja 1955 yang diluluskan oleh kerajaan itu sebenarnya merugikan golongan pekerja, ianya akan menggalakkan satu sistem menggunakan danmeletakkan pekerja melalui "kontrak" dengan pihak ketiga,dan bukan lagi dengan syarikat secara terus. Ini menyebabkan pekerja akan hilang banyak imbuhan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh pekerja. Dijangkakan ramai pekerja akan hadir beramai-ramai menyokong piket yang diadakan petang nanti. Malah, terdapat juga penglibatan dari kalangan parti politik yang turut sama menyatakan kekesalan mereka terhadap akta berkenaan. Justeru, orang ramai dipelawa hadir untuk memberi sokongan kepada MTUC dalam perjuangkan nasib pekerja yang merupakan sebahagian besar dari kalangan rakyat Malaysia]. |
| Fuziah Cabar Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Mustapa Mohamed Debat Isu Lynas Posted: 02 Nov 2011 11:29 AM PDT
[Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab membawa masuk Lynas ke Malaysia, maka Mustapa Mohamed haruslah menyahut cabaran Fuziah Salleh ini. Tambahan pula, isu Lynas kini sudah menjadi satu topik perbualan hangat dikalangan rakyat di Kuantan menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Menteri MITI pernah hadir mengadakan taklimat di kediaman Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek beberapa bulan yang lalu. Namun, ia bukanlah perdebatan yang sepatutnya diadakan secara terbuka antara kedua-dua belah pihak. Justeru itu, disarankan mereka berdua berdebat agar ia dapat memberi kefahaman yang berguna kepada rakyat untuk menilai. Penerangan sehala dan bantahan yang dibuat oleh rakyat haruslah diambilkira. Malah, jika dibuat soal selidik tentang isu Lynas itu sendiri maka ternyata mereka yang menentang dan membantah lebih besar jumlahnya dari yang menyokong projek kilang "memproses rare earth" Lynas Corporation itu sebenarnya]. |
| Khalid Samad: PAS Kecam Menteri MITI, Memutar Belit Kenyataan Presiden PAS Berkaitan Isu Lynas Posted: 02 Nov 2011 10:57 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 3 Nov -PAS mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memutar belit kenyataan Presiden parti itu mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas). Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad (foto) berkata, tindakan Mustapa yang merujuk kepada kenyataan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum keputusan rasmi dibuat parti itu adalah tidak wajar. "Pihak menteri pun bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat (Hadi) sebelum PAS buat keputusan rasmi selepas kita bermesyuarat," kata beliau semalam. Ustaz Hadi dalam muktamar PAS Jun lalu ada menyebut akan merujuk mengenai tahap keselamatan projek pembinaan tersebut kepada pakar-pakar dalam bidang berkaitan daripada parti itu sendiri. "PAS buat kenyataan rasmi bahawa pembinaan Lynas berbahaya dan tidak boleh diteruskan sebelum Lynas memberikan penjelasan kepada penduduk. "Menteri putar belit kenyataan Presiden dengan menggunakan hujah (Ahli Parlimen) Hulu Langat yang daripada sisi beliau sebagai pakar nuklear. "Mengikut disiplin nuklear memang tak selamat tapi kena ikut disiplin yang lain juga," katanya. Dr. Che Rosli Mamat, Ogos lalu mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembinaan tersebut tidak berbahaya kepada penduduk setempat. Bagaimanapun kata Khalid, ianya merupakan pandangan peribadi beliau, bukan pendirian PAS dan disokong Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut bersama pada sidang media itu semalam. [Jika benar dakwaan ini, maka ternyata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed telah melakukan satu kesilapan besar sebenarnya. Sebagai Menteri yang berkenaan, beliau tidak wajar mengeluarkan hujah tanpa fakta yang betul kerana dia bercakap bagi pihak kerajaan Malaysia itu sendiri. Jika Menteri berani berdusat di Parlimen, makanya apakah rakyat boleh percaya dengan kekalutan isu Lynas ini agaknya. Maka itulah, rakyat terus bangkit dan memberontak kerana mereka tahu memang ada banyak rahsia yang terselindung disebalik projek ini sebenarnya. Rakyat tidak wajar dinafikan hak untuk terus menyatakan bantahan, kerana mereka memang ragu-ragu dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Apapun, kerajaan juga ada hak untuk mempertahankan projek berkenaan kerana mungkin ia mendatangkan hasil lumayan kepada negara dalam jangkamasa yang lama. Lantaran itu, mereka perlu keluarkan hujjah bagi mengesahkan yang projek berkenaan tidak berbahaya seperti yang diwar-warkan. Rakyat berhak untuk mendapatkan gambaran jelas isu ini]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan