MIMPI SENJA |
- Pelancung asing ajak budak pantai masuk bilik
- SANTAI MALAM : Isteri curang kerana suami tak mampu ...?
- Berahim 'katak' selar TGNA tapi berdiam diri tentang Shahrizat
- Isu Lembu Shahrizat : PAC mulakan inkuiri 23 Nov
Pelancung asing ajak budak pantai masuk bilik Posted: 19 Nov 2011 02:27 PM PST PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka. Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ. Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing. "Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik "Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. "Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba," katanya. Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara. "Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya. Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker. "Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap. "Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang," katanya. Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu. "Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau. "Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung). "Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai," katanya. Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah. "Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. "Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan," katanya |
SANTAI MALAM : Isteri curang kerana suami tak mampu ...? Posted: 19 Nov 2011 07:51 AM PST Tidak dapat dinafikan dalam zaman cyber sekarang wanita lebih 'demanding' dalam soal seksual disebabkan pengetahuan seks bukanlah rahsia lagi (atau rahsia dalam kelambu kata orang tua dulu-dulu). Ramai wanita mengambil sikap lebih terbuka dalam mempelajari bab-bab ini dan lebih berpengetahuan. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mengetahui hak-hak mereka di dalam hubungan seks. Mereka juga ingin menikmati kenikmatan seks sama seperti lelaki. Tetapi malangnya hajat mereka tidak kesampaian! Suami syok sendiri manakala si isteri terkulat-kulat makan hati! Nak tahu apa jadi? Lama-kelamaan wanita akan mula merasa bosan, kecewa, sakit hati, sedih dan perasaan-perasaan ini akan menyebabkan mereka menjadi dingin di dalam hubungan seks. Maka terjadilah dialog sebegini: Isteri : "Tak naklah bang… ayang penat…" Ha! Bagaimana? pernah mendengar dialog sebegini? atau ia pernah terjadi kepada ANDA? Kajian menunjukkan wanita yang mendapat kepuasan seks tidak akan menolak malah mereka merasa seronok melakukannya. Mungkin ada di antara para suami akan menarik nafas lega dan berkata, "isteri aku ok je, tak pernah merungut atau menolak pun bila diajak bersama". Tunggu dulu! Adakah anda betul-betul yakin isteri ANDA benar-benar berpuas hati? Cuba baca pengakuan wanita-wanita di dalam satu lagi kajian yang dijalankan di Amerika. "Sebenarnya mereka terlalu menyintai pasangan mereka (lelaki) sehingga mereka sanggup berlakon (berpura-pura klimaks dan tidak menolak atau merungut) untuk memberi sokongan psikologi dan bersimpati di atas kelemahan suami mereka di ranjang". Namun KENYATAANNYA mereka mengakui merasa amat KECEWA, TIDAK BERPUAS HATI KERANA KEHENDAK SEKS MEREKA TIDAK DIPENUHI SEPENUHNYA dan ada yang MENGALAMI TEKANAN DAN GANGGUAN EMOSI! STRESS! FAKTA PENTING: Mengikut kajian rambang yang dilakukan di negara membangun, 25% wanita berpura-pura mencapai klimaks dan pastinya bilangan wanita Malaysia mungkin lebih dari itu bukan luar biasa. (Dr. Hj Ismail Bin Tambi, Pakar Kesihatan Reproduktif Dan Seksual) Rata-rata mereka MENYALAHKAN lelaki kerana 'ketidak upayaan' itu menyebabkan mereka mencari alternatif lain (CURANG)! Lebih tragis lagi, 98% wanita di Amerika, mengaku berlaku CURANG kepada pasangan mereka disebabkan oleh faktor kelemahan atau ketidakupayaan pasangan mereka ( lelaki le tu ) MEMUASKAN NAFSU SEKS mereka di ranjang. AWAS! Jangan biarkan perkara ini berlanjutan dan mengancam kebahagian ANDA suami isteri. LAYARI BAHTERA ASMARA ANDA BERDUA HINGGA KE PELABUHAN NIKMAT BERSAMA ! Ikhlas dari : Qalam Sutera Enterprise |
Berahim 'katak' selar TGNA tapi berdiam diri tentang Shahrizat Posted: 19 Nov 2011 06:35 AM PST Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno. Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle. Jaguh palsu Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut. "Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis. "Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud." Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini. Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam. Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran. Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga. "Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle |
Isu Lembu Shahrizat : PAC mulakan inkuiri 23 Nov Posted: 19 Nov 2011 03:16 AM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal @ The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 19 Nov – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan pendengaran dalaman berhubung projek ternakan lembu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minggu depan ekoran kerugian dan dakwaan salah guna dana awam RM250 juta. Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan daripada kerajaan dan agar kesemua minit mesyuarat Kabinet diumumkan kepada publik. Anggota PAC Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa inkuiri akan diadakan Rabu ini, bermula pukul 11.30 pagi. "Kami kemungkinan memanggil Kementerian Kewangan, Khazanah, ia bergantung. Secara peribadi, saya juga tiada masalah untuk memanggil pengurusan NFC bagi memberi keterangan," kata Abdul Rahman. Ahli Parlimen Kota Belud berkata tarikh bagi sesi pendengaran pertama diputuskan minggu lepas dan jawatankuasa memutuskan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan ekoran kepentingan awam dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai. Masalah menyelubungi projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dikeluarkan 24 Oktober lalu. Antara lain pembangkang khususnya PKR mendakwa dana NFC juga digunakan untuk membeli kondominimum mewah di Bangsar. Dalam penjelasan kepada media terpilih kelmarin pengurusan NFC mengaku dakwaan itu dengan berkata lebih RM13 juta digunakan untuk membeli dua unit kondominium. Pengurusan NFC juga mendakwa pelaburan itu adalah sesuatu yang strategik. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan