MIMPI SENJA |
- Anak Najib letak jawatan, saham Harvest Court menjunam
- Lagi tindakan kerajaan Haram jadah Najib nak kemut duit rakyat bagi pada kroni ... betul2 Haram jadah
- Hahahaha ... Rompak guna semut
- Isu Lembu Shahrizat : NFC gagal jawab dakwaan
- Yang Di Pertuan Agong tiba di Antartika
Anak Najib letak jawatan, saham Harvest Court menjunam Posted: 21 Nov 2011 09:41 PM PST November 22, 2011 KUALA LUMPUR, 22 Nov — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagaiR Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu. Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court. Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online. Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu. Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40. Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain. |
Posted: 21 Nov 2011 03:34 AM PST MP PAS Mujahid persoal penubuhan NHFA Muda Mohd. Noor | November 21, 2011 "Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. PETALING JAYA: Ahi parlimen PAS,Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mempersoalkan penubuhan lembaga kewangan kesihatan kebangsaan (NHFA) secara tergesa-gesa. "Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. NHFA ini akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan. Beliau berkata ini satu perkara baru kerana kepada rakyat Malaysia kerana ia akan menjadi wajib membayar premium kepada NHFA jika mahu rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta seta klinik swasta. "Walaupun membayar premium, kita juga perlu mengeluar lebih banyak wang kerana ia hanya membayar rawatan asas. Mungkin menjadi GLC "Persoalannya apa terjadi kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan? Di mana mereka mahu mendapatkan rawatan?" katanya. Menurutnya, adakah kemungkinan badan ini akan menjadi GLC? "Persoalan lain ialah adakah syarikat ini akan diketuai oleh kroni Barisan. Jika ini berlaku, kita mungkin ditakdirkan mati kerana kemungkinan wang disalah guna jika dilihat cara GLC lain berjalan. "Kami telah melihat banyak kes di mana pengurusan atasan menerima gaji dan faedah yang diambil dari peratusan yang besar dari kos operasi," tambahnya. Katanya, dengan setiap kita membayar premium setiap bulan NHFA akan mendapat jutaan ringgit dan wang ini ini akan dilupuskan oleh kerajaan Barisan. Beliau menambah ada kemungkinan GLC baru ini menjadi lembu tunai terbaru kepada mereka. Satu forum awam untuk membincangkan isu ini dan kesannya akan diadakan di Pulau Pinang pada 27 November ini. - FMT |
Hahahaha ... Rompak guna semut Posted: 21 Nov 2011 02:27 AM PST SUNGAI BULOH – Dua pengawal keselamatan SJK (T) Kuang melalui pengalaman yang menyiksakan selama dua jam apabila mereka bukan sahaja diikat malah badannya turut dilumur dengan semut hitam. Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, kedua pengawal berusia 50 tahun itu sedang meronda kawasan sekolah sebelum dia didatangi oleh sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang. Menurut pengawal yang hanya mahu dikenali sebagai Devadasan berkata salah seorang daripada penyamun meletakkan parang pada lehernya dan mengugutnya tidak berbuat apa-apa dan menuruti arahan. "Kami diikat menggunakan tali lampu suluh dan kain sebelum salah seorangnya mengarahkan kami membuka baju dan kemudiannya menuangkan ribuan semut hitam yang disimpan dalam bekas filem," katanya. Menurutnya dia hanya mampu menahan kesakitan digigit semut sesebelum berjaya melepaskan diri dua jam kemudian selepas ikatan pada tangannya berjaya dibuka dan bertindak menghubungi salah seorang guru sekolah berkenaan untuk meminta bantuan. "Penyamun itu telah memecah masuk bilik ICT, bilik guru besar dan bilik Guru Penolong Kanan dan melarikan pelbagai peralatan termasuk lima buah komputer riba, empat projektor dan peralatan lain yang sebahagiannya dikunci di dalam sebuah peti besi," katanya. Menurutnya suspek dipercayai menggunakan peralatan khas untuk membuka peti besi yang turut mempunyai wang tunai RM 400 dan kerugian sehingga kini mencecah RM 50,000. Difahamkan ini merupakan kejadian kedua sekolah berkenaan dipecah masuk tahun ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama. Tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Kuang berhubung kejadian tersebut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu kini sedang disiasat. - SH |
Isu Lembu Shahrizat : NFC gagal jawab dakwaan Posted: 21 Nov 2011 01:07 AM PST KUALA LUMPUR 21 Nov : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pihak National Feedlot Corporation (NFC) tidak menjawab satu pun dakwaan yang telah dikemukakan KEADILAN sebaliknya mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi terhadapnya. Sebelum ini pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menafikan semua dakwaan KEADILAN dan mengeluarkan kenyataan bahawa Rafizi tidak mengetahui selok-belok perniagaan walaupun merupakan graduan luar Negara. Menurut Rafizi, meskipun sesuatu perniagaan ada turun naik, namun beliau mengganggap pengurusan NFC sendiri tidak sedar bahawa syarikat itu bukan syarikat milik peribadi. "NFC adalah syarikat rakyat iaitu milik kerajaan. Ia diberikan segala-gala kemudahan, tanah diberikan, wang diberikan dan peruntukan geran itu diberikan malah projek tersebut berasaskan kertas cadangan yang menunjukkan bahawa projek ini berimpak tinggi dan tidak boleh gagal," kata beliau. "Saya dimaklumkan dalam media arus perdana bahawa dia dah terima surat, tapi kalau masih belum menerima berita dalam sehari dua hari ini, KEADILAN akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan beliau," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini. Turut sama pada sidang media itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Sementara itu Saifuddin berkata, KEADILAN sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang tindakan mahkamah dari pihak NFC. "Kita mengalu-alukan untuk mereka mengemukakan saman dan tidak gentar," Sindirnya. NFC sebelum ini membuat kenyataan membuat pertimbangan samada untuk menyaman KEADILAN kerana kononnya melakukan dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas. Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan. NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun. Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96. KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009. Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Corporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat. Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23221 |
Yang Di Pertuan Agong tiba di Antartika Posted: 20 Nov 2011 11:40 PM PST 2011/11/21 SCOTT BASE (ANTARTIKA): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tiba bagi lawatan khas ke Antartika. Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku, pada 1 tengah hari waktu tempatan. Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah; dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Zaharin Ahmad. Turut sama Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald; Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson; dan petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohamad Mudanoran Mohamad Mushaari, yang akan membuat liputan sepanjang lawatan baginda ke Antartika. Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu. Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu. Seri Paduka Baginda kemudian diberikan taklimat oleh Sanson di Kem Scott sebelum dibawa melawat Castle Rock dan Kem Lapangan Latihan Antartika dengan menaiki kenderaan khas dipanggil Hagglund, iaitu kenderaan litar permukaan ais. Pada hari kedua di Antartika, Seri Paduka Baginda, dijadual menaiki helikopter bagi lawatan saintifik melalui udara ke kawasan McMurdo Sound termasuk singgah melawat pondok yang digunakan oleh Kapten Scott pada tahun 1910-1912 di Cape Evans dan pondok Sir Ernest Shackleton pada tahun 1907-1909 di Cape Royds. Kedua-dua pondok tersebut kini menjadi destinasi bersejarah dan ikon bagi para saintis dan penyelidik di Antartika. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan