MIMPI SENJA |
- Skandal "Lembu" Shahrizat - sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam.
- Pengarah Terbaik FFM24 - Mamat Khalid atau Syamsul Yusuf?
- Raja Azmi mengamuk di Majlis Perasmian FFM 24
- Haji Terpantas di Dunia - Zunar
Skandal "Lembu" Shahrizat - sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam. Posted: 17 Nov 2011 09:56 PM PST Mengikut piawaian Barisan Nasional (BN), skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak sebesar mana, kerana hanya melibatkan kurang dari RM300 juta dana awam. Namun perdebatan hangat yang berterusan tentang skandal ini membolehkan kita menilai tahap tadbir urus negara ini. Dan yang lebih mustahak sama ada terdapat anjakan paradigma di kalangan pemimpin BN di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Skandal NFC ini memperlihatkan kebiasaan sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam. Sejumlah besar dana awam diberi kepada syarikat-syarikat kroni yang tidak kompeten yang merampok wang dan seterusnya menemui kegagalan untuk mengendalikan projek seperti yang diharapkan. Budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban nampak begitu asing bagi manusia seperti mereka ini meskipun beratus juta wang pembayar cukai dicurahkan begitu sahaja, ibarat 'menuang air di daun keladi', bagi mengembar gembur pelan transformasi Najib untuk negara ini. NFC diberi tanggungjawab untuk "mentranformasi industri ternakan dan daging lembu supaya muncul sebagai pengeluar daging halal bertaraf antarabangsa", menurut Bernama yang melaporkan majlis menandatangani perjanjian pinjaman mudah RM250 juta pada 6 Disember 2007. Sasaran pengeluaran ialah sebanyak 60,000 ekor lembu bagi Fasa 1 dari ladang lembu di Gemas. Operasi dijadual bermula Februari 2008. NFC kacau bilau Empat tahun kemudian, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut situasi projek NFC berada dalam keadaan kacau bilau. Jumlah lembu yang mampu disembelih hanya 5,742 sehingga November tahun lalu. Walaupun sasarannya dikurangkan kepada 8,000 ekor lembu setahun, projek itu masih dianggap gagal. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila adanya laporan mengenai salah guna dana awam seperti RM9.8 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah dan lebih RM800,000 dibelanjakan untuk keraian dan elaun perjalanan dalam tahun 2009 walaupun syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM7 juta dalam tahun 2008 dan RM11 juta pada 2009. Kelihatannya, NFC akan menerima nasib malang seperti projek mega Barisan Nasional yang lain – Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Perwaja dan lain-lain. Siapa yang memiliki NFC? Keluarga Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno. Suaminya, Mohamad Salleh Ismail, adalah pengerusi dan tiga anak mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah- pengarah eksekutif syarikat itu. Lebih malang, anggota keluarga Shahrizat langsung tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ternakan lembu dan pengeluaran daging lembu. Umtuk makluman, terdapat lebih 300 ladang feedlot di negara ini dan banyak syarikat yang terbukti berjaya dalam industri penawaran daging lembu ini. Dengan ramainya bilangan rakyat kita yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, bukankah lebih baik kita amanahkan sahaja kepada para usahawan yang lebih berkelayakan dari anggota keluarga Shahrizat? Dan lebih melucukan apabila diperhatikan bahawa mereka yang sibuk membela NFC dan Shahrizat adalah personaliti tertinggi Umno seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ketua Pemuda Umno dan terkini, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin Umno bela Shahrizat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Parlimen pada 11 November lalu, tidak ada apa yang salah dan sedikit masa lagi pengeluarannya akan meningkat kepada 12,000 ekor lembu dari 6,000 ekor lembu sebelumnya. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memulakan projek ini ketika beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata dalam satu sidang media pada 29 Oktober lalu bahawa beliau "tidak nampak apa yang pelik dan satu kesalahan" dengan projek itu. Beliau kemudian menyerahkan kepada penggantinya Datuk Seri Noh Omar untuk menjawab soalan-soalan berikutnya. Noh menafikan wujudnya penyelewengan dalam pemberian projek itu dan menyifatkannya sebagai satu "kejayaan", dengan memberi berbagai alasan walaupun pengeluaran lembu dan daging lembu adalah rendah. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, kelihatan pelik kerana secara tiba-tiba beliau muncul sebagai juara, sebagai pembela yang paling lantang bersuara. Selain itu, Pak Lah juga timbul untuk menyelamatkan Shahrizat. Pada 15 November, beliau berkata, Shahrizat tidak perlu meletak jawatan kerana beliau bukan CEO dan tidak terlibat. Pak Lah menyuarakan pandangannya kerana ramai yang meminta Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri. Tetapi agak menghairankan, tidak ada sesiapa pun yang mendesak supaya kedua-dua menteri ini (Muhyiddin dan Noh Omar) didakwa. Muhyiddin kerana memberi projek ini kepada syarikat yang tidak layak dan Noh Omar kerana gagal mengawal-selia pelaksanaan projek ini. Berhubung badan pemantau rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang selama ini membisu walau pun sudah tiga minggu skandal ini muncul, hanya baru-baru ini menyerahkannya kepada pihak polis dengan alasan bahawa ini kes polis, bukan SPRM. Adakah pihak polis akan melakukan sesuatu? Tekaan anda adalah serupa dengan saya. Inilah yang dikatakan transformasi Najib! - FMT |
Pengarah Terbaik FFM24 - Mamat Khalid atau Syamsul Yusuf? Posted: 17 Nov 2011 09:29 PM PST Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) sudah menjadi milik Pengarah Filem 'Libas', Jurey Latiff Rosli. Siapa pula akan dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik tahun ini? Mudah-mudahan keputusan pada malam kemuncak esok tidak mengundang kontroversi lagi? Biarlah yang benar-benar layak mencipta kejayaan. Bukan kerna pengaruh, kawan-kawan atau sebaliknya? Macam yang dikatakan oleh penerbit Raja Azmi, juri harus telus agar industri filem tempatan tidak rosak! Tahun ini kategori ini menyaksikan pertandingan cukup menarik kerana ia menampilkan tiga nama yang turut berentap pada tahun lalu iaitu Ahmad Idham (Senjalaka , Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)). Kehadiran Osman Ali dan Yusry Abdul Halim menambahkan kehangatan kerana masing-masing mempunyai naskah yang bagus iaitu Cun! dan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Seandainya tahun ini Mamat Khalid tewas sekali lagi kepada Syamsul Yusof, GUA jangka kedua-dua individu ini akan 'perang'besar. Kali ini Mamat Khalid mempertaruhkan filem box office HKLBR, manakala Syamsul, KL Gangster. Kedua-dua filem ini mendapat sambutan hangat di pawagam. Memang HKLBR mencetuskan satu fenomena, tetapi itu tidak boleh dijadikan ukuran. Populariti tidak boleh mengatasi kualiti. Bagi GUA kedua-dua naskah ini mempunyai kekuatan sendiri. Mamat Khalid memang terkenal sebagai pengarah yang mampu berfikir di luar kotak pemikiran. Dia berjaya membentuk karektor pelakon yang mungkin sebelum ini orang lain tidak nampak. Contohnya Awie, siapa sangka rocker ini boleh menjayakan watak lucu dengan baik? Dalam kelucuan, HKLBR sebenarnya sarat dengan mesej kritikan dan sindiran yang mengajak penonton supaya sama-sama memikirkan tentang situasi masyarakat dan perkembangan dalam negara. Cerita ini begitu dekat dengan masyakarat Melayu. Tentang naskah Syamsul Yusof pula, tidak dinafikan cerita ini menjadi pilihan utama golongan muda. Tetapi GUA melihat formula yang digunapakai oleh Syamsul masih sama dengan Evolusi KL Drift iaitu gejala sosial di kalangan muda-mudi. Mesej yang cuba disampaikan juga lebih kurang sama. Selain itu, GUA juga berpendapat filem ini tidak mencerminkan jatidiri filem Malaysia. Gangsterisma, dadah, arak, perempuan-perempuan seksi adalah mainan filem barat. Sebab itu, kanak-kanak tidak begitu sesuai menonton filem ini! Walau apa pun, GUA percaya barisan juri lebih bijak membuat penilaian. Mungkinkah pengarah HMM, Yusry Abdul Halim yang mencipta keyaaan? Jangan lupa, lelaki ini sudah membawa pulang trofi Kesan Visual Terbaik di Malam Anugerah Cipta pada Rabu lalu. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi pada 20 November ini. - gua.com |
Raja Azmi mengamuk di Majlis Perasmian FFM 24 Posted: 17 Nov 2011 07:12 AM PST Pengarah kontroversi, Raja Azmi mengejutkan beberapa jemputan yang hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam tadi apabila beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum meninggalkan majlis tersebut. Tindakannya itu telah menarik perhatian beberapa penggiat seni dan media yang berada di sekelilingnya kerana pengarah '…Dalam Botol' ini bercakap dalam nada yang kuat seolah-olah beliau sedang memarahkan sesuatu. Antara perkataan yang didengari oleh para media yang hadir ialah "Tak faham, tak faham…Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar." Difahamkan, tindakannya itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Malam Anugerah Gemilang Cipta di mana filem terbitannya, '…Dalam Botol' tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah pada malam itu. '…Dalam Botol' tercalon dalam tiga kategori pada malam tadi iaitu Poster Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki menerusi Arja Lee serta Pengarah Harapan (Khir Rahman). Filem ini mempunyai satu lagi kategori pada Malam Anugerah Gemilang Perdana yang akan berlangsung pada 20 November ini iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Fauziah Datuk Ahmad Daud. - gua.com |
Haji Terpantas di Dunia - Zunar Posted: 17 Nov 2011 04:59 AM PST Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengkritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam. Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri. Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?" Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum? Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menunaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hipokrasi, rasuah dan seumpamanya. Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional - Seterusnya |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan