Jumaat, 18 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

Posted: 18 Nov 2011 12:48 AM PST

SHAH ALAM, 18 NOV : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.


Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" - atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kata Khalid.

Saksikan siaran penuh FOKUS Berita Khas ini bersama Abdul Khalid pada 19 Nov, pukul 1 tengahari.

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

Posted: 18 Nov 2011 12:39 AM PST

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.


Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

Pengerusi NFC pertahan beli kondo, dakwa nilainya RM6.9j

Posted: 17 Nov 2011 10:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu," katanya di Gemas hari ini.


Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Salleh adalah suami Shahrizat.

Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.

"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

Dipetik Bernama Online, Salleh berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi.

"Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya.

Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur.

Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

"Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan," katanya.

Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mewujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

"Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium," tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasar raya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

"Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan," katanya.

http://www.kedahlanie.info/2011/11/pengerusi-nfc-pertahan-beli-kondotak.html


‘Rakyat meluat perlu terima RM100 bantuan sekolah melalui BN’

Posted: 17 Nov 2011 07:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Arahan Kementerian Pelajaran agar pemberian RM100 untuk pelajar sekolah mestilah dihadiri pemimpin BN semakin menguatkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Umno BN.

Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, rakyat tahu bahawa wang itu datangnya daripada duit cukai mereka sedangkan pemimpin BN pula cuba berlakon seolah-olah wang itu datang daripada poket mereka sendiri.

"Umno terkenal dengan imej rasuahnya dan begitu juga dengan pemimpin mereka, sebab itu wajah pemimpin Umno BN ini mudah dilupakan rakyat.

"Maka arahan ini bertujuan memperingati kembali rakyat terhadap wajah pemimpin Umno, walaupun hakikatnya, rakyat cukup meluat dengan Umno," katanya kepada Keadilandaily.com.


Menurutnya lagi, jika kerajaan ikhlas dan tidak mempolitikkan pemberian wang itu, Ahli Parlimen atau Adun Pakatan Rakyat di kawasan ditadbir mereka juga perlu dijemput ke sekolah untuk berbuat demikian dan bukannya diagihkan oleh pemimpin BN setempat.

Sehubungan itu, beliau mendesak arahan itu ditarik balik serta-merta kerana ia jelas bersifat politik demi kepentingan Umno.

Beliau mengulas surat arahan dari Kementerian Pelajaran bertajuk 'Surat makluman tambahan mengenai penyerahan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada murid' bertarikh 11 November 2011.

"Mesyuarat susulan Jemaah Menteri Bil. 11/2011 pada 28 Oktober 2011 memutuskan supaya pimpinan wakil-wakil rakyat, termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau 'wakil rakyat yang terpilih' dari Kerajaan Persekutuan hadir menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa murid," isi surat itu dipetik dan ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Rosli Mohamed.

Ini bukan kali pertama pentadbiran Najib mempolitikan isu pendidikan di negara ini.

Sebelum ini, berkali-kali pemimpin parti itu mengadakan program yang jelas bertujuan politik di kawasan sekolah dengan pemimpin Umno berucap dan menyerang Pakatan Rakyat.

Namun, pada masa sama, pimpinan Pakatan Rakyat kekal dihalang memasuki sekolah walaupun atas nama wakil rakyat di kawasan itu atau atas jemputan rasmi dari sekolah berkenaan.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor misalnya, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terang-terangan meminta guru di sekolah itu menyokong calon BN yang bertanding.

Pada pilihan raya kecil Tenang pula, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran didapati berkempen kepada guru-guru yang mengundi di Tenang untuk mengundi Barisan Nasional.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23093

Asri gesa Hasan Ali dedah nama Muslim murtad, buktikan dakwaan benar

Posted: 17 Nov 2011 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Bekas mufti Perlis menggesa pihak berkuasa agama Selangor mengeluarkan nama-nama umat Islam yang murtad jika benar-benar pemurtadan di negeri tersebut benar-benar wujud dan semakin serius agar dapat mengambil tindakan mengatasinya.

Sambil menegaskan tuduhan murtad amatlah besar, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menyatakan sejumlah besar Muslim murtad adalah memalukan umat Islam itu sendiri dan Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali wajar mengeluarkan senarai mereka yang meninggalkan Islam untuk memberi gambaran sebenar dan mencari punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut.

"Perlu tanggungjawab atas dakwaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini sambil menambah bahawa "saya mengharapkan pihak beliau boleh mengeluarkan nama-nama mereka berkenaan jika benar wujud.


"Kedua, dengan senarai nama itu, boleh membantu untuk pihak lain membuat kajian tentang punca murtad jika benar berlaku," katanya lagi.

Dalam kenyataan terbaru, Hasan yang merupakan pengerusi jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal Islam negeri berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ada mengesan kegiatan di kalangan Kristian menggunakan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan Muslim.

Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor pada akhir bulan lalu menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang membincangkan isu berkaitan murtad, yang didakwa semakin serius di negara ini.

Bagaimanapun tiada angka tepat dikeluarkan mengenai bilangan mereka yang keluar Islam, meskipun penganjur Himpun mendakwa angka itu amat membimbangkan.

Himpun juga meluluskan resolusi 10 perkara antara lain menggesa kerajaan mengadakan akta khusus mengawal gejala pemurtadan.

Asri berkata dalam artikelnya yang dikeluarkan dua bulan lalu, bertajuk "Menangisi murtad dan zakat", beliau sendiri pergi berjumpa dengan pihak yang dikatakan murtad itu.

"Boleh rujuk kepada artikel itu. Ya, sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu.

"Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah," katanya.

Justeru tambah beliau, janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri.

"Saya bimbang cara Exco PAS (Hasan) mengendalikan isu-isu ini memperlihatkan corak pemerintahan sesetengah mereka jika berkuasa penuh nanti.

"Saya amat bimbang. Saya bimbang usaha mempertahankan Islam sebegini secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar," kata Asri yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford.

Katanya, "mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menuding jari kepada pihak lain."

Jelas Asri, itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti.

"Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," kata beliau lagi.

"Malanglah jika Exco agama yang memerintah negeri dengan segala dana harta dan kuasa membuat kenyataan bagaikan seorang Muslim di Selatan Thailand yang tertindas," kata Asri lagi.

Justeru kata beliau, cara dan gaya mempertahankan Islam pada era ini memerlukan pendekatan lebih bersifat semasa dan berkesan.

Tambah beliau, sepatutnya sebagai "parti alternatif" Pakatan Rakyat mempelopori pendekatan baru yang lebih berkesan dan meninggalkan cara lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk era ini.

"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada Muslim juga yang bertambah "keliru.

"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula. Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," kata beliau lagi.

Injil Solar - Hasan Ali Hina Umat Islam

Posted: 17 Nov 2011 06:19 PM PST

Asri berkata kenyataan Hasan "amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi."
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak," kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.


Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — "solar-powered talking bible".

"Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran," kata beliau lagi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik jawapan bertulis Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias bahawa ada sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.

Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.

Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.

Dalam reaksinya, Asri berkata, "bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi."

"Hari ini segala bacaan sama ada al-Quran ataupun Injil boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini. Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya," katanya lagi.

Asri menambah, beliau berpendapat bahawa kenyataan Hasan tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar kitab Injil yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah.

"Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup. Setiap yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki.

"Peranan golongan agama di era ini, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang," katanya lagi.

Kata Asri lagi, jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara Muslim, "maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan Jais membuat kerja yang lebih bermanfaat dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya."

"Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana. Jais boleh pastikan dulu alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas," katanya yang akhir 2009 dikenakan tuduhan oleh Jais berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.TMI

Mydin Sudah Marah.. Hangin Satu Badan..

Posted: 17 Nov 2011 06:14 PM PST

Perang mulut kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah kini berpindah ke alam siber.

Isu itu dipanjangkan sejak Inin lalu, apabila setiausaha publisiti DAP Tony Pua berbalas tulisan di twitter dengan ketua pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai kualiti dan keselamatan produk KR1M.

Ia kemudiannya disusuli dengan cabaran meminum susu coklat 1Malaysia itu bagi membuktikan bahawa ia adalah selamat.


Malam tadi, Tan bersetuju untuk minum secawan susu coklat itu syarat Pua berikrar menyumbang RM1,000 kepada badan amal pilihannya.

Persetujuan Pua menyambut cabaran itu, mendorong pengarah urusan, Mydin Mohamed Holding Bhd Datuk Ameer Ali Mydin pula untuk menyertai cabaran itu. Malah, beliau meningkatkan lagi ganjaran yang dipertaruhkan.

Ameer berkata beliau juga sanggup minum secawan susu 1Malaysia itu di hadapan Pua, jika kedua-dua mereka bersetuju menderma RM10,000 kepada badan amal pilihan masing-masing.

"Saya akan minum secawan susu coklat 1M'sia di hadapan YB, kita dua-dua akan sumbang RM10k kepada badan amal pilihan kita - boleh ke YB Tony Pua," tulis Ameer.

Awal minggu ini, Pua pada sidang medianya di lobi parlimen berkata susu formula bayi yang dijual di kedai rakyat itu telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dakwanya, 'susu membesar' 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

"Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan," dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di 'Hypervitaminosis A', yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

Tak mustahil Felda juga beli kondo mewah

Posted: 17 Nov 2011 06:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov--Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan Felda juga akan membeli kondominium sebagai pelaburan yang menguntungkan.

"Felda kini berada di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sebelum ini membela projek lembu di bawah NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) tentu kagum dan tertarik dengan kaedah perniagaan NFC yang membeli kondominium untuk pelaburan.


"Sebab itulah tidak boleh ditolak kemungkinan Felda juga akan membeli banyak kondominium sebagai pelaburan," katanya.

Mahfuz percaya, jika Najib tidak kagum dan tidak tertarik dengan kaedah perniagaan NFC, tentulah beliau tidak akan membela projek penuh kontroversi itu dan membuat kenyataan bercanggah dengan laporan Ketua Audit Negara.

Ketika membela NFC, Perdana Menteri menafikan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta untuk projek lembu itu.

Ia bertentangan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menggambarkan projek penuh kontroversi itu berada dalam keadaan "kacau-bilau".

Projek tersebut dianugerahkan kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, tindakan NFC membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta, dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan pelaburan.

"Selepas ini mudahlah bagi semua perbadanan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah kerajaan Najib. Beli kondominium banyak-banyak untuk mendapatkan pulangan pelaburan.

"Felda, Bernas (Padiberas Nasional Berhad), Fama ( Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), apa sahaja perbadanan dan GLC boleh mencontohi kebijaksanaan perniagaan NFC yang nampaknya dikagumi Perdana Menteri.

"Suami Shahrizat boleh kata 'tiru macam saya', beli kondominium banyak-banyak untuk mendapatkan pulangan pelaburan," sindir Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Selepas ini, kata Mahfuz lagi, semua agensi, perbadanan dan GLC di bawah kerajaan Najib mungkin terpaksa berebut-rebut mendaftarkan nama untuk menimba ilmu pelaburan dari keluarga Shahrizat.

"Keluarga Shahrizat juga boleh buat duit banyak-banyak lagi selepas ini dengan bisnes baru iaitu memberikan kursus pelaburan kepada semua agensi, perbadanan dan GLC di bawah kerajaan Najib di seluruh negara.

"Kursus beli kondominium mewah untuk mendapatkan pulangan pelaburan," sindir beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan NFC membeli kondominium berharga hampir RM10 juta seunit adalah perbelanjaan tidak berhemah khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan.

"Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang.

"Ini satu keputusan yang gila. Saya tidak mempunyai kata-kata (untuk menghuraikannya) - jarang dibuat, tidak pernah didengari, malah pelik untuk melabur dalam kondominium mewah sebagai pelaburan jangka pendek terutamanya ketika pasaran yang lembab," kata beliau .

--HARAKAHDAILY

Lembu - Shahrizat & Kroni Makin Gelabah..

Posted: 17 Nov 2011 04:55 AM PST

Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM181 juta daripada kerajaan, hari ini membawa sekumpulan wartawan melawat ladangnya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kusut apabila beberapa wartawan yang berkumpul di ibu pejabat NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu dihalau.

Menurut seorang wartawan yang tidak mahu identitinya didedahkan, beliau hadir kerana diberitahu bahawa sidang akhbar akan diadakan di lokasi itu tetapi setibanya di situ, beliau dimaklumkan bahawa hanya wartawan daripada media terpilih sahaja yang dibenarkan masuk.


"Kami tak dapat jemputan tetapi dimaklumkan bahawa akan ada sidang media, jadi kami ke mari, tetapi penyambut tetamu berkata nama kami tidak ada dalam senarai."

Kata wartawan itu lagi antara media yang tidak dibenarkan masuk adalah dari Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Ia kemudiannya semakin hangat apabila Pakatan Rakyat berjaya membuktikan projek itu milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

PKR pula kemudiannya mendedahkan syarikat itu menggunakan dana pinjaman mudah itu bagi membeli satu unit kondominium mewah berjumlah RM9.8 juta.

Saham firma anak Najib terus merudum, jatuh 30% lagi

Posted: 17 Nov 2011 02:19 AM PST

Berikutan kejatuhan mendadak semalam, harga saham Harvest Court Industries Bhd yang diniagakan hari ini terus merudum 30 peratus lagi apabila Bursa Malaysia meneruskan dagangan pagi ini.

Saham dan warannya, masing-masing jatuh kepada RM1.05 dan RM0.89 apabila pasaran dibuka pada jam 9 pagi tadi, iaitu kerugian hampir satu pertiga daripada nilainya semalam pada RM1.49 dan RM1.27.

Kenyataan pemegang saham syarikat itu, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib - bahawa pelaburan syarikat itu selaras dan mematuhi peraturan-peraturan Bursa Malaysia serta bebas daripada mendapat layanan istimewa dari kerajaan, gagal menghentikan harga saham itu daripada terus jatuh.


Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew Daily dan China Press, semalam - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.

Projek itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga membina pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.kejatuhan percuma yang bermula semalam.

Mengulas spekulasi harga saham Harvest dan khabar angin yang tersebar mengenai dirinya, Nazifuddin berkata beliau "agak terganggu" tetapi tidak banyak yang boleh dilakukananya itu.

Harga saham syarikat itu melonjak lebih 2,500 peratus daripada 8 sen yang dicatatakan sejak 13 Oktober lalu.

Akibatnya, Selasa lalu, Bursa Malaysia meletakkan saham dyarikat itu sebagai 'sekuriti bertanda' dan menggantungnya daripada diurus-niagakan.

"Sekuriti bertanda" adalah istilah ekonomi di mana pelabur perlu membayar tunai sebelum skrip diserahkan yang bertujuan membendung kegiatan spekulatif yang berlebihan. -M'Kini

Tiada ulasan: