MiLo SuaM |
- Pejuang Taliban diberi gaji bulanan agar tak serang British
- Arab Spring: Tun Mahathir bidas kenyataan Najib
- Wifi percuma seluruh Negeri Selangor mulai tahun depan
Pejuang Taliban diberi gaji bulanan agar tak serang British Posted: 28 Nov 2011 08:18 AM PST PEJUANG Taliban dibayar £100 (RM497) sebulan supaya berhenti daripada menyerang tentera-tentera British di Afghanistan menurut satu pendedahan yang dilaporkan oleh Daily Mail semalam. Mereka menerima bayaran bulanan dan dibenarkan untuk menyimpan senjata AK47 serta lain-lain rifle di bawah pengawasan program Nato namun perlu menyerahkan senjata berat yang dimiliki. Mereka juga diberikan pengampunan, yang bermaksud mereka tidak akan menghadapi pertuduhan meskipun pernah menyerang dan membunuh tentera-tentera British sebelum ini. Para pejuang mestilah mengistiharkan perbuatan mereka sebelum ini serta menyatakan hubungan mereka dengan mana-mana organisasi yang disifatkan sebagai pengganas oleh British. Mereka juga tidak boleh menyerang mana-mana tentera dari International Stabilisation and Assistance Force (ISAF). Program ini telah menerima dana antarabangsa sebanyak £98 Juta (RM486 juta) termasuk £6.5 juta (RM32.3 Juta) dari kerajaan Britain. Pejuang Taliban yang menyertai program tersebut tidak melalui proses soal siasat, sebaliknya hanya perlu melengkapkan satu siri soalan-soalan bagi menjelaskan mengapa mereka menyertai pemberontak. Program 3 bulan itu dilaporkan sebagai satu sesi "de-indoktrinasi" di mana mereka menerima pendidikan daripada British tentang nilai-nilai kerakyatan dan sebagainya. Bayaran bulanan itu bagaimanapun akan tamat sebaik sahaja program tersebut selesai. Lebih 2,700 pemberontak dilaporkan menyertai program tersebut pada bulan oktober 2010, termasuk 90 dari daerah Helmand di mana hampir 400 askar British terkorban di sana dan lebih 5000 cedera. Di Utara Afghanistan, menyaksikan kira-kira 900 pejuang Taliban meninggalkan kumpulan mereka dan dilaporkan serangan terhadap tentera British berjaya dikurangkan sehingga hampir satu pertiga. Sumber: Free Malays ReJaM© "Kalau kamu tak serang saya, saya bagi kamu gaji setiap bulan..." |
Arab Spring: Tun Mahathir bidas kenyataan Najib Posted: 28 Nov 2011 07:50 AM PST PADA mulanya, Najib Tun Razak berkata, Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring [Malaysiakini] Namun kata-kata Najib itu dibidas oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang mendakwa beliau "tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita (Malaysia)" [Malaysiakini]. Sifirnya mudah, Tun Mahathir sedang menggunakan pengaruhnya untuk memecah belahkan Umno dan Barisan Nasional dari dalam. Bila Umno berpecah maka Najib harus turun untuk digantikan oleh perdana menteri yang lain. Najib liabiliti besar kepada Umno terutama kerana gagal mengawal Lady Gajah yang suka bermewah-mewahan dan sering menyibuk dalam urusan negara. Sibuk mengalahkan menteri. Najib berkobar-kobar menyuruh penyokong Umno berubah jika tidak mahu diubah kerana melihat Arab Spring bakal melanda Umno, namun dengan selamba Tun Mahathir membidas kenyataan Najib itu. Penyokong bawahan Umno kini semakin pening kepala, siapa yang patut diikut? Nak ikut Mahathir atau Najib? Najib presiden Umno, tapi Mahathir lebih lama jadi presiden Umno. ReJaM© "Tak payah ikut dua-dua sebab dua-dua tak boleh pakai kah kah kah..." |
Wifi percuma seluruh Negeri Selangor mulai tahun depan Posted: 28 Nov 2011 02:06 AM PST LANGKAH Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik. Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid merangka strategi informasi sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif. "Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran" katanya. Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times. Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma. Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong, ujar beliau lagi. "Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya. Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan. Sumber: Free Malays ReJaM© "Seronok duduk di Selangor, macam-macam rakyat dapat..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan