Kelab Greenboc |
- SURAT: Bubarkan SYABAS
- [Video] Jumlah Korban Jambatan Roboh Di Tenggarong Meningkat
- [Bergambar] Bantah Akta: Penubuhan Malaysia Juga Adalah Dari Demonstrasi Jalanan! [updated]
- Azan Selamat Nyawa Guru
- Rakyat Selangor Nikmati Wi-fi Percuma Tahun Depan
- Masalah Air Kelantan: Menangkis Penipuan Muhyiddin
- Monorel Melaka Bermasalah Lagi. Ali Rustam Semakin Gila?
- Isa Samad Diberi Tempoh 14 Hari Minta Maaf
- SMS Fitnah: S/U Politik Idris Jusoh Dipenjara Setahun
Posted: 29 Nov 2011 12:55 AM PST merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata. Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar? Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos. Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros. Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS. Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor. Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini. Oleh: RAKYAT SELANGOR PRIHATIN |
[Video] Jumlah Korban Jambatan Roboh Di Tenggarong Meningkat Posted: 28 Nov 2011 11:14 PM PST Tenggarong: Jumlah kematian mangsa jambatan roboh yang menyebabkan puluhan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang keruh di wilayah Borneo, Indonesia, meningkat kepada 11 orang, kata para pegawai, kelmarin. JAMBATAN ROBOH: Beberapa orang penduduk meninjau kerosakan pada jambatan Kutai Kartanegara, di Tenggarong, di Timur Kalimantan, Indonesia, selepas ia roboh Sabtu lalu. -- Foto AP Lebih 30 orang dipercayai hilang selepas jambatan sepanjang 720 meter - dibina menyerupai Pintu Gerbang Emas San Francisco - di Sungai Mahakam, roboh Sabtu lalu. 'Jumlah mereka yang terbunuh kini 11 orang,' kata ketua agensi mencari dan menyelamat wilayah Kalimantan Timur, Encik Harmoni Adi, kepada para wartawan. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, yang pada awalnya mengumumkan 10 orang terbunuh, semalam berkata mayat-mayat telah dibawa arus ke tebing sungai. 'Seramai 39 orang cedera dan berdasarkan laporan-laporan oleh masyarakat (di sini), sekurang-sekurangnya 33 orang masih hilang. 'Sukar untuk mengetahui dengan tepat berapa ramai yang masih hilang kerana kami tidak tahu berapa banyak kenderaan dan orang yang terhumban apabila jambatan itu roboh,' kata Encik Nugroho, sambil menambah bahawa air sungai sedalam 40 meter itu terlalu keruh. Para saksi dilaporkan terdengar bunyi kuat sedang struktur jambatan itu bergoyang, sebelum sebuah bas awam, kereta-kereta dan motosikal-motosikal terhumban ke dalam sungai di daerah Kutai Kartanegara itu. Mereka yang terselamat bergegas berenang ke tebing sungai sambil berteriak dalam keadaan panik, manakala yang lain terperangkap di bawah air di celahan serpihan jambatan yang roboh itu. Punca kejadian itu belum jelas tetapi Encik Nugroho berkata kabel besi yang menyokong jambatan itu, yang siap pada 2002, putus ketika para pekerja sedang membaikinya. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengarahkan satu siasatan dijalankan. -- AFP. |
[Bergambar] Bantah Akta: Penubuhan Malaysia Juga Adalah Dari Demonstrasi Jalanan! [updated] Posted: 28 Nov 2011 09:20 PM PST Peguam, orang ramai mula berhimpun Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan. Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama. LAPORAN LANGSUNG 1:05pm Kumpulan NGO itu berteduh di bawah pokok, sementara hadirin Majlis Pehuam yang jauh lebih besar itu masih lagi bertenaga dan melaungkan 'Hidup Rakyat, Hidup Himpun' beberapa kali, tanpa henti. Kumpulan NGO itu, membisu tanpa sebarang laungan. Sebelum itu, kenderaan yang lalu lalang sekitar jalan di sini, turut membunyikan hon kepada hadirin Majlis Peguam sebagai tanda sokongan. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen hadir ke sini, antaranya Tian Chua dan Mujahid Yusuf Rawa sebagai tanda sokongan mereka. 12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis bertindak menghalang mereka. 12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik. "Kami nampak kumpulan Majlis Peguam memegang poster yang menggalakkan seks bebas," katanya. 12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. 12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan Jaringan Melayu Malaysia sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen. Kedua-dua kumpulan berada di jalan bersebelahan. Kumpulan Jaringan Melayu Malaysia itu dipercayai adalah anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara. Kumpulan Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!" Manakala Jaringan Melayu Malaysia membalas dengan: "Kami tentang seks bebas!" dan "Amar Makruf Nahi Mungkar." 12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen. Mereka mematuhi arahan itu. Lim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka. Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan "hidup rakyat" berulang kali. 12:30pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan mereka mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat. 12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: "Kami pelindung YB". 12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman. "Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan." 11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi. 11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk. NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!," katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat. Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu. 11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan tepukan gemuruh. 11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang. 11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini. Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu. 11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat." Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna. Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan 'boo' para hadirin. "Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?" "Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM." 11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin. 11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'. 11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik. Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini. 11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir. 11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media. 11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan. "Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara." 11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa." Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam. 11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas. 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. -mk |
Posted: 28 Nov 2011 06:46 PM PST Melaka: "Saya terkejut apabila kereta terus berhenti secara mengejut dan melihat kira-kira 20 batang besi yang diikat menembusi ke dalam kereta hingga mengenai gear automatik kereta," kata Faridah M Lajis, 40, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran pasar raya Tesco, dekat sini, petang kelmarin. Gambar fail. Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan. Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi. "Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing," katanya ketika ditemui semalam. Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya. Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan. "Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan. "Syukur Tuhan masih memberi kesempatan kedua kepada saya, selamat daripada kemalangan ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup kerana esok (hari ini) adalah hari lahir saya," katanya. -HM |
Rakyat Selangor Nikmati Wi-fi Percuma Tahun Depan Posted: 28 Nov 2011 05:30 PM PST Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik. Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif. "Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya. Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times. Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma. Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi. "Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya. Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan. -tvsnews |
Masalah Air Kelantan: Menangkis Penipuan Muhyiddin Posted: 28 Nov 2011 03:36 PM PST Janji TiPU untuk orang Kelantan Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara ini. Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji. Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri sendiri. Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya. Lazimnya janji-janji yang ditaburkan ini turut memberi persepsi sebagai satu rasuah politik dan juga ugutan terhadap pengundi. Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti politik yang paling berkuasa dalam negara turut tidak ketinggalan dalam menaburkan janji setiap kali musim pilihan raya berlangsung samada pilihan raya kecil atau pun umum. Analisa janji TiPU selesaikan masalah air Kali ini, giliran Timbalan Presiden Umno (TiPU), Muhyiddin Yassin pula mengambil giliran berjanji rakyat Kelantan agar memberikan kemenangan BN di Kelantan jika mahukan masalah air di Kelantan diselesaikan. Bagaimanapun, bagi rakyat Kelantan yang mungkin cepat tersinar dengan janji-janji TiPU ini, adalah amat wajar terlebih dahulu melakukan analisa prestasi BN dalam menguruskan bekalan air di negeri-negeri yang mereka kuasai. Di Sabah contohnya yang merupakan kubu kuat BN sehingga dianggap sebagai negeri simpanan tetap yang sentiasa tidak menghampakan untuk BN menjamin kemenangan mereka, adakah pengurusan airnya berada di tahap nombor satu terbaik? Sekiranya, analisa mendapati rakyat negeri Sabah menikmati bekalan air bersih paling sempurna, tiada pencemaran dan liputan bekalan air mencapai sehingga 99 peratus dari keseluruhan Sabah, maka pengundi Kelantan amat wajar untuk memegang janji TiPU itu. Kesimpulannya, sekiranya bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan di atas, maka rakyat Kelantan dianggap tidak wajar sekiranya masih teragak-agak untuk memberi undi kepada BN. Bagaimana pula sekiranya analisa dibuat didapati dalam Audit Air menyatakan bekalan air di Sabah hanya mampu meliputi 75 peratus sahaja dari keseluruhan negeri di bawah bayu itu? Adakah sekiranya BN menjadikan faktor geografi sebagai alasan, ianya boleh diterima sedangkan pada masa yang sama berbilion ringgit boleh dibazirkan setiap tahun bagi projek mega lain. Faktor geografi sebagai alasan Bolehkah alasan geografi diterima apabila kemajuan teknologi masa kini menyaksikan banyak projek merentasi hutan, bukit-bukau, kawasan pergunungan dengan jarak beratus-ratus kilometer berjaya dilaksanakan bukan sahaja di negara luar malah di Semenanjung Malaysia. Kalau projek yang melibatkan struktur yang besar boleh dilakukan mengapa tidak projek yang hanya melibatkan sambungan paip bagi menyalurkan kepentingan asasi rakyat tidak boleh. Bagaimana pula sekiranya dari 75 peratus itu juga didapati, kualiti air mentahnya buruk, loji rawatan air tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan yang berkelayakan seperti sepatutnya? Bagaimana lagi sekiranya dari 75 peratus kawasan yang menerima bekalan air itu juga didapati amat jauh dari mematuhi standarad piawaian pengurusan air? Bagaimana sekiranya didapati pemfloridaan tidak mencukupi, dan pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang? Bagaimana sekiranya di Sabah tiada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan seperti komen yang dinyatakan dalam Audit Air 2008? Bagaimana pula sekiranya 75 peratus pengguna di kawasan penerima bekalan air yang kualitinya tidak terjamin itu terpaksa membayar tarif air tertinggi di Malaysia iaitu 90 sen? Cuba periksa pula, berapakah tarif purata bagi 35 meter padu air bagi sebuah lagi negeri yang juga sama seperti Sabah, kubu kuat BN iaitu Johor dengan purata 93 sen untuk satu liter padu. Untuk menilai samada janji TiPU ini boleh diguna pakai dalam menentukan undian rakyat Kelantan, mereka juga harus mengetahui di Sabah masih banyak kawasan yang masih bergantung bekalan air dari sumber air paip graviti yang tidak dirawat? Mereka juga harus mengetahui bahawa terdapat sumber air paip graviti ini datangnya dari kawasan yang telah dijadikan ladang kelapa sawit, keruh, kemungkinan telah tercemar dengan baja, racun rumput, keladak pasir dan tanah. Tahukah pengundi di Kelantan bahawa masyarakat kampung-kampung di Sabah yang bergantung sumber air dari paip graviti yang dimulakan semenjak 70an dahulu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan. Wajar juga rakyat Kelantan memikirkan adakah kerajaan pusat tidak boleh berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan negeri disebabkan tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah air di Kelantan. Berapa PRU BN janji nak selesai masalah air di Sabah? Satu perkara yang tidak kurang juga pentingnya, rakyat Kelantan wajiblah bertanyakan kepada rakan-rakan di Sabah, pernahkah atau sudah berapa banyak pilihan raya umum (PRU) BN berjanji untuk menyelesaikan masalah air bagi membeli undi pengundi Sabah sebelum ini. Setelah pengundi-pengundi di Kelantan selesai membuat analisa persoalan-persoalan di atas, tentunya mereka mampu menilai dan mendapat jawapan samada janji TiPU ini boleh dipercayai atau sebaliknya sekaligus menentukan lambang mana yang mahu dipangkah nanti. Penulis tidaklah maksudkan janji yang dilafazkan oleh TiPU ini adalah tipu, sebaliknya penulis hanya cuba mengajak pengundi Kelantan sama-sama menganalisa samada janji ini mempunyai nilai kredibilitinya atau sebaliknya. Negeri Kelantan, rakyat Kelantan punya, maka rakyat Kelantan berhak menentukan pilihan mereka samada BN atau PAS dan saya hanya cuba membantu mereka membuat sedikit analisa janji-janji TiPU ini. Tepuk dada tanya selera! -FMT |
Monorel Melaka Bermasalah Lagi. Ali Rustam Semakin Gila? Posted: 28 Nov 2011 06:52 AM PST Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat. Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen. Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel. Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit. Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan. Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya. Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel. "Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya. Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini. Tidak selamat Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini. Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini. Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan. 2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba. Berikutan itu, SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna. SPAD kemudian mengumumkan perkhidmatan itu digantung selama 30 hari. Tindakan itu, mengundang rasa tidak puas hati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi. Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya. -mk Ulasan GB Mohd Ali Rustam, KM melaka itu sudah gila ker apa? Monorel yang berharga RM15.5 juta sekadar nak "meronda" sepanjang tepian sungai Melaka itu sudah lebih 20 kali rosak. Wang yang dibelanjakan persis wang dari koceknya sedangkan ia adalah "wang rakyat". Virdict rakyat: Terlalu wajar UMNO BN Melaka dihumbankan ke dalam Sungai Melaka nampaknya di dalam PRU akan datang ini. |
Isa Samad Diberi Tempoh 14 Hari Minta Maaf Posted: 28 Nov 2011 05:30 AM PST Dakwa dihina, Ketua Peneroka Felda beri Isa Samad 14 hari minta maaf KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini. Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia", tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu. "Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita. Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai "Pas Sam" tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures. Shamsudin, 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu. "Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan," kata beliau lagi. Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November. "Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian. "Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini," kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir. Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, "saya mahu beri beliau (Isa) peluang." Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda. "Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi," katanya. Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi klik untuk baca |
SMS Fitnah: S/U Politik Idris Jusoh Dipenjara Setahun Posted: 28 Nov 2011 03:23 AM PST Kuala Terengganu: Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu. Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu. Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad. Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan. Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin. Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet. "Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya. Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami. Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak. Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan. Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - BERNAMA Ulasan GB Sepertimana biasa, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan sepertimana biasa juga, berkemungkinan Mahkamah Rayuan bakal "melepaskannya". Semua orang tahu, sistem kehakiman negara masih terus pincang selagi negara masih diperintah BN. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan