MiLo SuaM |
Bukti kuat pilihanraya umum ke 13 bukan tahun ini! Posted: 22 Nov 2011 11:38 AM PST KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku. Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai. Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut. Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut. Demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini. Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan. Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011. Sumber: Free Malays ReJaM© "Apa pun, sediakan kapak, parang, lembing, pedang dan tombak..." |
40 wanita Israel berbogel sokong blogger Mesir Posted: 22 Nov 2011 03:16 AM PST SEBELUM ini seorang aktivis yang juga merupakan blogger wanita dari Mesir telah mencetuskan kemarahan di negaranya apabila memuat naik gambar bogelnya di internet sebagai tanda bantahan terhadap sekatan kebebasan suara di negara berkenaan. Namun hari ini, sekumpulan wanita Israel turut sama berbogel beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda soladirity dan sokongan terhadap blogger tersebut. Dilihat sebagai mengikut tindakan Aliaa Elmahdy, remaja berusia 20 tahun itu, 40 wanita Israel berbogel sambil bergambar dengan memegang sepanduk-sepanduk untuk menutup bahagian kemaluan mereka. Mereka memegang sepanduk bertulis, "Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel" dengan slogan "Love without Limits" ditulis dalam bahasa Arab dan Hebrew. Tindakan itu diketuai oleh wanita berumur 28 tahun, Or Templar yang mencipta sebuah kumpulan di Facebook untuk mengajak wanita-wanita Israel berbogel bersamanya. Di laman tersebut Templar menulis "ayuh kita berikan alasan yang baik untuk dunia melihat kecantikan dan keunikan wanita-wanita Israel". Templar berkata dia mendapat idea untuk melakukan tindakan itu sebaik sahaja melihat Elmahdy memuatnaik gambarnya yang hanya memakai sepasang stokin melalui blognya minggu lalu. Blog Elmahdy menerima kunjungan jutaan pelawat dengan ribuan komen-komen negatif yang mengecam tindakannya termasuk ugutan bunuh kerana tindakan yang dianggap melampau itu. Sumber: Free Malays ReJaM© "Macam biasa dengar nama Sisters In Israel ni, tapi kat mana ye..?" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan