ANAK SENGAT |
DEWAN ORANG RAMAI PUN TAK PENUH... Posted: 22 Nov 2011 11:22 PM PST Lagi lagi katak. Tak cukup melompat, sekarang katak nak menyalak. Jadi anjing yang menjelirkan lidah bernajis kepada tuan .Harapkan tulang yang dibuang. Tulang babi pun tak pe...asalkan ada tulang untuk di gonggong. Maka menyalaklah sang katak... Bila isu kepentingan negara katak jadi buta. Bila kerajaan nak suruh guru kerja 9 jam, katak jadi bengong. Dia lupa nasib sekolah agama rakyat kalau sekolah jadi 9 jam...Tulang tersekat di tekak katak...tak mampu nak menyalak. Hari ini dilaporkan katak menyalak menyokong akta himpunan Aman. Katanya itu pengorbanan kecil untuk keamanan. Lagi lagi isu keamanan jadi dalih. Cuba buktikan perhimpunan mana yang dianjurkan Pakatan Rakyat yang dianggap ganas dan menganggu keamanan. Sehingga kini hanya himpunan HINDRAF sebelum PRU 12 sahaja yang mengakibatkan kecederaan anggota polis. Itupun tak ramai mana. PAS yang sejak dulu berhimpun tak pernah pun merosakkan harta benda awam. Untuk tujuan mengatasi kesesakan jalanraya, PAS ada unit Amal yang berkerja tanpa upah. PAS pernah buat himpunan seratus ribu di bawah pimpinan Almarhum Dato Fadhil Nor di Jalan Kebun KESAS.. Tiada kerosakan melainkan apa yang dilakukan oleh SB upahan. Sejak gelombang reformasi, himpunan terus berjalan tanpa ada nyawa yang melayang walaupun keganasan polis boleh menghilangkan kesabaran peserta. Ketika rampasan kuasa di Perak, Rakyat Perak bangun berhimpun dan terakhir di Bukit Chandan yang menyaksikan ramai ditahan. Tiada kemalangan nyawa atau kecederaaan selain terkena gas pemedih mata dan belantan polis. Isu keganasan dan kebiadapan polis bukan rahsia. BERSIH 2 dimomokkan akan menghuru harakan Kuala Lumpur , Pelbagai sekatan dan halangan dilakukan, Penemuan bom botol, senjata tajam dan seumpamanya berakhir menjadi rahsia tanpa dibongkar. Sehingga kini rakyat ternanti nanti apa kesudahan drama polis yang menemui bermacam alat yang boleh membahayakan. Mungkin mereka tak bertanya Yusof Haslam bagaimana untuk mengakhirkan dengan kebenaran di pihak polis. Momokan kononnya harta benda akan musnah juga tak menjadi. Peserta bukan sahaja tak mengusik pasu bunga malah mengutip sampah di akhir perarakan. Walaupun hujan lebat, perhimpunan berakhir dengan aman dengan sambutan yang sangat besar walaupun Bukit Aman memaklumkan 6 ribu sahaja. Mungkin ketua polis tersilap menyebut angka mereka yang ditahan dan dihalau balik, bukan yang hadir dan menyusup melepasi sekatan polis. Hanya isu kerugian di pihak peniaga yang berlaku. Itupun kerana mereka diarahkan tutup oleh polis. Bagi yang berani, mereka meneruskan perniagaan dan untung berkali ganda . Ada restoran yang cuba membuka perniagaan dan telah ramai pelanggan tetapi diarahkan tutup oleh polis. Jadi kerugian itu adalah kerja polis bukan peserta perhimpunan. Mana lojik, orang ramai datang ke KL peniaga rugi, sepatutnya untung. Berbalik kepada Brahim Ali yang ditanya bagaimana pula PERKASA yang sering mengadakan himpunan? jawapan paling kelakar Brahim...kita akan berhimpun di stadium...kah...kah...kkah... dewan orang ramai pun tak penuh...mimpi stadium... |
TUTUP MULUT BUAYA, BUKA MULUT NAGA... Posted: 22 Nov 2011 05:14 PM PST Kita tidak jelas atas alasan aapa dakwaan kajian UIA kononnya populariti Najib semakin naik. Apakah populariti itu atas asas yang baik atau sekadar naik dengan pelbagai isu yang tak selesai. Ada komentar mengambilkira pengumuman Najib untuk menhapuskan ISA dan meminda akta polis dan kelonggaran kepada AUKU sebagai asas populariti itu. Jika benar populariti Najib naik atas alasan tersebut, maka kajian semula mesti segera dilakukan. Ini kerana harapan dari pengumuman tersebut telah jatuh menjunam berikutan penangkapan ISA terbaru, kawalan berterrusan terhadap AUKU termasuk isu berkaitan Aziz Bari juga pembentangan akta polis . Jika harapan disandarkan kepada ISA dihapuskan berikutan pengumuman Najib tempohari, harapan itu telah hancur samasekali berikutan penangkapan terbaru di bawah akta tersebut di Tawau baru baru ini. Penangkapan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa akta tersebut samasekali tidak akan dihapuskan. Kenyataan Hisyamudin menjelaskan perkara tersebut. Apa yang berlaku ialah kemungkinan pindaan akta yang akan lebih zalim sepertimana yang dijangka pimpinan PR. ISA selama ini dilihat talian hayat umNO BN. Tangkapan yang kebanyakannya berkaitan pemimpim politik bukan kerajaan adalah bukti penyalahgunaan demi mengekalkan kuasa oleh BN. Isu sebenar ISA adalah akta zalim yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Alasan yang digunakan oleh Hisyam amat mudah berasaskan apa yang dilakukan oleh Amerika. Bukankah seluruh dunia menentang Amerika dalam isu ini? Tangkaapan tanpa dibicarakan adalah bertentangan dengan undang undang dunia. Islam pastinya lebih menentang akta Zalim tersebut kerana asas syak tidak mengizinkan kezaliman dilakukan. Hujjah sirah kisah Hatib telah diperjelaskan ulama bahawa ia bukan isu syak, sebaliknya adalah keyakinan kerana ia dari Rasulullah yang mendapat wahyu. Tindakan Saidina Ali memaksa wanita utusan Hatib menyerahkan surat adalah dengan keyakinan dari ucapan rasul. Selain ISA, rakyat mengharapkan pengumuman Najib memberi kelonggaran terhadap perhimpunan dan kebebasan juga musnah. Pembentangan akta Perhimpunan di Parlimen ternyata sangat mengecewakan. Ia bukan kelonggaran sebaliknya menutup langsung ruang suara rakyat berhimpun. Kuasa penuh yang diberikan kepada polis ternyata menjadi perisai kepada polis bertindak sesuka hati mengikut pandangan mereka yang pastinya menggunakan cermin mata umNO. Persoalan yang tiimbul kini ialah, apakah pengumuman Najib satu keazaman beliau dan Hisyamudin memusnahkannya. Kenyataan dari Hisyam yang memimpin kementerian Dalam Negeri telah memadamkan pengumuman Najib. Apakah ia dengan restu Najib atau ada usaha dibelakang membunuh karektor Najib? Usaha menjatuhkan Najib bukan lagi rahsia. Muhyidin dilihat memimpin jentera tersebut. Mahathir adalah pemegang alat kawalaan jauh yang sesekali turun ke gelanggang membantu. Hisyam di pihak maana? Walaupun Hisyaam adalah sepupu Najib, namun kemaraahan dan kebencian terhadaap Rosmah adaalah alasan terbaik Hisyam untuk bersama Muhyidin. Berbalik kepada persoaalan akta Perhimpunan Aman, ternyata akta itu digubal bagi membantu polis menghalang perhpunan Pakatan Rakyat. Ia berikutan kegagalan polis dalam semua kes yang membabitkan pimpinan PAs yang ditangkap dan didakwa di mahkaamah. Kesemua kes dimenangi oleh rakyat. Ternyata semua tindakan polis gagal. Akta ini secara jelas dilihat bagi membantu polis memperkukuhkan cengkaman bagi menghalang perhimpunan Pakaatan Rakyat. Nampaknya umNO BN tidak pernah berubah dan tidak pernah berniat untuk berubah. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh umNO ialah untuk mempermainkan dan menipu rakyat. Bak kata pepatah...tutup mulut buaya...buka mulut naga.. Namun mereka lupa kuasa Rakyat...Kuasa rakyaat mampu mengajar umNO BN dalam PRU 13. |
You are subscribed to email updates from NAAAK SANGATTTT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan