MiLo SuaM |
Bekas Presiden Filipina dilarang berubat ke luar negara Posted: 15 Nov 2011 12:27 PM PST KERAJAAN Filipina mencabar sebuah Mahkamah Agong kerana membenarkan mantan presiden negara tersebut, Gloria Macapagal Arroyo untuk berlepas keluar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan. Arroyo, 64 mendakwa dirinya menghidap penyakit tulang namun dihalang daripada meninggalkan negara lantaran tuduhan rasuah yang sedang dihadapinya. Pihak berkuasa hari ini telah menghalang cubaan bekas presiden negara tersebut untuk berlepas keluar negara bersama suaminya dari lapangan terbang Manila. Bagaimanapun, Mahkamah Agong telah mengeluarkan keputusan bahawa pengharaman itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.
Arroyo kini menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kerajaan semasa Filipina bimbang Arroyo akan menghilangkan diri jika dibenarkan berlepas keluar negara. Jurucakap presiden, Edwin Lacierda berkata Arroyo yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penipuan pilihanraya akan dilayan dengan cara bermaruah. "Namun kami akan tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan beliau meninggalkan negara" ujarnya tegas. Lacierda berkata "ini semua hanyalah sandiwara, mereka hanya mahu mendapatkan simpati orang ramai". Sumber: [Free Malays]ReJaM© "Balasan untuk pemimpin yang merompak hak dan harta rakyat semasa berkuasa..." |
Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan Posted: 15 Nov 2011 01:38 AM PST KELUARGA Ketua Wanita Umno yang kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari NFC termasuk membeli kondominum berharga RM9.8 juta kini mendapat serangan hebat dari dalam partinya sendiri. Selepas didesak meletak jawatan oleh Ahli Parlimen BN Kinabatangan kerana didakwa menyusahkan Umno semalam, rujuk sini [BN Kinabatangan], kini lebih ramai pemimpin Umno menyerang beliau agar meletak jawatan[FMT]. Menjelang pilihanraya yang semakin hampir menyaksikan Wanita Umno Malaysia menghadapi masaalah besar memandangkan ketuanya berdepan skandal penyelewengan wang rakyat. Jelas kelihatan bahawa kali ini Shahrizat Jalil menjadi "korban" politik cantas mencantas di dalam Umno. Pemimpin yang membela beliau sebelum ini dilihat hanya bermain wayang. Bagaimana modus operandi menjatuhkan Shahrizat Jalil ini bermula? Rujuk sini [Shahrizat kantoi] ReJaM© "Lembu peranakan ini sudah cukup gemuk untuk dikorbankan..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan